Anda di halaman 1dari 2

Pengertian dan Konsep Reka bentuk Pengajaran:

Reka bentuk pengajaran merupakan satu proses yang sistematik bagi menterjemahkan prinsip-
prinsip umum suatu pengajaran dan pembelajaran kepada perancangan untuk menghasilkan
bahan pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai
suatu cara yang sistematik untuk menterjemahkan prinsip umum pengajaran dan pembelajaran
kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

Konsep Reka Bentuk Pengajaran


Konsep reka bentuk pengajaran boleh diklasifikasi kepada 3 kategori iaitu:
-RP sebagai satu proses
-RP sebagai satu disiplin
-RP sebagai satu sains

RP sebagai satu proses merujuk satu cabang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan teori
penyelidikan strategi pengajaran. RP sebagai satu proses melibatkan pembinaan atau
perancangan pengajaran yang sistematik dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan
pembelajaran.
RP sebagai satu proses melibatkan:
-menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran
-membina sistem penyampaian
-menyediakan bahan dan aktiviti
-melaksanakan perancangan
-menilai keberkesanan pengajaran dan aktiviti yang telah dijalankan

RP sebagai satu disiplin melibatkan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran yang
paling sesuai termasuk proses pelaksanaan strategi pengajaran tersebut. RP merupakan
disiplin yang menentukan apakah kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan proses
pembelajaran adalah berkesan.

RP sebagai satu sains merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk,
melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran
bagi unit pembelajaran, sama ada secara berskala kecil atau skala besar pada semua
peringkat.

Peranan reka bentuk pengajaran termasuk:


1. Untuk menghasilkan pengajaran/latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan
berkesan
2. Bahan pengajaran yang direkabentuk dan dibina perlu dinilai, diguna dan diurus supaya
dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
3. Membangunkan bahan pengajaran memerlukan perancangan yang sistematik agar
aplikasi yang dihasilkan adalah berkualiti dan dapat membantu proses pembelajaran
dengan lebih berkesan.
Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan sebagai panduan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bahan bacaan yang diberikan menjelaskan tentang model
ADDIE dan model ASSURE.

Model ADDIE merupakan satu model pengajaran yang berorientasikan produk. Model Addie
menekankan 5 elemen utama iaitu Analysis, Design, Development, Implementation dan
Evaluation.

1. Analysis
Perkara yang diteliti adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti masalah,
menentukan objektif dan penyelesaian masalah. Ini melibatkan teknik kajian seperti
analisis kerja dan analisis tugasan.

2. Design
Elemen di fasa reka bentuk ini ialah menggariskan cara untuk mencapai matlamat
pengajaran, menentukan golongan sasaran, memilih sistem penyampaian dan
menyusun pengajaran.

3. Development
Fasa ini membangunkan langkah pengajaran, bahan media atau perisian yang bakal
digunakan dalam pengajaran serta dokumen yang diperlukan.

4. Implementation
Fasa ini melibatkan pelaksanaan untuk membuat ujian rintis terhadap bahan dan
perisian kursus yang telah dihasilkan.

5. Evaluation
Penilaian dilaksanakan secara formatif atau sumatif. Penilaian formatif dilakukan
sepanjang proses pembangunan untuk memperbaiki dan meningkatkan keberkesanan
bahan. Penilaian sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan.

Model Assure pula melibatkan 6 elemen:


A-Analyze learner (menganalisis pelajar)
S-State Objektives (menyatakan objektif)
S-Select methods,media and material (memilih kaedah, media dan bahan)
U-Utilize media (menggunakan media)
R-Require learner participation (menggalakan penglibatan pelajar)
E-Evaluate and revise (melakukan peniliaian dan pengubahsuaian)

Anda mungkin juga menyukai