Anda di halaman 1dari 82

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEKOLAH RENDAH (PGSR)


MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

SEMESTER 4

MODUL

PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa pada Jun 2010


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan September 2009


Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak


ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

i
KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii

Falsafal Pendidikan Guru iii

Kata-Alu-aluan iv

Panduan Pembelajaran v-vii

Pengenalan viii

Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) ix

Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Perancangan aktiviti pengajaran dan 1
pembelajaran setiap Bidang Kegiatan
mengikut Tahap 1 dan 2

1.1 Sinopsis 1
1.2 Hasil Pembelajaran 1
1.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 1
1.4 Kandungan
1.4.1 Pengenalan Bidang Pendidikan Seni Visual 2
Sekolah Rendah

1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman 14


langsung dan apresiasi setiap bidang
kegiatan.
- mengikut tahap, minat dan latar belakang
- untuk merangsang perkembangan deria
- untuk perkembangan Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek, Sosial dan Estetik
23
1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk
setiap bidang kegiatan
- mengikut tahap, minat dan latar belakang
- untuk merangsang perkembangan deria
- untuk perkembangan JERISE

1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak


- untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 32
- untuk setiap bidang kegiatan tahap 2
- untuk 5P KBSR
i
1.5 Latihan A
37

Tajuk 2 Meneroka Alat dan Bahan 39

2.1 Sinopsis 40
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 41
2.4 Kandungan : Meneroka Alat dan Bahan

2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi


Pelbagai jenis alat dan bahan 42

2.4.2 Meneroka / Membuat eksperimentasi


perisian- perisian 56

2.5 Latihan B

Rujukan

Panel Penulis Modul

Panel Pemurni Modul

Ikon Modul

ii
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010


Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
PANDUAN PELAJAR

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam
interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Ujian Akhir Kursus (UAK) dan
Peperiksaan Akhir meliputi tajuk-tajuk dalam modul ini. Tiada kuliah atau
tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda boleh berbincang
dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah
berhubung dengan modul ini.

Modul ini juga disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran


anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali
semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran
arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan
corak pembelajaran sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang


pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran
anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran
kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat
melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan
hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia
bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk mengikut proforma kursus. Jangka
masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan
sasaran pembelajaran kendiri anda. Aktiviti-aktiviti disediakan dalam setiap
tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari
atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Dua
latihan disediakan pada pengujung modul ini untuk membantu kefahaman
dan pengaplikasian ilmu yang telah diperolehi dalam modul ini.

vi
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda
agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A
menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir


kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan ditentukan oleh Unit Peperiksaan
dan Penilaian.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

i. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai


untuk setiap kursus.
ii. Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan
sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar
menghafal.
iii. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar
merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat,
memproses maklumat, dan mengaplikasi maklumat.
iv. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat, iaitu pada
pensyarah, bahan rujukan, rakan sekerja, pengalaman profesional dan
juga sumber internet.
v. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan
pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang satu
tahun pengajian.
vi. Pengetahuan kandungan dan pedagogi sentiasa dinamik dan
bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan
maklumat dengan menggunakan kemudahan ICT dan Online
Learning(OLL).
vii. Pengetahuan semulajadi dan pengalaman profesional yang sedia ada
pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar
untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di
bilik darjah.

Selamat maju jaya.


vi
PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

PENGENALAN

Kursus PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual


(Teaching and Learning of Visual Art Education) melibatkan teori dan amali
dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini
mengandungi dua tajuk iaitu Tajuk 1 – Perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 (Topik 2 teori
dalam proforma), Tajuk 2 – Meneroka Alat dan Bahan mengikut tema (Topik 1
amali dalam proforma).
Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan
pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi
setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk pemerhatian, penerokaan,
pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan mengikut tahap,
minat dan latar belakang. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap
bidang kegiatan. Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak .
Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2.
Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid.
Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid.
Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosio-
budaya .
Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik
yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-
persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan.
Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil
kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah
secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman
setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan
dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk
mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang
dipelajari.

v
AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima
belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)

Interaksi
Bil. Tajuk/Topik Bersemuka Modul Jum.
(jam) (jam) Jam

Teori
1 12 0 12
Pengenalan empat bidang kegiatan PSV
KBSR: Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan
serta Mengenal Kraf Tradisional.

Teori
2 0 9 9
Perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran setiap Bidang Kegiatan
mengikut Tahap 1 dan 2

Teori
3 9 0 9
Persediaan Mengajar

Amali
4 0 6 6
Meneroka Alat dan Bahan

Amali
5 6 0 6
Meneroka Tajuk dan Isi kandungan
mengikut tema

Amali
6 9 0 9
Menghasilkan karya Menggambar,
Membuat Corak dan Rekaan

Amali
7 9 0 9
Menghasilkan karya Membentuk dan
Membuat binaan serta Kraf traditonal

Jumlah keseluruhan 30 15 45

vi
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Perancangan aktiviti pengajaran dan


TAJUK 1 pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut
Tahap 1 dan 2

1.1 Sinopsis
Kursus ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan
mengajar, serta aktiviti amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan
mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;


1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidan kegiatan iaitu
Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat
Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional

2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.

3. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Perancangan
aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran

Menggambar Membuat Corak Membentuk dan Mengenal Kraf


dan Rekaan Membuat Binaan Tradisional

1
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4 Kandungan

1.4.1 Pengenalan Bidang PSV SR


Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat
bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan,
Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

Rajah 1. Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR

P e n g e n a la n S e n i V i s u a l

Me nggam bar M e m b e n tu k d a n
M e m b u a t B in a a n

K u ri k u lu m
PS V SR

Me m bua t C orak K r a f T r d is io n a l
d a n R e ka a n

Rajah 2.
Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

2
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.1.1 Menggambar

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan
untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan
pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas
menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti
menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan
dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar.

a) Definisi Menggambar

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
dihasilkan di atas permukaan rata.

Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di


atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan
imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih
jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

3
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

b) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah 3.

Menggambar
Lukisan Catan
Mozek Kolaj

Capan Montaj
Teknik
Menggambar

Gurisan Cetakan

Percikan Resis
Stensilan Gosokan

Rajah 3

Teknik Catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah
caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan.

Teknik Kolaj
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau
papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau
jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian
gambar.

4
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya
cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.
Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan
boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan
warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan
cetakan lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Polyfoam
adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir
itu akan memberi kesan yang berlainan.

Teknik Resis
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan
teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan
untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti
kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di
peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.

Teknik Gosokan
Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di
atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang
berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda
boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat
gambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa
bentuk yang dihasilkan.

Teknik Stensilan
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan
sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna
akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh
kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa
bentuk yang dihasilkan.

5
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Teknik Percikan
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik
dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang
berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan
kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya
kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.

Teknik Gurisan
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan
sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari
sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara
berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang
keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris
pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras
dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang
dihasilkan.

Teknik Mozek
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah
bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas
sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun,
bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak
bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan
bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang
dihasilkan.

Nyatakan aktiviti apakah yang selaras dengan kenyataan di bawah.


Jenis Aktiviti Kenyataan
sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai
kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.
bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang
di atas stensil dan diserap oleh kertas
Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan ‘strawboard’
atau ‘polyfoam’. Kemudian, bahan warna disapukan di atas
permukaan dan dicetak atas kertas.

6
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan


dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas,
bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi
warna air boleh dipercik dari berus

anda menggunakan warna air bersama warna lilin

Kepingan gambar-gambar disusun dan digam

1.4.1.2 Membuat Corak dan Rekaan

http://media-files.gather.com/images/d982/d251/d744/d224/d96/f3/full.jpg

Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah
keranakebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati
dengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan
ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan
corak. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti
yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu
yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh
diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:
 alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
 bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting
 geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
 abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
 rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

7
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah:

Membuat Rekaan Dan Corak


Jenis susunan corak

Rajah 4

Membuat Rekaan Dan Corak


Teknik Corak
Titisan

Tarikan
Renjisan
Corak Tidak
Terancang
Lipatan

Ikatan dan
Celup
Tiupan
Pualaman

Rajah 5
Teknik menghasilkan corak tidak terancang

8
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.1.3 Membentuk Dan Membuat Binaan

http://www.japonya.org/icerik/2009/05/origami-450x338.jpg

Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain
dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas.
Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari
sebelum masuk ke alam persekolahan.

Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan


membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini
akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada
pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail,
stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda akan lihat
bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang
persembahan hasil kerja.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap


aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas
bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan
bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

9
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9
aktiviti seperti berikut:

(a) Arca timbul (f) Model


(b) Arca asemblaj (g) Diorama
(c) Arca mobail (h) Boneka
(d) Arca stabail (i) Topeng
(e) Origami

1.4.1.4 Mengenal Kraf Tradisional

www.bestbatik.com/batik/images

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja


berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta
memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun
mengikut kaum masing-masing.

Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:


(a) Alat Domestik (e) Seni Tekat
(b) Alat Permainan (f) Tembikar
(c) Alat Pertahanan Diri (g) Seni Anyaman
(d) Batik (h) Seni Ukiran Kayu

10
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk


memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada
masyarakat tradisional pada ketika itu.

Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang
dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai
padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah,
Perlis, Pahang, Selangor dan Johor.
Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau
Bayan

Cuba anda senaraikan nama-nama wau yang terdapat di Malaysia dengan


melayari internet.

Keris
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan.
Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka
hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak,
Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah
Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat
dan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris
Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali,
Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada
masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis
persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.

Batik
Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang
kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai
corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia.
Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik

11
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk
menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah
diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung.
Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik
semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan
mengikut peredaran zaman.

Seni Tekat
Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji,
tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat,
disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul
dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.

Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan


pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat
diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka.
Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka
banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak,
Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri
yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

Tembikar
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan
penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai
Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia.
Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.
Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar
yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan
kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk
tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif,
ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan
berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi
lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.

12
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Anyaman
Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan,
mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau
bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui
teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.

Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang
melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang
tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap
harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi
menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan
menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.
Kelarai ini diantaranya ialah:

(a) Kelarai berakar (f) Kelarai anak ikan


(b) Kelarai beras patah (g) Kelarai kepala lalat
(c) Kelarai bunga cengkeh (h) Kelarai mata punai
(d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah
(e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau

Ukiran Kayu
Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan
untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada
zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang
Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di
kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini
diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala
sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.
Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari
ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.

13
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap


bidang kegiatan.

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama


ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian

(ii) penerokaan

(iii) penghasilan (pembuatan)

(iv) apresiasi dan perlanjutan

1.4.2.1 Pemerhatian yang aktif

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu
diberi kepada perkara berikut:
 pengetahuan sedia ada murid;
 benda yang konkrit;
 minat, kecenderongan dan latar belakang murid;
 bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
 mencetus idea dan imaginasi.

Sila anda berkerjasama dengan rakan anda dan cuba berikan definisi deria
dan huraikan fungsinya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi
mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan
dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.
Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni

14
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.
Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang
lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui
kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni
visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam
meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual
yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta
mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

Sila berbincang dengan rakan anda dan huraikan kenyataan di atas.

1.4.2.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan


Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti
penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan
aktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

(i) penerokaan
 aktiviti kecil mudah ringkas;
 cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
 penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;
 mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;
bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
 aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
 menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

ii) penghasilan / membuat / pengalaman


 penggunaan alat bahan dan teknik;
 tatacara, langkah dan proses membuat;
 amalan tertib kerja

15
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

 keselamatan semasa bekerja; dan


 penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

“Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah


untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”

Daripada kenyataan di atas, apakah yang anda harapkan boleh


berlaku dan menampakkan perubahan dari segi sikap dan sahsiah murid
di sekolah anda?

1.4.2.3 Pengalaman Langsung

Bezakan makna pengalaman langsung dengan pengalaman tidak


langsung. Sila rujuk sumber-sumber yang sahih.

Bekerjasamalah dengan rakan anda.

Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang


tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai
asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras
dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi
sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,
manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di
sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan
kemahiran.

Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,


alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan
mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf

16
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses
pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan
maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran
yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan
teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,
menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian


keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara
tidak langsung memberikan pengalaman langsung kepada murid. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan
imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan
melalui kegiatan pemerhatian ini.

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,


murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud
dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan
memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan
ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan
dengan semua keadaan.

Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami


pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang
digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan
menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea
baru dari benda konkrit.

17
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.2.4 Apresiasi

Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau


pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang
mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih
tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu mereka.
Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari
aspek-aspek kognitif.

Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan Apresiasi.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria
pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara
arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan
penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang
difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta
perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama
aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti
mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti
mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
 aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan,
jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;
 aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;
 aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;
 penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
 perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan
 penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan
kandungan.

18
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek


pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari
segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.

Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua
pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

(a) Pendekatan secara logik


(b) Pendekatan secara psikologi

Pendekatan Secara Logik


Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan
pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian
dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

. Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik


pelukis,
Secara Penerangan
media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh.

. Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul


dan menyusun gambar-gambar
Secara Pemerhatian
Analisa, penilaian, perbandingan antara satu
dengan yang
Secara Perbandingan
lain serta menimbulkan kesedaran.
Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail.
menghubungkan diri dengan pelukis/pandai
Secara Penghasilan
tukang, gaya
konsep dan zaman.

Cuba anda jalankan satu aktiviti membuat apresiasi dengan menggunakan


pendekatan secara logik berdasarkan satu contoh karya seni murid anda.

19
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pendekatan Secara Psikologi


Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada
perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat
meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara
ini akan lebih realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat
orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat
yang digunakan.

Kaedah Apresiasi Seni


Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah:
(a) Hedonistik (c) Organistik (e) Elektik
(b) Kontekstualistik (d) Normistik

Kaedah Hedonistik
Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan,
pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta
merta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan.

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi
menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma
berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan
terdapat pelbagai citarasa.

Kaedah Konstekstualistik
Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah,
sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan
sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.

Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman,


rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.
Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamatan karya,
kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu

20
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

Kaedah Organistik
Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang
teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara
harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kepada
aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat
membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan,
unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

Kaedah Normistik
Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari
aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan
pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya
lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai
akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah
melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama.

Kaedah Elektik
Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah
gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif.
Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan
bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus
kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang
baik.

21
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Proses Apresiasi Seni


Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai
proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti
aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat
tahap:
(a) Menggambarkan ( Description )
(b) Menganalisa ( Analysis )
(c) Tafsiran ( Intrepetation )
(d) Penilaian ( evaluation )

Menggambarkan
Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat
tampak/objek pada karya.Sebagai contoh :

Karya Latif Maulan


Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik
dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan
cahaya yang terpancar dari atas.

Menganalisa
(i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni,
prinsip rekaan dan struktur.
(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
(iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya.
(iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.

22
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Tafsiran
(i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu
juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda,
simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
(ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan)
untuk menjelaskan makna tersebut.
(iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan
budaya masyarakat setempat.

Penilaian
Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi
individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.
Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya
pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang
tajam.
Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?
(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.
(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.
(c) Sejarah seni.
(d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.
(e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

23
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan

1.4.3.1 Tema
Walau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan, perkara-perkara
berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.

a. Alam semulajadi dan objek persekitaran

http://www.anthonydelia.com/images/unfettered.jpg

Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai


sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi
sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada objek
persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek
domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya.
Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnya
akan melihat dinamik bentuk ('form'), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan,
integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna,
jalinan, rupa dan bentu

24
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

http://www.sell-arts.com/images/items/10012/1012058_0.jpg

Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda


yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri,
sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis.
Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya
mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-
quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah
yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya.
Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi
atau penggerak minda dalam berkarya.

c. Aliran dan tema sejagat

http://elliottback.com/wp/wp-content/moma-starry-night.jpg

25
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan


kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari
idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya
mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang
lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar
menjadi suatu keunikan ciptaan dan
mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art'
misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan
sanggup menerima rintangan.

d. Keperluan dan pengalaman hidup harian

http://www.gourmetcookshop.com.au/shop/images/uploads/japanese

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain
merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan.
Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas,
basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang
mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang
dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan
mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat
memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif
seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan
dan lebih tinggi nilai estetikanya.

26
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan
pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan
pembelajaran.

e. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism

http://www.digitalart.ab.ca/art/romanticism/images/sabine-women.jpg

Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia


dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang
berlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya.

Berdasarkan tema di atas sila anda berkongsi pengalaman dengan rakan anda
untuk mencari beberapa contoh karya yang sesuai dengan tema yang
tersenarai di atas dengan melayari internet. Serahkan tugasan ini kepada
Pensyarah anda sewaktu sesi bersemuka/kuliah.

27
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.3.2 Isi kandungan

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat
bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3.
Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini
menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang
kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai
nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsi


dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan
membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek
ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
Lukisan, Catan, Kolaj, Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan, Stensilan, Percikan,
Gurisan, Capan, Mozek dan Poster.

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi


diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali
pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan
memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus.

Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid


dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan
kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami
dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan


perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian
kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara
pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang
bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-
kanak.

28
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid
memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya
menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan
kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui
kegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan
dan celupan, Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara: Lukisan atau
Catan.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan


perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat
memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu
model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan
murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini
memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj,
Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid


membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian
dan cerita.

Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja


seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan
dengan kraf tradisional seperti: Alat domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri,
Perhiasan diri (ornamen) , Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar.

29
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf


tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan
fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi
pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang
kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti
pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

1.4.3.2 Alat dan Bahan

Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik


Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan
mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid
mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang
akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni
menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan
bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak
jika hendak disenaraikan.

Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni


menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna
dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah
seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas
pembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat
tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering ataumedia basah
semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerjamenggambar. Selain dari
itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam
aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang
digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil
kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.

30
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan


dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan
media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar:

 Berbagai jenis pensil


 Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
 Kapur berwarna
 Oil pastel
 Artline atau marker
 Berbagai jenis pen
 Gouche, akrilik, cat minyak
 Stensil
 Kolaj
 Capan, cetakan
 Lilin
 Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
 Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan,
 sayur-sayuran, dan buah-buahan
 Penyedut minuman
 Gunting, pisau lipat, gam
 Berbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar.


Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,
krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus.
Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media
basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon,
arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak
dan cat akrilik.

Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat


dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri.

31
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan
penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada


pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan
memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.

Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan


membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam
menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga
dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk
disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat.
Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan
permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis
luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan
berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek
realiti.

Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktiviti
kepada bidang-bidang di bawah:

Bidang Aktiviti Alat dan bahan


1. Menggambar Catan Minyak

2. Membuat corak Capan


dan rekaan
3. Membentuk Patung Puppert
dan membuat binaan
4. Kraf Tradisional Anyaman

32
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak

Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang


berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni
visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-
kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975).
Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu
kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat
dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanak
adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta


berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja
seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan
refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus
berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan


rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap
imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti
kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran
mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui
aspek berikut:

a. Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan
masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

b. Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada
otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

33
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

c. Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam
pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan
akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal
di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti
pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya
kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

d. Aspek Persepsi
Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan
menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual
menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi
sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek
yang terdapat di sekeliling mereka.

Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali


objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling
mereka. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek
melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya
persepsi mereka.

Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak
selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses
pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu
dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya
satu bentuk hasil karya yang unik.

a. Pengkaryaan sebagai Medium Komunikasi


Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka
berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan
untuk berinteraksi. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan
dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi
untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

34
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

b. Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri


Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan
kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan
semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman
mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi
selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu
menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Kesan


penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep
kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang
memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga
menggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita mengenai
karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk
bertutur. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran
dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan
peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif
kanak-kanak dengan cara yang positif.

Bagaimana menjana imaginasi kanak-kanak

Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan


perasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Contoh-contoh
soalan lukisan atau catan yang berimaginasi adalah seperti berikut:
1. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya?
Bagaimana jika buaya boleh terbang?
2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah gunung Kinabalu.
Bolehkan anda bayangkan anda sedang mendakinya?
3. Bayangkan seekor arnab yang berbelang?
4. Jika anda boleh tinggal di sangkar burung,
Bagaimanakah keadaannya?

35
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi


yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh
perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi
contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau
kegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi
diantara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik,imej
unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna
dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri
mereka. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan
yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual
sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan
yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu
difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti
yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.

Contoh soalan.
1. Bagaimanakah bentuk dan warna buah rambutan yang sudah masak atau
muda?
2. Apakah warna yang perlu kamu campur ke atas buah-buahan tersebut?
Secara tak langsung murid akan menggunakan warna dalam aktiviti mereka.

Komen hasil kerja murid dan kita boleh berkomunikasi tentang:


1. Apa yang kita suruh murid buat
2. idea selanjutnya tentang tema dari apa yang mereka sedang hasilkan
3. perasaan terhadap hasil kerja sendiri
4. penggunaan tajuk fantasi dan imaginasi
5. bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan
6. kadar banding, saiz, susunan corak
7. penggunaan alat dan bahan
8. teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan
9. usaha murid terhadap hasil kerja mereka
10. cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan

36
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi


yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti
serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan
seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya
imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-
kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti
kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang
baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan
imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna
mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta
mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-
kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat
membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh
diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan
bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan
daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana
objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil
seni mereka

Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas


seperti membentuk, mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai
guru perlu memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan
dan pengalaman murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah
dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan.

Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh


murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari
kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam
pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-
tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan
kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran
Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan.

37
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Begitu juga dengan aktiviti pemulihan, anda sebagi guru tidak


dapat lari daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.
Pemulihan amat perlu untuk murid- murid yang menghadapi masalah atau
kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan
Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang
akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat.

1.5 Rumusan

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan
dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Dengan empat bidang merangkumi menggambar, membuat rekaan dan


corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untuk
melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek
estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat
diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam
kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan
dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan
budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

38
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Aktiviti 1.1

Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid


disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya
sendiri.

Apakah strategi pengajaran yang sesuai dalam menyelesaikan masalah


tersebut dan huraikan langkah-langkah tersebut dalam bentuk rancangan harian
pengajaran dan pembelajaran anda.

Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi


kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan
murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih
kepada kemahiran yang lain.

Aktiviti 1.2

http://getfantasticdeals.com/library/Monet-CornerGardenMontgeron.jpg

Gambar di atas adalah karya pelukis terkenal dunia yang telah dihasilkan pada
kurun yang ke19. Cuba anda membuat apresiasi seni dengan menggunakan
pendekatan yang disarankan oleh Feldman (1967) dan Smith (1967)

Apresiasi seni anda itu mestilah disiapkan dalam bentuk tugasan. Tugasan
anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Arial” saiz 12 dilangkau
baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

39
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

TAJUK 2 Amali Meneroka Alat dan Bahan

2.1 Sinopsis

Tajuk ini meliputi proses meneroka alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran,
prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.Tajuk ini juga adalah untuk
membantu anda mengenalpasti, membina dan mengaplikasi alat dan bahan
pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Penekanan juga
diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang
kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan mengajar, serta aktiviti amali untuk
meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan
karya bagi kesemua empat bidang tersebut. Anda hendaklah membuat
pertimbangan yang asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan alat dan
bahan untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;


1. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen alat dan bahan untuk
meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan
pembelajaran setiap bidang kegiatan.

2. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui


perisian-perisian dalam proses penghasilan karya

3. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan

40
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Meneroka Alat dan


Bahan

Meneroka / Membuat Meneroka / Membuat


eksperimentasi pelbagai jenis eksperimentasi
alat dan bahan perisian-perisian

2.4 KANDUNGAN

Meneroka Alat dan Bahan

Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan yang boleh
anda sediakan untuk menghasilkan hasil karya ini.

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

41
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Alat :

Bahan:

Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan yang anda tahu. Kemudian cuba
anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut.

http://images.ask.com/pictures

Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan


Menggambar seperti di atas?

42
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan

Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan
bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang
optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesas seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian
dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan
tentang pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak
disasarkan.

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang


terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. tajuk ini
disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui
penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui
asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis
aktiviti menggambar.

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar.


Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,
krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk
menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah.
Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin
dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat
akrilik atau kekuda dan alat ‘masking’. Permukaan untuk catan adalah seperti
kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lain
adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, ‘easel’ atau kekuda dan alat
‘masking’.

43
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah


caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai
kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan


oleh tiga orang berikut:
Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu.
(a) Ali menggunakan berus leper untuk menempelkan cat yang tebal dan
pekat di atas kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke
pendek yang berulang-ulangan. Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan.

(b) Ahmad menggunakan berus basuhan lembut untuk menyapukan warna


lutsinar lapis demi lapis selepas warna kering. Kesan lutsinar dan
separuh lutsinar dihasilkan.

c) Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan


dicatkan secara titik bertitik bersebelahan satu sama lain.
Hasilnya terdapat kesan warna pecahan.

Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari
gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau
papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat
atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian
gambar.

44
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh


tiga orang berikut:
Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu.

(a) Mala menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk
menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang
panjang dan pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung
rumah.

(b) Muthu menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk
menggambarkan awan. Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan
ditampal untuk menggambarkan air sungai.

(c) Swee Ling mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang
berwarna
hijau untuk menggambarkan rumput.

Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda.
Membuat hubungkaitan adalah kemahiran berfikir.
Mereka perlu membuat perbandingan, membuat pilihan dan membuat keputusan
bahan apa patut digunakan untuk benda apa.
Mereka membandingkan rupa bentuk, warna, sifat benda dan jalinan.

Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej
pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas
permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino,
‘strawboard’ , papan lapis dan ‘polyfoam’. Gambar boleh diukir di permukaan lino,
papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas
permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dansifat bahan yang diukir
itu akan memberi kesan yang berlainan.

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori


cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan
bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu
permukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan
berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan

45
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan
memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain.
Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air
bersama ‘cow gum’. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun
‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal.
Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan
permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di
kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu.
Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna
air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan.
Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau
kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang
kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu
contoh teknik resis.

Sila rujuk sumber proses penghasilan batik dilakukan bersama-sama rakan


anda samada di internet, video, buku atau sebagainya.

Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Azman
dengan cara berikut:

(a) Azman melukis seekor katak. Azman meletakkan kertas di atas kulit pokok.
Beliau menggosokan kawasan badan katak dengan kulit pokok di
bawah kertas. Hasilnya jalinan badan ini berbintik-bintik seperti kulit
pokok yang kasar itu.

Dalam aktiviti ini Azman sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulit
katak dan kulit pokok. Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiran
berfikir. Azman perlu membuat pemerhatian dan membandingbeza.

46
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh


menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang
lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna
krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas
kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan
untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis
alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada
garisan yang dihasilkan.

Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas
warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti
kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada
mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi
jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

http://www.flickr.com/photos/ongkyw

Perhatikan ciri-ciri yang wujud dalam gambar wayang kulit kemudian jawab soalan
yang berikut:

47
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

(a) Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar
tadi.
(b) Apakah teknik yang digunakan dalam kerja penghasilan patung
wayang kulit itu?
(c) Bagaimana penggunaan unsur seni mengambil peranan dalam
lengkap-melengkapi patung itu sehingga terhasilnya imej yang
menarik?

Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat
dominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus
dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis.

Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran


mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya.
1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia
adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini
memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya.
2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh
tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar.
3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik
yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum
menggambar.

Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda
akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun
berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam
sekeliling kita seperti:
1. alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;
3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
4. abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
5. rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
6. Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu:

48
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Corak tidak terancang Corak terancang

Pualaman Lukisan

Renjisan Catan

Lipatan warna dengan Cetakan


kertas
Tiupan Capan

Titisan Lipatan dan guntingan

Ikatan dan celupan Resis

Renjisan dan percikan Kolaj

Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai di
dalam rajah di bawah:
Corak tidak terancang Alat dan Bahan
Pualaman

Tiupan

Ikatandan
celupan

Renjisan dan
percikan

Cara membentuk dan membuat binaan

49
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan


membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam
menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga
dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk
disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat.
Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan
permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis
luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan

50
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek
realiti.

Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya?


Anda boleh:
1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan;
2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan
objek;
3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan;
4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk;
5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang
mempunyai ilusi pergerakan;
6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan;
7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar;
8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan;
9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses
membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan;
10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling
sesuai dan menyatakan kesannya;
11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses
menghasil bentuk rekaan;

Penentuan Alat dan Bahan


Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa
pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat
binaan, antaranya:
1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;
2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah
kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya;
3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu,
gam dan sebagainya; dan

4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus

51
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada


pelajar anda membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan
memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna.
Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh:

(a) Rujukan kepada Objek Sebenar

1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek;


2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;
3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan
melalui deria pendengaran;
3. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk
kegunaan harian, permainan dan peragaan; dan memahami bahawa
sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.

(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik


Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa
kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan:
1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan
alat dan bahan.
2. Membuat 'thumbnail print' sebagai tindakan mengawal dan mengawas
urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian
objek .
3. Sesuatu perkembangan ('progress') kerja dikawal selia mengikut keperluan
bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.
4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan
mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan
penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat
dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas
dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat

52
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

disamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.


6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering
kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci,manik-
manik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk.
Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan
yang anggun.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan
selamat.
.
Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri
kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan.
Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk
membuat 'papier mache', mesin untuk menggaul 'papier mache', mesin perata
dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan
yang baik dan bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan
objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabail statik dan
perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek
yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti
almari cermin. Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang
relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.

Proses Penghasilan Tembikar


Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.
1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu
tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang
terdapat di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga
hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk
proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.

53
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah


dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.
7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.
Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian
badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam
keadaan separuh siap ('leather hard').
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai
12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

1. Daripada kenyataan di atas, cuba anda senaraikan alat dan bahan


yang perlu disediakan dalam menghasilkan satu binaan tembikar
2. Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk
menghasilkan kraf tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda.
Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website.

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan
yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk
tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu
pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:
a. Alat dan bahan untuk penghasilan
Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:
Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat……..
Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij…….
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar………
b. Alat dan

54
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:


i) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya :

Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,


jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek
harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,….

ii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan
secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.
Contohnya:

Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad


ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan
gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana………….

iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama
dengannya
Sila senaraikan di sini :

Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak


kekal berdasarkan item yang tersenarai di rajah di bawah. Jelaskan.

Minyak kertas kain linen kertas warna berus cecair


turpentine lukisan batik lukisan tinner
Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir meja

55
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

2.4.2 Meneroka/Membuat Eksperimentasi Perisian-Perisian

Pada masa lalu seorang pelukis menggunakan berus, cat dan kanvas untuk
mencurahkan idea-idea kreatif mereka. Begitu juga para perekabentuk grafik
menggunakan alat-alat konvesional seperti pen teknikal, jangka sudut, pembaris,
warna dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan yang kemas dan tepat. Kini
dengan perkembangan teknologi komputer, seorang pelukis atau perekabentuk
boleh menggunakan pelbagai perisian bagi menggantikan bahan dan peralatan
manual tersebut untuk melahirkan idea mereka dengan lebih bebas dan kreatif.
Disamping itu rekaan yang dihasilkan juga lebih mudah, pantas, tepat dan
berkualiti. Kajian rekaletak, kajian warna dan proses mengubahsuaian imej juga
menjadi jauh lebih mudah berbanding menggunakan cara manual. Kos untuk
menyediakan bahan juga adalah jauh lebih murah, kerana semuanya dalam bentuk
digital dan sangat mudah untuk membuat salinan serta mengubah saiznya.

Secara umumnya grafik atau lukisan digital adalah merujuk kepada


sebarang rekaan dan karya seni yang dihasilkan menggunakan perkakasan dan
perisian komputer. Ia disampaikan kepada penonton menggunakan skrin komputer
atau melalui cetakan berkomputer. Ianya boleh dipersembahkan dalam pelbagai
bentuk, daripada yang ringkas seperti garisan, rupa, corak, gambar realistik
sehingga berbentuk fantasi, tiga dimensi dan animasi.

Perisian Grafik dan Lukisan Digital

Grafik dan lukisan digital boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian


tertentu yang dijual dipasaran atau dilanggan melalui internet. Ada juga sebahagian
perisian tersebut kita boleh perolehi sacara percuma dengan memuat turun
daripada internet. Sebagai seorang guru mungkin kita tidak perlu membeli perisian
yang canggih untuk mengajar lukisan digital kerana kosnya sangat mahal.
Pembelian perisian grafik yang tulin mungkin berbaloi bagi syarikat-syarikat yang
menyediakan perkhidmatan rekabentuk kerana akan mendapat pulangan yang
lumayan. Seorang guru biasanya menghasilkan karya digital bukan untuk tujuan
perniagaan tetapi untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran. Sekarang ini

56
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

sudah ada banyak perisian-perisian yang dibangunkan dan diberikan secara


percuma (opensource) untuk tujuan rekabentuk atau melukis. Di sekolah kita boleh
menggunakan prisian grafik seperti Microsoft Paint atau Paint Brush yang telah
tersedia di dalam Microsoft Windows.

Perisian grafik dan lukisan digital boleh dibahagikan kepada beberapa


kategori mengikut kegunaannya. Berikut adalah antara perisian-prisian yang
popular dan selalu digunakan di dalam bidang rekabentuk grafik dan lukisan digital;

a. Perisian penyuntingan foto dan membentuk imej


Perisian penyuntingan foto sering digunakan di dalam menghasilkan rekaan seperti
poster, banner rekabentuk kulit buku, grafik untuk laman web, aplikasi multimedia,
latar belakang bahan persembahan dan sebagainya. Di samping itu perisian seperti
ini berguna untuk menyunting imej-imej yang diambil menggunakan kamera digital,
pengimbas, atau diperolehi melalui internet. Imej-imej tersebut boleh diubahsuai
dari segi warna, saiz dan kesan khas. Melalui perisian penyuntingan foto juga
perekabentuk boleh mengabungkan pelbagai imej, teks dan kesan khas agar
hasilnya kelihatan lebih artistik.

Imej peta (bitmap) biasanya dihasilkan dengan menggunakan perisian


penyuntingan imej. Imej seperti ini mudah dihasilkan, menarik, lebih realistik dan
tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Imej bitmap boleh diterima oleh
kebanyakan perisian pembangunan aplikasi multimedia.

Walau bagaimanapun imej jenis bitmap yang dihasilkan, sekiranya


diperbesarkan akan kelihatan begerigi. Menukar saiz atau imej gambar akan
menyebabkan kejatuhan kualitinya. Agak sukar untuk menghasilkan imej-imej yang
abstrak seperti untuk menerangkan konsep-konsep dalam sains atau sesuatu
rekaan yang baru dengan menggunakan perisian penyuntingan imej.

57
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk
mengedit foto:

o Adobe Photoshop
o Corel Painter
o Print Shop Pro
o Photo Impact

Antaramuka perisian grafik Adobe Photoshop

Pada masa ini Adobe Photoshop adalah antara perisian penyunting imej yang
sangat bertenaga dan banyak digunakan oleh perekabentuk seluruh dunia.
Photoshop adalah nama standard dalam rekabentuk grafik yang digunakan untuk
menghasilkan imej-imej yang menarik dalam pembinaan laman web, percetakan,
pengiklanan dan banyak lagi. Diakui di seluruh dunia sebagai standard industry.

58
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pelajari tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan-kemudahan yang


diberikan oleh Adobe Photoshop dengan lebih berkesan melalui laman-laman web
berikut;

 http://www.photoshopsupport.com/tutorials.html
 http://www.photoshopstar.com/
 http://www.adobephotoshoptutorials.com/

Contoh bahan-bahan grafik untuk pelbagai kegunaan yang dihasilkan


menggunakan perisian Adobe Photoshop

Selain dari itu, terdapat juga perisian penyuntingan imej berasaskan sumber
terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal
ialah The Gimp yang boleh dimuatturun melalui alamat; http://www.gimp.org

59
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Laman web GIMP - http://www.gimp.org

Antaramuaka Perisian GIMP

GIMP adalah singkatan dari GNU Image Manipulation Program (Program


Manipulasi Gambar GNU). Ini adalah perisian yang fungsinya hampir menyerupai
Adobe Photoshop dan diedarkan secara percuma untuk tugas-tugas seperti
mengedit gambar. GIMP juga memiliki banyak kemampuan. Sebagai contoh ia
dapat digunakan untuk aktiviti catan yang mudah, mengabungkan pelbagai imej
dan teks, menambahkan kesan-kesan artistik, mengubah format gambar dan
banyak lagi. GIMP ditulis dan dikembangkan di bawah X11 pada platform UNIX.

60
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Tapi pada dasarnya kod yang sama juga berjalan pada MS Windows dan Mac
OSX.

Pelajari pengetahuan asas, tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan-


kemudahan yang diberikan oleh perisian GIMP dengan lebih berkesan melalui
laman-laman web berikut;

 http://www.gimp.org/tutorials/
 http://gimp-tutorials.net/
 http://www.gimp-tutorials.com/

Contoh kesan pengubahsuaian imej yang dihasilkan menggunakan perisian


GIMP

b. Perisian untuk melukis ilustrasi dan imej

Perisian grafik dari kategori ilustrasi atau lukisan imej vector (vector) amat popular
dalam menghasilkan Clip Art (untuk tujuan komursial). Ia juga banyak digunakan
dalam bidang teknikal, kejuruteraan atau rekabentuk. Di bidang pendidikan imej
vector banyak digunakan dalam menghasilkan ilustrasi bagi tujuan menerangkan
konsep-konsep yang abstrak secara visual. Disamping itu imej vector juga sering
digunakan dalam dunia seni rekabentuk grafik dan multimedia.

61
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk melukis
ilustrasi dan imej:

 Adobe Illustrator
 Macromedia Freehand
 Corel Draw
 Corel Designer

Antaramuaka Perisian Adobe Ilustrator

Adobe Illustrator adalah satu perisian yang telah menjadi aplikasi standard dan
sangat degemari oleh kebanyakan perekabentuk untuk menghasilkan grafik
ilustrasi. Seniman, pelukis dan pereka grafik menggunakan Illustrator untuk
membuat grafik berasaskan vektor yang bertentangan dengan grafik berasaskan
bitmap seperti di dalam Adobe Photoshop. Imej bitmap dapat dengan mudah
diperbesarkan tanpa kehilangan kualitinya.

62
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Menguasai Adobe Illustrator memang tidak mudah, ianya memerlukan masa dan
kesabaran. Berikut adalah antara laman-laman web yang boleh dilayari untuk
mempelajari dengan lebih lanjut lagi teknik dan trik di dalam Adobe Illustrator;

 http://www.adobe.com/support/illustrator/
 http://www.ndesign-studio.com/tutorials
 http://www.adobeillustratortutorials.com/

Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator

Selain dari itu, terdapat juga perisian melukis ilustrasi dan imej berasaskan sumber
terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal

63
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

ialah INKSCAPE yang boleh dimuat turun melalui alamat;


http://www.inkscape.org/

Laman web INKSCAPE - http://www.inkscape.org/

Antaramuaka Perisian INKSCAPE


Inkscape adalah sebuah perisian open source (sumber terbuka), berasaskan
program SVG imej vektor. Perisian ini adalah satu kumpulan dengan perisian yang
sering digunakan untuk melukis, seperti Adobe Illustrator, Freehand dan Corel
Draw. Perisian ini sangat berguna untuk menghasilkan rekaan grafik seperti;

64
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

iIlustrasi, carta, gambarajah, imej yang menggunakan garisan, lukisan teknik


kartun, typografi, logo dan sebagainya.

Inkscape boleh dijalankan menggunakan system operasi Windows,


Macintosh, dan Linux. Inkscape sedang mengalami perkembangan yang sangat
cepat dengan fitur baru ditambah dan pematuhan terhadap standard SVG yang
terus berkembang. Untuk mempelajari Inkscape dengan lebih lanjut layari laman-
laman web berikut;

 http://www.inkscape.org/doc/basic/tutorial-basic.html
 http://www.inkscapetutorials.net/
 http://inkscape.teekoo.com/

Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian INKSCAPE

c. Perisian rekabentu 3D dan animasi

Perisian grafik 3D membolehkan kita menghasilkan objek-objek dalam bentuk tiga


demensi. Biasanya perisian 3D juga memberi kemudahan untuk menghasilkan
aminasi yang boleh digunakan dalam aplikasi multimedia atau penerbitan video.

65
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Dengan menggunakan perisian jenis ini ia memudahkan pengguna menghasilkan


objek-objek seperti model dan karakter pelbagai bentuk. Sebagai contoh, perisian
3D sangat berguna untuk menghasilkan rekabentuk seperti model bangunan,
kenderaan, barangan, lankskap, kartun dan sebagainya.

Antara perisian 3D yang sering digunakan untuk menghasilkan imej dan objek
dalam rupa bentuk tiga demensi ialah seperti;

 Ulead Cool 3D Studio


 Xara 3D
 Ray Dream 3D.
 3D Studio Max

Perisian Ulead Cool 3D Studio

66
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Antaramuka Ulead Cool 3D Studio

Ulead Cool 3D adalah antara perisian grafik 3D dan animasi yang sering
digunakan kerana agak mudah dipelajari. Ulead Cool 3D adalah antara perisian 3D
animasi generasi baru khususnya untuk pengeluaran video berkualiti tinggi. Ia
menggabungkan antara muka yang berkesan dan berkemampuan menghasilkan
animasi profesional untuk video, gambar diam, GIF animasi urutan gambar, dan
Macromedia Flash filem 3D. Perisian ini telah dilengkapi dengan perpustakaan
(library) objek pra-dibuat, gaya, sifat dan kesan, yang boleh digunakan untuk
memulakan atau diubah sesuai mengikut keperluan pengguna.

Pengguna juga boleh mengimport setiap objek 3D yang ada dan diubahsuai
mengikut keperluan. Antaramuka perisian ini menawarkan mod edit kronologi,
yang membolehkan pengguna melihat filem yang dihasilkan serta pemain animasi
untuk pratonton. Pengguna boleh membuat model teks 3D, lengkap dengan latar
belakang video, kesan khas dan banyak lagi.

67
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Untuk mempelajari perisian Ulead Cool 3D dengan lebih lanjut anda boleh melayari
laman-laman web berikut;

 http://www.ulead.com/learning/cool3d.htm
 http://www.tutorialguide.net/video/ulead_cool_3d/
 http://www.pixel2life.com/tutorials/ulead_cool_3d/

Contoh karya 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Ulead Cool 3D Studio

Selain dari itu, terdapat juga perisian 3D dan animasi berasaskan sumber terbuka
(open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah
Google SketchUp yang boleh dimuat turun melalui alamat;
http://sketchup.google.com/

Google SketchUp adalah perisian pemodelan 3D-alat gambar yang sangat


bertenaga dan intuitif. Perisian ini agak mudah digunakan dan pengguna boleh
menghasilkan model-model 3D dengan cepat dan tepat. Dengan perisian ini
pengguna boleh membuat lakaran bangunan, binaan, model, lanskap dan
sebagainya dengan perspektif serta ukuran yang tepat. Pengguna juga boleh
menggunakan contoh-contoh model, tekstur, pokok, dan sebagainya yang telah
disediakan oleh Google untuk dikongsi bersama.

68
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Setelah gambar 3D dapat diselesaikan, pengguna boleh mengeksport ke Google


Earth, ke 3D Warehouse, menyimpan fail atau membuat cetakan melalui pencetak.

Berikut adalah laman-laman web yang boleh layari untuk mengetahui dengan lebih
lanjut penggunaan perisian Google SketchUp;

 http://www.googlesketchuptutorials.com/
 http://www.creative-3d.net/3dlinks/tutorials_Sketchup.cfm
 http://www.sketchup2india.com/tutorial/index.html

.
Contoh model 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Google SketchUP

69
PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Aktiviti 2.1

Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai


membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah
membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan
menggunakan teknik kolaj dan capan dengan menggunakan tema geometrical.

Aktiviti 2.2
Sebagai guru Pendidikan Seni Visual anda perlu mempunyai kemahiran bagi
menghasilkan alat bantu mengajar yang kreatif dan bermutu. Anda dikehendaki
menghasilkan kerja seni menggambar dengan menggunakan teknik lukisan, catan,
kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, capan dan mozek.Pilih
satu tema sahaja sebagai hal benda kepada pengkaryaan anda. Umpamanya,
sekiranya anda memilih tema kehidupan laut maka kesemua kerja anda adalah
berkisar tema tersebut.

Aktiviti 2.3
Dengan menggunakan perisian penyuntingan imej dan foto, hasilkan satu poster
yang bertajuk ” Pendidikan Berkualiti dan Berinovasi” . Gabungkan pelbagai imej,
teks dan ilustrasi yang sesuai dengan tajuk tersebut.

Aktiviti 2.4
Dengan menggunakan perisian melukis ilustrasi dan imej, hasilkan rekaan
corak yang menggunakan gabungan motif organik, geometrik dan typografi.

70
PSV3104 Pengajian dan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR
RUJUKAN :
Albert, G, Wolf, R. (1991) Basic Drawing Techniques. Cincinnati, Ohio: North Light
Bates, J, (2000). Becoming Art Teacher. USA: Wadworth.
Caroll, D. (1994). The State Of Teory: History, Art and Critical Discourse. London:
Cambridge University Press.

Hargreaves, David J. ( 1987 ) Children And The Arts. Philadelphia: Open


University Press

Herr, (2001) Creative Learning Activities For Young Children. USA: Delmar
Learning

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2006). Teknologi & Rekabentuk Grafik
Digital, Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah


menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia

Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard kualiti pendidikan Malaysia. sekolah:


Instrumen pemastian standard. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah:


Pernyataan standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni


Visual, KBSR. K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni


Visual, KBSR. K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.

29
PSV3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

PANEL PENULISAN MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
PSV3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

NAMA KELAYAKAN

En. Khairul Albar Bin Masror

Pensyarah Kelulusan:
IPGM Kampus Tuanku Bainun Sarjana Pendidikan (USM)
Mengkuang B.A. Hons.Fine Art (USM)
14000 Bukit Mertajam Sijil Guru Khas Pendidikan Seni (MPIK)
Pulau Pinang Sijil Guru (MPSI)

barmasror@yahoo.com.my Pengalaman:
Pensyarah Pendidikan Seni Visual ( 4 tahun )
PANEL PENULIS MODUL PSV IPGM TB Guru Sekolah Menengah (26 tahun)

Dr. Sajap Bin Maswan Kelulusan:


Ed.D (Teknologi Pendidikan & Multimedia)
Pensyarah M.Ed (Teknologi Pendidikan)
IPGM Kampus Tuanku Bainun B.A. Hons.(Fine Art/Rekabentuk Grafik)
Mengkuang Sijil Perguruan (IPSI)
14000 Bukit Mertajam
Pulau Pinang Pengalaman:
Pensyarah Teknologi Pendidikan ( 5 tahun )
sajap@sajadstudio.info Guru Sekolah Menengah (11 tahun)

30
PSV 3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
LAMPIRAN A

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat
T

32