Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Coronavirus ataupun lebih dikenali sebagai covid-19 adalah penyakit berjangkit berpunca
daripada virus corona yang bermula hujung tahun 2019. Penularan wabak covid 19. COVID-
19 menyerang manusia dengan cara yang berbeza. Gejala virus ini adalah demam, batuk
kering dan keletihan. Risiko jangkitan adalah tinggi bagi orang tua, kanak-kanak, dan orang-
orang dengan penyakit kritikal seperti penyakit jantung, diabetes, penyakit pernafasan
kronik, dan barah. Gejala yang teruk termasuk kesukaran bernafas atau sesak nafas, sakit
dada atau tekanan di dada, dan pergerakan terhad. COVID-19 disebarkan melalui zarah dan
sentuhan pernafasan manusia. Apabila bersentuhan rapat dengan pesakit simptomatik,
mudah menyebarkan zarah apabila terkena mulut dan hidung. Kawasan di sekitar pesakit
juga terdedah kepada penularan zarah.

Kementerian kesihatan Malaysia merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam hal


kesihatan di Malaysia. Setelah berlakunya penukaran wabak berbahaya ini. Pihak KKM
memainkan peranan utama dalam menangani hal ini. Oleh disebabkan itu kumpulan kami
berminat untuk memilih tajuk ini sebagai kertas kerja kumpulan bagi subjek MPU2412.

Kertas kerja berkumpulan ini kami telah memilih tajuk tentang wabak Covid-19 yang
sedang melanda di seluruh dunia. Jadi, kumpulan kami telah membuat sedikit soalan soal
selidik berkenaan Covid-19 kepada umum bagi menjawab beberapa soalan. Soalan kaji
selidik yang kami sediakan hasil kerjasama setiap ahli kumpulan. Soal selidik dijadikan
sebagai rujukan bagi kami bagi menjayakan projek ini. Uji kaji ini bertujuan untuk
mengambil langkah berjaga-jaga dan mengenal pasti tentang pendapat segelintir induvidu
tentang wabak ini. Terdapat 67 orang yang memberi maklum balas pada soal selidik ini.
CADANGAN DAN KOMEN

Secara keseluruhannya, daripada kajian soal selidik ini virus COVID tidak dapat
berakhir sepenuhnya dan akan menjadi endemic iaitu satu penyakit yang terus wujud dalam
masyarakat. Oleh itu, kumpulan kami berbincang untuk memberi pelbagai cadangan dan
pendapat masing-masing. Dalam soal selidik ini terdapat banyak cadangan dan langkah-
langkah penambahbaikkan yang dikemukakan oleh setiap responden dan kumpulan kami.
Walaupun terdapat banyak cadangan yang diutarakan kami hanya memilih cadangan yang
relevan sahaja seperti cara-cara mencegah virus COVID-19 ini. Kami membuat soalan yang
ringkas bagi memudahkan responden untuk menjawab soalan kaji selidik tersebut. Sebagai
contoh, soalan yang dikemukakan ialah seperti langkah-langkah pencegahan virus COVID-
19 seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak 1 meter dan sentiasa memakai mencuci
tangan dengan sabun setiap 1 jam.

Hasil dapatan menjelaskan bahawa tahap pengetahuan responden amat


memuaskan. Hal ini demikian kerana terdapat banyak sumber internet dan maklumat
mengenai wabak penyakit COVID-19 ini. Virus ini juga sedang berlaku di seluruh pelosok
dunia yang dulu asalnya dari negara China sehingga ke Malaysia. Masyarakat telah
mengambil langkah berjaga-jaga daripada dijangkiti virus yang merbahaya ini. Terdapat
beberapa dalam kalangan responden hanya melakukan pencegahan secara sambal lewa
dan tidak mengambil serius tentang cara memakai pelitup muka yang betul dan pentingnya
menjaga penjarakan sosial.

Selain daripada itu, kami juga membuat tinjauan tentang pengambilan vaksin.
Kerajaan telah memutuskan pemberian vaksin secara percuma kepada rakyat Malaysia
Vaksin adalah sesuatu perkara yang digalakkan bagi setiap peringkat umur untuk
mengambilnya. Dengan ini, risiko untuk dijangkiti amatlah rendah.. Hal ini kerana
pengambilan vaksin dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti virus COVID-19 dan
dapat meningkatkan imunisasi badan. Oleh hal demikian, kerajaan sewajarnya mengemas
kini aplikasi my sejahtera bagi memudahkan lagi warga Malaysia mendapatkan vaksin
secepat yang mungkin.

Di samping itu,

Anda mungkin juga menyukai