Anda di halaman 1dari 6

SPM 2021 Nota A+ Bahasa Melayu

Karangan A+
Penanda Wacana

Pendahuluan  Puisi (pantun/syair/dll)


 Pendapat tokoh
 Statistik
 Selaras dengan era pascamodenisasi ini,

Isi pertama  Mula dengan peribahasa


 Teknik Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah peranan
Peribahasa yang dipertanggungjawabkan ke atas para ibu bapa bagi
memastikan anak-anak…
 Akhiri perenggan isi dengan: Sesungguhnya,

Isi kedua  Pada masa yang sama pihak guru juga sebaik-baiknya
 Teknik biasa memainkan peranan mereka dalam menggalakkan murid-
murid…sejak bangku sekolah lagi
 Akhiri perenggan isi dengan: Tegasnya,

Isi ketiga  Mula dengan frasa menarik (olahan sendiri)


 Teknik ungkapan Sering kita mendengar orang ramai mengungkap frasa; masa
menarik/ itu emas. Namun, adakah kita sedar akan kedalaman erti frasa
pendapat tokoh tersebut, atau adakah kita hanya memandang enteng akan
nikmat masa yang dikurniakan kepada kita? Maka, harus kita
telusuri makna yang mendalam disebalik frasa ini.
 Akhiri perenggan isi dengan: Maka,

Isi Keempat  Mula dengan penanda wacana biasa: Selain itu, Di samping
 Teknik isu itu, dll.
semasa/kisah  Kalau boleh, selitkan isu semasa sebagai contoh kepada isi,
tradisional atau kisah tradisional.
 Teknik biasa Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu bapa kita setelah
mereka membanting tulang empat kerat untuk kita sejak
telapak kaki kita merah lagi serta tidak seperti kacang
lupakan kulit dengan tidak menghiraukan segala
pengorbanan mereka. Sesungguhnya, jasa mereka mustahil
kita langsaikan. Situasi ini boleh diperjelas melalui kisah Si
Tanggang yang menderhakai ibu bapanya sehingga
mendatangkan azab dan musibah kepada dirinya
 Akhiri perenggan isi dengan ayat pengajaran kisah tadi/kita
harus mencontohi/mengambil teladan

1|Muka Surat
Diusahkan oleh Ilman dan Zend
SPM 2021 Nota A+ Bahasa Melayu

Isi terakhir  Mulakan isi guna ayat daripada al-Quran atau kitab lain yang
 Teknik Ayat/ sesuai berdasarkan keadaan
Petikan al-  Boleh sama ada mulakan or akhiri perenggan menggunakan
Quran/Kitab lain teknik ini…Atau boleh diselitkan teknik ini pada penutup
dan gunakan teknik biasa untuk perenggan terakhir
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan
dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan pelanggaran.” Begitulah ketetapan Allah SWT dalam
Surah al-Maidah ayat 2. Oleh itu, kita haruslah…

Penutup  Sebagai deduksinya,


 Maka, jelaslah kepada kita bahawa,
 Masukkan pendapat tokoh dan peribahasa
 Guna beberapa perkataan bombastik
Sebagai deduksinya, semua pihak harulah menjalankan
obligasi masing-masing dalam menjamin kecerahan masa
hapadan negara kita sekali gus, mewujudkan suasana negara
yang aman sentosa tanpa sebarang konflik. Persis dengan
pernyataan Henry Ford, usahawan terkenal Amerika
Syarikat, “Jika semua orang bergerak ke hadapan bersama-
sama, maka, kejayaan akan tercapai secara semula jadi.”
Maka, jelaslah kepada kita bahawa, sebarang usaha, jika tidak
dilakukan bersama-sama, tentunya akan menjadi sukar, bak
kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Peribahasa (Berdasarkan tugasan)

Peribasa universal  bagai aur dengan tebing


 Bekerjasama  bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
 Semua pihak muafakat
 Muafakat  ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
- Usaha - kesan  berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bekerjasama -punca  seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
kejayaan  terendam sama basah, terampai sama kering
 ringan tulang

Peribahasa universal  genggam bara api biar sampai jadi arang


 Kesungguhan  alang-alang mandi biar basah
 Kegighan  jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya
 Berusaha  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
- Usaha – kesan – cara2

2|Muka Surat
Diusahkan oleh Ilman dan Zend
SPM 2021 Nota A+ Bahasa Melayu

 hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih hati


hendak semua jadi
 bagai lebah menghimpun madu sampan sudah di
air, pendayung sudah di tangan

Peribahasa peranan ibu bapa  melentur buluh biarlah dari rebungnya


- Usaha ibu bapa –  bagaimana acuan, begitulah kuihnya
peranan – cara/langkah  bapa borek, anak rintik
 bagai menatang minyak yang penuh
 yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan
sempadan
 pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Peribahasa Warisan Bangsa  tak kenal, maka tak cinta


- Usaha mengekalkan  tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
warisan / punca  hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
kenapa warisan dilupai
/kesan tidak
melindungi warisan
bangsa

