Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK MALIM NAWAR Kod Sekolah: AEE9003

1. Nama Guru
AZMAL BIN ZAINAL ADNAN

2. Judul KAEDAH STATISTIK DAN 3. Bidang: ELEKTIF


PENYELIDIKAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Penulisan buku ini membantu mempertingkatkan mutu penghasilan tesis di kalangan pelajar
menerusi pemahaman yang betul tentang kaedah penyelidikan dan penulisan ilmiah. Ini kerana
penulis telah membuat penerangan yang mudah melalui pecahan kategori mengikut bahagian.
Ada 6 bahagian dan 18 bab. Pelajar berupaya untuk menghasilkan tesis yang bermutu menerusi
panduan tentang kaedah penyelidikan dan aspek-aspek penulisan ilmiah. Seperti yang kita
maklum, rujukan-rujukan sedia ada dalam bidang kaedah penyelidikan dan penulisan ilmiah
boleh dikatakan berat isi kandungnya. Ini mengurangkan kebolehserapan maklumat di kalangan
pelajar tentang aspek-aspek yang dimuatkan dalam rujukan-rujukan berkenaan dan akhirnya
menjadikan pelajar agak keliru serta tidak dapat merialisasikannya dalam penyelidikan mereka.
Selain itu, tidak semua pelajar berpeluang mendapat pendedahan tentang kaedah penyelidikan
dan penulisan ilmiah, terutama pelajar yang membuat kajian secara separuh masa. Penulisan
buku ini adalah satu usaha untuk mengembangkan pengetahuan dan pengalaman penulis di
kalangan pelajar secara lebih meluas. Buku ini memudahkan pelajar dalam memahami aspek-
aspek penyelidikan tesis dan penulisan ilmiah menerusi pembacaan ringan. Isi kandungan buku
ini telah dipermudahkan sedemikian rupa supaya pelajar mendapat maklumat tentang sesuatu
aspek penyelidikan dan penulisan ilmiah dengan hanya menyemak catatan-catatan ringkas
mengenai aspek berkenaan di bawah topik tertentu. Bolehlah dikatakan bahawa catatan-catatan
tersebut menyerupai "senarai item" sesuatu benda dan, dengan itu, ia lebih memudahkan
pelajar menyerap dan mengingati maklumat yang diingini

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

(i). Mengenalpasti kaedah yang tepat dalam melakukan penyelidikan


(ii).Dapat memastikan kajiannyang dijalankan bermutu serta kebolehpecayaan terhadap data
yang tinggi.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memudahkan pelajar dalam memahami aspek-aspek penyelidikan tesis dan penulisan
ilmiah menerusi pembacaan ringan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(AZMAL BIN ZAINAL ADNAN) ) (

Anda mungkin juga menyukai