Anda di halaman 1dari 14

Rukun Baiah (Tadhiyyah dan Jihad)

PENGORBANAN DAN JIHAD,BENTUK-BENTUK PENGORBANAN NABI DAN SAHABAT,PENGORBANAN


TERTINGGI SYAHID DAN TUNTUTAN BERJIHAD DALAM ISLAM

DEFINASI PENGORBANAN DAN JIHAD.

‫ فى سبيل هللا أولئك هم الصادقون‬#‫انما الموءمنون الذين امنوا باهلل ورسوله ثم لميرتابوا وجاهدوا باموالهم وانفسههم‬:‫قال هللا تعالئ‬

Maksudnya :Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
Rasulnya ,kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada
jalan Allah,mereka itulah orang yang benar.(Al-hujurat:15)

Telah diterangkan di dalam al-Quran bagaimanakah bentuk pengorbanan dan jihad yang dikehendaki
oleh Allah taala kepada hambanya iaitu pengorbanan di dalam perjuangan yang memerlukan kepada
pengorbanan harta benda dan jiwa raga demi Islam.

Apabila disebut berkenaan jihad dan pengorbanan, ini bermaksud kita tidak lari daripada berkorban dan
terkorban.

Pengertian korban membawa dua maksud:

Pertama:Binatang ternakan yang disembelih pada hari-hari tertentu dalam bulan zulhijjah (hari raya
haji).

Kedua:Korban dalam pengertian mempersembahkan sesuatu kepada dewa-dewa pujaan atau kekuatan
ghaib yang dianggap berkuasa ke atas manusia.Ini merupakan satu bencana yang telah berlaku dan
masih berlaku di negara kita.

Ketiga:Maksud yang dikehendaki dalam perbincangan ini adalah pengorbanan harta


benda,waktu,tenaga, ilmu dan jiwa raganya dengan luhur dan mulia kerana Allah taala demi
menegakkan kebenaran dan keadilan.Kita sebagai umat Islam dituntut untuk melakukan pengorbanan
yang sebegini rupa .

Allah telah membahagikan bentuk pengorbanan di dalam Al-Quran kepada empat bahagian:

1. Pengorbanan diri

Berkorban demi memartabatkan agama Islam, yang menjadi tanggungjawab kepada setiap manusia
yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah.Pengorbanan ini
adalah untuk menegakkan agama Islam yang betul dan tulin kepada semua manusia.Allah taala telah
menyatakan di dalam firmanNya:

: ‫ كتب عليكم القتال وهو كره لكم وعسى أن تكره شيئا وهو خيراكم وعسى أن تحبواسيئا وهو شرلكم وهللا يعلم وأنتم التعلمون‬Diwajibkan
ke atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah suatu yang kamu benci.Boleh jadi kamu
membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

Allah mewajibkan jihad kepada umat Islam demi menjaga agama islam dan demi mempertahankan diri
umat Islam,walaupun menjadi lumrah kepada manusia benci kepada pembunuhan, tetapi pengorbanan
ini adalah penting untuk Islam,kadang- kalanya perkara yang kita benci itu adalah lebih baik kepada kita
dan perkara yang kita suka itu kadang-kalanya buruk kepada kita.

2. Pengorbanan harta

Pengorbanan harta dinamakan infaq di dalam bahasa arab dan sumbangan di dalam bahasa kita,
samada yang wajib atau sunat kesemuanya mengikut keadaan. Infaq merupakan perkara penting
kepada jamaah, kerana kehidupan jamaah tidak akan kuat dan sempurna tanpa sumbangan
harta,waktu,tenaga dan lain-lain.Firman Allah:

‫وانفقوا في سبيل هللا وال تلقوا بأيديكم الى التهلكة وأحسنوا ان هللا يحب المحسنين‬
Maksudnya:Dan belanjakanlah (harta benda) kamu di jalan Allah,dan janganlah kamu mencampakkan
dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kamu,kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-
orang yang berbuat baik. (al-baqarah 195)

