Anda di halaman 1dari 14

Tugasan 3

PROJEK (40%)

- Pengelolaan (20%)
- Produk (20%)

Nama: Siti Nur ‘Atirah Binti Napi


Kuliah: PISMP 7.07
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN
ISLAM

MANUAL PENGGUNAAN
DamU Warna-warni

Nama: Siti Nur ‘Atirah Binti Napi

Kuliah: PISMP 7.07

Kod/Nama Kursus: MAKK3013 Main dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak


1.0 PENGENALAN

Kit “DamU Warna-warni” adalah permainan papan yang memerlukan pemain


membalingkan dadu mengikut giliran dan bergerak di atas papan permainan mengikut bilangan
yang diperoleh daripada balingan dadu tadi. Kemudian, pemain perlu menyelesaikan tugasan
yang telah ditetapkan di setiap tapak berwarna mengikut tempat penanda mereka. Tugasan-
tugasan yang perlu diselesaikan di setiap tapak melibatkan kemahiran bahasa, sosial dan fizikal
kanak-kanak. Permainan ini dinamakan bersempena nama asal permainan ini.

Gambar 1 DamU Warna-warni

Sasaran Murid:

- Murid prasekolah 5 tahun ke atas.

Bahan yang digunakan

BIL BAHAN KUANTITI


1 Papan permainan 1 keping
2 Kad misi 3 set (merah jambu, hijau, jingga)
3 Penanda 4 biji
4 Papan ganjaran 1 keping
5 Pelekat ganjaran 1 set
6 Dadu 1 biji
Objektif BBM

1. Memudahkan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.


2. Kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa, sosial dan fizikal.
3. Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.
4. Memberikan pendedahan kepada kanak-kanak permainan papan berperaturan.
5. Menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.

Strategi pengajaran dan pembelajaran

- Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah pembelajaran


berpusatkan murid dan belajar melalui bermain. Pembelajaran berpusatkan murid
bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dan
mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri. Murid menggunakan
bahan bantu tersebut dengan bimbingan guru dan dapat bermain bersama murid-murid
lain sambil belajar dan meningkatkan kemahiran bahasa, sosial dan fizikal mereka.

Peraturan permainan:

1. Terdapat pada papan permainan

• Mula/tamat:

Pemain memulakan / menamatkan permainan

• Tangga:

Pemain boleh melangkah ke tapak yang lebih hadapan

• Ular:

Pemain perlu turun ke tapak yang lebih belakang


2. Kotak berwarna sebagai petunjuk aktiviti ringkas

• Merah jambu: sosial

• Oren: fizikal

• Hijau: bahasa

3. Masa: maksimum dua minit untuk satu giliran permainan

4. Pemenang: pemenang akan ditentukan dengan individu yang sampai ke penamat


terlebih dahulu

Gambar 2 Dam-U Warna-warni


Cara penggunaan

BIL CARA BERMAIN GAMBAR


1 Murid-murid perlu menentukan giliran dengan
membaling dadu.

2 Murid-murid memilih penanda kedudukan.

3 Murid-murid membaling dadu untuk mendapatkan


jumlah gerakan dan menggerakkan penanda ke
kotak berwarna.

4 Kemudian, murid perlu menyelesaikan tugasan di


tempat penanda kedudukan mereka berhenti
dengan bimbingan guru.

5 Murid bermain mengikut giliran dengan


menyiapkan misi sehingga kesemua pemain
melepasi garisan penamat.
Jenis Kemahiran

BIL KEMAHIRAN & AKTIVITI


1 Sosial (Merah Jambu)
- Aktiviti teka nama penuh kawan
- Aktiviti tunjukkan kawan baik
- Aktiviti teka tarikh lahir kawan