Peribahasa Kesan Tidak  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak


Melakukan Sesuatu berguna
- Kesan/Usaha/Punca  ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
- Terlambat untuk  sediakan payung sebelum hujan
mengusahakan sesuatu  sudah terhantuk baru tengadah
- Menyesal/insaf  lautan mana yang tidak bergelora, bumi mana yang
tidak ditimpa hujan
 sebelum nasi menjadi bubur

Peribahasa Patriotik  biar putih tulang, jangan putih mata


- Usaha memupuk/punca  di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
kekurangan semangat  bahasa menunjukkan bangsa
…  hilang bahasa, lenyaplah bangsa
 berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

3|Muka Surat
Diusahkan oleh Ilman dan Zend
SPM 2021 Nota A+ Bahasa Melayu

Pendapat Tokoh (Berdasarkan tugasan)

Bekerjasama/Kesimpulan  Syarikat, “Jika semua orang bergerak ke hadapan


- Semua pihak bersama-sama, maka, kejayaan akan tercapai
- Boleh digunakan untuk secara semula jadi.”
mengahiri SEMUA - Henry Ford, usahawan terkenal Amerika
karangan tidak kira
tema/tugasan  Kita semua adalah rakyat Malaysia dan
kemerdekaan inilah yang menyatukan kita.
Ingatlah bahawa toleransi adalah kekuatan kita
sebagai rakyat dan bangsa. - Tunku Abdul
Rahman

 “Dan tolong-menolonglah kamu dalam


mengerjakan kebaikan dan takwa, dan
janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa
dan pelanggaran.” Begitulah ketetapan Allah
SWT dalam Surah al-Maidah ayat 2

Perpaduan  Tidak ada maknanya kejayaan, kemajuan dan


- Ayat penutup/pendahuluan kemakmuran jika rakyat berpecah-belah dan
bergaduh sesama sendiri
- Tun Hussein On

 Manusia yang lemah sekalipun, jika bersatu


padu akan dapat menggoncang dunia.
Demikianlah kesanya perpaduan.
- Tun Dr Mahathir

Kekeluargaan  Anak-anak ibarat sebusuk-busuk daging dibasuh


- Ayat penutup/pendahuluan dikincah dimakan juga.
/ isi berkaitan dengan
 Anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada
peranan keluarga
ibu bapa yang sibuk adalah yatim.

 Mantan Menteri Pembangunan Wanita dan


Keluarga pernah berkata bahawa wang ringgit
bukanlah pengganti kasih sayang malah ibu bapa
sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk
cahaya mata mereka.

Kesihatan  Jagalah masa sihat kamu, sebelum datang masa


- Pendahuluan/Penutup/isi sakit kamu
berkaitan dengan kesihatan – Petikan Hadis.

4|Muka Surat
Diusahkan oleh Ilman dan Zend
SPM 2021 Nota A+ Bahasa Melayu

 Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan


– Socrates, Ahli falsafah Yunani.

 Untuk menikmati cahaya kehidupan yang baik,


anda haruslah sentiasa bersenam.
- Gene Tunney, peninju profesional asal Amerika
Syarikat.

 Kesihatan yang baik bukanlah sesuatu yang dapat


kita beli. Namun, sesuatu yang dapat menjadi
tabungan yang sangat berharga.
- Anne Wilson Schaef, penulis Amerika Syarikat.

 Tidak ada yang lebih penting daripada kesihatan


yang baik, itulah aset utama kita.
- Arlen Specter, ahli politik Amerika Syarikat.

Perkataan/Frasa Menarik

Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya

Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu


Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
Alaf baharu - Masa terkini
Mutakhir ini - Pada masa kini
Seantero dunia - Seluruh dunia
Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-
satunya
Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan

Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh

5|Muka Surat
Diusahkan oleh Ilman dan Zend
SPM 2021 Nota A+ Bahasa Melayu

Tips Menulis Karangan Bahagian A

Pendahuluan  Tema
 Impak/kesan/punca
 Kesimpulan (oleh itu…)

Isi  Isi + mengapa (kerana)/+bagaimana (cara)


 Bukti/kesan/contoh
 Kesimpulan +ungkapan menarik/ peribahasa

Penutup  Rumusan (kesimpulannya…)


 Cadangan (semua pihak…)  Kata tugas (hendaklah,
haruslah,…)
 Harapan (kesan jika semua pihak memainkan peranan)

Tips Cikgu Dayang Salina:

- Masukkan peribahasa pada SEMUA perenggan


- Gunakan banyak frasa menarik/perkataan bombastik yang tidak terlalu
bombastik tetapi tetap bombastik
- Gunakan penanda wacana untuk mencantikan peralihan
isi/huraian/perenggan
- Mulakan Kertas 1 dengan Karangan Bahagian B
- Buat rangka pintas sebelum memulakan karangan
- Kira patah perkataan guna kaedah purata (darabkan jumlah baris
mengandungi perkataan dengan purata perkataan per baris)
- Buat banyak analisis karangan di saat terakhir ini, jangan menulis karangan
penuh lagi!

Sekian

SEMOGA MENDAPAT A+ DALAM BAHASA MELAYU

6|Muka Surat
Diusahkan oleh Ilman dan Zend

Anda mungkin juga menyukai