Dan firmannya lagi:

:‫يأيها الذين ءامنواانفقوامما رزقنكم من قبل ان يأتى يوم ال بيع فيه وال خلة وال شفعة والكفرون هم الظلمون‬

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang telah kami
berikan kepadamu (di jalan Allah) sebelum datangnya hari, pada hari itu tidak ada jual beli dan tidak ada
lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat.Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang
zalim.(Al-Baqarah: 254)

3. Pengorbanan kepada keluarga terdekat.

Pengorbanan kepada keluarga terdekat seperti pengorbanan kepada ibubapa,anak,suami isteri,adik


beradik,waris dan seumpamanya.Firman Allah:

‫يأيهاالذين ءامنواالتتخذواءاباءكم واخونكم أولياء ان استحبواالكفرعلى االيمن ومن يتولهم منكم فاولئك هم الظلمون‬

‫* قل ان كان آباؤكم وأبناؤكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن‬

‫ترضونها أحب اليكم من هللا ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتي هللا بأمره وهللا ال يهدي القوم الفاسقين‬

Maksudnya:Hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara saudaramu
pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran ke atas keimanan dan siapa di
antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim.Katakanlah: ‘jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri kaum keluargamu, harta
kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah –rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya maka tunggulah sampai
Allah mendatangkan keputusanNya.Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(At-taubah:23,24)
4. Pengorbanan kepada masyarakat sekeliling.

Pengorbanan terhadap sahabat,jiran,masyarakat dan seumpamanya.sepertimana yang telah di jelaskan


di dalam Al-Quran:

‫التجد قوما يؤمنون باهلل واليوم اآلخر يوادون من حاد هللا ورسوله ولو كانوا آبائهم أوأبنائهم أو اخوانهم أو عشيرتهم أولئك كتب في قلوبهم‬
‫االيمان وأيدهم بروح منه ويدخلهم جنات تجري من تحتها األنهارخالدين فيها رضى هللا عنهم ورضوا عنه أولئك حزب هللا اال ان حزب هللا‬
‫هم المفلحون‬

Maksudnya:Kamu akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling
berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasulNya, sekalipun mereka itu bapa-
bapa ,atau anak-anak, atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka mereka itulah yang Allah telah
menanamkan keimanan didalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang
daripadaNya .Dan dimasukkanNYa mereka ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai,
mereka kekal didalamnya. Allah ridha tehadap mereka dan mereka merasa puas terhadap limpahan
rahmatNya mereka itulah golonganAllah. Ketahuilah sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang
beruntung.(al-mujadalah:22).

Kehidupan bermasyarakat juga memerlukan pengorbanan dan tolak ansur.sabda Rasulullah:

‫اليومن أحدكم حنى يحب ألخيه ما يحب لنفسه‬

Maksudnya:Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia kasih kepada saudaranya lebih
daripada dia kasih kepada dirinya sendiri.

Manakala jihad juga membawa dua maksud:

Pertama:Perang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam.


Kedua:Penentangan (perlawanan terhadap anasir-anasir yang merosakkan Negara dan lain-lain.Seperti
hawa nafsu dan lain-lain.Sebagaimana yang kita ketahui,bahawa jihad yang paling besar adalah jihad
melawan hawa nafsu.(Mujahadatunafs)

Kepentingan berjihad telah diterangkan didalam al-quran.Sebagaimana firman Allah:

‫ال يستوى القعدون من المؤمنين غير اولى الضرر والمجاهدون فى سبيل هللا باموالهم وانفسهم فضل هللا‬

‫المحاهدين باموالهم وانفسهم على القاعدين درجه وكل وعد هللا الحسنى وفضل هللا المجهدين على القعدين اجرا عظيما‬

Maksudnya:”Tidaklah sama keadaan orang –orang yang duduk(tidak turut berperang)dan di kalangan
orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan yang
berjihad(berjuang)pada jalan Allah (untuk membela Islam)dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan
orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yg tinggal duduk
(tidak turut berperang kerana uzur)denagn kelebihan satu darjat.Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan
itu)Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (syurga)dan Allah melebihkan orang-orang yang
berjuang keatas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu
uzur)dengan pahala yang amat besar”(An-nisa`:95)

Sabda nabi S.A.W.

