Anda di halaman 1dari 14

SET 2

KERTAS 4: UJIAN MENDENGAR


[ 30 markah ]

PETIKAN 1: PETIKAN CERPEN

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan cerpen berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Gerhana Manusia
“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia itu, tidak pernah adil, Solehah.” Titis
air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah
sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah
tetapi pakar-pakar itu…..,” sebak menyendat di dadanya.
“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Junaidi apabila
cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank
darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain, segera.”
Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.
Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak
menyumbangkan dana kepada kelab elit kita. Kita tidak mahu dia mati. Dia dermawan
yang prihatin. Kita begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang
beratus-ratus ribu ditaja olehnya.
Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor
Junaidi. Dia menoleh.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan cerpen akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang

diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Cerpen)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.


SOALAN

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan cerpen yang diperdengarkan.

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 1


1. Apakah yang berlaku kepada bank darah?
A. Darah bertambah.
B. Darah sudah tiada.
C. Darah tinggal sedikit.
D. Darah baru dapat. [ 1 markah ]

2. Siapakah Tuan Besar Musa?

……………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………… [ 2 markah ]

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 3


3. Solehah memerlukan berapa pek darah?
A. 3
B. 4
C. 5
D. 6 [ 1 markah ]

4. Profesor Doktor Junaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah dari
mana?
………………………………………………………………………… [ 1 markah ]

5. Mengapakah nyawa Tuan Besar Musa mesti diselamatkan?

………………………………………………………………………… [ 2 markah ]
JAWAPAN

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan cerpen yang diperdengarkan.

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 1

1. Apakah yang berlaku kepada bank darah?

E. Darah bertambah.
F. Darah sudah tiada.
G. Darah tinggal sedikit.
H. Darah baru dapat. [ 1 markah ]

2. Siapakah Tuan Besar Musa?

Tuan Besar Musa ialah korporat, teknorat dan dermawan. [ 2 markah ]


(Pilih mana-mana dua)

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 3


3. Solehah memerlukan berapa pek darah?
E. 3
F. 4
G. 5
H. 6 [ 1 markah ]

4. Profesor Doktor Junaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah dari
mana?
Profesor Doktor Junaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah dari
hospital lain. [ 1 markah ]

5. Mengapakah nyawa Tuan Besar Musa mesti diselamatkan?

Nyawa Tuan Besar Musa mesti diselamatkan kerana hospital terhutang budi
kepadanya. Selain itu, tiada lagi sumbangan kepada kelab elit hospital jika dia
mati. [2 markah ]
PETIKAN 2: PETIKAN RENCANA

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan rencana berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Penganjuran Sukan Antarabangsa


Negara kita bertuah kerana telah beberapa kali terpilih menjadi tuan rumah dalam
penganjuran sukan antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Para Asean. Keistimewaan
menjadi tuan rumah dalam penganjuran sukan antarabangsa sememangnya banyak
memberikan kelebihan kepada sesebuah negara.
Antara faedahnya termasuklah kemudahan sukan yang lengkap dapat dimiliki oleh
negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelbagai fasiliti sukan dan persiapan lain
harus disediakan oleh Malaysia sebelum ketibaan sukan bertaraf antarabangsa. Kemudahan
tersebut merangkumi aspek menaik taraf stadium, membina gelanggang dan melengkapkan
prasarana kawasan sekitarnya. Kesannya para atlet dapat menumpukan sepenuh perhatian
terhadap acara yang disertai oleh mereka semasa pertandingan dijalankan.
Jika dikaji dari perspektif lain, penganjuran sukan bertaraf antarabangsa juga dapat
mencungkil bakat atlet untuk melahirkan lebih banyak atlet yang bertaraf dunia. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kedatangan atlet dari luar negara ketika temasya sukan dapat
memberikan pengalaman baharu kepada masyarakat setempat bukan sahaja dapat
memberikan sokongan kepada atlet pujaan mereka bahkan dapat memupuk minat mereka
dalam acara yang dipertandingkan oleh atlet tersebut.
Di samping itu, penganjuran acara sukan bertaraf dunia juga sinonim dengan sektor
ekonomi iaitu dapat memajukan sektor pelancongan apabila negara kita dapat menarik
kedatangan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Menurut data daripada Jabatan
Pelancongan Malaysia, kemasukan pelancong dari luar negara ke Malaysia meningkat
dengan drastik semasa sukan bertaraf dunia dianjurkan oleh Malaysia.
Kesimpulannya, penganjuran sukan bertaraf antarabangsa terbukti mendatangkan
kesan positif terhadap perkembangan negara kita. Di samping itu, kerjasama daripada semua
pihak amat diperlukan bagi mengangkat martabat Malaysia di pentas antarabangsa. Oleh itu,
kita berharap agar matlamat negara untuk terus menjadi penganjur kejohanan-kejohanan
sukan antarabangsa akan menjadi kenyataan.
Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan rencana akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Rencana)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

