Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM ANTIDADAH

1.0 PENGENALAN

Ahli Jawatankuasa Badan Disiplin dengan kerjasama Jawatankuasa

Bimbingan & Kaunseling Sekolah kebangsaan telah bercadang untuk mengadakan

satu Program Pembentukkan Sahsiah Diri di mana ianya disertai oleh golongan

murid-murid yang disasarkan berhadapan dengan masalah disiplin di sekolah.

Masalah ini akan bermula apabila murid-murid tidak dapat menguasai bidang

akademik dan disiplin diri mereka dengan baik. Justeru itu, mereka akan cuba

mencari jalan keluar yang mudah dengan melanggar undang-undang yang telah

ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah supaya mereka juga boleh dikenali di

kalangan rakan-rakan yang lain.

Program Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk

menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan

dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara

khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh

yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal

perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat

memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap

penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang

berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan


sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan

masyarakat.

2.0 RASIONAL

Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan
Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan
“Sekolah Bebas Dadah” . Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di
samping murid yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini
boleh dicapai sekiranya murid-murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh
yang baik. Jika masalah disiplin di setiap sekolah dapat dikurangkan , pihak sekolah
sudah semestinya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang
kurikulum dan kokurikulum .

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi
bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui
betapa pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing-masing serta sedar
bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan
keselamatan masyarakat. Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan
dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.
4.0 OBJEKTIF

1. Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak
diri orang lain.

2. Memberi peluang kepada murid – murid yang mempunyai masalah disiplin di


sekolah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.

3. Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.

4. Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan


hidup.

5. Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan
menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.

6. Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya


hidup sihat.

7. Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat


prasekolah lagi.

8. Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada
dadah.

9.Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Semua murid SjK(C) Taman Rajang

6.0 PENGISIAN PROGRAM

 Sebaran video program antidadah di dalam group Whatapps/ Telegram


sekolah.
 Pengisian google forms pertandingan kuiz antidadah.
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PROGRAM PELAKSANA ANTIDADAH TAHUN 2021

8.0 TARIKH DAN MASA

TARIKH : 29 Oktober 2021

MASA : 01.00 petang


9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pertandingan Kuiz PERBELANJAAN (RM) JUMLAH


(Google Forms) (RM)

Pertandingan kuiz antidadah 133 orang murid yang memperolehi RM 1300


100% markah X RM10

RM 1300
Jumlah

10.0 Penutup

Diharapkan program antidadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi
kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada
murid-murid khususnya serta memberi kesedaran terhadap diri murid-murid dalam
erti kata menghargai diri sendiri demi keluarga, agama, bangsa dan negara.
PENGESAHAN DOKUMENTASI

Disediakan oleh,

……………………………………….
(CIK SHIRLEY LOH SIAW YEN)
Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah SJK ( C ) Taman Rajang

Disahkan oleh,

………………………………….
(PUAN SIM SIEW KING)
Guru Besar
Sekolah SJK ( C ) Taman Rajang

Anda mungkin juga menyukai