Anda di halaman 1dari 1

PERDAGANGAN KERAJAAN ALAM MELAYU

Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi kerajaan Alam Melayu.

 Barangan dari Alam Melayu juga menjadi tarikan pedagang luar.


 Kedudukan Alam Melayu di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat dan dengan
adanya kemudahan pelabuhan membolehkan kerajaan Alam Melayu berkembang maju hasil
kegiatan perdagangan pedagang luar.
 Pelbagai kemudahan disediakan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang
dagangan dan kawasan berjual beli.

Bil Kerajaan Pelabuhan Barang didagangkan


1 Funan Oc Eo Damar, kapur barus, kayu cendana dan gaharu

2 Champa Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Beras, emas, perak, gading gajah dan gaharu
Maliti
3 Srivijaya Palembang Damar, kapur barus, gaharu, madu, rotan,
rempah, mutiara, rumpai laut, gading gajah dan
sumbu badak.
4 Angkor Yasodharapura Gaharu, buah pelaga, lilin lebah, minyak
sayuran, damar dan gading gajah
5 Majapahit Tuban, Sidayu, Gresik dan Rempah, beras, rotan, kayu cendana, gaharu,
Surabaya ikan, kulit penyu dan mutiara
6 Kedah Tua Sungai Mas dan Pangkalan Bujang Rotan, damar, kayu cendana, dan gading gajah

7 Gangga Pangkalan, Lembah Kinta, Tanjung Emas, bijih timah, rempah ratus, kapur barus
Negara Rambutan, Bidor, dan Sungai Siput dan damar.

Pedagang Luar

Bil Pedagang luar Barang yang didagang Barang yang dibelinya


1 China Sutera, tembikar, pingan dan Barangan yang mempunyai nilai
mangkuk,payung,gula dan gendang. perubatan
2 India Kain kapas, tembikar dan pelbagai Rempah, gaharu, dan kapur barus
jenis batu berharga seperti akik dan
karnelian.
3 Arab dan Parsi Pelbagai jenis tembikar, minyak Rempah dan kayu wangi
wangi, barangan kaca dan manik

Aktiviti perdagangan telah membantu membangunkan pelabuhan dan memajukan pembuatan


kapal. Selain itu, mereka mahir membuat kapal dan menguasai ilmu pelayaran sehingga dapat
belayar ke Afrika.

Anda mungkin juga menyukai