‫من مات ولم يغز ولم ينو الغز ومات ميتة جاهلية‬

“ Barang siapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang ,matilah ia
sebagai mati jahiliyyah”

Sebagaimana yang telah diterangkan dalam surah at-taubah ayat 11,Allah Taala telah menawarkan dan
membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan
(balasan)bahawa mereka akan beroleh syurga,disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah,dan ada
kalangan mereka membunuh dan terbunuh..Oleh itu ,bergembiralah dengan jualan yang KAMI jalankan
jual belinya itu dan ketahuilah bahawa jual beli itu ialah kemenangan yang amat besar.Maka amat
beruntunglah bagi orang-orang yang beriman yang menyahut tawaran Allah Taala ini.

Perkara jihad dan pengorbanan juga telah dinyatakan oleh Mujahid Agung As-Syahid Al Iman Hassan Al
Banna rahimahullah dalam 10 rukun bai’ah.Kita telah sedia maklum bahawa 10 rukun bai’ah itu adalah
amat penting didalam sesuatu harakah islamiah dan sebagai formula pembinaan kekuatan ummah.
Faham ,ikhlas,amal,jihad,tadhiyyah (pengorbanan),taat,thabat(tetap),tajarrud,persaudaraan,thiqqah
adalah rukun bai’ah.Jihad dan pengorbanan perlulah dilakukan dengan hati yang ikhlas hanya kerana
Allah taala supaya usaha kita itu mendapat ganjaran daripada Allah taala. Al-Quran dan hadis telah
menyatakan bahawa jihad dan pengorbanan adalah dituntut dalam agama Islam demi menegakkan
agama Allah,sebagaimana yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad semasa baginda menjalankan
dakwah.Oleh itu,kita haruslah menghargai apa yang telah dilakukan oleh baginda demi ummatnya yang
tercinta.

BENTUK PENGORBANAN NABI DAN PARA SAHABAT.

Ibn Taimiyyah telah mentafsirkan ayat 30 daripada surah al-anfal yang bermaksud”dan ingatlah (wahai
Muhammad)ketika orang-orang kafir musyrik(Makkah)menjalankan tipu daya terhadapmu untuk
menahanmu,atau membunuhmu,atau mengusirmu.Mereka menjalankan tipu daya dan Allah
menggagalkan tipu daya (mereka)kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

Beliau menegaskan bahwa inilah 3 permasalahan yang dilalui oleh mereka yang berjuang di atas manhaj
an-nabawi iaitu dipenjara,dibunuh dan dibuang daerah.

Pengorbanan yang berisiko tinggi telah dilakukan oleh sahabat baginda iaitu saidina Ali
karramallahuwajhah.Dimana setelah rumah baginda dikepung,saidina Ali telah mengambil tempat
nabi.Akhirnya kaum musyrikin itu dapat dikalahkan dengan mukjizat yang telah dianugerahkan
kepadanya, iaitulah apabila baginda mengambil segenggam pasir lalu membaca ayat suci dan dilempar
ke arah mereka,dengan kuasa Allah,mereka tertidur.

