Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Yang Berusaha Basiran Pentadbir Sekolah ( sebut nama),semua rakan guru yang dikasihi,Staff
AKP , pekerja² swasta seterusnya anak² yang saya sayangi.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
berkumpul pada hari ini di Majlis Lambaian Perpisahan Guru Besar (saya sendiri) & Majlis
menyambut Kedatangan GB Baharu iaitu Pn.Mariana Mhd Yusoff mantan PKP SK.Pantai
Senak.
Tidak lupa juga buat Cikgu Marzuki Tahniah atas perlantikan sebagai PK KO SK.Alor Bakat.

Seperti semua tahu bahawa Saya yang akan mula bertugas sepenuhnya di
SK.Aring,G.Musang, bermula pada minggu hadapan. Walaupun berat mata memandang,berat
lagi bahu memikul. Begitulah hati dan perasaan HM ketika ini.

Cikgu² & anak² serta Hadirin Sekalian,

Dalam dunia perguruan, sejak mula mengajar dari tahun 2001 saya telah menempuh pelbagai
cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.(bertukar).

Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Realitinya, setiap yang
patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau
ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi
ataupun kita kurang disenangi.

Begitulah juga, Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah
kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.

Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana itulah fitrah
alam kehidupan.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. begitulah


perumpamaan yg terjadi apds hari ini. Majlis Perpisahan utk saya yg bertukar bukan mati deh.
Diharapkan meninggalkan nama dan memori yang manis sepanjang kita bersama khususnya
warga SKS.

Para Hadirin Sekalian,

Sepanjang saya berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah ini lebih kurang 9 bulan bermula
9.5.2021 sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih
sayang yang telah diberikan oleh semua guru di sekolah.
Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas
akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman bersama akan
sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang Buru Besar.

Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada rakan-rakan pentadbir dan guru yang
sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus dan mentadbir segala
urusan di Sekolah Seneng ini.

Hakikat sebenarnya,saya agar terkilan kerana tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik
dan tidak mampu untuk merungkaikan semua permasalahan yang ada di SKS.Hanya sedikit
sentuhan sahaja mampu saya berikan utk warga SKS.Diharapkan dengan adanya Guru Besar
Baharu mampu lagi mengangkat nama SKS dipersada.Insyallah.

Tidak juga dilupakan kepada semua pekerja swasta dan pengawal keselamatan yg
menjalankan tugas dgn baik. Segala teguran dan nasihat yg saya lontarkan itu, sebenarnya utk
kebaikan bersama demi menjaga nama baik Sekolah bukan hanya kepentingan diri saya
semata-mata.

Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama sepanjang

😅😅
saya bersama dengan warga SKS di sini.Lepas ini, nampak gayanya tak leh nak makan
masakan gulai ayam hutan ayam abe din lah dih..

apapun….nak pantun sikit deh

Batang selasih permainan budak


Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Tuai padi antara masak


esok jangan layu layuan
intai HM antara nampak
Esok jangan rindu rinduan

Tuan Puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus kekal selamanya.


Akhir kata, teruskan dgn momenton sedia dan sentiasa bersikap rasional dalam apa jua
tindakan.

# I Love SKS,

Sekian, terima kasih

Cikgu Hafiz
Mantan GB SK.Seneng

Anda mungkin juga menyukai