Anda di halaman 1dari 7

KELAS BAHASA

MELAYU
6 CEMERLANG 2021
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU FATIMAH
(SK BANDAR BARU RAWANG)

KELAS PERTAMA : 22/1/2021 (JUMAAT)


Apakah jenis ayat yang akan
kita pelajari?

Penyata Tanya

Perintah Seruan
Ayat Penyata
Fungsi : Menyatakan sesuatu hal.

Contoh : Amar sedang belajar.


Ayat Tanya
Dua jenis ayat tanya. Di hujung ayat mesti ada
tanda bacaan tanda soal (?)

a. Ayat tanya dengan kata tanya siapa, apa,


mengapa, bagaimana, berapa, bila, di mana
Contoh – Bilakah ayah akan pulang?

b. Ayat tanya tanpa kata tanya


Contoh – Kamu sudah makan ke belum?
Ayat Perintah
Memerintah seseorang untuk melakukan sesuatu.

Ayat suruhan
Amar, tolong jaga adik.

Ayat larangan
Jangan benarkan sesiapa masuk.

Ayat silaan
Silakan makan dahulu.

Ayat permintaan
Harap kita akan berjumpa lagi.
Ayat Seruan
Melahirkan perasaan dan ayatnya diakhiri
dengan tanda seru (!)

Wah, cantiknya!
Latihan (buat di dalam buku tulis)

Nyatakan jenis ayat di bawah:


Aduh, sakitnya perut saya!
Amar sangat menyayangi keluarganya.
Harap tetamu yang hadir bersabar
seketika.
Siapakah perempuan itu?
Irfan merupakan seorang kanak-kanak
yang berbakat.
Adik kamu pandai melukis?
Tolong tutup pintu sebelum keluar.
Tahniah, atas kejayaan kamu!