Anda di halaman 1dari 1

Soalan berkaitan Hedonisme:

Soalan ke 3:
3. Adakah media sosial mempengaruhi tingkahlaku remaja pada masa kini?

Soalan ke 4:
4. Seperti yang cikgu telah nyatakan tadi, hiburan adalah salah satu faktor yg menyebabkan
budaya hedonisme ini berlaku di kalangan remaja. Jadi seperti yg kita tahu, antara salah satu
bentuk hiburan yang terkenal sekarang adalah konsert. Pada pendapat cikgu/ustaz, adakah
konsert penyebab gejala hedonism ini? Macam mana pula kalau individu ini, pergi ke konsert
yang dia mengidolakan selama bertahun tahun? Contohnya seorang ni, dia memang minat
sangat artis ni, setiap kali dia buat konsert setiap kali tu dia datang. Tetapi konsert pula buat di
tempat seperti dalam club contohnya. Adakah kegiatan ini merupakan salah satu penyumbang
kepada terjadinya gejala hedonisme? Apakah pendapat ustaz?

Soalan ke 6:
6. Tidak dapat kita nafikan bahawa musik adalah salah satu bentuk hiburan terbesar di era ini.
Ini kerana musik amat mudah untuk diakses. Hanya dengan satu sentuhan jari, kita boleh
mendengar pelbagai jenis musik dari serata dunia. Namun, golongan remaja kini lebih tertarik
kepada musik yang berasal dari negara barat yang dinyanyikan oleh artis seperti Kanye,
Ariana, dan Bruno. Walaubagaimanapun, tidak semua remaja memahami apa maksud sebenar
atau yang tersirat disebalik lirik lagu itu. Artis-artis dari negara barat banyak menceritakan
tentang dadah, menggunakan bahasa kesat dan juga bercakap tentang maksiat. Jadi pada
pandangan ustaz, adakah perbuatan mendengar tanpa memahami ini boleh menjerumuskan
remaja ke arah budaya Hedonisme?

Soalan ke 8:
8. Pada zaman kini, budaya Hedonisme ini sudah tidak terbendung lagi. Budaya ini bukan
sahaja menular dalam kalangan remaja sahaja, malah lebih ramai lagi individu yang bukan
daripada golongan remaja terpengaruh dalam budaya Hedonisme ini. Pada pendapat
ustaz/cikgu, adakah pengaruh budaya Hedonisme ini berlaku pada golongan remaja sahaja
atau terdapat golongan-golongan lain juga terpengaruh dengan budaya ini seperti pelajar
sekolah rendah, pelajar di Institut Pelajaran Tinggi ataupun golongan orang tua?

Anda mungkin juga menyukai