Anda di halaman 1dari 5

Pilih jawapan yang paling tepat .

1. Apakah yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara ?


A. Kepercayaan kepada Tuhan
B. Yakin akan kewujudan Tuhan
C. Besyukur atas nikmat Tuhan
D. Mematuhi segala urusan Tuhan

2. Individu yang mempunyai harga diri akan


A. Mudah tersinggung apabila dikritik
B. Yakin menghadapi sebarang masalah
C. Bersikap pesimis (person who tends to see the worst aspect of things) tentang masa depan
D. Ragu – ragu dengan kebolehan yang ada

3. Berikut merupakan kebaikan bersenam , kecuali


A. Mencerdaskan otak
B. Meningkatkan metabolism tubuh
C. Mengurangkan berat badan
D. Mendapat penat dan peluh

4. Yang manakah tidak menunjukkan adab sopan di meja makan ?


A. Meletakkan siku di atas meja sebelum makan
B. Membasuh tangan sebelum duduk di meja makan
C. Mendahulukan orang tua sebelum menjamah makanan
D. Tidak bercakap ketika mulut penuh dengan makanan

5. Apakah kebaikan mengamalkan nilai toleransi ?


A. Tidak mampu membezakan cara hidup kita dan orang lain
B. Mendapatkan pelbagai reaksi terhadap kesusahan orang lain
C. Dapat menunjukkan keikhlasan hati kita kepada orang lain
D. Susah menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi

6. Individu yang tidak mengamalkan toleransi


I akan simpati dan empati dengan kesusahan orang lain
II tidak mudah memaafkan orang lain
III tidak menghiraukan hidup orang lain
IV boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7. Jiran anda mempunyai cara hidup yang berlainan dengan anda . apakah yang anda akan lakukan ?
A. Tidak mengendahkan jiran itu
B. Menghidangkan makanan lazat untuknya
C. Menegur sekadar mengambil hati
D. Menghormati agama dan kepercayaan mereka.

8. Antara yang berikut , yang manakah bukan ciri-ciri orang yang rajin ?
A. Sanggup mencuba sesuatu yang baru
B. Melakukan sesuatu tanpa perancangan
C. Tidak berputus asa walaupun menghadapi masalah
D. Memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pekara yang sedang dilakukan

9. Bagaimanakah cara untuk menunjukkan kasih sayang ?


I sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan
II sentiasa memberikan layanan yang baik dan bersopan
III saling hormat menghormati antara satu sama lain
IV membebankan orang lain dengan masalah yang kita hadapi

1
A. I , II dan III
B. II , III dan IV
C. I, II dan IV
D. I , III dan IV

10. Antara berikut , yang manakah bukan kepentingan nilai keadilan dalam hidup berkeluarga ?
A. Untuk mewujudkan keharmonian keluarga
B. Untuk mengelakkan perasaan tidak puas hati antara kalangan ahli keluarga
C. Untuk merumitkan proses penyelesaian masalah
D. Untuk memastikan setiap anggota keluarga bermasam muka

11. Perkara – perkara berikut boleh dilakukan dengan penggunaan internet , kecuali
A. Mencari dan bertukar alamat
B. Menghantar email kepada pengguna lain
C. Melayari laman web dari seluruh dunia
D. Mengodam laman web orang lain

12. Pilih penyataan yang tidak menerangkan kepentingan merancang perbelanjaan .


A. Dapat mengurangkan sesuatu kos
B. Dapat mengelakkan berlakunya pembaziran
C. Dapat menguruskan sumber kewangan dengan lebih berhemah
D. Dapat membeli barangan dalam kuantiti yang banyak

13. Antara berikut , yang manakah bukan kepentingan nilai kasih sayang terhadap keluarga ?
A. Menjadi sumber inspirasi untuk kejayaan
B. Meningkatkan imej dan nama baik keluarga
C. Menjadi pendorong untuk melakukan pergaduhan
D. Melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni

14. Apakah tujuan Hari Ibu dan Hari Bapa disambut ?


A. Untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa
B. Untuk memberikan anugerah kepada ibu dan bapa mithali
C. Untuk memberi pengiktirafan kepada ibu bapa yang telah berjasa
D. Untuk memberi peluang kepada anak anak meluangkan masa bersama ibu bapa

15. Mengapakah tradisi panggilan yang tersendiri untuk anggota keluarga masih dikekalkan ?
I menghormati golongan yang lebih tua
II menunjukkan kemesraan ikatan kekeluargaan
III menyayangi golongan yang lebih muda
IV menghargai sumbangan anggota keluarga
A. I , II dan III
B. II , III dan IV
C. I, II dan IV
D. I ,II, III dan IV

16. Antara berikut , yang manakah tidak termasuk dalam tugas dan tanggungjawab anak- anak ?
A. Mengikut nasihat ibu bapa
B. Mematuhi peraturan keluarga
C. Saling membantu dalam keluarga
D. Menyediakan tempat perlindungan untuk keluarga

2
17. Apakah yang dimaksudkan dengan hemah tinggi?

A. budi pekerti yang mulia


B. berpura-pura dalam pergaulan
C. pertuturan yang menyakitkan hati
D. angkuh dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain

18. Antara berikut, yang manakah menggambarkan nilai kerajinan?


I. menyiapkan tugasan yang diberi
II. suka menangguhkan sesuatu kerja
III. merancangkan dahulu sebelum memulakan sesuatu
IV. memberi tumpuan penuh terhadap tugas yang dilakukan
A. I,II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

19. Berikut merupakan tanggungjawab seorang anak terhadap keluargannya kecuali


A. ikut nasihat ibu bapa
B. mencari nafkah untuk keluarga
C. menjadi teladan kepada keluarga
D. menghantar ibu bapa ke hospital sekira mereka sakit

20. Antara berikut, yang manakah peranan seorang ibu?


I. pengasuh III. penderhaka
II. penyayang IV. pendorong
A. I,II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

21. Ibu bapa dapat menanamkan rasa menyayangi dan menghargai alam sekitar ke dalam
diri anak-anak kecuali
A. mengajak anak menanam pokok di sekitar rumah
B. merosakkan pokok terutamanya di taman rekreasi
C. menasihati anak tidak membuang sampah merata-rata
D. mengajak anak membersihkan kawasan sekitar rumah

22. Apakah tindakan anda sekiranya melihat rakan anda membuang sampah di merata-
rata?
A. memukul rakan
B. menegur perbuatan rakan
C. membiarkan perlakuan rakan
D. menggalakkan perbuatan rakan

23. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berkorban demi negara untuk
A. mengambil hati pemimpin
B. menunjukkan kelemahan diri
C. menunjukkan sikap taat setia
D. menjatuhkan imej negara lain

3
24. Sikap cinta akan negara dapat dilihat melalui berikut, kecuali
A. menjaga kebersihan alam sekitar
B. merosakkan harta benda awam
C. menjaga imej dan nama baik negara
D. bergotong-royong untuk mengindahkan kawasan sekitar

25. Ibu bapa yang melindungi anak-anak mereka dengan cara berikut kecuali
A. melepaskan geram dan kemarahan kepada anak-anak
B. menjamin anak-anak mengalami pertumbuhan yang sihat
C. mewujudkan suasana keluarga yang mesra untuk anak-anak
D. memastikan kanak-kanak menikmati semua keperluan hidup

26. Seorang pengguna perlulah


I. berilmu III. tidak dieksploitasi
II. mendapat perkhidmatan yang baik IV. mendapat barangan yang berkualiti
A. I sahaja C. I dan II
B. I, II dan III D. Semua di atas

BAHAGIAN B [ 20 Markah]
Arahan: Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang betul dan (X) pernyataan yang salah.

1. Sebagai anak sulung, abang tidak perlu mendengar nasihat adik-adiknya.

2. Penebangan hutan tanpa kawalan boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem.

3. Barangan yang kerap diiklankan di media massa merupakan barangan yang


baik kualitinya.

4. Penduduk di negara yang mempunyai keindahan semula jadi akan memilih


untuk melancong ke luar negeri.

5. Melaporkan perbuatan mencederakan kanak-kanak kepada pihak berkuasa

Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Kasih sayang Sanggup berkorban untuk Peka terhadap isu alam sekitar
negara
Melindungi hak kanak-kanak Tanggungjawab terhadap keluarga

6. Siti membelikan kasut untuk kedua-dua adik lelakinya sempena hari jadi mereka. Siti
menunjukkan nilai ____________________.

7. Setiap ahli keluarga yang melaksanakan tugas masing-masing demi melahirkan sebuah
keluarga yang bahagia menunjukkan nilai ____________________.

8. Seseorang yang prihatin terhadap masalah yang berkaitan dengan alam sekeliling
menunjukkan nilai ____________________.

9. Pejuang-pejuang yang mempertahankan negara daripada dikuasai oleh komunis

4
sehingga mengorbankan diri pada suatu ketika dahulu menunjukkan nilai
____________________.

10. Puan Fatimah memastikan anak-anaknya dijaga dengan baik oleh penjaga walaupun
dirinya sibuk dengan perniagaan. Puan Fatimah bersikap ____________________.

BAHAGIAN C : Jawab soalan berikut dengan ayat yang lengkap.

1.Sebagai insan bermoral, bagaimanakah anda menggunakan internet secara berhemah?

………………………………………………………………………………………………………

2. Lengkapkan peta pemikiran di bawah.

Sebab Akibat

1. 4.

REMAJA
2. LARI 5.

DARI
RUMAH
3 6.

Anda mungkin juga menyukai