Anda di halaman 1dari 5

2.

0 KONSEP FARAID
2.1 Pengenalan
Perancangan pembahagian harta pusaka semasa seseorang muslim masih hidup
semakin dipandang enteng oleh orang Islam di Malaysia. Hal ini demikian kerana
mereka terlalu sibuk dengan urusan harian dan ada yang menyangkakan perkara ini
bukanlah sesuatu yang penting.
Perancangan harta pusaka menurut hukum faraid adalah selepas berlakunya
kematian seseorang muslim. Oleh sebab itu, wujud hak-hak tertentu terhadap harta
pusaka yang ditinggalkan oleh si mati atau pewaris. Hak-hak tersebut telah
ditentukan oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid. Pengiraan sistem faraid
hanya akan dilaksanakan selepas kos-kos seperti pengurusan jenazah, pembayaran
hutang-hutang si mati seperti zakat yang masih tertunggak atau nazar yang ingin
dilakukan semasa si mati masih hidup, hibah dan wasiat. Namun demikian, faraid
juga akan dilaksanakan sekiranya si mati tidak meninggalkan apa-apa wasiat ke
atas pewaris dan sekiranya wasiat telah ditulis tetapi berlaku pergaduhan atau
penentangan diantara pewaris.

2.2 Ilmu Faraid


Faraid dari segi Bahasa bermaksud ketetapan atau ketentuan manakala dari segi
istilah syarak bermaksud bahagian-bahagian pusaka yang telah ditetapkan melalui
nas iaitu Al-Quran untuk diagihkan kepada waris-waris yang sah, berhak dan layak.

2.3 Hukum melaksanakan Faraid


Pembahagian harta pusaka mengikut sistem faraid kepada yang berhak pada
asasnya adalah wajib untuk ditunaikan kerana ianya telah ditetapkan dengan jelas
sebagaimana firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 13 dan 14:

ٍ ‫ك ُح ُد ْو ُد هّٰللا ِ ۗ َو َمنْ يُّطِ ِع هّٰللا َ َو َرس ُْولَ ٗه ي ُْدخ ِْل ُه َج ٰ ّن‬


‫ت َتجْ ِريْ مِنْ َتحْ ِت َها ااْل َ ْن ٰه ُر ٰخلِ ِدي َْن فِ ْي َها ۗ َو ٰذل َِك ْال َف ْو ُز ْال َعظِ ْي ُم‬ َ ‫ت ِْل‬

13. Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (syariat) Allah dan sesiapa
yang taat kepada Allah dan RasulNya akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga
yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah
kejayaan yang amat besar.
Zٌ Z‫ ا‬Z‫ذ‬Zَ Z‫ع‬Zَ Z‫ ُه‬Z‫ َل‬Z‫و‬Zَ Z‫ ا‬Z‫ َه‬Z‫ ي‬Z‫ ِف‬Z‫ ا‬Z‫ ًد‬Zِ‫ل‬Z‫ ا‬Z‫خ‬Zَ Z‫ ا‬Z‫ر‬Zً Z‫ ا‬Z‫ َن‬Z‫ ُه‬Z‫ ْل‬Z‫ ِخ‬Z‫د‬Zْ Z‫ ُي‬Z‫ ُه‬Z‫ َد‬Z‫ و‬Z‫ ُد‬Z‫ ُح‬ZَّZ‫ د‬Z‫ َع‬Z‫ َت‬Z‫ َي‬Z‫و‬Zَ Z‫ ُه‬Z‫ َل‬Z‫ و‬Z‫ ُس‬Z‫ر‬Zَ Z‫و‬Zَ Zَ ‫ هَّللا‬Z‫ص‬
Z‫ ٌن‬Z‫ ي‬Z‫ ِه‬Z‫ ُم‬Z‫ب‬ Zِ Z‫ع‬Zْ Z‫ َي‬Z‫ن‬Zْ Z‫ َم‬Z‫و‬Zَ  

14. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-
batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekal lah dia di
dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.

2.3 Pembahagian harta mengikut sistem faraid


Setelah berlaku kematian ke atas seseorang muslim, hukum faraid telah
menetapkan bahagian-bahagian tertentu kepada setiap waris yang yang sah,berhak
dan layak untuk memiliki harta pusaka. Golongan waris yang layak untuk menerima
atau menjadi waris terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
i. Waris Ashabul Furud
Waris ashabul furud atau juga dikenali sebagai waris fardu merupakan waris
yang akan diberikan harta yang telah ditetapkan bahagiannya menurut syarak
dan ianya juga terdapat di dalam Al-Quran di mana telah ditetapkan secara
jelas di dalamnya mengenai bahagian-bahagian tertentu mengikut
penbahagian nisbah seperti 1/2, 1/3, 1/4, 1/6, 1/8 dan 2/3.
ii. Waris Asobah
Waris asobah merupakan golongan penerima yang akan menerima sama ada
semua bahagian atau mengambil baki daripada harta pusaka setelah
pembahagian harta kepada waris ashabul furud dilaksanakan. Golongan
waris ini kemungkinan akan menerima baki, semua bahagian atau tidak
mendapat bahagian secara langsung disebabkan oleh harta yang dimiliki
hanya cukup untuk waris ashabul furud. Waris-waris daripada golongan ini
terdiri daripada lelaki, kecuali dua orang waris lelaki yang akan mewarisi
secara ashabul furud iaitu suami dan saudara lelaki seibu akan tetapi dua
orang waris lelaki iaitu bapa dan datuk mendapat keistimewaan tertentu
dalam menjadi waris untuk memiliki harta pusaka. Hal ini demikian kerana
mereka boleh mewarisi secara ashabul furud, asobah atau ashabul furud dan
asobah dalam satu masa.
iii. Dhawi al-Arham
Waris dhawi al-arham merupakan kaum kerabat yang tidak mempunyai hak
yang tertentu di dalam pemilikan harta pusaka. Golongan waris dhawi al-
arham ini merupakan waris terakhir yang layak untuk menerima harta pusaka.
Walaubagaimanapun, berlaku perselisihan pendapat oleh ulama’ sama ada
golongan waris ini berhak mewarisi harta pusaka atau tidak. Golongan
pertama berpendapat bahawa golongan ini hanya berhak mewarisi harta
sekiranya si mati tidak meninggalkan mana-mana waris ashabul furud atau
waris asobah. Golongan kedua pula berpendapat bahawa golongan waris ini
tidak berhak untuk mewarisi harta walaupun si mati tidak meninggalkan
mana-mana waris ashabul furud dan waris asobah. Harta tersebut perlu
diserahkan kepada Baitulmal.

Pembahagian harta pusaka telah dinyatakan secara khusus di dalam Al-Quran


Surah An-Nisa ayat 11 dan 12:
‫هّٰللا‬
ُ‫ت َواحِدَ ًة َفلَ َها ال ِّنصْ ف‬ ْ ‫ك ۚ َواِنْ َكا َن‬ َ ‫ْن َفلَهُنَّ ُثلُ َثا َما َت َر‬ ِ ‫ْن ۚ َفاِنْ ُكنَّ ن َِس ۤا ًء َف ْو َق ْاث َن َتي‬ ِ ‫يُ ْوصِ ْي ُك ُم ُ ف ِْٓي اَ ْواَل ِد ُك ْم ل َِّلذ َك ِر م ِْث ُل َح ِّظ ااْل ُ ْن َث َيي‬
ٌ‫ان لَ ٗ ٓه ا ِْخ َوة‬
َ ‫ث ۚ َفاِنْ َك‬ ُّ ‫ان لَ ٗه َولَ ٌد ۚ َفاِنْ لَّ ْم َي ُكنْ لَّ ٗه َولَ ٌد َّو َور َث ٗ ٓه اَ َب ٰوهُ َفاِل ُ ِّم ِه‬
ُ ُ‫الثل‬ َ ‫ك اِنْ َك‬ َ ‫ۗ َواِل َ َب َو ْي ِه لِ ُك ِّل َوا ِح ٍد ِّم ْن ُه َما ال ُّس ُدسُ ِممَّا َت َر‬
ِ
‫هّٰللا‬ ‫هّٰللا‬
َ َّ‫ْض ًة م َِّن ِ ۗ اِن‬ ٍ ‫َفاِل ُ ِّم ِه ال ُّس ُدسُ م ِۢنْ َبعْ ِد َوصِ َّي ٍة ي ُّْوصِ يْ ِب َهٓا اَ ْو َدي‬
َ ‫ْن ۗ ٰا َب ۤاُؤ ُك ْم َواَ ْب َن ۤاُؤ ُك ۚ ْم اَل َت ْدر ُْو َن اَ ُّي ُه ْم اَ ْق َربُ لَ ُك ْم َن ْفعًا ۗ َف ِري‬
َ ‫َك‬
‫ان َعلِ ْيمًا َح ِك ْيمًا‬

11. Allah mensyariatkan (mewajibkan) kepadamu tentang (pembahagian waris


untuk) anak-anakmu, (iaitu) bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian
dua orang anak perempuan. Dan jika anak itu semuanya perempuan yang
jumlahnya lebih dari dua, maka bahagian mereka dua pertiga dari harta yang
ditinggalkan. Jika dia (anak perempuan) itu seorang saja, maka dia memperoleh
setengah (harta yang ditinggalkan). Dan untuk kedua ibu-bapa, bahagian masing-
masing seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika dia (yang meninggal)
mempunyai anak. Jika dia (yang meninggal) tidak mempunyai anak dan dia diwarisi
oleh kedua ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga. Jika dia (yang
meninggal) mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam.
(Pembahagian tersebut di atas) setelah (dipenuhi) wasiat yang dibuatnya atau (dan
setelah dibayar) hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak
mengetahui siapa di antara mereka yang lebih banyak manfaatnya bagimu. Ini
adalah ketetapan Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana.

‫ص ْينَ بِهَٓا اَوْ َد ْي ٍن ۗ َولَه َُّن الرُّ بُ ُع‬ ِ ‫ك اَ ْز َوا ُج ُك ْم اِ ْن لَّ ْم يَ ُك ْن لَّه َُّن َولَ ٌد ۚ فَاِ ْن َكانَ لَه َُّن َولَ ٌد فَلَ ُك ُم الرُّ بُ ُع ِم َّما ت ََر ْكنَ ِم ۢ ْن بَ ْع ِد َو‬
ِ ْ‫صيَّ ٍة يُّو‬ َ ‫َولَ ُك ْم نِصْ فُ َما ت ََر‬
‫ث ك َٰللَةً اَ ِو‬
ُ ‫صيَّ ٍة تُوْ صُوْ نَ بِهَٓا اَوْ َد ْي ٍن ۗ َواِ ْن َكانَ َر ُج ٌل يُّوْ َر‬ ِ ‫ِم َّما تَ َر ْكتُ ْم اِ ْن لَّ ْم يَ ُك ْن لَّ ُك ْم َولَ ٌد ۚ فَاِ ْن َكانَ لَ ُك ْم َولَ ٌد فَلَه َُّن الثُّ ُمنُ ِم َّما تَ َر ْكتُ ْم ِّم ۢ ْن بَ ْع ِد َو‬
‫صى ِبهَٓا اَوْ َد ْي ۙ ٍن َغي َْر‬ ِ ‫ث ِم ۢ ْن بَ ْع ِد َو‬
ٰ ْ‫صيَّ ٍة يُّو‬ ِ ُ‫ُسُ فَاِ ْن كَانُ ْٓوا اَ ْكثَ َر ِم ْن ٰذلِكَ فَهُ ْم ُش َرك َۤا ُء فِى الثُّل‬ ۚ ‫اح ٍد ِّم ْنهُما ال ُّسد‬
َ ِ ‫ت فَلِ ُك ِّل َو‬ ٌ ‫ا ْم َراَةٌ َّولَهٗ ٓ اَ ٌخ اَوْ اُ ْخ‬
‫صيَّةً ِّمنَ هّٰللا ِ ۗ َوهّٰللا ُ َعلِ ْي ٌم َحلِ ْي ۗ ٌم‬
ِ ‫ض ۤا ٍّر ۚ َو‬
َ ‫ُم‬
12. Dan bahagianmu (suami) adalah seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh
isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika mereka (isterimu) itu mempunyai
anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya setelah
(dipenuhi) wasiat yang mereka buat atau (dan setelah dibayar) hutangnya. Para
isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak
mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh
seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan (setelah dipenuhi) wasiat yang kamu
buat atau (dan setelah dibayar) hutang-hutangmu. Jika seseorang meninggal, baik
lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan
anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu) atau seorang saudara
perempuan (seibu), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu
seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka
mereka bersama-sama dalam bahagian yang sepertiga itu, setelah (dipenuhi wasiat)
yang dibuatnya atau (dan setelah dibayar) hutangnya dengan tidak menyusahkan
(kepada ahli waris). Demikianlah ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui, Maha
Penyantun.

2.4 Hikmah disyariatkan faraid


i. Satu bentuk mekanisme pengurusan harta
Dengan wujudnya sistem faraid ini, pengurusan harta akan menjadi lebih
mudah bagi pihak keluarga si mati untuk menguruskan harta pusaka milik
si mati.
ii. Bentuk keadilan dan pendamaian.
Sistem faraid ini menjadikan pembahagian harta pusaka menjadi lebih adil
agar masalah seperti membolot harta pusaka, memakan harta yang
haram atau harta anak yatim dapat dielakkan. Bukan itu sahaja,
pembahagian yang lebih adil dan mengikut tanggungjawab yang dipikul
seperti waris lelaki akan menerima lebih banyak bahagian berbanding
waris wanita. Hal ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh waris lelaki
lebih berat dan bahagian yang mereka miliki perlu dikongsi dengan
tanggungannya seperti isteri atau anak-anak.
iii. Lambang keutuhan ikatan
Sistem faraid yang yang telah ditetapkan dengan penuh keadilan ini dapat
mengukuhkan hubungan atau ikatan kekeluargaan. Tambahan pula,
pergaduhan serta perbalahan dapat dielakkan kerana umum kita ketahui
mengikut peredaran zaman masa kini, disebabkan oleh harta hubungan
kekeluargaan juga boleh berpecah belah dan huru-hara.
Jadi, penting untuk semua masyarat Islam untuk mempelajari ilmu faraid
ini supaya mereka dapat memahami dengan lebih mendalam tentang
sistem ini dan tiada lagi isu, penentangan atau perbalahan yang akan
berlaku.

https://www.researchgate.net/publication/
321491230_PENSYARIATAN_FARAID_MENGIKUT_KERANGKA_FIQH_ISLAM

Anda mungkin juga menyukai