Anda di halaman 1dari 3

LATIH TUBI SOALAN KBAT

Cara menjawab soalan KBAT


1. Analisis soalan ( kehendak, tema, skop)
2. Pastikan setiap jawapan bermula dengan subjek
3. Pastikan setiap jawapan ada tema dan huraian.

Contoh jawapan soalan kbat


1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk
memartabatkan bahasa Melayu?
Usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu
ialah kerajaan hendaklah mewajibkan bahasa Melayu digunakan dalam majlis-majlis formal
agar martabat bahasa Melayu dapat ditingkatkan, kerajaan hendaklah memperkasakan
bahasa Melayu di semua sekolah di Malaysia agar seluruh rakyat Malaysia dapat bertutur
dalam bahasa Melayu dengan baik, kerajaan hendaklah mewajibkan semua stesen
televisyen menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam rancangan yang disiarkan
kerana pengaruh media massa sangat besar dan kerajaan perlu menetapkan peraturan
semua papan tanda wajib menggunakan bahasa Melayu yang betul bagi memastikan
masyarakat lebih cakna tentang bahasa Melayu.

Latihan
1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan
industri pelancongan di Malaysia?

2. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang wajar dilakukan oleh murid untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh mereka?

3. Pada pendapat anda. apakah perkara-perkara yang dapat dilakukan agar jasa pejuang
negara kekal subur dalam jiwa generasi akan datang?

4. Rakan anda menghadapi masalah tekanan emosi. Sebagai rakan sebaya, nyatakan
tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk membantu rakan anda itu.
Skema Latihan
1. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan
industri pelancongan di Malaysia?
- kerajaan menggiatkan promosi sektor pencongan di Malaysia agar lebih ramai
masyarakat seluruh dunia tertarik untuk melancong ke Malaysia.
- Kerajaan meningkatkan usaha menaik taraf kemudahan di kawasan pelancongan agar
pelancong akan berasa lebih selesa
- kerajaan menggiatkan usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah dan
tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong bagi memastikan kawasan
pelancongan tersebut sentiasa ceria dan bersih.
- kerajaan mewujudkan kawasan pelancongan baharu untuk mewujudkan lebih banyak
pilihan kepada pelancong untuk melancong di Malaysia.

2. Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang wajar dilakukan oleh murid untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh mereka?
- Murid berbincang dengan ibu bapa tentang masalahnya supaya ibu bapa dapat
membantu menyelesaikan masalah tersebut.
- murid berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan masalahnya supaya kaunselor
dapat membuka mindanya untuk membuat penilaian yang terbaik bagi menangani
masalahnya
- murid mendekatkan diri dengan Tuhan agar murid lebih tenang seterusnya dapat
memikirkan jalan penyelesai yang terbaik bagi mengatasi masalahnya
- murid memaklumkan masalahnya kepada orang yang dipercayainya agar tekanan
yang dihadapinya dapat dikurangkan.

3. Pada pendapat anda. apakah perkara-perkara yang dapat dilakukan agar jasa pejuang
negara kekal subur dalam jiwa generasi akan datang?
- kerajaan menamakan jalan dan bangunan dengan nama pejuang negara agar nama
mereka dikenali oleh semua orang
- kerajaan membina monumen tentang tokoh pejuang negara bagi memastikan
jasanya dapat dilihat oleh masyarakat
- kerajaan memberikan kemudahan penjagaan kesihatan kepada pejuang negara agar
kesihatan mereka terjaga dengan baik.
- kerajaan memberikan pencen kepada pejuang negara bagi memastikan kesejahtera
hidup mereka ketika usia tua lebih terjamin.

4. Rakan anda menghadapi masalah tekanan emosi. Sebagai rakan sebaya, nyatakan
tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk membantu rakan anda itu.
- Saya menasihati rakan saya mendekatkan dirinya kepada Tuhan agar rakan saya
akan berasa lebih tenang seterusnya tekanan emosinya akan berkurangan.
- Saya akan mengajak rakan saya untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama agar
rakan saya dapat menghilangkan tekanan emosinya.
- Saya akan membawa rakan saya berjumpa dengan kaunselor agar kaunselor dapat
membimbingnya cara untuk meredakan tekanan emosi
- Saya akan memaklumkan masalah tekanan emosi yang dihadapi oleh rakan saya
kepada ibu bapanya supaya ibu bapanya lebih faham keadaannya dan dapat
membantu meredakan tekanan emosi yang dihadapinya.

Anda mungkin juga menyukai