1 PENGENALAN
Rantau Asia Tenggara merupakan antara rantau yang sangat diminati kuasa Barat
khususnya kerana kaya dengan hasil bumi dan berpotensi memperluaskan saiz pasaran
yang sedia ada. Indonesia merupakan antara negara di Nusantara yang pernah dijajah oleh
kuasa Barat seperti Portugis, Sepanyol, Inggeris, Belanda dan Jepun. Belanda adalah
penjajah kuasa Barat yang berjaya mengusai Indonesia dalam tempoh masa yang lama iaitu
sekitar 350 tahun. Kemunculan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) di Banten adalah
merupakan pertapakan awal kuasa Belanda di Indonesia sejak abad ke-18 lagi. Dengan
pertapakan ini, maka bermulanya pengaruh pemerintahan Belanda di Indonesia .
Penguasaan terhadap wilayah Jawa menjadi pemangkin utama kepada dasar penjajahan
Belanda ekoran Indonesia atau lebih tepat lagi Jawa merupakan wilayah terkaya dan paling
membangun di rantau Nusantara pada masa tersebut. 1 Peluang ini sebaiknya digunakan
VOC untuk bersaing dengan kuasa-kuasa yang asing yang lain dan memperluaskan kuasa
dagangan di kawasan Nusantara. Namun, pertapakan VOC telah mengalami kemerosotan
pada suku awal abad ke-19 atas beberapa faktor seperti permasalahan dalaman dan Perang
Jawa. Perang Jawa yang berlangsung pada tahun 1825 sehingga 1830 telah melemahkan
lagi pengusaan VOC di Indonesia.
1
Paul H. Kratoska, South East Asia Colonial History, New York: Rautledge, 2001, hlm. 47
1
banyak kesan baik, sedangkan pada masa yang sama majoriti penduduk Jawa menerima
penindasan kesan perlaksanaan Sistem Kultur.
Walaupun tanaman eksport penting, para petani mesti mengusahakan padi terlebh
dahulu sebelum tanaman eksport. Hanya tanaman eksport yang rosak akibat bencana alam
dan bukan atas kecuaian petani sahaja akan ditanggung kerajaan. Pengkhususan kerja akan
dilaksanakan di mana petani-petani ditetapkan sama ada untuk membajak, menanam,
menjaga tanaman, menuai, memungut hasil dan sebagainya. Segala hasil tanaman eksport
dikumpul dan diuruskan oleh pedagang Belanda menggunakan kapal milik Belanda dan
dijual di negara mereka.
2
Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, Sejarah Nasional Indonesia, Jakarta: Balai
Pustaka, 1993, hlm. 98
3
Ibid, hlm. 108
4
Hermawati, M., Tanam Paksa Sebagai Tindakan Eksploitasi. Avatara, 1(1), 2013, hlm. 65
2
Selain arahan raja Belanda, terdapat juga faktor lain yang mendorong kepada perlaksanaan
sistem kultur di Pulau Jawa. Antara faktor pendorong kepada perlaksanaan sistem ini adalah
kesan Perang Napoleon, VOC muflis, Perang Jawa, kemelesetan ekonomi dan perjanjian
British-Belanda 1824.
3
Sekiranya tiada langkah yang sewajarnya diambil dengan segera, maka kerajaan Belanda
akan diancam oleh kuasa-kuasa asing yang lain.
Tetapi, secara kenyataannya Sistem Tanaman Paksa atau Sistem Kultur tersebut
telah diibaratkan sebagai salah satu hal yang tidak wajar di dalam kalangan masyarakat
Jawa. Ianya kerana hal itu hanya membawa beban yang besar terhadap masyarakat Jawa.
Tanah yang dimiliki oleh orang Jawa telah diselewengkan dengan sewenang-wenangnya
oleh kerajaan Belanda. Manakala, bagi orang Jawa yang tidak mempunyai tanah sendiri
sama sekali mereka dikehendaki untuk bekerja dengan lebih gigih dan keras. Menggunakan
cara bekerja lebih masa iaitu selama setahun penuh atau lebih masa bekerja. Masarakat
Jawa harus menjual tanaman yang dikeluarkan oleh mereka dengan harga yang lebih murah
5
Henry Warsilah, Pembangunan Inklusif dan Kebijakan Sosial Di Kota Solo Jawa Tengah , Indonesia:
Yayasan Obor Indonesia, 2017, hlm. 21
4
kepada orang Belanda. Dan harga bagi setiap tanaman tersebut haruslah mengikut jumlah
harga yang telah ditetapkan oleh orang Belanda.6
Kerajaan Belanda telah berhasrat untuk datang ke Tanah Jawa kerana kesuburan
tanah serta kekayaan hasil bumi yang dimilki oleh Tanah Jawa tersebut. Dalam pada itu,
kerajaan Belanda ingin mengaut keuntungan serta mencari dana untuk negara Belanda.
Pada masa tersebut, revolusi industri telah berlaku di Eropah serta berlaku beberapa sisi
peperangan perebutan wilayah. Dengan itu, dalam erti kata lain kerajaan Belanda banyak
mengalami kerugian di atas kejadian yang berlaku. Oleh sebab itu, kerajaan Belanda
melakukan penjajahan tersebut untuk mengaut keuntungan dan dana dengan maksima
yang mungkin.7 Oleh itu, sistem Tanam Paksa telah berjalan dengan sepenuhnya di Jawa
pada tahun 1840. Maka, terdapat banyak kesan serta impak yang mempengaruhi antara
kedua-dua golongan tersebut iaitu merujuk kepada kerajaan Belanda dan juga masyrakat
Jawa tersebut.
Selain daripada itu, melalui kebijaksanaan daripada pihak kerajaan Belanda dengan
cara mewujudkan Sistem tanaman paksa tersebut telah menyebabkan impak dan kesan
yang besar sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan juga sosial bagi masyarakat Jawa.
Pelaksanaan Sistem Tanaman Paksa secara peringkat awalnya telah membawa pendapat
serta menimbulkan pandangan pro dan juga kontra. 8 Walaupun terdapat banyaknya
perbezaan pendapat serta pandangan, kewujudan daripada pelaksanaan Sistem Tanaman
Paksa tersebut hanyalah demi untuk mengaut keuntungan yang besar. Dan keuntungan itu
diambil alih oleh pihak kerajaan Belanda. Dalam erti kata lain, bagaimana pelaksanaan
Sistem Tanaman Paksa atau Sistem Kultur ini telah membawa kepada perubahan serta
kemajuan atau pun sebaliknya iaitu kemerosotan serta kejatuhan.
6
Ibid, hlm. 25
7
https://www.scribd.com/doc/244080190/Sistem-Kultur-Di-INdonesia diakses pada 22/3/2018.
8
Henry Warsilah, op. cit., hlm. 44
9
Jan Breman, Keuntungan Kolonial Dari Kerja Paksa: Sistem Priangan Dari Tanam Paksa Kopi Di Jawa,
1720-1870, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor Indonesia, 2014, hlm. 2
5
kepada dalam segi positif iaitu melalui ciri politik ialah kerajaan Belanda telah pun muncul
sebagai sebuah negeri yang amat teguh kedudukan ekonominya di benua Eropah. Ianya
memberi keutamaan dalam aspek perdagangan. 10
Manakala dalam ciri ekonomi adalah ianya memberi yang amat besar dan membawa
kepada perubahan dalam sektor ekonomi orang Jawa. Ianya telah memberi sebuah manfaat
ekonomi yang berorientasikan kepada pertanian eksport dan juga import. Masyarakat Jawa
di Tanah Jawa telah mengalami perubahan dalam sektor ekonomi daripada melalui sistem
tanaman sara diri kepada sistem tanaman secara komersial. Selain daripada itu, dalam ciri
Sosial merujuk kepada kemudahan yang diberikan untuk memudahkan pergerakan serta
aktiviti para masyarakat Jawa. Ianya adalah untuk memudahkan hasil dariapada pertanian
yang diperolehi dapt disalurkan dengan lancar dan mudah. Sebagai contohnya,lebih banyak
jalan-jalan raya telah dibina pada ketika itu. Maka dengan itu, telah berlakunya juga
pertambahan para penduduk di Tanah Jawa. Kejadian berikut berlaku akibat daripada
pelaksanaan daripada Sistem Tanaman Paksa atau Sistem Kultur tersebut. 12
10
Ibid, hlm. 3
11
Ken Awang, Kapitalisme Bumi Putra: Perubahan Masyarakat Mangkunegaran Wasino, Yogjakarta: LKiS,
2008, hlm. 55
12
Ibid, hlm. 56
6
Seterusnya, dalam peraturan-peraturan yang diunjurkan dalam Sistem Tanaman
Paksa atau Sistem Kultur telah memberi kesan yang amat mendalam terhadap masyarakat
Jawa. Sistem tersebut amat memberi tekanan kepada masyarakat Jawa di Tanah Jawa. Hal
tersebut membawa kepada segi negatif dalam ciri politik iaitu pihak kerajaan Belanda telah
mewujudkan satu perkara yang membawa kepada penambahan amarah serta kesengsaraan
masyarakat Jawa. Kerajaan Belanda telah membuat satu sistem baharu iaitu sistem komisen
yang merujuk kepada terdapat peratus yang haruslah dibayar serta dijelaskan kepada para
pembesar tempatan dan juga penyewa berbangsa Belanda. Dalam erti kata lain kerajaan
Belanda telah mengenakan cukai terhadap masyarakat Jawa. Oleh itu, seorang penyelia
daripada kerajaan Belanda turut sama memaksa para petani Jawa untuk bekerja dengan
lebih masa dan juga haruslah memberi kawasan tanah yang lebih besar. Kerajaan Belanda
turut mengeluarkan satu arahan agar menjual hasil-hasil tanaman yang diperolehi pada
harga lebih rendah daripada harga biasa kepada kerajaan Belanda. 13 Dengan itu, pihak
kerajaan Belanda telah mendapat banyak keuntungan yang tidak terhingga daripada hasil
pertanian masyarakat Jawa.
Dalam pada itu, dalam ciri ekonomi adalah ianya telah berjaya menyebabkan
keruntuhan sistem ekonomi sara diri masyarakat Jawa. Ianya telah digantikan dengan
sistem ekonomi secara komersial. Hal tersebut, telah memberi keuntungan yang sangat
terhad kepada masyarakat Jawa. Sebagai contohnya, kerajaan Belanda memperkenalkan
tanaman berbentuk jualan seperti Tebu, Kopi, Tembakau, Cengkih, dan juga Kayu manis.
Dengan itu, tanaman secara eksport telah menyebabkan tanaman yang berbentuk sara diri
khususnya tanaman padi mengalami kemerosotan secara berterusan. Semenjak itu,
terdapat banyak penyelewengan berlaku apabila Sistem Tanaman Paksa atau Sistem Kultur
mula dikuatkan. Manakala, dalam ciri sosial adalah para petani Jawa telah dipaksa untuk
bekerja selama 75 atau 240 hari dalam masa setahun hanya untuk tanaman eksport sahaja.
Para petan Jawai turut dipaksa untuk memperuntukkan lebih dariapada 1/5 tanah milik
mereka untuk menanam tanaman eksport. Selain itu, para petani Jawa dipaksa untuk
melakukan kerja-kerja lain seperti membina jalan raya, jambatan dan juga terusan. Maka
dengan itu, telah berlaku sesuatu peristiwa yang amat dasyat serta memilukan iaitu
terjadinya peritiswa kebuluran yang dasyat. Sebab utama kepada kejadian tersebut berlaku
adalah kerana kekurangan bekalan makanan utama iaitu beras. Atas sebab bahawa hanya
tanaman eksport dibenarkan ditanam maka tanaman sara diri seperti padi tidak lagi
13
Robert Van Niel, Sistem Tanaman Paksa DI Jawa, Indonesia: LP3ES, 2003, hlm. 112
7
diutamakan. Oelh itu, kejadian tersebut berlaku dan menyebabkan banyak penyakit serta
mengakibatkan kematian.14
Berdasarkan kepada pelaksanaan Sistem Tanaman Paksa atau Sistem Kultur lebih
tepat lagi bahawa ianya membawa kepada kemajuan dan juga kemerosotosan. Namun
ianya tidak menjurus kepada setiap aspek. Oleh itu, tidak kesemuanya benda atau pun hal
akan menjejaskan sesuatu perkara, adakalanya, ianya merupakan sebuah permulaan yang
baharu.
Manakala dalam ciri sosial, ianya merujuk kepada kejayaan kerajaan Belanda untuk
membangunkan tamadunnya serta nilai-nilainya di kawasan Tanah Jawa. Seterusnya,
kerajaan Belanda telah dapat membangunkan nagara Belanda. Dengan cara, membina serta
membuat insfrastruktur. Sebagai contohnya, seperti jalan raya dan juga jalan kereta api.
Dalam pada itu, kerajaan Belanda turut mendapat kesan daripada segi negatif ianya ialah,
melalui ciri politik. Selain itu, hal tersebut telah menyebabkan kedudukan kerajaan Belanda
14
Ibid, hlm. 114
15
Ibid, hlm. 6
8
di Indonesia khususnya di Tanah Jawa mendapat kecaman yang lebih hebat daripada
penduduk. Mereka memberikan rekasi dan juga penentangan yang amat radikal. Dalam
pada itu, hubungan para pembesar dengan penduduk di Tanah Jawa telah menjadi amat
renggang dan teruk.16 Oleh yang demikian, hal tersebut berpunca akibat daripada
pelaksanaan Sistem Tanaman Paksa atau Sistem Kultur.
Dalam masa yang sama, ciri ekonomi, ianya lebih ke arah kegagalan yang dialami oleh
kerajaan Belanda dalam hal seperti menarik para pelabur asing untuk melabur modal dalam
sistem pertanian di Tanah Jawa. Namun, ianya tidak banyak memberi dampak yang besar
terhadap kerajaan Belanda. Dengan itu, perlaksanaan Sistem Tanaman Paksa atau Sistem
Kultur ini telah menyebabkan sebuah kerajaan yang lebih kuat telah muncul. Ianya adalah
merupakan kerajaan Betawi, kerajaan tersebut telah muncul sebagai salah sebuah
pelabuhan yang penting untuk menjadi pengeksport utama hasil pertanian di Tanah Jawa.
Seterusnya, dalam ciri sosial adalah ramai rakyat di Tanah Jawa telah melakukan
penghijrahan atau perpindahan dengan tujuan adalah untuk mengelakkan penindasan serta
hasil kerja secara pakasaan di bawah Sistem Tanaman Paksa atau Sistem Kultur. Kerajaan
Belanda juga turut mengalami permasalahan pemberontakan dan berlaku siri peperangan
kecil dalam kalangan antara petani-petani di Tanah Jawa. Oleh yang demikian. Hal yang
berlaku akibat daripada pelaksaan sistem tersebut membawa kepada aspek pasitif dan
negatif terhadap kerajaan Belanda.17
Golongan yang mendapat keuntungan hasil pelaksanaan sistem ini adalah golongan
ketua kampung. Dalam sistem ini, golongan ketua kampung juga mendapat keuntungan. 18
Golongan ketua kampung atau golongan pembesar dikatakan menerima ganjaran yang
16
Ibid, hlm. 9
17
https://www.scribd.com/doc/229207178/Sistem-Kultur-Rodi-Kopi diakses pada 18/3/2018.
18
J. Thomas Lindblad, Sejarah Ekonomi Modern Indonesia: Berbagai Tentangan Baru (terjemah) , Jakarta:
Pustaka LP3ES Indonesia, 2000, hlm. 217
9
lumayan daripada pihak Belanda. Hal ini demikian kerana golongan pembesar menjadi orang
pengantara dan perunding bagi pihak Belanda dalam memujuk penduduk tempatan untuk
menyerahkan satu per lima tanah mereka untuk dijadikan kawasan pertanian.
Keuntungan yang diperoleh golongan pembesar ini adalah hasil yang diperoleh
sistem komisen yang dilaksanakan dalam sistem kultur. Pembesar-pembesar yang terlibat
dalam menjayakan sistem kultur akan diberi keistimewaan. Keistimewaan yang dinikmati
meraka sangat jauh lebih baik daripada penduduk tempatan. Dengan kata lain., golongan
pembesar diberi layanan dan kedudukan yang baik dalam pemerintahan Belanda. Mereka
diberikan geran tanah dan mendapat komisen dalam proses memungut bayaran tanah yang
harus dibayar oleh petani. Petani yang menyediakan tanah sebagai tanah tanaman eksport
juga dikenakan cukai. Pembayaran cukai tanah harus melalui setiap pembesar di kawasan
masing-masing. Komisen yang diterima juga melalui pembayaran cukai tanah yang
dikenakan terhadap petani. Ketidakadilan yang timbul ini telah mengakibatkan penidasan
yang ketara oleh golongan pembesar tempatan terhadap penduduk tempatan. Hal ini
sekaligus menyebabkan hubungan antara pembesar dan penduduk tempatan menjadi
renggang. Pembesar yang terdahulunya dikatakan sebgaia pembela nasib penduduk
temaptan kini telah berubah dengan menyebelahi pihak Belanda. Jika didalami dengan teliti,
sistem kultur bukan sahaja mengeksploitasi hasil bumi, malah turut menjejaskan hubungan
sosial yang dipegang serta dijaga sejak turun-temurun lagi.
6.1 ANALISIS
Secara analisis, perlaksanaan sistem kultur di Indonesia khususnya di Pulau Jawa adalah
disebabkan oleh beberapa faktor yang akhirnya menimbulkan banyak kesan terhadap orang
Jawa mahupun kerajana Belanda. Pulau Jawa diutamakan dalam sistem ini adalah
disebabkan kesuburan tanah dan kedudukan yang strategik. Sistem kultur yang
diperkenalkan secara teorinya telah mendatangkan keuntungan bagi pihak Belanda dan
orang Jawa. Perlaksanaan secara fizikal sebenarnya mendatangkan banyak keuntungan
10
kepada pihak Belanda dan hanya sedikit keuntungan pula diperoleh orang Jawa. Hal ini
telah mencerminkan perlaksaan sistem ini membawa kepada eksploitasi ekonomi secara
besar-besaran oleh pihak Belanda. Ekonomi sedia ada (sara diri) telah terhapus dengan
serta merta melalui sistem kuktur jika dibandingkan sistem tanaman paksa yang
sebelumnya. Matlamat utama pihak Belanda memperkenalkan sistem ini iaitu menyelesaikan
masalah ekonominya dan melunas hutang yang ditanggung telah mendorong sistem ini
menjadi hanya berpihak kepada pihak Belanda.
Tindakan yang diambil pihak Belanda sangat keterlaluan kepada penduduk Indonesia
khususnya orang Jawa sehingga penduduk tempatan menderita akibat sistem ini. Namun,
pada masa yang sama terdapat juga segelintir masyarakat Jawa yang menerima
keuntungan hasil perlaksanaan sistem ini. Keadaan ini bukan sahaja dilihat penindasan
daripada pihak Belanda, malah daripada pihak temapatan itu sendiri. Golongan pembesar
yang terdiri daripada ketua kampung seharusnya memainkan peranan dalam menjaga hak
penduduk tempatan. Situasi yang berbeza berlaku di Pulau Jawa apabila pembesar yang
dipercayai penduduk temapatan selamam ini telah berlaku tidak adil terhdap mereka. Hal ini
telah mencetuskan perhubungan yang kurang baik antara prnduduk tempatan dengan
pembesar temapatan itu sendiri. Penderitaan yang dirasai penduduk temapatan Jawa
mendapat perhatian daripada kerajaan pusat Belanda apabila menyedari sistem yang
dilaksanakan memberi satu gambaran buruk terhadap Belanda. Tindakan yang keterlaluan
dalam perlaksanaan sistem kultur secara tidak langsung akan mencemarkan imej Belanda.
Kesedaran kerajaan pusat Belanda mengenai hal ini telah membawa kepada perubahan
dalam sistem ekonomi orang Jawa daripada sistem kultur kepada dasar Liberal.
7.1 KESIMPULAN
Oleh yang demikian, sistem tersebut sememangnya sebagai salah satu cara memanfaatkan
dan mengambil kesempatan ke atas Tanah Jawa. Dengan menjadikan masyarakat Jawa
sebagai salah sebuah penggerak utama untuk mendapatkan keuntungan bagi Kerajaan
Belanda. Walau pun sistem ini dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1830-1840 tetapi
sistem ini tidak mampu bertahan lama kerana wujudnya bentuk kecaman dan bantahan
daripada pelbagai pihak.
11
Manakala pada tahun 1866, tanaman eksport seperti Tembakau dan juga Tebu pada tahun
1884 juga turut mengalami hal yang sama. Tanaman eksport seperti Kopi adalah senarai
yang paling akhir dihapuskan. Ianya atas sebab bahawa tanaman Kopi tersebut telah
memberikan untung yang amat banyak kepada kerajaan Belanda.
Setiap daripada peraturan-peraturan yang wujud dalam Sistem Tanaman Paksa atau
Sistem Kultur tersebut telah bertindak dengan sangat kejam dan tidak bermoral. Dalam
aspek kelakuan ianya tidak mencerminkan sifat kemanusiaan dan tidak berhati perut. Ianya
lebih banyak menyebabkan masyarakat Jawa mengalami kerugian dalam segala aspek.
Walau bagaimana pun, setiap daripada apa yang berlaku dalam bagaimana pelaksanaan
sistem tersebut dibuat ianya banyak memberi perubahan dan juga kemajuan dalam segala
aspek. Tidak kiralah dalam aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Oleh sebab itu, pelbagai
impak dan punca kepada pelaksanaan tersebut berlaku, namun ianya telah memberi banyak
pengetahuan, kemajuan, dan juga perubahan khususnya kepada pelbagai pihak.
12
RUJUKAN
Buku
Bernard Hubertus Maria Vlekke. 2008. Nusantara: Sejarah Indonesia. Indonesia : KPG.
Henry Warsilah. 2017. Pembangunan Inklusif dan Kebijakan Sosial Di Kota Solo Jawa
Tengah. Indonesia: Yayasan Obor Indonesia.
Hermawati, M. 2013. Tanam Paksa Sebagai Tindakan Eksploitasi. Avatara. 1(1). Hlm. 64-70.
J. Thomas Lindblad. 2000. Sejarah Ekonomi Modern Indonesia: Berbagai Tentangan Baru
(terjemah). Jakarta: Pustaka LP3ES Indonesia
Jan Breman. 2014. Keuntungan Kolonial Dari Kerja Paksa: Sistem Priangan Dari Tanam
Paksa Kopi Di Jawa, 1720-1870. Indonesia: Yayasan Pustaka Obor Indonesia.
Ken Awang. 2008. Kapitalisme Bumi Putra: Perubahan Masyarakat Mangkunegaran Wasino .
Yogjakarta: LKiS.
Paul H. Kratoska. 2001. South East Asia Colonial History. New York: Rautledge
Robert Van Niel. 2003. Sistem Tanaman Paksa Di Jawa. Indonesia: LP3ES.
Laman Web
https://www.scribd.com/doc/229207178/Sistem-Kultur-Rodi-Kopi diakses pada 18/3/2018
http://saku30.tripod.com/AT14.html diakses pada 21/3/2018
https://www.scribd.com/doc/244080190/Sistem-Kultur-Di-INdonesia diakses pada
22/3/2018
13
14