Anda di halaman 1dari 23

JAMALUDDIN ABU BAKAR

720629-06-5019
SBEM 3103

BAHAGIAN A
SOALAN 1
Terangkan definisi masalah yang disarankan oleh Greeno, Polya, Mayer, dan
Krulik dan Rudnick. Dengan itu, berikan definisi masalah anda.

Greeno mentakrifkan masalah sebagai suatu situasi di mana anda menghadapi


sesuatu keadaan yang disebut sebagai situasi yang diberikan (the given state) dan
objektifnya adalah situasi bermatlamat (the goal state), tetapi tidak memiliki cara atau
kaedah yang jelas untuk mencapai matlamat tersebut.

Polya pula mendefinisikan masalah sebagai sesuatu yang ingin kita perolehi
daripada situasi yang diberikan kepada matlamat yang diberikan tetapi tidak mempunyai
cara yang jelas atau cara tertentu untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain
masalah adalah situasi sama ada yang bersifat kuantitatif atau sebaliknya, pertentangan di
antara individu atau kumpulan dengan individu lain terhadap penyelesaian yang diingini.
Situasi tersebut tidak mempunyai cara atau kaedah tertentu yang jelas untuk mencapai
matlamatnya.

Manakala Mayer pula berpendapat bahawa masalah terdiri daripada tiga ciri utama
iaitu:
i) Diberi (Givens) – masalah bermula dengan beberapa maklumat yang
terdiri daripada keadaan, perkara, beberapa maklumat dan bagaimana
ianya terjadi

ii) Matlamat (Goals) – adalah tujuan akhir di mana ia memerlukan individu


itu berfikir bagaiman untuk menukarkan masalah yang diberi kepada
matlamat yang ingin dicapai

iii) Halangan (Obstacles) – individu tersebut pastinya memikirkan beberapa


penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya. Namun, individu tadi
tidak mempunyai cara atau kaedah penyelesaian yang paling sesuai untuk
digunakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

Menurut Noor Shah Saad (2002), Krulik dan Rudnick mendefinisikan masalah
sebagai sesuatu yang terdiri daripada satu situasi, sama ada bersifat kuantitatif atau
sebaliknya yang sedang dihadapi oleh pelajar atau sekumpulan pelajar. Situasi ini
memerlukan penyelesaian tetapi pelajar tersebut tidak mempunyai sebarang kaedah atau
cara yang jelas untuk menghasilkan penyelesaian tersebut.

Krulik dan Rudnick juga mengklasifikasikan masalah kepada tiga bahagian iaitu:

i) Penerimaan (Acceptance) – petunjuk seseorang individu itu telah menerima


masalah. Ia menunjukkan penglibatan individu tadi sama ada secara luaran
atau dalaman atau adanya keinginan untuk menyelesaikan masalah itu.

ii) Sekatan (Blockage) – percubaan untuk menyelesaikan masalah tadi tidak


berhasil di mana strategi yang digunakan tidak sesuai untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

iii) Penerokaan (Exploration) – penglibatan individu tadi memaksa dia meneroka


cara atau kaedah baru bagi menyelesaikan masalanya.

Berdasarkan definisi masalah yang telah diuatarakan oleh tokoh-tokoh tersebut,


saya berpendapat bahawa masalah adalah satu situasi yang mempunyai tujuan yang jelas
tetapi mempunyai halangan-halangan kerana tidak ada kaedah khusus yang diketahui
untuk menghasilkan penyelesaian. Dari segi psikologinya, masalah bagi seseorang pelajar
terdiri daripada fenomena yang mencetuskan konflik kognitif dalam pemikiran pelajar
tersebut. Konflik kognitif itu tidak dapat diatasi oleh pelajar dengan menggunakan
tindakan atau penyelesaian yang sedia ada.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

SOALAN 2
Berdasarkan kurikulum Matematik dan Matematik Tambahan KBSM
(PPK,2003;2006), bincangkan kepentingan penyelesaian masalah dalam kurikulum
matematik sekolah menengah.

Berdasarkan kurikulum Matematik dan Matematik Tambahan KBSM


(PPK,2003;2006), aspek penyelesaian masalah dalam matematik amat ditekankan. Ini
kerana semua topik dalam Sukatan pelajaran Matematik dan Matematik Tambahan
memfokuskan kepada penyelesaian masalah. Selaras dengan matlamat pendidikan
Matematik iaitu memupuk kemahiran penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam
matematik supaya dapat membuat keputusan dengan berkesan. Ini kerana Matematik
ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem
dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk


langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata
pelajaran ini. Dengan demikian ia dapat memperkukuhkan diri murid apabila berdepan
dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar.

Kurikulum Matematik Sekolah Menengah bertujuan untuk membentuk individu


yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan
matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian
bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. Untuk mencapai tujuan tersebut
kurikulum matematik sekolah menengah telah menggariskan dua objektif berkaitan
penyelesaian masalah iaitu:

i) mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan


masalah dan membuat keputusan
ii) menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina
konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu
matematik
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik menegaskan pemahaman konsep


dan penguasaan kemahiran dalam ketiga-tiga bidang tersebut serta penggunaan
matematik untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Di samping itu, perkara-
perkara berikut perlu diberi perhatian khusus semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan empat langkah
utama seperti mentafsir masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi
dan menyemak semula penyelesaian yang diperolehi supaya murid dapat menyelesaikan
masalah harian yang dihadapi secara berkesan;

Hal yang sama juga turut ditekankan dalam Sukatan Pelajaran Matematik
Tambahan. Penegasan diberikan kepada heuristik penyelesaian masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui penegasan ini, murid boleh membina kebolehan
dan keyakinan mereka untuk menggunakan matematik apabila menghadapi situasi yang
baru. Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana penilaian dalam Matematik Tambahan perlu merangkumi aspek
seperti kefahaman konsep, penguasaan kemahiran dan soalan tidak rutin yang
memerlukan penggunaan heuristik penyelesaian masalah. Ini terbukti dengan adanya
beberapa objektif yang memberi penekanan kepada penyelesaian masalah iaitu:

i) memperkukuhkan kemahiran penyelesaian masalah


ii) menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menterjemahkan
dan menyelesaikan masalah kehidupan harian
iii) menghujahkan penyelesaian dalam bahasa matematik yang tepat
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

SOALAN 3
Bandingkan model penyelesaian antara Polya dan Schoenfeld

Menurut Noor Shah Saad (2002), George Polya telah memperkenalkan satu model
penyelesaian masalah dalam bukunya “How To Solve It” yang memberi tumpuan kepada
teknik penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik
dapat dipindahkan dengan sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat fasa iaitu:

1. Memahami masalah
Langkah awal dalam penyelesaian masalah ialah pelajar perlu memahami dahulu
masalah yang diberikan. Pelajar perlu mengenal pasti:
a) apa yang diberi seperti entiti-entiti, nombor-nombor, bentuk- bentuk perkaitan
dan nilai-nilai yang terlibat.
b) Apa yang perlu dicari. Guru boleh membantu pelajar memahami masalah dengan
memberi soalan yang berkaitan dan perhatikan beberapa perkara yang berkaitan

2. Marancang atau membentuk rancangan penyelesaian


Dalam fasa ini, pelajar perlu mengenal pasti operasi yang terlibat dan heuristik,
strategi atau algoritma yang diperlukan. Strategi tersebut boleh diperkembangkan dengan
beberapa cara seperti menggunakan gambarajah, membina model, membuat analogi dan
menyusun data atau maklumat. Dengan adanya masalah matematik yang pelbagai bentuk,
ia dapat membina keyakinan pelajar dalam mengendalikan masalah tersebut.

3. Melaksanakan penyelesaian
Untuk melaksanakan startegi atau heuristik penyelesaian hendaklah berpandukan
perancangan yang telah dirancang pada peringkat awalnya. Ia termasuklah proses dan
langkah pengiraan yang terlibat.

4. Menyemak semula
Semasa menyemak semula, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya cara
penyelesaian masalah yang dilaksanakan adalah logik walaupun cara yang digunakan
berbeza. Perkara-perkara berikut haruslah diberi perhatian semasa melakukan semakan:
i) semak semua maklumat penting yang telah dikenal pasti
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

ii) semak pengiraan


iii) pertimbangkan penyelesaian yang logik
iv) lihat penyelesaian yang lain
v) baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada kita benar-benar telah
menjawab soalan.

Schoenfeld telah menggariskan 5 strategi untuk digunakan dalam penyelesaian


masalah matematik iaitu:

1. Melukis gambarajah seboleh mungkin


Sesebuah gambarajah mungkin boleh membantu menjelaskan lagi masalah
matematik walaupun pelajar mungkin berjaya menyelesaikan masalah dengan
menggunakan peraturan Algebra atau sebarang kaedah lain. Ia mungkin boleh memberi
idea-idea atau jawapan yang difikirkan munasabah semasa meneruskan sesuatu proses
penyelesaian masalah dan juga mungkin boleh menyelesaikan masalah tesebut secara
grafik.

2. Mempertimbangkan masalah yang sama dengan jumlah pembolehubah yang


lebih kecil
Jika sesuatu masalah mempunyai jumlah pembolehubah yang banyak dan ia agak
mengelirukan pelajar, pelajar boleh membina serta menyelesaikan masalah yang sama
dengan menukar pembolehubah kepada jumlah pembolehubah yang lebih kecil
jumlahnya. Seterusnya pelajar boleh lah :
i) mengadaptasikan kaedah penyelesaian tersebut untuk masalah yang lebih
kompleks dan rumit
ii) mengambil hasil penyelesaian masalah yang lebih mudah untuk membina
kaedah penyelesaian untuk masalah yang lebih kompleks.

3. Cuba untuk membina separa matlamat


Cara untuk membina separa matlamat adalah seperti berikut:
i) Perlu cuba mendapatkan sebahagian jawapan dan menggunakannya untuk
mendapatkan jawapan keseluruhan
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

ii) Perlu cuba untuk memecahkan masalah kepada segmen-segmen tertentu


supaya jawapan-jawapan yang mudah dapat diperolehi dari segmen-segmen
tersebut dan seterusnya digabungkan untuk mendapat jawapan keseluruhan
yang diingini.

4. Mengenalpasti corak
Strategi ini dikhususkan hanya untuk penyelesaian masalah matematik sahaja.
Contohnya kita perlu memastikan samada terdapat unsur ‘n’ atau parameter lain yang
mungkin memiliki satu nilai integer di dalam masalah tersebut. Senaraikan parameter
integer dalam bentuk turutan dan cuba kenalpasti jika terdapat sebarang corak tertentu
wujud. Teruskan ujian pengenalpastian melampaui objek ’n’ dan lihat hasil yang didapati
apabila melepasi dari ‘n’ kepada ‘n+1’.

5. Menggunakan konsep percanggahan atau kontra-positif untuk penyelesaian


masalah.
Strategi ini juga khusus untuk penyelesaian masalah matematik sahaja dan tidak
melibatkan masalah saintifik. Dalam penggunaan konsep percanggahan ia bertujuan
untuk penghujahan, ia boleh menganggap kenyataan yang apa hendak dibuat adalah
salah. Dengan menggunakan bentuk anggapan ini, cuba buktikan sebarang keadaan yang
diberikan dalam masalah tersebut adalah salah atau cuba buktikan teori itu terhadap
masalah masalah adalah betul.
Dalam penggunaan konsep kontra-positif pula, daripada membuktikan kenyataan
“Jika X adalah betul, oleh itu y adalah betul”, ia boleh cuba buktikan kenyataan yang
bersamaan “Jika Y adalah salah, oleh itu X adalah salah”.

Menurut Schoenfeld, kajian telah membuktikan bahawa hanya selepas 5 sesi


latihan yang mempraktikkan strategi-strategi di atas, para pelajar mula menunjukkan
peningkatan prestasi yang ketara berbanding kumpulan pelajar lain yang tidak menerima
bentuk latihan tersebut.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

SOALAN 4
Seorang penyelesai yang baik perlu mempunyai tiga komponen penyelesaian
masalah.
a) Senaraikan TIGA komponen –komponen penyelesaian masalah.

Tiga komponen penyelesaian masalah tersebut adalah seperti berikut:

1. Pengetahuan kandungan dan proses dalam ruang likup tertentu


Pengetahuan tentang kandungan dan proses adalah penting untuk menyelesaikan
masalah. Kajian telah menunjukkan seseorang penyelesai masalah yang gagal selalunya
mengingati sekumpulan fakta atau idea yang tidak berstruktur. Akibatnya, pengetahuan
mereka tidak tersusun secara sistematik dan menyukarkan proses penyelesaian masalah.
Kajian juga menunjukkan bahawa kejayaan seseorang penyelesai masalah selalunya telah
membangun, mengatur dan menyusun secara hieraki pengetahuan mereka yang berpusat
kepada prinsip asas dan abstrak. Pengetahuan mereka adalah lengkap dengan semua
butiran yang boleh diaplikasikan kepada semua konsep.

2. Pengetahuan tacit atau intuitif


Pengetahuan tacit atau intuitif adalah pengetahuan yang membolehkan kita
memahami sesuatu perkara melalui gerak hati berasaskan pengalaman yang dilalui. Ianya
amat penting untuk membina representasi dalaman serta kemahiran untuk memeriksa dan
mengawasi segala keputusan atau jawapan yang diperolehi sepanjang proses
penyelesaian masalah.

3. Kemahiran menggunakan strategi penyelesaian masalah


Merangkumi semua bentuk kemahiran seperti mengklasifikasi, memeriksa untuk
konsistensi, mengenal pasti hubungan, memotivasi secara berterusan, berkomuunikasi
secara interpersonal atau kumpulan, kesedaran atas individu berfikir, gaya pembelajaran
dan lain-lain.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

b) Berikan satu contoh untuk mana-mana dua daripada tiga komponen di atas.

1. Pengetahuan kandungan dan proses dalam ruang likup tertentu


Contohnya: Untuk mencari luas sebuah segiempat sama, seseorang pelajar mesti
mengetahui panjang sisi segiempat dan juga proses penyelesaiannya iaitu panjang x lebar.
Jika pelajar tadi tidak mempunyai maklumat tersebut, maka dia tidak akan dapat mencari
luas bagi segiempat itu.

2. Kemahiran menggunakan strategi penyelesaian masalah


Contohnya: Satu bekas mengandungi 12 biji guli iaitu 7 guli biru dan 5 guli merah. Guli-
guli ini dipilih secara rawak, apakah kebarangkalian guli biru dipilih?
Untuk menyelesaikan masalah ini pelajar boleh menggunakan kaedah bekerja ke
belakang atau songsangan, kaedah melukis gambarajah pokok ataupun kaedah analogi.
Pelajar seharusnya dapat menggunakan strategi yang paling mudah untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

SOALAN 5
Senaraikan tujuan pengajaran mode pengajaran penyelesaian masalah matematik.
Bincangkan tiga tujuan tersebut yang terdiri daripada ‘Praktikal, Metakognitif dan
Penilaian’

Tujuan mode pengajaran penyelesaian masalah matematik adalah seperti berikut:

No Tujuan mode Huraian


pengajaran
1 Praktikal Mengajar matematik dalam suasana yang sesuai dengan
kewujudan faktor-faktor kekangan masa, ruang serta sumber
yang tersedia.
2 Teknologi Menggunakan teknologi yang sesuai untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran
3 Pedagogi Menerapkan atau menjurus kepada kurikulum secara efektif
4 Penyelesaian Memotivasikan pengajar untuk mengaplikasikan kemahiran
masalah dan pengetahuan dalam penyelesaian masalah matematik
5 Kognitif Meransang pemikiran matematik, mencari sebab dan
membantu memahami konsep dan kaedah dengan lebih baik
6 Afektif Membina sikap yang positif terhadap matematik dan
menghilangkan ketakutan terhadap matematik serta memupuk
keseronokan dalam penyelesaian masalah.
7 Interaktif Menggalakkan pelajar berkomunikasi dalam istilah dan
bahasa matematik
8 Pembelajaran aktif Menerapkan pembelajaran aktif serta membina kemahiran dan
pengetahuan pelajar
9 Metakognitif Membina pelajar yang mampu mengawasi dan bertindak
terhadap proses kognitif. Ini bermakna pelajar dapat
mengawal pemikirannya.
10 Budaya Menghormati perbezaan budaya, nilai dan kepercayaan
tentang matematik, termasuk sosial, ekonomi dan perspektif
sejarah disamping menerapkan pendidikan matematik
11 Penilaian Untuk merekod usaha pelajar dan perkembangan serta
pencapaiannya di peringkat sekolah, negara dan seterusnya
peringkat antarabangsa.
12 Dunia sebenar Melahirkan oelajar yang berkemahiran matematik dan
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

mempunyai pengetahuan yang dapat memenuhi kehendak


pekerjaan semasa

Praktikal:
Tujuan pengajaran penyelesaian masalah dengan cara praktikal adalah untuk
mengajar matematik dalam suasana yang sesuai dengan kewujudan faktor-faktor
kekangan masa, ruang serta sumber yang tersedia. Walaupun kita sibuk, dengan adanya
tempat dan sumber yang ada, ia boleh mewujudkan keselesaan. Contohnya guru yang
terlalu sibuk dengan kerja lain, mereka juga boleh mengajar dengan membawa pelajarnya
ke makmal komputer. Dengan kemudahan yang ada, pelajarnya dapat belajar di tempat
yang selesa dan mempunyai sumber yang cukup walaupun tanpa pengajaran dari guru
sendiri.

Metakognitif:
Tujuan metakognitif pula ialah untuk membangunkan kebolehan pelajar untuk
memantau, mengawal dan bertindakbalas di dalam sesuatu proses kognitif (tanggapan).
Kognitif adalah proses apabila pelajar mampu berfikir. Contohnya apabila pelajar diberi
soalan penyelesaian masalah, mereka berfikir. Semasa berfikir, mereka menggunakan
cara untuk memantau, mengawal dan bertindakbalas terhadap masalah yang dihadapinya.

Penilaian:
Penilaian pula adalah untuk merekodkan setiap usaha pelajar, menilai
kemajuan mereka dan seterusnya mengekalkan mutu dan standard yang diingini di
peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. Penilaian sangat penting untuk mengetahui
setakat mana kemahiran atau pengetahuan seseorang pelajar itu diperolehi. Contohnya
apabila pelajar dinilai, ia perlu direkod bagi mengetahui mutu dan standard untuk
peringkat yang lebih tinggi atau perlu dibimbing lagi.

BAHAGIAN B
SOALAN 1
a) Senaraikan TIGA strategi pengajaran penyelesaian masalah yang dicadangkan
oleh Scroeder dan Lester (1989).
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

Tiga strategi pengajaran penyelesaian masalah matematik yang dicadangkan oleh


Schroeder dan Lester ialah :

1) Pengajaran berkaitan penyelesaian masalah.


- Guru memberi penjelasan dan strategi berkaitan dengan proses penyelesaian masalah.

2) Pengajaran untuk menyelesaikan masalah.


- Pengenalan konsep dan kemahiran baru kepada pelajar melalui aplikasi situasi dunia
yang sebenar.

3) Pengajaran melalui penyelesaian masalah.


- Pembelajaran dari aspek konkrit kepada aspek abstrak.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

b) Terangkan dengan contoh strategi-strategi di atas dengan menggunakan satu


topik atau subtopik daripada matematik KBSM.

Contoh Soalan: Sebiji dadu berwarna merah dan sebiji


dadu berwarna kuning dilambung secara serentak.
Cari kebarangkalian mendapat nombor 6 pada kedua-
dua dadu.

i) Pengajaran berkaitan penyelesaian masalah


Guru akan memberi penerangan dan penjelasan berkaitan proses penyelesaian
masalah dan seterusnya pelajar akan dibekalkan dengan pelbagai strategi untuk
penyelesaian masalah. Daripada contoh di atas, guru akan menerangkan proses
penyelesaian masalah iaitu dengan dengan menggunakan gambarajah pokok seperti
berikut:

ii) Pengajaran untuk menyelesaikan masalah


Pengajaran matematik melalui pengguaan secara berterusan aplikasi-aplikasi
matematik yang diajarkan. Pengenalan konsep dan kemahiran baru kepada pelajar
akan dibuat melalui aplikasi situasi dunia sebenar. Kemudian diikuti oleh pengenalan
aplikasi proses serta strategi dalam penyelesaian masalah. Hubungkait di antara
matematik dengan dunia sebenar diberi penekanan. Daripada contoh di atas, guru
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

menerangkan kaedah menyelesaikan masalah secara gambarajah pokok. Konsep


kebarangkalian diterangkan semasa pengajaran melalui situasi seharian.

iii) Pengajaran melalui penyelesaian masalah


Masalah merujuk keapada kaedah utama pembelajaran matematik. Melalui
kaedah ini pengajaran dimulakan dengan sesuatu situasi masalah. Kemudian teknik
matematik dibangunkan sebagai satu tindak balaswajar kepada satu masalah wajar.
Pembelajaran bentuk ini boleh dilihat sebagai pergerakan dari aspek konkrit kepada
abstrak. Daripada contoh di atas, aspek konkrit ialah proses melambung guli
berwarna merah dan kuning. Aspek abstrak pula ialah symbol dan proses matematik
iaitu proses mendapatkan kebarangkalian mendapat nombor 6 pada ke dua-dua dadu.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

SOALAN 2
a) Senaraikan SEPULUH strategi penyelesaian masalah yang dicadangkan oleh
kurikulum.

Kurikulum telah menggariskan sepuluh strategi penyelesaian masalah yang utama iaitu:

i) mengenal pasti corak atau pola


Menurut Noor Shah Saad (2002), pelajar perlu diberikan beberapa contoh spesifik
tentang masalah dan lihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan
penyelesaian yang tertentu. Untuk mendapatkan corak tertentu, kita perlu
membandingkan bagi mencari sesuatu bentuk bersifat malar ataupun membezakan
untuk mencari sesuatu bentuk yang berubah.

ii) melukis gambarajah atau diagram


Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1996), gambarajah boleh membantu
pelajar memahami masalah dengan jelas selepas melukis lakaran kasar gambarajah,
pelajar boleh menandakan maklumat yang diberikan dalam masalah pada gambarajah
itu. Menurut Dr. Rohani Ahmad Tarmizi (2007) pula melukis gambarajah adalah
strategi yang paling banyak membantu pelajar memahami sesuatu masalah dan
mendapatkan idea untuk penyelesaian masalah.

iii) penekanan atau pemeriksaan


Menurut Dr. Rohani Ahmad Tarmizi (2007), kebanyakan masalah boleh difahami
dengan lebih baik dan mungkin dapat diselesaikan dengan melakukan kaedah
penekanan dan pemeriksaan atau dalam kata lain kaedah cuba jaya. Biasanya strategi
ini digunakan apabila pelajar tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah secara
efisyen atau tidak memiliki cara atau kaedah yang dapat membantu menyelesaikan
masalah mereka deangan lebih cepat. Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan
(1996) pula, kaedah ini memerlukan kita meneka penyelesaian terlebih dahulu dan
kemudiannya menguji untuk melihat sama ada betul atau tidak. Terdapat tiga cara
dalam kaedah ini iaitu cuba jaya secara rawak, cuba jaya secara sistematik dan cuba
jaya secara inferens.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

iv) membuat jadual


Menurut Noor Shah Saad (2002), strategi membuat jadual memerlukan pelajar
menyenaraikan secara teratur semua kes yang mungkin dalam jaduial itu sehingga
jawapan yang dikehendaki diperolehi. Ianya dapat digunakan dalam merumuskan
data atau membantu pelajar melihat corak atau pola. Menurut Dr. Rohani Ahmad
Tarmizi (2007) pula, jadual boleh digunakan untuk meringkaskan dan membuat
kesimpulan terhadap data yang diperolehi, membantu kita melihat kewujudan corak
atau pola tertentu dan memastikan kita mengambil kira semua kemungkinan
penyelesaian ke atas sesuatu masalah.

v) penggunaan model
Menurut Dr. Rohani Ahmad Tarmizi (2007), penggunaan model merupakan alat
bantuan yang penting bagi menggambarkan sesuatu masalah dan seterusnya
mencadangakan penyelesaian bagi sesuatu masalah yang diberikan.

vi) jalan kerja dari belakang atau songsangan


Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (1996), kaedah songsangan ini boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah mencari dan masalah membuktikan.
Terdapat beberapa masalah yang memberikan syarat-syarat akhir sesuatu tindakan
dan kita dikehendaki menentukan apa yang berlaku sebelumnya. Dalam masalah
seperti itu kita boleh menentukan syarat-syarat akhir terlebih dahulu dan
menggunakan kaedah songsangan untuk mencari penyelesaian masalah tersebut.

vii) penggunaan kesimpulan induktif


Menurut Dr. Rohani Ahmad Tarmizi (2007), kedah ini adalah merupakan proses
membuat kesimpulan berdasarkan bentuk corak yang wujud, pemerhatian, contoh
atau ulang kaji.

viii) memudahkan masalah


Menurut Noor Shah Saad (2002), sesuatu masalah yang rumit dan melibatkan
nombor-nombor bernilai besar, membuatkan pelajar takut untuk menyelesaikannnya.
Masalah yang rumit ini haruslah dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mudah.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

Kemudian penyelesaian kepada masalah mudah ini dapat digunakan untuk


menyelesaikan masalah asal yang rumit tadi.

ix) membuat analogi, ujikaji atau simulasi


Menurut Noor Shah Saad (2002), apabila masalah A adalah serupa, setara atau
hamper setara dengan masalah B yang prosedur penyelesaiannya sudah diketahui,
maka analogi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah A. Terdapat dua kes
dalam penggunaan kaedah ini iaitu jika masalah A setara dengan masalah B, maka
prosedur penyelesaian B boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah A.
sebaliknya, jika masalah A hanya serupa atau hampir setara dengan masalah B dalam
beberapa bahagian sahaja, maka prosedur penyelesaian masalah B perlu diubah suai.
Menurut Noor Shah Saad (2002), terdapat masalah yang boleh diselesaikan jika
pelajar melakukan uji kaji bagi mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan masalah.
Uji kaji yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan baik dan sediakan bahan-
bahan yang berkaitan serta simpan rekod dan hasilyang diperolehi.
Apabila situasi masalah terlalu sukar, bahaya atau melibatkan perbelanjaan yang
tinggi dan mengambil masa yang terlalu lama untuk diselesaikan melalui uji kaji,
maka kaedah simulasi boleh digunakan.

x) menyusun data atau maklumat


Menurut Noor Shah Saad (2002), kaedah ini membolehkan pelajar menyelesaikan
masalah dengan cepat jika pelajar dapat mengenali dan sedar tentang maklumat-
maklumat atau data yang terdapat dalam soalan yang sebenarnya boleh disusun
supaya lebih teratur untuk mendapatkan penyelesaiannya.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

b) Pilih mana-mana EMPAT strategi daripada (a) dan beri satu contoh untuk setiap
strategi untuk menghuraikan bagaimana anda dapat menggunakannya untuk
menyelesaikan masalah matematik.

i) Membuat analogi, uji kaji atau simulasi

Contoh :
Satu bekas mengandungi 12 biji guli iaitu 7 guli biru dan 5 guli merah. Guli-guli ini
dipilih secara rawak, apakah kebarangkalian guli biru dipilih?

Penyelesaian:
Langkah 1 : memahami masalah
- bilangan guli biru ialah 7 biji
- bilangan guli merah ialah 5 biji
- sebiji guli dipilih secara rawak dari bekas, apakah kebarangkalian guli
biru?

Langkah 2 : membuat perancangan


- sediakan bekas kaca dan masukkan 7 biji guli biru serta 5 biji guli merah.
Kemudian keluarkan sebiji guli satu persatu.

Langkah 3 : melaksanakan perancangan


- bilangan guli biru = 7
- bilangan guli merah = 5
- jumlah guli dalam bekas = 12
- kebarangkalian guli biru = 7/12

langkah 4 : menyemak semula


- semak pengiraan dan jumlah guli berwarna.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

ii) Kaedah memudahkan masalah

Contoh :
Cari luas rajah di bawah.

Penyelesaian:
Langkah 1 : memahami masalah
- Apakah yang hendak dicari?
- Apakah maklumat yang diberi?
- Bolehkah dipermudahkan kepada masalah ayang lebih mudah?

Langkah 2 : membuat perancangan


- bahagikan rajah ini kepada beberapa segiempat tepat iaitu A, B dan C.

Langkah 3 : melaksanakan perancangan


- cari luas kawasan A ( 2 x 6 = 12 )
- cari luas kawasan B ( 4 x 10 = 40 )
- cari luas kawasan C ( 6 x 4 = 24 )
- jumlah luas kawasan A + B + C
= 12 + 40 + 24 = 67cm 2

langkah 4 : menyemak semula


- semak pengiraan dan langkah penyelesaian.
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

iii) Jalan kerja dari belakang atau songsangan

Contoh :
Jika dua nombor bulat berjumlah 18 dan hasil darab dua nombor itu ialah 45, apakah
nombor-nombor itu?

Penyelesaian:
Langkah 1 : memahami masalah
Syarat akhir:
- Hasil darab dua nombor bulat = 45
- Jumlah dua nombor bulat = 18

Langkah 2 : membuat perancangan


- Mula dengan syarat 1
- Senaraikan semua pasangan nombor bulat yang hasil darabnya 45
- Senaraikan semua nombor bulat yang jumlahnya 18

Langkah 3 : melaksanakan perancangan

Hasil darab dua nombor Jumlah dua nombor

1 x 45 = 45 1 + 45 = 46
3 x 15 = 45 3 + 15 = 18
5 x 9 = 45 5 + 9 = 14
. .
. .

Nombor bulat yang dikehendaki ialah 3 dan 15

Langkah 4 : menyemak semula


- semak langkah penyelesaian dan pengiraan di atas
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

iv) Mengenal pasti corak atau pola

Contoh :
Apakah nombor selepas 16 dalam turutan nombor yang berikut?
1, 4, 9 , 16, ____, ____, _____, ……

Penyelesaian:
Langkah 1 : memahami masalah
- Nombor-nombor yang diberi ialah 1, 4, 9 dan 16
- Perlu mencari nombor-nombor berikutnya

Langkah 2 : membuat perancangan


- Senaraikan nombor 1, 4, 9, 16
- Beza antara nombor kedua dengan yang pertama ialah 3
- Beza antara nombor ke tiga dengan yang ke dua ialah 5
- Beza anatara nombor ke empat dengan yang ke tiga ialah 7
- Diperhatikan bahawa beza di anatara setiap nombor pada turutan
mempunyai pola berikut:

1, 4, 9, 16, ______
______

3 5 7 9 11 …………

+2 +2 +2 +2 …………..

Langkah 3 : melaksanakan perancangan


- Perhatikan bahawa
1= 1 = 12
4= 1 +3 = 22
9 = 1 + 3 +5 = 32
16 = 1 + 3 +5 +7 = 42
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

Ini bermakna nombor yang berikutnya ialah


5 2 = 1 + 3 + 5 + 7 + 9 = 25

langkah 4 : menyemak semula


- Adakah jawapan munasabah?
- Jumlahkan nombor-nombor berikutnya, BETUL!
JAMALUDDIN ABU BAKAR
720629-06-5019
SBEM 3103

BIBLIOGRAFI

Dr. Rohani Ahmad Tarmizi, 2007. OUM Modul: Diagnosis and Problem Solving in
Mathematics. Metyeor Doc.Sdn. Bhd. Selangor.

Noor Shah Saad, 2002. Teori dan Pengkaedahan Pendidikan Matematik Siri 1: Edisi
Kedua. Prentice Hall. Selangor. Malaysia.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan,1996. Belajar berfikir: Teknik menajamkan daya
fikir.Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum,2003;2006. Sukatan Pelajaran Matematik dan


Matematik Tambahan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dewan Bahasda dan Pustaka.
Kuala Lumpur.

Krulik, S & Rudnick, J. 1993. Reasoning and problem solving : A handbook for
elementary school teachers. USA : Allyn & Bacon.

Schoenfeld, A. H. 1985. Mathematical Problem Solving. Orlando: Academic Press

Polya, G. 1957. How to solve it : A new aspect at methamatical method. Ed ke 2.


Princeton New Jersey : Princeton University Press.

Bransford, J.D. & Stein, B.S. 1993. The ideal problem solver. Ed ke 2. New York:W.H.
Freeman.

Anda mungkin juga menyukai