Walau sebesar mana pun pengaruh mereka,seramai mana tentera mereka,mereka tetap akan
dikalahkan dan akan menemui kegagalan dalam setiap apa yang dirancangkan oleh mereka untuk
menghalang penubuhan Negara Islam ataupun kedaulatan islam.Allah Taal telah berfirman:

‫وال يحيق المكر السيء اال باهله‬

Maksudnya: Rencana yang jahat tidak akan menimpa kecuali orang yang merancang itu sendiri
(Fathir:43)

Sejak permulaan kejadian manusia , Allah Taala telah mengajar kepada generasi pertama manusia iaitu
kepada kedua-dua putera Adam tentang pengorbanan.Ianya telah diceritakan di dalam kitab2 tafsir
bahawa putera Adam yang dimaksudkan ialah Habil dan Qabil.Firman Allah Taala:

‫ لئن بسطت الى‬0‫واتل عليهم نبأ ابنى ءآدم بالحق اذ قربا قربانا فتقبل من احدهما ولم يتقبل من االخر قال ألقتلنك قال انما تقبل هللا من المتقين‬
‫يدك لتقتلنى ما انا بباسط يدي اليك ألقتلنك انى اخاف هللا رب العالمين‬

Maksudnya : ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil)menurut yang
sebenarnya,ketika keduanya mempersembahkan korban,maka diterima dari salah seorang dari mereka
berdua(Habil)dan tidak diterima dari yang lain(Qabil).Ia berkata(Qabil)”aku pasti akan
membunuhmu”,berkata Habil “sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang
bertakwa.Demi sesungguhnya jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku,aku tidak
sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu kerana sesungguhnya aku
takut kepada Allah,tuhan yang mentadbir sekelian alam.(Al-maaidah:27-28)

Berdasarkan kisah ini,Allah Taala hanya menerima korban bagi mereka yang melakukan pengorbankan
dengan penuh keikhlasan dan berdasarkan ketakwaan mereka kepada Allah.Tujuan pengorbanan ini
adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Pengertian korban itu sebenarnya amat luas.Ianya bukan sekadar mengorbankan haiwan seperti yang
disunatkan oleh agama tetapi juga berkorban apa sahaja demi agama,bangsa dan Negara.Dalam sejarah
islam,ibadat korban ini bermula apabila nabi Ibrahim diuji ketaatan dan kekuatan imannya dengan
diperintahkan oleh Allah melalui mimpi supaya menyembelih anaknya(nabi Ismail).Pengorbanan yang
ditunjukkan oleh nabi Allah ini adalah pengorbanan sebagai hambaNya yang lebih mengutama kasih
sayang Allah daripada kasih sayang terhadap anak sendiri.

Seperti yang telah termaktub dalam surah as-Soofat ayat 101-112

‫فلما بلغ معه السعى قال يبني انى ارى فى المنام انى اذبحك فانظر ماذا ترى قال يأبت افعل ما‬.‫فبشرنه بغلم حليم‬.‫رب هب لى من الصلحين‬
‫تؤمر ستجدنى ان شاء هللا من الصبرين‬

Maksudnya : ya tuhanku ,anugerahkanlah kepadaku (seorang anak)yang termasuk dikalangan orang2


yang soleh.Maka KAMI berikan kepadanya berita yang menggembirakan,bahawa ia akan memperoleh
seorang anak yang penyabar.Maka tatkala anaknya itu sampai (keperingkat umur yang membolehkan
dia)berusaha bersama2 dengannya,nabi Ibrahim berkata “wahai anak kesayanganku,sesungguhnya aku
melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu,maka fikirkanlah apa pendapatmu?”Anakanya
menjawab “wahai ayah,jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu,insya Allah,ayah akan mendapati
daku dari orang2 yang sabar.”

Nabi Ibrahim kemudiannya diberitakan oleh Allah bahawa korban baginda diganti dengan seekor
kibas.Begitulah pengorbanan kedua-dua nabi Allah yang mulia,seorang sanggup berkorban dan seorang
lagi sanggup dijadikan korban.

Baginda s.a.w. sendiri terpaksa bersabung nyawa untuk menghadapi ujian, dimana baginda diburu ,
dikepung dan diancam dari awal hingga keakhirnya dalam misi hijrah baginda.Namun dengan
kesungguhan dan kesabaran baginda dalam menegakkan(daulah islamiyyah)dibumi madinah tetap tidak
pudar sekalipun menghadapi risiko yang tinggi.Orang musyrikin sebulat suara merancang untuk
membunuh nabi atas cadangan Abu Jahal,dibuang daerah atas Abu Al-Aswad dan dipenjara atas
cadangan Al-Buhktari.

Meninggalkan anak dan isteri adalah suatu pengorbanan besar yang dilakukan oleh Abu Salamah ketika
peristiwa hijrah rasul.Dalam perjalanan,mereka telah dihalang oleh keluarga Ummu Salamah,lalu Ummu
Salamah ditahan bersama anaknya.Beliau meneruskan hijrah tanpa anak dan isteri,walaupun pada
akhirnya Ummu Salamah tetap menjejaki suaminya.

Suhaib Ar-Rumi dengan tegas meninggalkan semua harta bendanya untuk berhijrah.Lalu dia berhijrah
sehelai sepinggang.Disebabkan peristiwa ini maka turunlah wahyu Allah (A-Baqarah:207)

‫ومن الناس من يشرى نفسه ابتغاء مرضات هللا وهللا رؤوف بالعباد‬

Maksudnya : dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah
semata2 dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba2Nya.

Sejarah hijratul rasul s.a.w.diwarnai pengorbanan demi pengorbanan para sahabat yang lahir dari hari
suci demi kecintaan mereka kepada islam dan kedaulatannya.Mereka mempertaruhkan seluruh
kepentingan duniawi dan peribadi mereka demi untuk agama yang diredhai Allah ini.

Pengorbanan tertinggi syahid

para syuhada disetiap zaman banyak menyumbangkan pengorbanan kepada islam kerana itulah janji
mereka kepada islam, pengorbanan itu menjanjikan kemenangan atau syahid dijalan Allah.para sahabat
khususnya berkorban demi islam dengan mewakafkan diri,harta dan nyawa sepenuhnya kepada islam,
mereka lebih cintakan Allah dan rasulnya dari harta dan nyawa mereka, semata – mata kerana ketaatan
yang mutlak kepada Allah dan rasulullah juga demi melihat islam tersebar dengan luas keseluruh
dunia.Itulah pengorbanan tertinggi mereka kepada islam tanpa pengorbanan itu maka sesungguhnya
kita dapat merasai nikmat islam yang kita nikmati dan kita perjuangkan sekarang.

Tokoh – tokoh syahid dan pengorbanan


Abu Bakar As-Sidiq

Beliau merupakan sahabat yang sentiasa bersama dengan rasulullah saw.Beliau telah menemani nabi
saw ketika berhijrah ke Madinah, beliau juga telah membenarkan kata-kata nabi saw ketika peristiwa
isra mi’raj sehingga diberi gelaran As-Siddiq oleh nabi saw.Pengorbanan beliau kepada islam amat
banyak,suatu ketika beliau telah mendermakan semua harta beliau dijalan Allah, sehingga rasulullah saw
betanya kepadanya apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu, beliau menjawab: hanya Allah dan
Rasulnya.Begitu juga sewaktu beliau berhijrah bersama dengan Rasulullah saw,beliau berjalan
kekiri,kanan,belakang dan dihadapan nabi saw,sehingga nabi saw bertanya “kenapa dengan kamu wahai
Abu Bakar?”.jawab Abu Bakar “aku ingin menjagamu wahai Rasulullah”.Begitulah sifat seorang sahabat
nabi saw yang sanggup menjaga diri rasulullah lebih dari dirinya sendiri.

Salmah bin Hisyam R.a

Beliau merupakan saudara kepada Abu Jahal dan sepupu keapada Khalid bin Al-Walid.Beliau telah
berhijrah ke Habsyah tetapi dihalang untuk berhijrah ke Madinah dan beliau diseksa kerana beriman
kepada Allah, sehingga rasulullah berdoa untuknya didalam qunut, sebagaimana doa baginda kepada
golongan-golongan muslimin yang diseksa diMekah.

Berkata waqidi : Rasulullah sentiasa berdoa didalam qunut selepas ruku ketika solat subuh (( Ya Allah,
bebaskan Walid Bin Walid, Salmah Bin Hisyam, Ilyas Bin Abi Rabiah dan golongan-golongan yang diseksa
di Madinah)).

Beliau disekat dari berhijrah keMadinah, sehingga beliau dapat berhijrah selepas peperangan khandak
dan beliau syahid didalam peperangan diSyam pada tahun 14 hijrah. terkorbanlah nyawa salah seorang
pahlawan islam.

Jaafar Bin Abu Thalib R.a

Beliau merupakan sepupu Rasulullah saw, rupa dan perabadi beliau hamper sama dengan Rasulullah
dan diantara kemuliaan beliau ialah beliau sanggup korban hartanya untuk saudara maranya yang
miskin.sehingga Abu Hurairah R.a berkata : “ sebaik-baik manusia kepada orang-orang miskin ialah jaafar
Bin Abu Thalib”.dan beliau juga berkata : “ Jaafar suka kepada orang-orang miskin, sehinggakan beliau
duduk dan dengan mereka,sehingga Rasulullah menamakannya “ayah orang-orang miskin”.beliau syahid
dijalan Allah didalam peperangan mu’tah.
Itulah diantara tokoh-tokoh syuhada’ dan para sahabat yang sanggup mengorbankan nyawa mereka
untuk Islam, ummat Islam dan demi menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan Rasulnya, tanpa
memikirkan kepentingan diri sendiri.Begitulah hebatnya pengorbanan para sahabat dizaman Rasulullah
dan para cendikiawan Islam disetiap zaman.

Tuntutan jihad dalam islam

Allah mewajibkan hambanya berjihad untuk mendaulatkan islam, walaupun ianya memerlukan
pengorbanan dan ketahanan jiwa untuk melaksanakannya, firman Allah taala,terhadap kewajipan jihad
didalam Al-Quran

.1surah maidah: 35

‫يأيها الذين ءامنوا اتقوا هللا وبتغوا اليه الوسيله وجاهدوا في سبيله لعلكم تفلحون‬

maksudnya (wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang
mendekatkan diri kepada-Nya, supaya kamu menjadi orang yang berjaya)

2.surah taubah 41

‫انفروا حفافا وثقاال وجاهدوا بأموالكم وأنفسكم في سبيل هللا ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون‬

maksunya: (Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau berat, dan berjihadlah dengan
harta dan dirimu dijalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui).
3.surah taubah 86

‫واذا أنزلت سورة ان أمنوا باهلل وجاهدوا مع رسوله استئذنك أولوا الطول منهم وقالوا ذزنا نكم مع القاعدين‬

(Dan apabila diturunkan sesuatu surat (yang memerintahkan kepada orang munafik itu) “ berimanlah
kamu kepada Allah dan berjihadlah besama rasulu-Nya”, nescaya orang-orang yang sanggup diantara
mereka meminta izin kepadamu (untuk tidak berjihad) dan mereka berkata : “biarkanlah kami berada
bersama orang-orang yang duduk)”.

4.surah al-hajj;78

‫وجاهدوا في هللا خق جهاده هو اجتباكم وما جعل عليكم في الدين من حرج‬

(Berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.dia telah memilih kamu dan dia
sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu didalam agama suatu kesempitan)

Kewajipan jihad didalam sunnah:

1.Diriwayatkan oleh imam bukhari r.a daripada Abdullah bin umar r.a berkata: rasulullah bersabda:

(‫فاذا فعلوا ذلك فقد عصموا‬,‫وبما جئت به‬, ‫ويؤمنوا بي‬,‫أمرت أن أقاتل الناس حتي يشهدوا أن الاله اال هللا‬

