Anda di halaman 1dari 2

Serigala dan Biri-biri

Setiap hari, biri-biri pergi meragut rumput di sebuah padang. Biri-biri ini
dijaga oleh anjing.

Setiap kali, beberapa ekor serigala cuba menghampiri biri-biri tetapi tidak
berjaya. Oleh itu, mereka mencari jalan untuk menangkap biri-biri.

Pada keesokan hari, serigala sedang menunggu mereka di padang.

“Apakah yang kamu buat di sini?”marah seekor anjing.

“Saya ingin berjumpa dengan ketua biri-biri.”kata serigala dengan lembut.

“Apakah yang ingin kamu bincangkan?”tanya ketua biri-biri.

“Sebenarnya kami hanya ingin berkawan dengan kamu semua.”kata serigala.

Ketua biri-biri mempercayai kata-kata serigala. Sejak hari itu, mereka

pergi meragut rumput tanpa membawa anjing. Akhirnya, kumpulan serigala terus
menyerang dan membaham biri-biri.

Gagak yang malang

Pada suatu hari, seekor gagak yang lapar terbang ke sana sini mencari
makanan. Dari jauh gagak ternampak seorang perempuan sedang memasak.
Terdapat sepinggan roti di atas meja makan.

“Alangkah enaknya roti itu. Aku akan tunggu sehingga orang itu keluar dari
dapur,” fikir gagak. Setelah perempuan itu keluar dari dapur, gagak terus
mengambil roti lalu terus terbang dari situ. Tetapi, gagak tidak menyedari
bahawa seekor musang sedang memerhatinya dari bawah pokok.

Musang mencari akal dan memuji nyanyian gagak sangat merdu. “Jika
haiwan-haiwan mendengar kamu menyanyi,tentu mereka juga akan puji suara
kamu yang merdu itu. Selepas ini, kamu akan jadi terkenal di hutan ini.”

Setelah mendengar pujian musang, gagak terus membuka mulutnya untuk

menyanyi.”Bam~ bam~ bi ~ lam~ bam~”. Roti terjatuh ke tanah, musang terus
makan roti itu. Gagak menyesal kerana mempercayai kata-kata musang.

Anda mungkin juga menyukai