Anda di halaman 1dari 12

Perayaan Hari Gawai disambut oleh suku kaum Dayak di Sarawak untuk

meraikan tamatnya musim menuai padi iaitu pada akhir bulan Mei ataupun awal
bulan Jun. Sejarah perayaan Hari Gawai Dayak bermula apabila sebuah forum
dikelolakan di sebuah stesen radio pada tahun 1957 bagi membincangkan
kepentingan mewujudkan suatu perayaan bagi suku kaum Dayak di Sarawak.
Semasa pemerintahan British, pihak kolonial enggan mengiktiraf perayaan
tersebut sehinggalah digazet secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada
25 September 1964 dengan usaha Dato Sri Tra Zehnder dan beberapa
pemimpin Dayak yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa
tersebut. “Hari Gawia” dalam dialek Bidayuh, pertama kali disambut pada tarikh 1
Jun 1965 oleh Dayak Youth Club dan kini menjadi simbolik yang memperlihatkan
perpaduan, aspirasi dan harapan kaum Dayak di Sarawak.
Pada asalnya Hari Gawai adalah perayaan yang lebih berbentuk keagamaan
bagi suku kaum Dayak yang terdiri daripada tiga suku kaum utama termasuklah
Iban, Bidayuh dan Orang Ulu sebagai tanda berterima kasih kepada 'Petara'
pada setiap kali selepas musim menuai dan sebelum memulakan penanaman
padi untuk musim seterusnya. Perayaan Gawai Dayak menuntut masyarakatnya
menghargai budaya dan memastikan ‘semangat’ padi sentiasa dan terus
dihormati.

Persediaan awal sebulan sebelum perayaan biasanya menyediakan air tapai


yang dikenali sebagai Tuak. Pada sehari sebelum perayaan pula, kaum wanita
akan sibuk bekerjasama membuat kuih tradisional seperti kuih penyaram, kuih
sepit, kuih jala, kuih cap dan penganan yang diperbuat daripada tepung beras
dan santan kelapa. Pansuh ayam menjadi kemestian untuk juadah bersama
keluarga ataupun tetamu yang datang berkunjung. Dalam pada itu, golongan tua
akan mula membakar lemang pulut di pekarangan rumah bagi kegunaan adat
istiadat terutamanya upacara miring yang akan dipersembahkan kepada Dewa
Padi dan Kekayaan.

Teresang akan didirikan di perkarangan rumah untuk digunakan semasa


Adat Miring

Ketika perayaan Gawai, setiap suku kaum Dayak lengkap berpakaian tradisional
masing-masing dengan motif dan corak yang unik serta menonjolkan lagi
kecantikan semulajadi paras rupa mereka. Anak-anak gadis akan mengenakan
perhiasan perak dan gubahan manik yang diwarisi sejak turun-temurun serta
memiliki seni estetika yang cukup mengagumkan. Khazanah yang eksotik ini
menjadi kebanggaan bagi setiap suku kaum Dayak kerana ia merupakan
peningggalan yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.
Penduduk rumah panjang mula ziarah-menziarahi ataupun dalam dialek
tempatan “ngabang” ke rumah kawan-kawan mahupun sanak saudara yang lain
sementara anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang ke kampung untuk
bersama-sama memeriahkan hari yang mengeratkan perpaduan sesama
bangsa. Suku kaum Dayak yang tinggal di kawasan kampung akan mengadakan
rumah terbuka dan mengunjungi rumah sahabat handai serta saudara mara
yang terdekat untuk mengeratkan tali kemesraan.
TARIAN NGAJAT

TARIAN DATUN JULUD

Tarian Ngajat dan Ngajat Lesong dengan iringan alunan Sape yang
dipersembahkan oleh muda mudi masyarakat Dayak menjadikan suasana Hari
Gawai begitu meriah dan riuh rendah dengan aksi dan ketangkasan penari yang
menghiburkan.Pelbagai alat muzik tradisional turut dimainkan sepanjang
perayaan termasuklah sepasang gong besar, Canang, Gendang, Bebendai,
Tawak, Gitar Buluh selain Serunai dan Seruling.Tarian Datun Julud yang
dipersembahkan oleh kaum wanita dari suku kaum Orang Ulu ternyata begitu
unik dengan gerak tari yang lemah gemalai.
Upacara Gawai Teresang Tinggi

Pada waktu tengah malam 31 Mei pula, gong akan dipalu dan Tuai Rumah akan
mengetuai upacara minum Ai Pengayu bagi memohon berkat kepada “Petara”
demi kehidupan yang lebih baik dan tanda kesyukuran bagi hasil tuaian
pertanian yang menguntungkan. Upacara miring akan dilakukan yang menurut
kepercayaan daripada golongan tua, bertujuan untuk memberi persembahan
kepada Tuhan yang dikenali sebagai Petara, Dewa Dewi Kayangan dan juga
dipersembahkan kepada jasad-jasad nenek moyang dikenali sebagai “Petara Aki
Ini”. Ketua Adat akan membaca mantera yang khusus untuk upacara ini dan
melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan. Selepas upacara ini,
perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi.

Di musim perayaan Gawai, banyak pertandingan kecantikan bagi memilih


rupawan yang bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik dan menarik malah
mempunyai pengetahuan yang luas. Keindahan busana tradisi mereka terletak
pada keaslian tenunan pua kumbu yang disarungkan serta aksesori perak yang
bergemerlapan ketika menarikan Tarian Ngajat.
Pesta Gawai Dayak dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat
diturunkan. Majlis Ngulung Bidai seterusnya akan dilakukan yang memberi
signifikan perayaan telahpun tamat dan bersedia menempuh tahun baharu dan
memulakan penanaman padi di kawasan yang baharu.
Ketika musim Gawai, banyak perkahwinan dilangsungkan ..salah satu
permainan untuk keluarga pasangan

Adat Merik Anak Mit Mandi' .. Gawai 2007

Kini masyarakat Dayak boleh berbangga dengan pengiktirafan sambutan Hari


Gawai yang telahpun dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan
Sarawak.Sambutan Pesta Menuai Sedunia dan Rumah Terbuka Gawai di
peringkat kebangsaan jelas menunjukkan perayaan ini mempunyai nilai seni
budaya yang unik dan tersendiri serta menjadi aset pelancongan utama bagi
menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Perkongsian ilmu
kebudayaan dan khazanah bagi masyarakat Dayak cukup penting dipelajari oleh
generasi muda agar mereka boleh menghargai, menghayati serta meraikan
keunikan bak kata pepatah ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ dengan menyuntik
elemen kebudayaan, kesenian dan pemeliharaan serta pemuliharaan warisan
bangsa.
Semua penghuni rumah panjang siap setia dan bersedia menunggu detik jam 12
malamuntuk memulakan Sambutan Gawai.Jam 12 malam adalah detik dimana
semua penghuni "minum air pengayu".....

Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan
untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan
perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan
pokok ranyai tersebut.

Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan
untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan
perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan
pokok ranyai tersebut.
RANYAI
Ini adalah 'ranyai'.Ranyai ini diperbuat daripada batang pokok pisang.Ranyai ini
merupakan tanda simbolik untuk perayaan Hari Gawai. Ranyai ini akan didirikan
ditengah-tengah 'ruai' tempat untuk semua penghuni rumah panjang berkumpul.
Pada 'ranyai' ini nanti akan disangkut bermacam-macam jenis barang, tidak
kisah sama, beer, botol air tuak, rokok, makanan, malah pernah juga orang
kampung menyangkut ayam panggang pada 'ranyai'. Asalkan ada sumbangan
dari orang kampung. Barang-barang itu semua akan disangkutkan pada 'ranyai'
menggunakan tali.

Untuk memulakan upacara, seorang akan dilantik bagi memulakan acara malam
menyambut Malam Gawai. Orang yang telah dipilih itu akan menarikan tarian
tradisional kaum Iban iaitu Tarian Ngajat. Dia akan menari mengelilingi 'ranyai'.
Selepas dia menari mengelilingi ranyai, dia kemudian akan memilih barang yang
mana dia mahu dan memotong barang yang disangkutkan menggunakan parang
yang digunakan untuk tarian Ngajat.

Kemudian orang tersebut akan mencari sesiapa saja yang dia mahu dan
menyerahkan parang yang digunakan kepada orang yang dipilih. Begitulah
proses seterusnya sehinggalah semua barang makanan yang disangkutkan
pada 'ranyai' itu habis dan orang terakhir akan menebang 'ranyai' sebagai
simbolik bermulanya Pesta Menuai atau Hari Gawai.
Jenis-jenis Hari Gawai Yang lain:

1) Gawai Batu untuk mengasah peralatan besi seperti parang dan kapak
supaya tajam sebelum musim menebas dan menebang.

2) Gawai Benih untuk mendoakan benih padi membesar dengan baik dan
bebuah bagus sebelum menanam padi.

3) Gawai Ngalihka Tanah memajak semula tanah yang tidak subur lagi.

4) Gawai Ngemali Umai mengubati huma dan padi yang sakit.

5) Gawai Bersimpan untuk menyimpan padi setelah selesai menuai.

6) Gawai Burung untuk menyembah dan memuja Sengalang Burung sebagai


dewa peperangan dan pertahanan.
Gawai Burung disambut secara besar-besaran dalam Sembilan peringkat
yang dipecahkan seperti berikut:
1) Gawai Kalingkang
2) Gawai Sandong
3) Gawai Sawi
4) Gawai Salangking
5) Gawai Mulong Merangau atau Lemba Bumbun
6) Gawai Gajah Meram
7) Gawai Meligai
8) Gawai Ranyai atau Mudur Ruruh
9) Gawai Gerasi Papa

7) Gawai Mimpi untuk meraikan atau menawar petanda mimpi yang baik
atau buruk.

8) Gawai Kenyalang juga dipanggil gawai diri atau gawai tras untuk
menunjukkan kejayaan seseorang dan sebelum pergi mengayau atau
merantau mencari nasib baik atau harta benda.

9) Gawai Pangkung Tiang untuk memukul tiang utama rumah sesudah


pindah ke rumah baru sebelum ada kematian bagi memohon "gayu guru,
gerai nyamai senang lantang nguan menoa" (panjang umur, sihat walafiat
serta senang lenang mendiami dunia)

10)Gawai Antu yang merupakan perayaan terakhir untuk roh orang-orang


yang sudah meninggal dunia).

11)Gawai Lada merupakan satu perayaan Hari Gawai yang mula disambut
dengan kedatangan penanaman getah dan lada. Gawai Lada dimodelkan
daripada Gawai Ngemali Umai yang bertujuan untuk menghindari penyakit
dan makluk perosak yang sangat mudah menyerang Pokok Lada Hitam.

12)Gawai Lelabi untuk memberitahu anak dara seseorang sudah bersedia


untuk kahwin atau maljis melah pinang (perkahwinan).

13)Gawai Getah merupakan satu perayaan Hari Gawai yang mula disambut
dengan kedatangan penanaman getah dan lada. Gawai Getah adalah
berasaskan Gawai Batu yang bertujuan untuk mengasah tajam peralatan
besi yang digunakan untuk penorehan pokok getah.

14)Gawai Mangkung Tiang merupakan satu perayaan yang disambut


menandakan telah siap rumah/rumah panjang yang dibuat dan boleh
didiami.

15)Gawai Nangga Langit merupakan satu perayaan yang diadakan untuk


meminta pengampunan jika ada hantu yang menyuruh manusia
melakukan sesuatu yang tidak baik seperti membunuh 7 orang.

16)Gawai Ngemali Umai merupakan satu perayaan Hari Gawai yang


bertujuan bagi mengubati huma dan padi yang sakit.

17)Gawai Nimang Bulu merupakan satu perayaan yang diadakan bagi


memanjangkan umur sesorang yang mendirikan Hari Gawai ini di mana
sehelai baju bulu akan dijahit dan dibuat oleh sekumpulan wanita selepas
habis timang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang and Antu Gayu
(Hantu Panjang Umur) akan dijemput datang untuk menjamu piring dan
mengurniakan panjang umur. Hati babi akhirnya akan dibaca maknanya.

18)Gawai Sakit untuk meminta penyembuhan orang yang sakit.

19)Gawai Tajau untuk meraikan perolehan tempayan oleh seseorang.

20)Gawai Tuah untuk mencari atau memasukkan tuah ke dalam bilik


seorang.
KESIMPULAN

Melalui kajian ini kami dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan
yang ada di Malaysia ini. Perayaan utama atau terbesar di negara ini akan
disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia. Perayaan tradisi ini
melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia,melahirkan nilai hormat
menghormati antara kaum dan erpaduan bertambah erat dengan kunjung-
mengunjung antara kaum semasa perayaan.

Sebagai rakyat Malaysia,kami berbangga dengan negara kami kerana di negara


ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Ianya menyebabkan keadaan
negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang
besar.Ini kerana daripada erayaan ini mewujudkan ukhuwah dan rasa perpaduan
dalam naluri nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan
sebuah negara yang aman walaupun terdiri pelbagai kaum yang pada tanggapan
masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik
agama,budaya,bahasa dan adat kepercayaan.
Hari Gawai

Anda mungkin juga menyukai