Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Pengurusan harta pusaka melalui aspek keagamaan atau agama Islam adalah salah
satu perkara amat penting yang perlu difahami oleh semua pihak dan khususnya
kepada orang beragama Islam itu sendiri. Begitulah wujudnya beberapa kaedah
dalam proses pembahagian harta pusaka dalam agama Islam iaitu wasiat, faraid
dan hibah. Walaubagaimanapun, pengurusan harta pusaka ini akan sentiasa
menjadi topik pertikaian sebagai satu masalah di kalangan keluarga walaupun telah
adanya prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan harta pusaka ini. Hal ini boleh
berlanjutan sekiranya tiada sebarang tindakan yang dilakuan oleh kalangan keluarga
tersebut. Perkara ini sering berlaku disebabkan kurang pengetahuan dalam
menguruskan harta pusaka. Oleh hal demikian, disini kami akan membincang
perkara mengenai pengurusan dan pembahagian harta pusaka, wasiat, faraid dan
juga hibah.
Konsep Harta Pusaka

Harta pusaka adalah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya,
kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan
apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati (Majlis Agama Islam Selangor).

Menurut Syariah, pusaka atau al-mirath dari segi Bahasa pada makna al-masdar
bermaksud al-baqa’ iaitu kekal dan perpindahan sesuatu yang ditinggalkan
seseorang kepada seseorang yang lain. Manakala pusaka dari segi istilah adalah
sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati iaitu harta benda yang akan diwarisi oleh
warisnya yang masih hidup sama ada hartu itu berbentuk harta alih atau harta tidak
alih. Harta alih dan harta tidak alih yang dimaksudkan adalah wang tunai (harta alih)
dan tanah (harta tak alih).

Seterusnya, menurut undang-undang sivil pula ia bermaksud harta yang mana telah
diperturunkan atau diwariskan daripada seseorang kepada pewarisnya (Osborn’s
Concise Law Dictionary).

Walaubagaimanapun, tidak semua harta si mati itu adalah harta pusakanya. Berikut
merupakan bentuk harta pusaka dan bukan harta pusaka.

Harta Pusaka Bukan Harta Pusaka


Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati Harta yang telah diberi, dijual, diwakafkan dan
yang diperolehi semasa hayatnya secara halal yang dipegang Amanah oleh si mati kepada
seperti melalui jual beli, mendapat pusaka, seseorang semasa hayatnya.
hibah, hadiah, sedekah dan wasiat.
Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si Khairat kematian.
mati.
Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi
kematian. kematian.
Dividen atau faedah yang terbit daripada harta Faedah kematian atau amaun tambahan
si mati. KWSP.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Imbuhan, pampasan dan sagu hati.
Barang yang terbit selepas mati seseorang dari Pencen.
usaha si mati semasa hayatnya.
Bayaran-bayaran dibawah Akta Keselamatan
Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)
Harta yang dipinjam.
Pelaksanaan Konsep Wasiat, Faraid dan Hibah di Malaysia

Pelaksanaan ketiga-tiga konsep ini di Malaysia adalah melalui Bidangkuasa


Pentadbiran Harta Pusaka dimana proses pembahagian dikendalikan oleh empat
institusi iaitu Amnah Raya Berhad, Unit Pembahagian Pusaka/pejabat tanah,
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah.

Amanah Raya Berhad

Berpandukan Seksyen 17(1) Akta Perbadanan AmanahRaya 1995:

 AmanahRaya mengendalikan harta si mati dengan mengeluarkan Surat


Kuasa dalam bentuk Akuan dengan perincian aset bagi harta alih bernilai
tidak lebih RM600,000.
 Akuan ini tertakluk kepada Faraid bagi orang Islam dan Akta Pembahagian
1958 bagi orang bukan Islam atau tertakluk kepada persetujuan semua waris
seperti ditetapkan.

Seksyen 17(2) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995:

 Harta alih RM50,000 dang kurang darinya, AmanahRaya boleh mengeluarkan


Surat Kuasa dalam bentuk Arahan untuk mengarahkan pembayaran kepada
waris yang berhak.
 Waris perlu mengemukakan arahan tersebut kepada pihak bank untuk
menerima bayaran.

Unit Pembahagian Pusaka

Unit pembahagian pusaka mengendalikan harta pusaka kecil iaitu harta si mati yang
ditinggalkan dalam bentuk harta tak alih sahaja atau kedua-dua harta tak alih dan
harta alih dimana jumlah nilai keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2
juta. Ini adalah berpandukan Seksyen 8 Akta Pembahagian Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955.
Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi mengendalikan harta pusaka besar dimana ia tidak tertakluk


kepada apa jua jenis harta dan keseluruhan nilai yang ditinggalkan oleh si mati
hendaklah melebihi RM2 juta. Ia turut mengendalikan harta berwasiat bagi orang
bukan Islam munurut Akta Wasiat 1959 dimana nilai keseluruhan boleh berkurang
atau melebihi RM2 juta.

Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes penentuan waris dan bahagian-


bahagian untuk setiap waris yang dikeluarkan bersama Sijil Faraid. Ia juga
mengendalikan hal berkaitan wasiat, hibah, wakaf, saf taraf anak, perkahwinan,
harta sepencarian dan nasab dimana perkara ini mempengaruhi dalam
pembahagian harta pusaka.
Proses Pembahagian Harta Pusaka Orang Islam

1. Penentuan Waris dan Bahagian


- Pegawai pembahagian pusaka atau pentadbir tanah yang
bertanggungjawab dalam menentukan penurunan harta pusaka si mati
dengan menggunakan undang-undang terpakai dan bertanggungjawab
memutuskan waris yang berhak menerima harta dan bahagiannya dimana
perbicaraan yang dilakukan adalah berdasarkan hukum Faraid.

2. Penentuan Status Pemilikan Harta Si Mati


- Harta yang ditinggalkan oleh si mati hendalklah dikenalpasti agar
semuanya berada dalam kategori harta pusaka. Sekiranya, terdapat pihak
atau isteri yang bercerai mati menuntut sebahagian harta, hal ini akan
diuruskan oleh Mahkamah Syariah dimana mereka akan menentukan dan
memutuskan kadar tertentu untuk ditolak dengan harta si mati terlebih
dahulu. Kemudian baki harta itu akan difaraidkan. Harta yang dituntut
termasuklah harta sepencarian, jual beli, hibah dan sebagainya.

3. Peruntukan Belanja Pengebumian Jenazah


- Kos belanja kematian akan diperuntukkan dalam urusan pengurusan
jenazah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian
harta.

4. Penyelesaian Hutang
- Wajib untuk menyelesaikan segala hutang si mati sama ada hutang
terhadap Allah sekiranya si mati tidak sempat menunaikan ibadah Haji dan
hutang terhadap manusia.
5. Pelaksanaan Wasiat
- Pelaksanaan wasiat akan dilakukan dahulu jika si mati meninggalkan
wasiat dan ianya perlu sah mengikut hukum syarak iaitu harta yang
diwasiatkan tidak melebihi 1/3. Sekiranya harta diwasiatkan itu melibihi
1/3, persetujuan antara waris perlu didapatkan bagi meneruskan
pelaksanaan wasiat tersebut.

6. Pembahagian Harta
Pembahagian harta dapat dilaksanakan selepas melepasi proses-proses di
atas dan setelah mengenalpasti setiap waris dan bahagian-bahagian yang
akan diterima oleh mereka. Harta pusaka tersebut akan dibahagikan dengan
berpandukan kepada Hukum Faraid di Mahkamah Syariah.
Isu yang Timbul dalam Proses Pengurusan Harta Pusaka

Waris tidak tahu dimana pengurusan harta dapat dilakukan.

Di Malaysia terdapat empat institusi yang mengendalikan pengurusan harta pusaka,


namun isu yang timbul adalah para waris keliru dengan setiap perkhidmatan atau
fungsi yang disediakan oleh kempat-empat institusi ini. Sebagai contoh, para waris
membuat permohonan di Unit Pembahagian Pusaka, akan tetapi selepas
mengenalpasti nilai harta si mati melebihi RM2 juta, permohonan tidak dapat
diteruskan kerana unit ini hanya mengendalikan bagi harta kurang dari nilai tersebut.
Maka para waris menghadapi satu kerumitan untuk membuat permohonan baru
pada institusi yang bersesuaian. Dalam hal ini, waris tersebut perlu membuat
permohonan baru melalui Mahkamah Tinggi yang mengendalikan harta melebihi
nilai RM2 juta.

Hukum Hibah

Realitinya di Malaysia, tiada lagi undang-undang berkaitan hibah yang boleh


dijadikan panduan oleh para waris yang beragama Islam. Ini kerana hibah adalah
pemberian hadiah dari si mati kepada seseorang tanpa memerlukan syarat tertentu.
Ia juga tidak dilakukan dengan urusan pindah milik atau pertukaran nama dalam
hakmilik. Jadi apabila berlaku kematian, hal hibah perlu diselesaikan dahulu
sebelum pembahagian faraid. Akan tetapi bagi menyelesaiakn urusan hibah,
perbicaraan mengenai harta pusaka perlu ditangguhkan sehingga para waris diminta
untuk mendapatkan pengesahan hibah terlebih dahulu daripada Mahkamah Syariah.

Sekatan Pemilikan kea tai Tanah oleh Undang-Undang

Terdapat satu akta yang dinamakan Akta Tanah (Kawasan Penempatan


Berkelompok) Tahun 1960, Akta no.13 tahun 1960 (GSA). Isu yang berbangkit
mengenai akta ini adalah tanah- tanah seperti FELDA atau FELCRA dan sebagainya
tidak dibenarkan dimilik oleh lebih daripada dua orang pemilik. Bagi harta seorang
peneroka tanah tersebut yang meninggal dunia, undang-undang ini telah
menetapkan bahawa nama para waris yang akan didaftarkan dalam hak milik tanah
hanya dua nama sahaja. Apabila pemilik tanah tersebut meninggal dunia, pegawai
Unit Pembahagian Pusaka akan melantik sekurang-kurangnya seorang pentadbir
(waris) untuk didaftarkan di dalam geran tanah. Oleh itu, tugasan pentadbir itu harus
bertindak jujur dan adil dalam menguruskan tanah tersebut dan membahagikan
hasilnya kepada waris yang lain mengikut faraid atau nilai yang dipersetujui oleh
waris-waris tersebut.

- Abdullah, D. A. (2020, April 21). Pengurusan Harta pusaka Dalam Islam.


Sinarharian. Retrieved December 25, 2021, from
https://www.sinarharian.com.my/article/79874/KHAS/Pendapat/Pengurusan-harta-
pusaka-dalam-Islam

- Harta pusaka. Majlis Agama Islam Selangor. (n.d.). Retrieved December 25, 2021,
from https://www.mais.gov.my/harta-pusaka/

- Apakah Yang dimaksudkan sebagai harta pusaka? Khidmat Pusaka. (2020,


September 6). Retrieved December 25, 2021, from
https://khidmatpusaka.com/apakah-itu-harta-pusaka/

- Pentadbiran Pusaka. Amanahraya. (2021, September 23). Retrieved December 25,


2021, from https://www.amanahraya.my/ms/pentadbiran-pusaka/

- User, S. (n.d.). Laman Utama. Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan -
Utama. Retrieved December 25, 2021, from
https://www.jkptg.gov.my/index.php/my/permohonan-pusaka

- Kategori Harta dan Bidang Kuasa. Mygov - the government of Malaysia's Official
Portal. (n.d.). Retrieved December 25, 2021, from
https://www.malaysia.gov.my/portal/subcategory/166?language=my

- Wan Harun, T. H. W. A. H. (2012). ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA


ORANG ISLAM DALAM KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA. . Retrieved
2021, from http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2012/03/isu-harta-
pusaka.pdf.

Anda mungkin juga menyukai