3 Fizikal (Oren)
- Aktiviti melompat
- Aktiviti pusingkan tangan
- Aktiviti jalan itik
- Aktiviti lompat bintang

4 Bahasa (Hijau)
- Aktiviti menulis perkataan
- Aktiviti membaca ayat
- Aktiviti meneka perkataan (Bahasa Inggeris)
2.0 PENGELOLAAN AKTIVITI

a. Sebelum

Persediaan sebelum aktiviti main adalah amat penting bagi memastikan kesemua aspek
diambil kira dengan teliti Antaranya adalah memilih aktiviti yang bersesuaian dengan murid
dengan mengambil kira minat, jantina dan umur kanak-kanak. Setelah meneliti kesemua aspek
tersebut, dam ular telah dipilih sebagai alat permainan yang akan dihasilkan dan dikelolakan.
Antara peralatan yang disediakan bagi membuat ‘Dam-U warna-warni’ adalah kain felt, dadu,
penanda, kertas warna dan bekas bagi meletakkan kad misi.

Pertama sekali, papan permainan disediakan dengan menggunakan kain felt dan dihias
dengan bentuk ular dan tangga yang menjadi sebahagian daripada permainan papan tersebut
dengan fungsi masing-masing. Iaitu tangga untuk melangkah ke petak yang lebih ke hadapan,
manakala apabila masuk ke petak kepala ular pula pemain perlu turun ke petak yang lebih
belakang yang berada pada ekornya. Pemilihan bahan yang selamat dapat mengelakkan
daripada berlakunya kecederaan ketika bermain alat permainan tersebut. ‘Dam-U Warna-warni’
dibuat pada saiz sederhana bagi memudahkan kanak-kanak untuk bermain dengannya.

Sebelum aktiviti dijalankan, persiapan tempat perlu disiapkan dengan teliti dengan
mengambil kira keselamatan, keselesaan dan kesesuaian. Bagi aktiviti ini, aktiviti dilakukan di
atas sebuah meja dan empat buah kerusi bagi setiap sisi meja untuk pemain. Hal ini kerana,
permainan ini sesuai dimainkan oleh empat orang pemain bagi memudahkan guru untuk
menilai dan mentaksir kanak-kanak ketika sedang bermain. Instrumen pentaksiran untuk
perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan fizikal, kognitif dan sosial untuk
diperhatikan juga disediakan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti main tersebut bermanfaat
kepada guru dan kanak-kanak.
Gambar 3 Guru bersedia sebelum permainan Gambar 4 Pemain duduk di tempat

b. Semasa

Semasa aktiviti dijalankan, guru perlulah memberi keterangan yang ringkas namun
dapat menyampaikan keterangan dengan jelas dan padat kepada murid-murid. Guru perlulah
menerangkan nama aktiviti, peraturan dan langkah permainan bagi memudahkan aktiviti
dijalankan oleh kanak-kanak dengan betul.

Langkah permainan (Dam-U Warna-warni):


1. Dapatkan buah penanda masing-masing dan undi untuk mendapatkan giliran. (setiap
pemain baling dadu, pemain dengan jumlah paling besar akan mulakan permainan)
2. Pemain membaling dadu dan menggerakkan penanda pada kotak-kotak papan
menggunakan buah penanda.
3. Apabila pemain berada di kotak bewarna, pemain perlu melaksanakan tugasan iaitu
aktiviti ringkas dalam masa yang diberikan.
4. Pemain yang tidak dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberi akan diberikan
penalti iaitu kehilangan giliran yang seterusnya.
5. Manakala pemain yang dapat menyiapkannya mendapat pelekat ganjaran.
6. Jika pemain mendapat tapak kepala ular ketika bermain, pemain perlu turun semula ke
ekor ular manakala apabila pemain mendapat tapak yang mempunyai tangga, pemain
boleh melangkah ke tapak di hujung tangga yang lebih ke hadapan.
7. Permainan diteruskan sehingga semua pemain sampai ke garisan penamat.
8. Pemenang merupakan pemain pertama yang sampai ke garisan penamat.
Langkah permainan ‘Dam-U Warna-warni’

Gambar 5 Papan tanda langkah permainan dan ‘rewards chart’

Guru perlulah memastikan kanak-kanak dapat memahami cara permainan tersebut dan
bermain dengan cara yang dikehendaki. Kaedah tunjuk cara merupakan cara yang terbaik bagi
menunjukkan cara permainan dengan jelas dan mudah kepada kanak-kanak. Penerangan
diulang jika masih terdapat pemain yang tidak memahami cara permainan tersebut berlansung.
Bagi permainan ‘Dam-U Warna-warni’ ini, guru menunjukkan cara untuk bergerak dengan buah
penanda setelah membaling dadu dan juga menerangkan peraturan setelah mendapat ‘tangga’
atau ‘ular’. Di samping itu, guru juga menerangkan fungsi kertas warna pada papan permainan
tersebut dan menunjukkan cara untuk melaksanakan misi.

Selain itu, guru mestilah mengawal dan menguruskan murid dengan baik ketika
permainan berlansung. Guru perlu memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang untuk
bermain dengan adil dan dapat menyiapkan misi dengan baik serta kawal emosi kanak-kanak
sekiranya terdapat kanak-kanak yang cepat putus asa, tidak bersemangat, berebut dan
sebagainya ketika bermain dan menyeleaikan misi. Guru berperanan penting sebagai
pengendali atau fasilitator permainan. Jika dikawal dan dikelola dengan baik maka kanak-kanak
akan dapat bermain dengan bermakna. Peralatan bagi alat permainan tersebut perlulah
mencukupi dan selamat digunakan ketika kanak-kanak bermain. Semasa kanak-kanak sedang
bermain, guru perlulah melihat perkembangan mereka dan sama ada kanak-kanak tersebut
dapat menyelesaikan misi yang telah diberikan. Di samping itu, pentaksiran terhadap kanak-
kanak seperti dalam perancangan permainan dan instrumen yang telah disediakan
dilaksanakan. Bukti berbentuk gambar dan video juga amat penting untuk dijadikan rujukan bagi
pentaksiran yang dilakukan.
Gambar 6 Guru menerangkah langkah bermain Gambar 7 Guru tunjuk cara bermain

Gambar 8 Guru tunjukkan cara bermain dengan betul

c. Selepas

Setelah selesai permainan, guru membimbing murid untuk menentukan pemenang


tempat pertama dan seterusnya. Kesemua pemain diberikan hadiah setelah tamat permainan
bagi memberikan penghargaan kepada mereka. Kesemua pemain dilihat bersemangat dan
bermotivasi setelah mendapat hadiah masing-masing. Guru bertanya kepada setiap pemain
tentang perasaan mereka setelah bermain permainan tersebut. Di samping itu, rumusan
tentang pelaksanaan aktiviti dibuat sebagai refleksi bagi permainan yang telah dilaksanakan
bersama pemain. Guru menyenaraikan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan bagi alat
permainan tersebut. Tindakan refleksi adalah amat penting bagi menambah baik kualiti alat
permainan yang telah dihasilkan.

Kesimpulan bagi dapatan pentaksiran juga dilakukan untuk mengenal pasti tahap
perkembangan pemain dari segi fizikal, bahasa dan sosial. Daripada dapatan pentaksiran
tersebut guru boleh membuat tindakan penggayaan atau pemulihan kepada kanak-kanak bagi
memastikan mereka berkembang secara menyeluruh. Pentaksiran juga perlu diulang beberapa
kali bagi mengenal pasti perkembangan dan mendapat kesahihan. Guru mengemas peralatan
dan tempat bermain bersama kanak-kanak setelah siap permainan.

Gambar 9 Guru memberikan hadiah kepada pemain


3.0 DOKUMENTASI PENGELOLAAN AKTIVITI

Pada 2 Disember 2021 bertempat di Gimnasium Saidina Hamzah IPGKPI pada pukul 8
pagi, aktiviti permainan papan ‘Dam-U Warna-warni’ telah dilaksanakan bersama empat orang
pemain. Aktiviti dilaksanakan di suatu sudut yang selesa di atas sebuah meja dan empat buah
kerusi bagi keselesaan pemain. Permainan ‘Dam-U Warna-warni’ telah dijalankan dengan
jayanya bagi mengenal pasti tahap perkembangan pemain daripada setiap aspek iaitu
perkembangan fizikal, bahasa dan sosial. Refleksi dari segi kekuatan, kelemahan juga telah
dilakukan bagi menambah baik alat permainan yang telah dihasilkan.

Kekuatan bagi alat permainan yang telah dihasilkan tersebut adalah mempunyai warna
yang menarik. Warna yang menarik dan terang dapat menambah minat kanak-kanak terhadap
sesuatu objek tersebut terutamanya alat permainan. Menurut Faraha Latifah (2006) kanak-
kanak pada peringkat praoperasi menjadikan warna sebagai faktor yang menarik perhatian
mereka. Oleh hal yang demikian, pemilihan warna merupakan suatu aspek yang amat penting
dalam penghasilan alat permainan kanak-kanak. Alat permainan yang digunakan sebagai alat
pentaksiran semestinya mempunyai ciri yang berikut bagi meningkatkan lagi kreativiti kanak-
kanak ketika bermain.

Permainan senang untuk difahami adalah antara kelebihan bagi alat permainan ini. Hal
ini kerana, kanak-kanak kebiasaannya sudah terbiasa dengan permainan papan dam ular atau
nama lainnya ‘snake and ladder’ yang amat terkenal bagi permainan papan bagi mengisi masa
lapang. Alat permainan ‘Dam-U Warna-warni’ merupakan permainan yang diubahsuai bagi
memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak serta sebagai permainan
untuk melihat perkembangan kanak-kanak di samping dapat berseronok. Oleh sebab itu,
permainan ini mudah untuk diuruskan dan senang dimainkan oleh kanak-kanak.

Bagi setiap inovasi atau alat semestinya terdapat kelemahan yang akan dikenal pasti
setelah diuji. Kelemahan bagi ala permainan ‘Dam-U Warna-warni’ adalah mempunyai bilangan
kad misi yang sedikit. Hal ini dikenal pasti setelah beberapa pusingan pemain mendapat giliran
dan perlu mengambil kad misi bagi kotak berwarna pada akhir permainan, kad misi yang belum
dibuka sangat sedikit dan hampir habis. Hal ini boleh menyebabkan pemain tidak dapat
melakukan misi dan menghentikan permainan. Perkara ini perlu diambil kira dengan terperinci
bagi mengelakkan daripada gangguan emosi kanak-kanak seperti bosan dan berputus asa.
Oleh itu, penambahbaikkan yang boleh dilakukan bagi alat permainan tersebut adalah
menambah bilangan kad misi bagi memastikan kelancaran proses permainan dan
memudahkan kanak-kanak untuk bermain permainan tersebut. Jika bilangan kad misi
mencukupi, maka permainan dapat diteruskan dengan baik dan lancar.

Selain itu, alat permainan yang dihasilkan tersebut adalah bersaiz kecil. Saiz permainan
yang kecil mengehadkan pergerakan kanak-kanak ketika bermain dan menjadikan permainan
kurang seronok. Penambahbaikkan dari segi saiz dam adalah dengan menambah saiz dam
tersebut menjadi lebih besar dan menjadi lebih interaktif. Iaitu dengan meletakkan dam tersebut
di atas lantai dan pemain menjadi penanda tersendiri. Pemain boleh bergerak sendiri ke kotak-
kotak berwarna dengan berjalan atau melompat. Pengubahsuaian ini menjadikan permainan ini
lebih menarik dan meningkatkan penglibatan aktif kanak-kanak ketika bermain.

RUJUKAN

Faraha Latifah Mohd. (2006). Kajian Warna: Kecenderungan Pemilihan Warna oleh Kanak-
kanak. Universiti Malaysia Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai