Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan I’jaz Al-quran

1. Mempelajari I‟jaz sesuatu ayat-ayat al-Quran untuk dapat melembutkan


hati dan jiwa umat islam yang keras dan bercelaru kerana Allah telah menyatakan bahawa ayat-
ayat al-Quran itu mampu melembutkan hati orang-orang yang dikehendaki memiliki hidayah
daripada Allah sepertimana kisah Saidina Umar sebelum pengislamannya yang menyerbu masuk
ke dalam rumah lalu menampar adik perempuannya yang sedang membaca ayat-ayat al-Quran
daripada surah Taaha sehingga berdarah mulutnya. Apabila disuruh membaca sekali lagi hatinya
terus cair dan terus berjumpa Rasulullah unuk mengislamkanya.Itulah kuasa al-Quran berjaya
melembutkan hati yang keras.
2. Mempelajari I‟jaz al-Quran untuk menetapkan akidah kita kepada
Allah s.w.t. Lihatlah bagaimana al-Quran mampu membulatkan hati dan jiwa Pejuang wanita
islam Sumaiyyah yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan akidah islam yang telah
dipupuk di dasar jiwanya dan keluarganya. Kisah keluarga Yassir yang sanggup dibunuh demi
mempertahankan akidah merupakan bukti al-Quran mampu menguatkan akidah umat islam tanpa
berbelah bagi lagi.
3. Redha dengan takdir Allah juga sebahagian daripada kepentingan yang dapat dipetik daripada
mempelajari I‟jaz al-Quran.Seseorang yang berpegang teguh dengan ayat-ayat Allah pasti akan
redha dengan ketentuan Allah ke atas dirinya kerana yakin setiap apa yang telah Allah tentukan
ke atas umat islam merujuk kepada asas rukun iman yang terakhir iaitu beriman kepada qada‟
dan qadar Allah. Banyak sekali I‟jaz di dalam al-Quran yang mendasari fakta redha dengan
ketentuan Allah ini termasuklah kisah kejadian manusia yang dicerita secara terperinci sekali
melalui I‟jaz ilmi.
4. Kepentingan mempelajari I‟jaz al-Quran ialah untuk bertambah
keimanan terhadap Allah s.w.t.Hakikat keimanan adalah nur yang Allah pancarkan ke dalam
jiwa umat islam yang dapat mendalami dengan sepenuh hati dan akal akan I‟jaz sesuatu ayat-
ayat al-Quran. Tidaklah Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad melalui malaikat
Jibril itu sia-sia melainkan untuk memberi pengajaran dan menguatkan iman kepada Allah Taala.
5. Untuk membangunkan masyarakat dengan pelbagai ilmu pendidikan dan
pengetahuan.Setelah mengkaji dan memahami I‟jaz sesuatu ayat-ayat al-Quran dapat mengubah
berbagai persepsi negatif dalam bidang ilmu-ilmu islam. Kerana dapat mencari jawapan sebenar
bagi setiap persoalan yang timbul .Dengan cara ini ilmupengetahuan umat islam akan lebih
berkembang untuk dijadikan rujukan masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai