Anda di halaman 1dari 2

KESIHATAN MENTAL REMAJA SEMASA PANDEMIK

Kesihatan mental adalah keadaan yang sejahtera dimana seseorang individu itu menyedari diri
dalam keupayaan dalam mengendalikan tekanan , berfikir secara waras dan dapat bekerja secara
produktif. Hal ini dikatakan demikian kerana kesihatan mental adalah experesi emosi yang
melembangkan keupayaan diri untuk disebatikan di dalam seseorang individu bagi pelbagai tekanan
dan tuntutan hidup. Sehubungan dengan itu , tertimbul sesuatu isu dimana kesihatan mental remaja
semakin terjejas akibat keadaan pelusuk dunia yang di serang dengan virus yang dinamakan covid-19.
Pendek kata negara kita dikenakan tempias yang terpaksa membekukan ekonomi negara mahupun dari
segi pelajaran. Hal demikian menyebabkan remaja terpaksa belajar di rumah secara dalam talian. Maka
, mengapakah kesihatan mental remaja terjejas semasa pendemik ? isu ini akan saya kupaskan hingga
ke akar umbi.
Kajian Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (National Council of Social Service) pada tahun 2017
mendapati tujuh daripada 10 responden percaya bahawa individu yang mempunyai keadaan kesihatan
mental mengalami stigma dan diskriminasi dalam kehidupan harian mereka. Kajian yang sama juga
mendapati lima daripada 10 reponden tidak bersedia untuk hidup bersama, berjiran atau bekerja dengan
individu yang mengalami keadaan kesihatan mental. Harapan pemerintah dan badan-badan sosial yang
mengusahakan program peningkatan kesedaran adalah supaya isu kesihatan mental ini menjadi
perbincangan basahan kerana ia menjejas setiap lapisan masyarakat – dari kanak-kanak sekolah, belia,
pekerja, ibu muda, penjaga (caregivers) pesakit kronik hingga ke warga senja yang hidup terasing.
Kesihatan mental yang tidak terjaga akan mengakibatkan gangguan mental. Ia perlu ditangani lebih
awal agar ia tidak menjadi mudarat. Dari segi kos, Institut Kesihatan Mental (IMH) baru-baru ini
menganggarkan penyenggaraan gangguan mental berjumlah S$1.7 bilion setiap tahun.
Label seperti ‘gila’, ‘sewel’, ‘biul’ dan perkataan-perkataan yang merendahkan martabat sering
dilekatkan pada mereka yang berdepan dengan gangguan mental. Selalu juga ia digunakan oleh ahli
keluarga mereka untuk menjelaskan tingkah laku mereka yang aneh atau luar daripada norma
kehidupan. Ini akan menambahkan lagi stigma seolah-olah isu kesihatan mental boleh membawa
kepada keaiban keluarga. Gangguan pada kesihatan mental juga menjejas kehidupan seharian. Kerana
takut diberhentikan kerja atau tidak diterima oleh majikan, individu yang menghadapi gangguan
kesihatan mental sering juga menyembunyikan keadaan diri mereka dari diketahui. Salah tanggap yang
mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental mengakibatkan mereka yang menghadapi
gangguan mental untuk tidak mendapatkan rawatan awal. Satu lagi tanggapan adalah keadaan ini
mungkin berpunca daripada gangguan makhluk halus, sihir atau kerohanian yang lemah. Oleh itu, cara
menanganinya pula lebih kepada mendapatkan bantuan perubatan spiritual.

Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial. Ia memberi kesan kepada
pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Tahap kesihatan mental kita akan menentukan bagaimana kita
mengendalikan tekanan (stress), membuat pilihan dan berhubungan dengan orang sekeliling. Setiap
kita akan berdepan dengan tekanan yang boleh menjejas kesihatan mental. Perubahan pada kehidupan
seperti cabaran hidup sebagai remaja, mendirikan rumahtangga, menjadi ibu bapa, menghadapi
penceraian atau kematian pasangan hidup akan membawa kepada tekanan.

Bagi kanak-kanak pula, trauma seperti penderaan dari ibu bapa, dibuli semasa di sekolah atau
membesar dalam keluarga yang berantakan boleh menjejas kesejahteraan kehidupan mereka. Warga
senja juga berdepan dengan isu kesihatan mental seperti: apabila mereka menjalani kehidupan dengan
penyakit kronik yang menjejas kualiti kehidupan mereka, hidup bersendirian dan terasing, didera atau
diabaikan oleh anak-anak. Jika kita perhatikan, perubahan pada kehidupan yang disebabkan oleh
penularan virus COVID-19 juga telah membawa kepada pelbagai isu kesihatan mental seperti
kegelisahan, kemurungan dan ada juga yang terkesan sehingga membawa kepada bunuh diri. Yang
jelas, kesihatan mental melangkaui penyakit mental.

Oleh yang demikian, kita perlu bersikap prihatin terhadap individu di sekeliling kita dan kepada diri
kita sendiri, yang mungkin menunjukkan tanda-tanda awal gangguan mental supaya bantuan yang
sepatutnya dapat diusahakan. Antara gejala awal:

• Tidak dapat melakukan atau memberi tumpuan kepada tugasan harian


• Tidur atau makan yang keterlaluan atau tidak mencukupi
• Rasa tidak berdaya, tidak bermaya atau berputus asa
• Menjauhkan diri dari orang lain atau dari aktiviti kebiasaan
• Cepat naik berang dan kerap ingin bertengkar
• Mengeluh tentang rasa sakit yang tidak jelas puncanya
• Lupa-lupa, bingung dan berasa risau yang tidak menentu
• Berasa seolah-olah semuanya sudah tidak berguna
• Merokok atau meminum arak keterlaluan
• Rasa seperti ingin mencederakan diri sendiri atau orang lain

Kadangkala tanda-tanda ini tidak begitu menonjol kepada ahli keluarga kerana kita sering disibukkan
dengan tugas harian dan hanya memberikan tumpuan kepada individu yang menanggung gangguan
kesihatan mental ini apabila ia menjadi terlalu ketara. Di sinilah keprihatinan terhadap perhubungan
menjadi penting. Apabila ahli keluarga saling bertanya khabar, menunjukkan kemesraan, menganggap
setiap perubahan, walaupun kecil sebagai serius, gangguan pada kesihatan mental akan dapat dikesan.

Tumpuan kepada kesihatan mental akan membantu anda untuk menghadapi tekanan kehidupan dengan
baik.Anda juga akan lebih produktif dan akan dapat menyumbang kepada keluarga dan masyarakat
dengan lebih bermakna. Luangkanlah masa untuk menjaga kesihatan mental anda: bergerak aktif, jaga
pemakanan dan tidur anda, pandang kehidupan secara positif, hulurkan bantuan kepada yang susah,
eratkan silaturahim, belajar untuk menangani cabaran kehidupan. Yang penting, dapatkan bantuan
profesional jika perlu. Kehidupan ini memang penuh dengan cabaran. Tetapi, cabaran yang mendatang
akan meningkatkan ketahanan dalam diri kita jika kita bersikap terbuka untuk mendapatkan bantuan
daripada rangkaian sokongan yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai