PENDAHULUAN
3
BAB II
PEMBAHASAN
4
c) Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah
kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta
rakyatnya.
d) Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanan sebagai pusat
pengembangan bahasa, kebudayaan dan kesasteraan.
5
2.2 Struktur Pemerintahan dan Sosio-Ekonomi Melayu Tradisional
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang struktur pemerintahan dan
sosio-ekonomi Melayu Tradisional.
2.2.1Sistem Sosio-Politik Masyarakat Melayu Tradisional
Sistem politik Tradisional merupakan sistem pemerintahan yang dominan
sebelum berlakunya proses pemodenan politik yang bermula dengan kedatangan
penjajah pada abad ke-18. Sistem politik tradisional ini banyak dipengaruhi oleh
kepercayaan, adat resam dan agama. Ciri utama sistem politik tradisional ialah
wujudnya jurang perbezaan antara golongan pemerintah, aristokrat/bangsawan dan
rakyat jelata/bawahan. Keadaan ini boleh digambarkan melalui Rajah 1.1 yang
berikut.
1 Raja atau sultan
2 Golongan bangsawan
3 Pembesar
4 Penghulu
5 Rakyat biasa
6 Golongan hamba
Dalam masyarakat Melayu tradisional, kuasa politik, ekonomi dan sosial
dipegang oleh golongan aristokrat. Rakyat jelata tidak diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Secara kesimpulannya,
masyarakat pada masa ini dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan
pemerintah dan golongan diperintah.
a) Sistem Pemerintahan Beraja
Raja sebagai tonggak kedaulatan. Di rantau alam Melayu, Raja-Raja Melayu yang
bertakhta di singgahsana kerajaan, memberikan identiti sejarah Kerajaan Melayu dan
kewujudan alam Melayu. Kerajaan Melayu dan alam Melayu sudah bertapak sejak
zaman Kerajaan Funan pada kurun pertama Masihi dan Kerajaan Seri Vijaya yang
berpusat di Palembang, Sumatera.
6
pada abad ke-7M. Alam Melayu di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu
merangkumi kawasan dan wilayah yang luas meliputi selatan Thailand, Langka suka,
Majapahit, Mentaram, Brunei, Campa hingga kepada era kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka pada abad ke-15. Dalam konteks sistem pemerintahan beraja Melayu,
Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya menjadi tamadun bangsa dalam sistem
politik,perundangan, keilmuan, kecendekiawanan dan kesusasteraan di alam Melayu
melalui tamadun yang dibina Walaupun kerajaan silih berganti tetapi setiap kerajaan
sentiasa meneruskan tradisi mengekalkan identiti bangsa. Kesultanan Melayu adalah
satu realiti, satu manifestasi dan satu lambang keagungan tamadun bangsa.
Pada hari ini hanya tiga negara di dunia yang masih dikuasai oleh Melayu.
Pertama, Kesultanan di Brunei, kedua, Republik Indonesia dan ketiga, Kerajaan Raja
Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlemen di Malaysia. Pengekalan institusi raja
di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identitas sebuah kerajaan Melayu di
tanah air warisan bangsa. Atas Pahaman itu, Tungku Abdul Rahman (Almarhum)
ketika merangka formula membentuk kerajaan, telah mengasaskan sistem berkerajaan
dan bernegara atas landasan yang menggabungkan institusi Raja dan institusi rakyat.
Raja dimaktubkan sebagai ketua agama Islam. Peranan ini diwarisi sejak era Kesultan
an Melayu Melaka dan tidak pernah dipindahkan bidang kuasanya. Islam adalah
petunjuk moral kepada pemerintahan yang harus diterjemahkan melalui sifat adil lagi
saksama, tidak melakukan kezaliman dan tidak melakukan penindasan. Islam juga
mempunyai nilai yang sejagat sifatnya, yaitu nilai yang terkandung dalam semua
agama.
Ajaran Islam begitu sebati dengan institusi Kesultanan Melayu kerana selari
dengan nilai dan amalan yang dianjurkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan pada
era Kesultanan Melayu. Undang-undang Melaka umpamanya menjelaskan bahawa
martabat tinggi seseorang sultan itu dinilai dari pada sudut amal makruf baginda
menyempurnakan tanggung jawab (Raja Nazrin Shah, 2004).
b) Konsep Daulat dan Derhaka
7
Konsep ini membawa maksud rakyat tidak boleh menderhaka kepada pemerintah
atau Raja. Jika seseorang rakyat itu mengingkari perintah raja, dia akan ditimpa tulah
atau kecelakaan.
c) Sistem Pembesar
Jika dilihat pada Raja tadi, golongan pembesar berada di tempat ketiga tetapi
masih lagi tergolong dalam golongan atasan. setengah dari pada mereka bertugas di
istana sebagai penasihat raja dan ada antara mereka yang menjadi pembesar di
daerah-daerah tertentu. Pembesar-pembesar ini dilantik oleh sultan dan diberi kuasa
untuk memungut cukai dan memiliki tentera dan orang suruhan mereka sendiri.
Antara pembesar-pembesar yang terkenal adalah Seri Nara Diraja, Tun Perak,
Laksamana Hang Tuah, Tun Bija Sura dan banyak lagi (sila rujuk Teks Sejarah
Melayu).Pembesar yang terakhir adalah penghulu atau ketua kampung yang
merupakan orang paling berkuasa di peringkat kampung. Beliau juga merupakan
perantara antara Raja dan rakyat. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara
luar. Contohnya semasa pemerintahan kerajaan Melayu Melaka: Jepun, China, Asia
Barat. Orang-orang Melayu telah hidup bertamadun sejak beribu tahun yang lalu.
Selain daripada dapat mengatur dan mentadbir negaranya sendiri sesuai dengan
keadaan waktu itu, nenek moyang kita juga telah biasa mengharungi samudera luas
seperti Lautan Hindi, Laut China dan sekitar Lautan Pasifik Selatan selain daripada
laut alam Melayu dengan menggunakan kapal-kapal layar yang besar yang mereka
bina sendiri. Mereka bukan saja membuat perhubungan dengan negeri China, di
sebelah timur, malah dengan negara yang lebih bertamadun dan kuat di Barat yang
kita kenal dengan nama Benua Rom. Laksamana Hang Tuah pernah diutus oleh
Sultan Melaka sebagai duta pelawat di kedua-dua buah negara tersebut, selain
daripada menjalin hubungan dan mengikat tali persahabatan di antara kerajaan
Melayu Melaka dengan negeri China dan Benua Rom, hubungan dagang juga telah
turun jalinkan.
8
2.2.2 Sistem Ekonomi Mansyarakat Tradisional Melayu.
Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi
yang masih kuat terikat dengan ekonomi tradisional yaitu berbentuk sara diri.
Penumpuan adalah untuk keperluan ahli keluarga, manakala barang keperluan yang
tidak dapat dihasilkan sendiri akan diperolehi melalui pertukaran barangan dengan
orang luar. Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah ada hubungan perdagangan
dengan negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat. Ciri kedua sistem
ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah pemisahan antara golongan
pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah dan aristokrat memegang
sistem ekonomi dan menguasai kedudukan dalam ekonomi. Mereka ini menerima
cukai daripada pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan serta cukai daripada
rakyat jelata. Rakyat hanyalah menjadi petani yang menyewa tanah-tanah milik
golongan aristokrat.
9
Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun PerpatihPutih yang menggantikan beliau
merupakan seorang yang pemboros. Demikian juga Tun Mutahir yang lebih
memberi tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaan berbanding
mengutamakan pentadbiran kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi
pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan
yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek
pertahanan kerajaan.
2 Pemerintahan yang Zalim
Di samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan
secara meluas di Melaka, pegangan dan amalannya di kalangan pembesar dan
rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak berlaku
kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan juga
dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan pembesar-pembesar kerana
terlalu mengejar kekayaan.
3 Rakyat Berpecah-belah dan Tidak Bersatu-padu
Kurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang
kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak,
misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda
(kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud
pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.
10
lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis
menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang dan
peluru.
11
BAB III
PENUTUP
1.4 Kesimpulan
Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal abad ke15.
Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah Kerajaan yang
terkenal di alam Melayu. Sistem politik dikerajaan melayu, meletakan raja atau sultan
sebagai petinggi kedudukananya, kerajaa melayu Melaka merupakan tempat
persinggahan para pedagang dari luar negeri. Dan jika melewati kawasan kekuasaan
kerajaan Melaka akan dipunggut biaya atau dipunggut pajak. Perekonomian
masyarakat melayu tradisional jika suatu barang tidak bisa dihasilakan maka mereka
menggunakan cara tukar menukar barang dengan bedagang asing.
Kerajaan Melaka runtuh akibad tidak ada pemimpin yang cakap, pemerintahan
pada saat itu zalim, rakyat nya berpecah-belah tidak bersatu, mementingkan diri
sendiri dari pada orang lain, karena banyak nya kekacauan yang terjadi maka banyak
pedangan yang mengalihkan pandangan ketempat lain. Dan kekuatan tentara dan
pertahanan mulai tiadak ada lagi.
12
DAFTAR PUSTAKA
13