Anda di halaman 1dari 2

Surat Kami : PPM/2022/3/3

Tarikh : 3 Mac 2022

YBrs. TPr. Puan Hajah Noraini binti Roslan,


Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Klang,
Tingkat 6, Bangunan Sultan Alam Shah,
Jalan Perbandaran,
41675 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Yang berusaha,

PERMOHONAN TEMUJANJI BERSAMA YBrs. TPr. PUAN HAJAH NORAINI BINTI ROSLAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami dari Persatuan Penduduk Jalan Sambau Klang berhasrat untuk bertemu dengan Yang
berusaha untuk berkongsi pendapat dan mendapatkan nasihat jalan penyelesaian berkaitan perkara-
perkara yang tidak diingini dihadapi oleh penduduk di kawasan Jalan Sambau, Klang selama 15
tahun.

3. Perkara-perkara yang memerlukan perhatian pihak berkuasa telah kami senaraikan di dalam
Lampiran A. Walaupun pelbagai usaha telah diambil, namun masalah-masalah tersebut tidak
berkurang. Peduduk Kawasan Jalan Sambau agak terdesak untuk mendapat perhatian Yang
berusaha supaya masalah kami akan mendapat perhatian dan penyelesaian dapat diberikan oleh
pihak Majlis. Perkara-perkara yang disebutkan dalam Lampiran A secara tidak langsung merosotkan
taraf hidup penduduk kawasan terbabit.

4. Kami memohon jasa baik Yang berusaha untuk memberikan kami peluang dan sedikit masa
untuk bersemuka dan membincangkan isu-isu yang kami hadapi di kawasan perumahan Jalan
Sambau. Kami menanti jawapan yang memberangsangkan dari pihak Majlis berkaitan tarikh dan
masa pertemuan bersama Yang berusaha.

Segala sokongan, perhatian dan kerjasama Yang berusaha amatlah kami hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(Louis Clovis)
Timbalan Pengerusi 2021/2023,
Persatuan Penduduk Jalan Sambau, Klang
Lampiran A

Ringkasan isu-isu yang memerlukan perhatian daripada pihak berkuasa

Penduduk kawasan perumahan di Jalan Sambau, Klang menghadapi ancaman daripada:

1) Isu pertarungan ayam haram oleh pendatang asing di belakang kawasan rumah.

2) Isu Pemabuk-pemabuk yang sering menjadikan taman permainan kanak-kanak di kawasan


perumahan sebagai tempat berlepak

3) Isu Lori, bas and van komersial sering diparkir di kawasan perumahan kami dan
menambahkan lagi kesukaran parkir

4) Isu Penambahan bilangan kenderaan yang terbiar. Di percayai kenderaan yang dicuri,
dibawa ke kawasan perumahan kami dan ditinggalkan setelah ia diselongkar.

5) Isu penggunaan jalan utama (Jalan Sambau 1 dan Jalan Sambau 17) oleh kenderaan
komersial seperti bas, lori dan van untuk “U-turn” mendatangkan bahaya kepada pengguna
jalan di Kawasan perumahan.

6) Isu parkir oleh kenderaan komersial seperti bas, lori dan van di bahu Jalan Sambau 10
walaupun ianya di dalam kawasan perumahan.

7) Isu peningkatan pembuangan sampah yang tidak terkawal di kawasan hutan belukar selekoh
Jalan Batu Unjur 10 yang berterusan selama 17 tahun. Kawasan tersebut menjadi lubok
pembiakan tikus, lalat dan serangga perosak yang secara tidak langsung menancam kualiti
hidup penduduk kawasan Jalan Sambau.

8) Isu peningkatan kes denggi di kawasan perumahan Jalan Sambau yang dipercayai berpunca
daripada takungan air di dalam kawasan hutan belukar di sisi Jalan Batu Unjur 10.

9) Isu kewujudan perumahan setinggan.

Persatuan Penduduk Jalan Sambau Klang telah diwujudkan pada 2018. Persatuan ini telah
mengambil usaha untuk memohon aplikasi “Gated & Guarded Community” kepada Majlis
Perbandaran Klang sebanyak tiga (3) kali tetapi permohonan tidak berjaya oleh sebab-sebab tertentu.

Secara kumulatif, kawasan perumahan di Jalan Sambau (Taman Bayumas) menghadapi


kemerosotan harga aset disebabkan isu-isu berbangkit yang disenaraikan di atas. Di samping itu,
kawasan perumahan ini dikelilingi oleh penempatan yang tidak terancang (Contoh: Kewujudan
perumahan setinggan di tanah kosong kawasan perumahan)

Kami memohon jasa baik pihak berkuasa untuk menghulurkan bantuan segera untuk menyelesaikan
isu-isu di atas dan menjalankan usaha untuk mengembalikan kualiti hidup penduduk di kawasan
Jalan Sambau, Klang.

Anda mungkin juga menyukai