Anda di halaman 1dari 5

 

    BORANG SINOPOSIS BUKU


Nama Sekolah : SJK TAMAN RAJANG                                                    
1Kod Nama Guru SHIRLEY LOH SIAW YEN
sekolah:
DEA 0039

2 Judul BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA


3 Pengarang Edwin C.Bliss 4. Bidang: Pengetahuan
     Profesional
5 Tarikh …. 6. Masa   : ……
Pembentangan
7 Tempat Bilik Tayangan
Pembentangan
8. 
Sinopsis                                                                                                                                     

            Buku ini mengandungi  72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang
pengurus yang berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat
mereka berbanding matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan
yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan
kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh.
          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana membuat laporan selepas
tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori
penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail,
keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama
kepada pentadbir pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  mengurus masalah
pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ……………………………….

Cik Shirley Loh Siaw Yen PUAN SIM SIEW KING

Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar


BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : SJK TAMAN RAJANG                                                    

Kod sekolah: Nama Guru SHIRLEY LOH SIAW YEN


YBC 3101
2 Judul Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak
3 Pengarang Mok Soon Sang 4. Bidang: Pengetahuan
Profesional

5.  Sinopsis                                                                                                                                   
            Buku ini mengandungi  10 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di
Malaysia dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan
bagaimana menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan
Rekod.

            Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar.
Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah
yang lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..

          Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

          Pengurusan stress secara berkesan pula  dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab
masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira
         

6. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru meningkatkan ilmu dalam bidang
psikologi pendidikan

7. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan
pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta pengurusan konflik dan tekanan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………… ……………………………….

Cik Shirley Loh Siaw Yen PUAN SIM SIEW KING

Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar


BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis                                                          
1Kod Nama Guru MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL
sekolah:
DEA
0039

2 Judul PENGURUS YANG BAIK


3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang: Pengetahuan
M.K.Rustomji      Profesional
5 Tarikh 6. Masa   :
Pembentangan
7 Tempat Bilik Wawasan
Pembentangan
8.  Sinopsis     

            Buku ini mengandungi  7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus
yang berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat mesti
pandai menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya
dan ketua mesti mempunyai perwatakan yang baik .
          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana pengurus boleh mencungkil
bakat setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah kemajuan organisasi.
Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa meminta pendapat staff dan
menghormati pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa,
jangan mudah berpuashati dan berfikir sebelum bertindak.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana
setiap guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan  pemimpin dalam organisasi
sekolah.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.
BORANG SINOPOSIS BUKU
Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis                                                          
1Kod Nama Guru MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL
sekolah:
DEA
0039

2 Judul HUBUNGAN SESAMA MANUSIA


3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang: Pengetahuan
M.K.Rustomji      Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :
7 Tempat Pembentangan Bilik Wawasan
8.  Sinopsis     

            Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan  dengan
manusia lain. Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulat iaiatu jika
perkaram yang tidak perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh
perkara-perkara kecil, jikma staff sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya dan
keadaa\n keluarganya kerana perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam.
            Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang baik.
Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.
            Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua
nama orang yang dipimpinnya.
            Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika
pekerja melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih
bersedia menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika tidak
mereka terus melenting.
            Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana
yang indah dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir apakah
untungnya kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah
dari hari ke hari? Tetapi sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.
            Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam buku ini
dan aia amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana
setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup di alam fana
ini.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Anda mungkin juga menyukai