SOALAN

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan.

1. Apakah sukan antarabangsa yang pernah dianjurkan di Malaysia?

…………………………………………………………………………... [ 1 markah ]

2. Berikan fasiliti sukan yang perlu dinaik taraf sebelum sukan antarabangsa diadakan.
[ 2 markah ]

(i) Menaik taraf stadium

(ii)

(iii)
3. Apakah manfaat yang diperoleh atlet jika kemudahan sukan lengkap?

…………………………………………………………………………… [ 1 markah ]

4. Bagaimanakah penganjuran sukan antarabangsa dapat merancakkan ekonomi negara?

…………………………………………………………………………… [ 2 markah ]

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 5


5. Berikut merupakan manfaat penganjuran sukan antarabangsa di Malaysia, kecuali
A. Mencungkil bakat atlet.
B. Memajukan sektor pelancongan.
C. Kemajuan dari segi fasiliti sukan
D. Menggalakkan masyarakat untuk meminati atlet. [ 1 markah ]

JAWAPAN
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan rencana yang diperdengarkan.

1. Apakah sukan antarabangsa yang pernah dianjurkan di Malaysia?

Sukan antarabangsa yang pernah dianjurkan di Malaysia ialah Sukan SEA dan
Sukan Para Asean. [1 markah ]

2. Berikan fasiliti sukan yang perlu dinaik taraf sebelum sukan antarabangsa diadakan.

[ 2 markah ]

(ii) Menaik taraf stadium

(ii) Membina gelanggang


(iii) Melengkapkan prasarana
di kawasan sekitarnya.

3. Apakah manfaat yang diperoleh atlet jika kemudahan sukan lengkap?

Manfaat yang diperoleh atlet jika kemudahan sukan lengkap ialah para atlet dapat
menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap acara yang disertainya semasa
pertandingan dijalankan. [ 1 markah
]

4. Bagaimanakah penganjuran sukan antarabangsa dapat merancakkan ekonomi negara?

Penganjuran sukan antarabangsa dapat merancakkan ekonomi negara melalui


peningkatkan kedatangan pelancong asing dari seluruh pelosok dunia untuk
melancong di Malaysia. [ 2 markah
]

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 5


5. Berikut merupakan manfaat penganjuran sukan antarabangsa di Malaysia, kecuali
E. Mencungkil bakat atlet.
F. Memajukan sektor pelancongan.
G. Kemajuan dari segi fasiliti sukan
H. Menggalakkan masyarakat untuk meminati atlet. [ 1 markah ]
PETIKAN 3: PETIKAN BERITA

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.


Dengar petikan berita berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Kerajaan Lancar Dasar Perpaduan Negara


Disediakan oleh: Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan
PUTRAJAYA - Kerajaan melancarkan Dasar Perpaduan Negara berkonsepkan Perpaduan
Dalam Kepelbagaian yang menggariskan usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan
memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara tiga objektif yang ditetapkan
adalah mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan
Persekutuan serta Rukun Negara.

"Selain untuk melahirkan rakyat yang menghargai serta mengamalkan perpaduan, dasar ini
akan membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi,
saling menghormati dan bertanggungjawab," katanya dalam ucapan pelancaran dasar itu pada
Isnin lalu.

Beliau juga berkata, perpaduan adalah tunjang kemakmuran negara dan Malaysia merupakan
negara majmuk. Menurutnya, perpaduan rakyat Malaysia dapat dilihat dengan jelas apabila
dijelmakan dalam keadaan sebenar ketika negara dilanda cabaran dan musibah.

"Di kala negara masih berdepan dengan gelombang Covid-19, kita telah saksikan semangat
perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Berbekalkan slogan #KitaJagaKita, rakyat bersama-sama bersatu membantu kerajaan dalam


menyebarkan mesej yang positif, menyokong usaha Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

"Ternyata rakyat Malaysia berjiwa patriotik kerana bersatu hati berjuang memerangi musuh
yang tidak kelihatan," katanya.
Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan berita akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Berita)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

SOALAN
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan berita yang diperdengarkan.

1. Apakah konsep Dasar Perpaduan Negara?

…………………………………………………………………………… [ 1 markah ]

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 2


2. Berikut merupakan nilai dalam membentuk identiti nasional, kecuali?
A. Patriotik
B. Prihatin
C. Baik hati
D. Bertanggungjawab [ 1 markah ]

3. Siapakah yang berucap di dalam petikan berita tersebut?

…………………………………………………………………………… [ 1 markah ]

4. Nyatakan tujuan Dasar Perpaduan Negara diperkenalkan.

a. ……………………………………

b. ……………………………………

c. …………………………………… [ 3 markah ]
5. Apakah slogan yang digunakan sebagai usaha Malaysia untuk menangani penularan
Covid-19?
………………………………………………………………………… [ 1 markah

JAWAPAN

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan berita yang diperdengarkan.

1. Apakah konsep Dasar Perpaduan Negara?

Konsep Perpaduan Negara ialah Perpaduan Dalam Kepelbagaian. [ 1 markah ]

Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 2


2. Berikut merupakan nilai dalam membentuk identiti nasional, kecuali?
E. Patriotik
F. Prihatin
G. Baik hati
H. Bertanggungjawab [ 1 markah ]

3. Siapakah yang berucap di dalam petikan berita tersebut?

Tan Sri Muhyddin Yassin yang berucap di dalam petikan berita tersebut. [1

markah]

4. Nyatakan tujuan Dasar Perpaduan Negara diperkenalkan.

a. Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.

b. Melahirkan rakyat yang menghargai serta mengamalkan perpaduan.

c. Membentuk identiti nasional. [ 3 markah ]

5. Apakah slogan yang digunakan sebagai usaha Malaysia untuk menangani penularan
Covid-19?
Slogan yang digunakan sebagai usaha Malaysia untuk menangani penularan Covid-
19 ialah Kita Jaga Kita. [1 markah ]
6. Dalam membantu kerajaan dalam menangani penularan Covid-19, rakyat memainkan
peranan dalam menyebarkan mesej yang positif, menyokong usaha Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard
(SOP) yang ditetapkan.
[ 2 markah ]

PETIKAN 4: PETIKAN ARTIKEL


Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan artikel berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Laut Biru Ombak Tenang

