Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

Perarakan masuk MENTERI SUMBER MANUSIA ke dlm dewan

[Remind hadirin tutup handphone, berdiri ketika menteri tiba]


Diminta pada semua hadirin sila matikan telefon bimbit anda atau pastikan ia berada dalam nada senyap. Dan juga diminta para hadirin
berdiri ketika menteri sumber manusia tiba ke dalam dewan.

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn selaku Menteri Sumber
Manusia berserta rombongan masuk ke dalam dewan.

Selamat datang kepada dif-dif kehormat, sidang media Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian
Serta tidak lupa juga pada para pelajar cosmopoint yang dikasihi.
(cosmopoint president, eksekutif cosmopoint johor bahru, Adun daerah , sidang media @ akhbar, ibubapa, pelajar, staff yang dihormati.)

PENERANGAN TENTANG MAJLIS TERSEBUT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bersyukur kita dengan limpah kurnianya dapat kita dipertemukan di dalam majlis yang indah ini. Untuk
makluman Yang Berhormat Datuk Seri Dr serta para hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena
MAJLIS PERASMIAN & PENYERAHAN KOMPUTER RIBA kepada para pelajar Cosmopoint.

Ia bertujuan untuk memberikan kemudahan serta merealisasikan impian mereka untuk mempunyai sebuah
komputer riba. Selain memudahkan pelajar-pelajar menggunakannya untuk tujuan pendidikan mereka, ia
juga dapat menjana daya kreativiti dan pemikiran kritis bagi mengaplikasikannya apabila mereka bekerja
kelak.

Selain itu juga, faktor-faktor yang boleh menyumbang ke arah produktiviti insaniah adalah seperti berikut:

- Globalisasi pada masa sekarang berkembang mengikut teknologi terkini iaitu teknologi maklumat
- Memudahkan tugas pelajar dari segi melakukan kerja kursus dan penyelidikan semasa dan di luar waktu
pembelajaran.
- pengaliran informasi dua puluh empat jam tanpa had dengan dihubungkan oleh wireless atau wifi
dimana-mana sahaja

- Maka dengan itu, komputer riba berjenama Hewlett Packard Presario V3164 dengan spesifikasi
tercanggih masa kini dengan rekaan yang begitu compact.
- Dengan kelajuan dan prestasi yang terbaik iaitu menggunakan system AMD Dualcore 512MB
ram beserta cakera keras yang besar kapasitinya sehingga 80 Gigabite.

1
UCAPAN ALUAN DARIPADA PRESIDEN Cosmopoint Sdn. Bhd.

Tanpa membuang masa lagi majlis menjemput Yang Berbahagia Dato Idrus Mohd Satha selaku
Presiden Cosmopoint Sdn Bhd untuk memberi sepatah dua kata.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato kerana sudi memberikan kata-kata semangat itu tadi untuk
dijadikan iktibar dan panduan kepada para pelajar.

UCAPAN ALUAN & PERASMIAN DRP MENTERI SUMBEER MaNuSIA

Sekarang majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Dr Fong Chan Onn
Menteri Sumber Manusia dari Kementerian Sumber Manusia untuk memberi ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis ini.
Sekali lagi majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr Fong Chan Onn selaku Menteri Sumber Manusia
kerana sudi memberi ucapan sekaligus merasmikan Majlis Perasmian dan Penyerahan Komputer Riba
2006.

MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER RIBA 2006

Selesainya ucapan perasmian dari Yang Berhormat Dato Seri itu tadi, maka inilah saat yang dinanti-
nantikan bagi para pelajar Cosmopoint Johor Bahru iaitu Majlis Penyerahan Komputer Riba 2006.

Dengan ini majlis sekali lagi menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Dr Fong Chan Onn dan diiringi
Presiden Cosmopoint beserta Ketua Eksekutif Cosmopoint Johor Bahru iaitu Mr. Ooi Chin Hoe naik
ke pentas untuk menyerahkan komputer riba kepada para pelajar.

Majlis mempersilakan. (Sound n background excitement)

Terima kasih kpd Yang Berhormat Datuk Seri kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis
ini dan menyerahkan komputer riba kepada para pelajar.

Dengan ini kami bagi pihak Cosmopoint Johor Bahru ingin memberikan cenderamata kepada Yang
Berhormat Datuk Seri diatas kerjasama menjayakan majlis ini. Oleh itu dipersilakan Presiden
Cosmopoint Johor Bahru diringi Ketua Eksekutif Cosmopoint Johor Bahru untuk menghadiahkan
cenderamata tersebut.
Majlis mempersilakan.

2
MAJLIS BERSURAI

Hadirin dan Hadhirat yang dihormati,

Dengan berakhirnya penyerahan komputer riba itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada hari ini.
Sekali lagi, bagi pihak Cosmopoint Johor Bahru, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Seri kerana sudi meluangkan masa untuk datang,
walaupun begitu sibuk dengan tugas-tugas rasmi yang lain, dan terus melakukan perasmian penyerahan
computer riba 2006 hari ini.

Kalau tidak kerana bulan


Tidak bintang terbit pagi
Kalau tidak kerana cosmopoint
Tidak kita berada disini

Ubi manis ubi keladi


Kalau ada ditambah lagi
Sekiranya umur panjang direstui
Kita pasti berjumpa lagi

Segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. Dengan ini dipersilakan
Yang Berhormat Datuk Seri Dr Fong Chan Onn berserta dif-dif kehormat dan juga wartawan dan krew
media untuk ke bilik sebelah bagi sesi sidang media.

Dipersilakan

(sound background)

Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai