Anda di halaman 1dari 26

Bahan Sintetik Dalam Industri

Chapter 7

Rafizal@SMK AIR TAWAR


POLIMER SINTETIK
• Polimer buatan.
• Digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis
produk termasuklah komputer, fabrik, mainan,
perabot, bahagian kereta dan bahagian aalat
elektrik.
• Dihasilkan oleh rantaian panjang molekul kecil
yang dikenali sebagai monomer.
Kegunaan Polimer Sintetik
Polimer Monomer Kegunaan
Polietena Etena Beg plastik, pembalut
berketumpatan makanan
rendah (LDPE)
Polietena Etena Botol minuman, alat
berketumpatan permainan, penebat
tinggi (HDPE) wayar
Polivinil klorida Vinil klorida Paip air, baju hujan, kad
(PVC) kredit, kulit tiruan
Perspek Metil metakrilat Tingkap kapal terbang,
papan tanda
Polisterina Stirena Pembungkus makanan
PROSES MENGHASILKAN
POLIMER SINTETIK
• Dihasilkan melalui proses pempolimeran
• Monomer akan diikat bersama-sama dalam
rantaian panjang untuk membentuk polimer.
• Terdapat dua kategori tindakbalas
pempolimeran :
i. Pempolimeran tambahan
ii. Pempolimeran kondensasi.
Pempolimeran tambahan
• Proses penggabungan monomer untuk
menghasilkan polimer tanpa hasil sampingan.
• Terdiri daripada monomer yang sama jenis
• Example:
– Penghasilan PVC
Pempolimeran penambahan

Monomers Polimer
Pempolimeran kondensasi
• Penghasilan polimer yang menghasilkan
molekul kecil seperti air atau metanol
dihasilkan sebagai hasil sampingan.
• Examples:
– Penghasilan nylon dan polystyrene
– Getah butil
Pempolimeran kondensasi

+ H2O

Monomers Polimer + molekul kecil


GETAH SYNTHETIK
• Polimer sintetik
• Digunakan untuk membuat belon, sarung
tangan getah dan baju hujan kerana ia elestik
dan kalis air.
• Sesetengah jenis getah sintetik digunakan
untuk membuat bahagian enjin, seperti tali
kipas, gasket dan salur getah kerana elastik,
kuat dan kalis minyak dan haba.
• Getah sintetik adalah jernih, mudah
dibersihkan, tidak berbau dan tidak melekit.
• Sesetengah produk dihasilkan melaui
kombinasi getah asli dan getah sintetik.
• Contoh – tayar kenderaan dan tilam.
• Tayar campuran lebih tahan haba, lebih kuat
dan lebih tahan ejen pengoksidaan
• Tilam campuran getah asli dan sintetik ringan,
cantik dan tahan lama.
Ciri-ciri getah asli dan getah sintetik
Ciri-ciri Getah Asli Getah Sintetik
Elastik Yes Yes
Kalis haba No Yes
Kuat No Yes
Kalis minyak No Yes
Kalis air Yes Yes
Kalis bahan kimia No Yes
Boleh dioksidakan Yes No
Penebat elektrik Yes Yes
Plastik
• Polimer sintetik terdiri daripada sebatian karbon
dan unsur bukan logam.
• Bahan mentah – petroleum dan gas asli
• Dikelaskan mengikut sifat fizikalnya:
– Ketumpatannya
– Kekuatan regangan
– Suhu peralihan
– Rintangan terhadap bahan kimia
• Plastik boleh dibahagi kepada 2 kumpulan:
– termoplastik
– plastik termoset.
Thermoplastik
• Melebur bila dipanaskan, mudah terbakar,
mudah dibentuk, lengai terhadap bahan kimia.
• Boleh diguna semula dan dikitar semula.
• Contoh:
– plastik botol mineral, plastik bag, dan
pembalut plastik
1. PVC – polivinilklorida (kuat, flexible, murah
dihasilkan dan mudah dicetak).
Contoh: kad pengenalan

2. Polisterin boleh dihasilkan dalam keadaan


berbusa atau keras. Contoh:
• Bekas makanan
(bersih, ringan dan kalis air).
• Mainan dibuat daripada polisterin yang
keras
3. Polietena ada dua jenis: ketumpatan rendah
dan ketumpatan tinggi.
- Ketumpatan rendah – beg plastik
- Ketumpatan tinggi - bekas simpanan

4. Poliamida - nylon.
Contoh:
- berus pada berus gigi
- pakaian, permaidani
5. Polyethylene terephthalate, (PET) plastik
yang boleh dikitar semula dan kuat. Contoh:
botol minuman berkarbonat.

6. Polyurethane – ringan dan kuat. Contoh:


tayar papan leluncur.
Plastik termosetting @ termosets
• Tidak boleh dileburkan dan dicetak semula.
• Bila dipanaskan ia terbakar.
• Keras, teguh, kalis haba, dan tidak
mengkonduksikan elektrik.
• Disebabkan kehadiran rangkai silang antara
rantai polimernya .
• Contoh:
– Melamina : buat permukaan perabot, pelana
gitar, gam, perkakas dapur
• Tahan lasak
– Bakelit : pembuatan rangka radio, palam
tiga pin dan suis elektrik
• Tidak mengkonduksikan elektrik dan
tahan haba
Perbandingan antara termoplastik dan
plastik termoset
Termoplastik Plastik Termoset

Lembut bila dipanaskan Rapuh bila dipanaskan

Boleh dibentuk semula Tidak boleh dibentuk


semula
Boleh dikitar semula Tidak boleh dikitar semula

Tidak boleh pecah Rapuh

Tiada rangkai silang Ada rangkai silang


PEMBUANGAN BAHAN PLASTIK
• Setiap hari bertan-tan plastik dibuang.
• Tidak boleh diuraikan (mengambil masa yang
lama untuk reput)
• Ada yang buang plastik dalam longkang dan
sungai. – boleh menyebabkan sistem pengairan
tersumbat seterusnya menyebabkan banjir kilat
semasa musim hujan.
• Boleh mencemarkan laut dan membahayakan
hidupan marin.
• Terdapat haiwan yang terbunuh akibat
termakan plastik yang terapung dilaut kerana
disangkakan obor-obor.
• Pembakaran plastik membebaskan gas
bertoksis. Boleh menyebabkan pesakit asma
mengalami masalah pernafasan.
• Sisa pembakaran plastik boleh mencemarkan
tanah dan air seterusnya boleh menyebabkan
keracunan kepada hidupan liar dan ikan.
Pelupusan Sisa Yang Terancang
• Kurangkan penggunaan dan kitar semula
plastik
• Guna semula beg plastik, bekas makanan dan
menghadkan penggunaan plastik.
• Contoh: letakkan plastik, kertas, tin aluminium
dan sisa organik dalam bekas yang berasingan.
• Sisa plastik boleh dikitar semula.
SIKAP BERTANGGUNGJAWAB DALAM
PELUPUSAN SISA POLIMER SINTETIK
• Biasanya polimer sintetik tidak terbiodegradasi
(tidak boleh diurai oleh bakteria dan kulat)
• Ini boleh diatasi dengan mengitar atau
mengguna semula bahan tersebut.
• Contoh:
– Menghasilkan tukun sebagai tempat
pembiakan ikan dan ketam .
• Mengurangkan sisa polimer tidak terbiodegradasi
dengan menggantikannya menggunakan polimer
sintetik yang terbiodegradasi (bioplastik).

Polimer Sintetik Terbiodegradasi

Biodegradasi Fotodegradasi

Boleh diuraikan oleh Boleh diuraikan oleh


mikroorganisma cahaya
• Dibakar di dalam insinerator – dalam bekas
tertutup
• Teknologi pirolisis – pembakaran plastik tanpa
oksigen pada suhu 800 – 1000OC
– Sisa buangan dijadikan baja
– Gas yang terhasil digunakan untuk menjana
tenaga elektrik
APA YANG BOLEH DILAKUKAN
• Pilih bahan dengan pembungkusan minima.
• Pilih produk yang boleh dikitar semula
• Amalkan 3R (reduce, reuse, recycle)
• Kurangkan pembuangan plastik
• Elakkan pembuangan mainan plastik
• Asingkan sampah ikut kategori
• Sentiasa tanggalkan penutup botol apabila
buang botol minuman dalam tong sampah.

Anda mungkin juga menyukai