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak orang yang sering memilih untuk menjadikan
pulau sebagai destinasi percutian. Pasti ramai yang bersetuju bahawa pulau akan memberikan
suasana yang berlainan berbanding dengan kawasan percutian di luar bandar. Bercuti di
pulau bakal membuatkan jiwa berasa tenang dan damai. Kita juga dapat menikmati pelbagai
keindahan alam semula jadi dan pemandangan yang sangat menakjubkan, di samping
berpeluang melihat suasana matahari terbenam, laut yang jernih dan biru serta menghirup
udara yang segar. Oleh sebab itu, Pulau Redang kini menjadi satu daripada destinasi tumpuan
para pelancong dari pelbagai belahan dunia. Tidak menghairankan apabila kita berkunjung ke
pulau itu, kita dapat melihat persekitaran pulau didominasi oleh para pelancong luar negara
yang menetap hingga berhari-hari, bahkan berminggu-minggu lamanya.
Perkara yang penulis boleh katakan, keindahan Pulau Redang adalah setanding dengan
keindahan pulau-pulau peranginan antarabangsa yang terkenal seperti Maldives dan
kepulauan Mauritius. Mengapa perlu terbang jauh hingga benua lain untuk menikmati
keindahan pantai seperti di Maldives, sedangkan kos percutian dan harga barangan di sana
berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan percutian di Pulau Redang? Pulau Redang
terletak di perairan Laut China Selatan. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuklah
Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian dan Pulau Bidong
Pertama kali penulis menjejakkan kali di Pulau Redang adalah pada tahun 2008. Sebaik
sahaja bot laju merapat ke Jeti Redang Mutiara Resort, mata penulis tidak berkelip-kelip, alpa
dengan kejernihan air laut sehingga boleh melihat ikan-ikan berenang di tepi jeti. Untuk
pengetahuan anda, hanya ada satu tempat peranginan yang terletak di Pulau Redang, iaitu
Redang Mutiara Beach Resort. Buat sesiapa yang inginkan ketenangan anda boleh memilih
untuk menginap di tempat peranginan ini. Namun begitu, jika anda memilih untuk menginap
di Redang Mutiara Resort, jarak perjalanan ke Pantai Pasir Panjang adalah sangat jauh dan
perlu menggunakan perkhidmatan teksi air.

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

Petikan artikel akan dibaca sekali lagi.

Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan.

Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Artikel)

Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan.

SOALAN
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan artikel yang diperdengarkan.

1. Senaraikan dua kelebihan jika memilih pulau sebagai tempat percutian?

a. ……………………………………

b. …………………………………… [ 2 markah ]

2. Pulau Redang terletak di perairan ……………………. [1 markah ]

3. Namakan dua pulau yang berhampiran dengan pulau Redang?

a. ……………………………………

b. …………………………………… [2 markah ]
4. Mengapakah mata penulis tidak berkelip-kelip dan alpa setibanya di Pulau Redang?

…………………………………………………………………………… [ 1 markah ]

5. Penulis perlu menggunakan perkhidmatan ………………….. sekiranya ingin pergi ke


Pantai Pasir Panjang. [ 1 markah ]

JAWAPAN
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan artikel yang diperdengarkan.

1. Senaraikan dua kelebihan jika memilih pulau sebagai tempat percutian?

a. Membuatkan jiwa berasa tenang dan damai.


b. Dapat menikmati pelbagai keindahan alam semula jadi dan
pemandangan yang menakjubkan.
c. Berpeluang melihat suasana matahari terbenam.
d. Berpeluang melihat laut jernih dan biru.
e. Dapat menghirup udara yang segar. [ 2 markah ]
(Pilih mana-mana dua)

2. Pulau Redang terletak di perairan Laut China Selatan. [1 markah ]

3. Namakan dua pulau yang berhampiran dengan pulau Redang?

a. Pulau Lang Tengah


b. Pulau Perhentian
c. Pulau Bidong [2 markah ]
(Pilih mana-mana dua)

4. Mengapakah mata penulis tidak berkelip-kelip dan alpa setibanya di Pulau Redang?

Mata penulis tidak berkelip-kelip dan alpa setibanya di Pulau Redang kerana melihat
kejernihan air laut sehingga boleh melihat ikan-ikan berenang di tepi jeti.
[ 1 markah ]

5. Penulis perlu menggunakan perkhidmatan teksi air sekiranya ingin pergi ke Pantai
Pasir Panjang. [ 1 markah ]

Anda mungkin juga menyukai