‫وحسابهم على هللا عز وحل‬,‫مني دمائهم وأموالهم اال بحقها‬

((Diperintahkan kepada aku supaya memerangi manusia selagi mereka tidak berkata tiada tuhan
melainkan Allah, dan apabila mereka menyebutnya maka haramlah bagiku darah dan harta mereka
melainkan dengan hak yang ditentukan oleh Allah))

yang dimaksudkan dengan jihad disini ialah berjihad untuk menyebarkan islam.
diriwayatkan oleh abu daud r.a daripada anas r.a berkata: rasulullah bersabda:

‫جاهدوا المشركين بأموالكم وأنفسكم والسنتكم‬

((berjihadlah menentang orang – orang musyrikin dengan harta kamu dan diri kamu serta lidah kamu))

jihad didalam hadis ini bermaksud: berkorban dijalan allah dengan harta dan nyawa.

3.diriyawatkan oleh hakim r.a daripada abu musa r.a berkata: rasulullah bersabda:

‫الجنة تحت ظالل السيوف‬

(( syuraga dibawah bayangan mata pedang ))

maksud hadis ini ialah : jihad akan dibalas dengan balasan yang besar iaitu syurga dan ia merupakan
jalan ke syurga.

Kewajipan jihad sehingga kehari kiamat

Kewajipan jihad adalah kewajipan yang berterusan sehingga kehari kiamat , ianya juga seperti ibadah
yang wajib seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain – lain. Jihad bukanlah kewajipan yang ditetapkan
hanya kepada para anbiya dan para sahabat sahaja, tetapi ianya merupakan kewajipan yang berkekalan
dan berterusan di setiap zaman dan tempat kepada meraka yang bersaksikan bahawa tiada tuhan
malaikan Allah dan nabi muhammad pesuruh Allah dan menjalankan apa yang telah diamanahkan oleh
Allah taala.
Ulama menyatakan jihad adalah fardhu ain dan ada juga yang menyatakan jihad itu fardhu kifayah,
walau bagaimapun ianya tetap wajib dan dituntut. Firman Allah:

‫وجاهدوا في هللا حق جهاده‬

((dan berjihadlah kamu pada jalan allah dengan jihad yang sebenar - benarnya))

sabda rasulullah:

‫من مات ولم يغز ولم ينو الغز ومات ميتة جاهلية‬

“ Barang siapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk berperang ,matilah ia
sebagai mati jahiliyyah.

Hadis ini menyatakan bahawa yang membezakan mati didalam islam dan mati didalam jahiliyah ialah
mereka yang meninggalkan jihad dijalan allah, kerana menjadi kewajipan kepada ummat islam untuk
berjihad.

Hikmah disebalik tuntutan jihad

Pertahanan diri ummat Islam samada dari sudut harta,nyawa, keluarga masyarakat dan lain-lain.

Menjaga agama.

Tanda kekuatan Islam dan ummatnya.

Ujian kepada ummat Islam, sebagai tanda pengorbanan kepada Allah, rasulNya dan agamaNya. Juga
sebagai tanda keteguhan iman dan taqwa kepada Allah.

Kesyumulan Islam.
Kesimpulannya yang boleh kita buat disini ialah, sebagai seorang yang berugama islam kita mestilah
memahami apakah tujuan yang sebenarnyaAllah taala menyuruh kita berjuang melawan orang-orang
kafir dan yahudi kerana sebagaimana yang kita ketahui bahawa orang2 kafir dan yahudi sama sekali
tidak akan tunduk kepada islam. Sebagaimana yang telah dinyatakankan oleh Allah taala didalam al-
quran,firmannya:

‫ولن ترضى عنك اليهود ولن النصرى حتى تتبع ملتهم‬

Maksudnya: Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti
agama mereka.(Al-baqarah:120). Dan Allah taala telah memberikan jaminan kepada mereka yang
berkorban dan berjuang dijalan Allah dengan ganjaran yang cukup baik, iaitulah surga diakhirat nanti.
Ayuh marilah kita sama2 berjuang dan berkorban untuk agama islam yang Allah taala janjikan bahawa
ianya adalah agama yang betul dan bukan agama yang salah atau sesat.

Anda mungkin juga menyukai