Anda di halaman 1dari 5

Ustaz mohon pencerahan..

Betul ke apa yang saya pernah dengar


 roh orang yang meninggal dunia akan dibebaskan dan akan pulang ke rumah bila
Ramadan menjelma? Dan akan pulang semula kesana pada 1 Syawal yakni selepas
maghrib akhir Ramadhan.. ?

Jawapan : 

Apabila seorang anak Adam meninggal dunia segala-galanya terputus kecuali 3 perkara.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika
anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah
(wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (Hadis Riwayat
Muslim).

PENJELASAN HADIS :

Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah SWT mempunyai matlamat yang tertentu iaitu agar
kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah SWT serta mentaatinya dengan melakukan
perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Adz –Dzaariyaat ayat 56 , berbunyi :

‫وما خلقت الجن واإلنس إال ليعبدون‬

Kira-kira maksudnya: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
menyembah-Ku.”

Allah SWT telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa
kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api
neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan
terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih
dterima Allah SWT sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah meninggalkan
dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:

1) Amal jariyah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah SWT
terhadap hamba-Nya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah
berada di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang
keemasan ini selagi hayat masih ada.

Apabila manusia sudah dikebumikan selepas kematiannya maka rohnya berada di alam
barzakh. Barzakh maksudnya dinding. Dinding yang memisahkan manusia yang hidup
dengan manusia yang berada di alam barzakh. Roh manusia tak boleh balik kedunia
samaada di bulan Ramadan atau bulan-bulan yang lain. Roh manusia di alam barzakh bagi
seorang mukmin yang beriman dan bertakwa adalah seperti taman-taman syurga tetapi bagi
orang kafir , munafik, pelaku dosa-dosa besar maka alam barzakh adalah satu lubang
daripada lubang-lubang api neraka. Setiap pagi dan petang diperlihatkan tempat duduknya
di neraka. Nauzubilahiminzalik.
 
BENARKAH ROH PULANG KE RUMAH DALAM BULAN RAMADHAN?

Mesti ramai orang kita percaya yg roh orang-orang yang dah meninggal akan pulang ke
rumah jenguk keluarga dia pada bulan Ramadan ini. Betul ke ni?.

Jawapan 1: “Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami.
Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qarin (jin pendamping manusia) . Qarin
ini memang wujud, dalam al-Quran al-Karim dan hadis riwayat Muslim” Dipetik dari kitab:
“Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan –
Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

Dalam hadis dhaif yang lainnya, apabila tiba bulan Ramadan, semua roh berkumpul di Lauh
Mahfuz memohon kepada Allah untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke
bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan
baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan
mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka
semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Jawapan 2: Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh
bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Kitab Ar-Ruh,
Ibn Qayyim, ms 20)

Tafsir firman Allah di surah Az-Zumar ayat 42.

Allah berfirman maksudnya : “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan


memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya,
dan jiwa orang yg tidak mati (dalam masa tidurnya), kemudian Ia menahan jiwa orang yang
Ia tetapkan matinya dan melepaskn balik jiwa yg lain (ke badannya) sehingga sampai
ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang
membuktikn kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)"

Jawapan 3 : Jika roh itu boleh kembali dan tinggal bersama keluarganya selama masa
tertentu, tentu yang paling layak mendapatkan keadaan ini adalah roh para nabi, para
sahabat, atau para syuhada yang meninggal di medan jihad. Allah tempatkan roh mereka di
syurga, dan terpisah sepenuhnya dengan alam dunia.

Syaikh Abdurrahman bin Nashir Al-Barrak pernah ditanya, benarkan roh orang yang
meninggal akan kembali ke keluarganya dan dapat melihat semua keadaan keluarganya
selama 40 hari?
Jawapan beliau :

Seseorang setelah meninggal, dia menghilang dari kehidupan dunia ini, dan berpindah ke
alam barzakh. Dan rohnya tidak kembali ke keluarganya, dan tidak mengetahui semua
keadaan keluarganya. Khabar yang menyebutkan bahawa roh kembali ke keluarga selama
40 hari adalah khurafat, yang sama sekali tidak memiliki dalil. Demikian pula si mati, dia
tidak mengetahui keadaan keluarganya, kerana dia tidak ada di tengah-tengah mereka.
Mereka sibuk dalam kenikmatan atau azab. (Fatwa Islam, 13183)

Jawapan 4: Ada beberapa catatan yang menunjukkan bahawa keyakinan ini adalah
keyakinan yang menyimpang dan bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah :

Allah mengingkari permintaan orang mati untuk dikembalikan ke dunia


Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang
di antara mereka,berkatalah ia:”Wahai Tuhanku,kembalikanlah daku(hidup semula di dunia)
supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku
tnggalkan”. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu hanyalah perkataan-perkataan yang dia
ucapkan saja. dan di hadapan mereka ada dinding (alam barzakh) sampai hari mereka
dibangkitkan. (QS. Al-Mukminun ayat 99 – 100)

Kesimpulannya, alam berkenaan roh ini hanya amat sedikit yg kita ketahui. Sesungguhnya
yang Maha Mengetahui adalah Allah SWT jua. Sesuai dgn firman-Nya yg bermaksud “ Dan
mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan :Roh itu dari perkara urusan Tuhanku;dan
kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja” (Surah Al-Isra ayat 85).

607. Soalan : Bolehkan ustaz memberi pencerahan terhadap seksa kubur berdasarkan
hadis-hadis sahih?

Jawapan : 

Masalah seksa kubur disebutkan di dalam Al-Quran Al-Karim

Dan kalau kita merujuk kepada huraian dari para ulama, kita akan menemukan bahwa
ternyata masalah seksa kubur itu jelas dan tegas disebutkan di dalam Quran.

Firman Allah SWT maksudnya, "Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan
ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan
orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.(Surah Ibrahim ayat 27).

Dari Al-Barra’ bin Azib bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ketika seorang mukmin
didudukkan di dalam kuburnya, datanglah seseorang. Kemudian bersyahadat bahawa tidak
ada tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, maka itulah yang
dimaksud dengan ‘Allah SWT meneguhkan orang beriman dengan ucapan yang teguh’.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kalau kita buka kitab Shahih Muslim, hadits nomor 2871, ada hadis nabawi yang
menjelaskan bahawa ayat ini berkaitan dengan pertanyaan malaikat di dalam kubur.

Hadis itu adalah hadis yang shahih, disahihkan oleh dua ahli hadis, dan diamini oleh pakar
hadis lainnya. Silah semak di dalam kitab-kitab hadits lainnya. Misalnya kitab Sunan Abi
Daud no 4750, Sunan Ibnu Majah np 4269, Musnad Imam Ahmad no. 18575, dan Sunan At-
Tirmizy no. 3120.

An-Nasai dalam kitab Al-Mujtaba jilid 4 halaman 101 juga dalam sunan Al-Kubra,
meriwayatkan dari Al-Barra’ menyebutkan bahawa ayat ini turun berkaitan dengan adanya
seksa kubur.

Ayat Lainnya :

Dan masih banyak ayat Quran lainnya yang menyebutkan adanya azab kubur. Misalnya

Firman Allah SWT maksudnya,"…Nanti mereka akan Kami seksa dua kali kemudian mereka
akan dikembalikan kepada azab yang besar.(Surah. At-Taubah ayat 101)

Di ayat ini teramat jelas bahawa Allah SWT menyiksa orang zalim itu dua kali, iaitu pada
alam kubur dalam kematiannya iaitu setelah nyawa dicabut hingga menjelang hari kiamat.
Dan berikutnya adalah seksaan setelah hari kiamat iaitu di neraka.

Demikian juga yang Allah SWT lakukan kepada Fir’aun yang zalim, sombong dan
menjadikan dirinya tuhan selain Allah SWT. Allah SWT mengazabnya dua kali, iaitu di alam
kuburnya dan di akhirat nanti. Di alam kuburnya dengan dinampakkan kepadanya neraka
pada pagi dan petang. Ini merupakan seksaan sebelum dia benar-benar dikan ke dalamnya
dan terjadinya pada alam kuburnya.

Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya
Kiamat., “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.” (QS. Al-
Mu’min: 46)

Ayat ini lalu dikuatkan juga dengan ayat lainnya yang juga menyebutkan ada dua kali
kematian, yaitu kematian dari hidup di dunia ini dan kematian setelah alam kubur.

Mereka menjawab, “Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah
menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu
jalan untuk keluar?“(Surah Al-Mukmin ayat 11)

Siksa Kubur Dikuatkan Oleh Hadis-hadis Sahih

Selain ayat Quran di atas, urusan keberadaan siksa kubur ini juga dikuatkan oleh banyak
hadits shahih lainnya. Misalnya hadis berikut ini:

Rasulullah SAW bersabda, ”…Lalu roh jahat itu dikembalikan ke dalam jasadnya dan dua
malaikat mendatanginya seraya bertanya, ”Siapakah Rabb-mu? Orang itu menjawab,
”hah..hah..aku tidak tahu”. Malaikat itu bertanya lagi, ”Siapakah manusia yang diutus kepada
kalian?”. “hah..hah..aku tidak kenal”, jawabnya. Lalu diserukan suara dari langit bahawa dia
telah mendustakan hamba-Ku. Maka dekatlah dengan neraka dan dibukakan pintu neraka
hingga panas dan racunnya sampai kepadanya. Lalu kuburnya disempitkan hingga tulang-
tulang iganya saling bersilangan. Dan didatangkan kepadanya seorang yang wajahnya
buruk, pakaiannya buruk dan baunya busuk dan berkata kepadanya, ”Berbahagialah
dengan amal jahatmu. Ini adalah hari yang kamu pernah diingatkan. Dia bertanya, ”siapakah
kamu, wajahmu adalah wajah orang yang membawa kejahatan?” “Aku adalah amalmu yang
buruk”. “Ya Tuhan, jangan kiamat dulu”.(HR Ahmad dalam musnadnya 4/287 hadits no.
4753 dan Abu Daud 4/239 hadits no. 18557 – hadis Shahih).
Selain itu juga ada hadis lainnya:

Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Sesungguhnya seorang hamba
ketika diletakkan di kuburnya dan ditinggalkan oleh teman-temannya, maka dia masih
mendengar suara sandal mereka.” Imam Bukhari menambahkan, ”Sedangkan orang
munafik dan kafir diserukan kepada mereka, ”

Anda mungkin juga menyukai