Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Ekonomi masyarakat Melayu tradisonal secara umumnya merupakan sistem ekonomi


campuran iaitu dwiekonomi dan ianya telah wujud sebelum kedatangan penjajah Barat. Hal
ini demikian kerana kewujudan aktiviti perdagangan yang mulai muncul di Melaka semasa
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga merupakan
faktor utama kepada kepesatan perkembangan ekonomi kepulauan Melayu pada ketika itu.
Buktinya jelas dengan kemunculan kota Melaka yang menjadi sebuah pelabuhan ’entreport’
yang telah menunjukkan taraf keupayaan pemerintah dan penduduk mengendalikan sistem
ekonomi yang maju dan berjaya. 1 Kedatangan para pedagang yang datang mewujudkan
sistem dwiekonomi yang pada asalnya hanyalah ekonomi yang bersifat sara diri.

Semenanjung Tanah Melayu sejak dahulu lagi telah dikenali dengan Suvarnabumi
yang digelar oleh pedagang dari India yang bermaksud ‘bumi emas’. Hal ini diperkukuhkan
lagi dengan kedudukan Tanah Melayu yang sangat strategik dikelilingi kepulauan dan
menjadi pusat persinggahan perdagangan dunia pada suatu ketika dahulu. Kedudukan Selat
Melaka yang strategik menyebabkan pihak yang dapat mengawalnya akan mengawal
kegiatan perdagangan antara India dan Timur Jauh. 2 Perkembangan ini telah menjadikan
ekonomi Tanah Melayu mula mengalami perubahan akibat penglibatan dalam perdagangan
dunia yang melibatkan beberapa buah negara yang maju dalam ekonomi. Jalinan ekonomi
yang kuat daripada pihak terdekat seperti Siam, Acheh dan China menjadikan
perkembangan ekonomi Tanah Melayu mengalami perkembangan yang sangat pesat.

Pada hakikatnya, ramai pihak mempercayai bahawa ekonomi Tanah Melayu


mengalami perkembangan dwiekonomi semasa pertapakan kuasa Barat. Hal ini disebabkan
perubahan besar yang menonjol dalam sistem ekonomi Tanah Melayu sejak akhir abad ke-
19. Namun begitu, sistem ekonomi Tanah Melayu bukan sahaja tertumpu kepada ekonomi
tradisional malah juga bersifat ekonomi komersial seperti mana yang berlaku di Kedah dan
Perlis serta perlombongan dan pertanian dagangan yang diusahakan di Johor. Hal ini
demikian kerana terdapat beberapa konsep utama dan fenomena tertentu yang menjadi
penanda aras terhadap aspek perubahan ekonomi Tanah Melayu pada pertengahan kedua
abad ke-19.

1
Kassim Thukiman & Hamidah Abdul Rahman, Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif, Teori Dan Praktik ,
Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2009, hlm. 187
2
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah
Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial, International Journal of the Malay World
and Civilisation (IMAN) 3(2), 2005, hlm. 97
2.0 Sistem Ekonomi Tanah Melayu

Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Tanah Melayu mempunyai sistem ekonomi yang
tersendiri yang terbahagi kepada dua jenis atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan
ekonomi komersial.

2.1 Ekonomi Sara Diri

Secara majoritinya, masyarakat di Tanah Melayu terlibat dengan aktiviti ekonomi


tradisional yang melibatkan pengeluaran hasil secara kecil-kecilan dengan tujuan
untuk menyara diri dan keluarga. Hasil yang dikeluarkan hanya mencukupi untuk
keperluan berskala keluarga sahaja. Aktiviti ekonomi tradisional ini juga dikenali
sebagai ekonomi sara diri. Seorang sarjana Barat, J.M. Gullick, yang berpendapat
bahawa sistem ekonomi Melayu bersifat separa sara diri di mana mereka hanya
mampu menghasilkan sumber pengeluaran untuk keperluan diri dan keluarga.
Manakala bakinya pula dijual untuk mendapatkan wang serta barang keperluan lain
yang tidak dapat dihasilkan oleh mereka sendiri. 3 Pendapat ini jelas membuktikan
bahawa sifat ekonomi Melayu pada sekitar abad ke-19 adalah separa sara diri yang
memperlihatkan keadaan ekonomi masyarakat Tanah Melayu majoritinya berskala
kecil, tiada persaingan dan terhad.

Ekonomi sara diri lazimnya melibatkan kegiatan pertanian sebagai kegiatan


utama. Kegiatan ini menjadi kegiatan utama masyarakat Melayu terutamanya kerana
pertanian menjadi sumber dan keperluan utama bagi kehidupan masyarakat pada
ketika itu. Ekonomi penduduk ketika itu adalah ekonomi sara diri di mana padi telah
di tanam bersama sayur-sayuran dan buah-buahan. 4 Selain kegiatan pertanian,
masyarakat Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan perikanan dan memungut
hasil hutan. Sungai dan hutan yang tebal menjadikan sumber protein dan kayu
kayan mudah didapati. Kegiatan yang dijalankan ini juga merupakan sebagai
kegiatan ekonomi sara diri. Pengkhususan kerja juga tidak wujud dalam kegiatan
ekonomi sara diri kerana ekonomi yang diushakan adalah berskala kecil dan ianya
memadai jika hanya seorang mengusahakanya.

Namun, kegiatan pertanian bukan dilaksanakan di semua tempat. Hal ini


demikian kerana petempatan masyarakat mempengaruhi kegiatan ekonomi yang
3
Ibid, hlm. 105
4
Mohammed Talib, Peranan Tanaman Padi dalam Pembangunan Pertanian di Malaysia: Analisis Sejarah
dan Kontemporari, Jati, 9(1), 2004, hlm. 189
dilaksanakan seperti pertanian dan mengumpul hasil hutan dilakukan oleh mereka
yang tinggal di kawasan pedalaman atau lembah sungai yang subur. Manakala
kegiatan perikanan biasanya terdapat di pesisir pantai, sungai dan kawasan tasik.
Masyarakat yang terlibat perikanan secara tidak langsung sangat mahir dalam bidang
pembinaan kapal dan pelautan.

Dari segi peralatan, ekonomi sara diri menggunakan peralatan yang


berteknologi rendah serta memerlukan tenaga manusia yang sangat banyak. Hal ini
menyebabkan kegiatan ekonomi yang dilaksanakan memakan masa yang agak lama
dan memerlukan tenaga manusia yang banyak. Selain itu, hasil yang dikeluarkan
agak terhad dan berskala kecil. Hal ini menyebabkan ekonomi yang dilakukan hanya
tertumpu untuk tujuan diri dan keluarga. Kekurangan tenaga mahir yang
menggunakan peralatan yang lebih moden juga menjadi masalah kerana sudah
terbiasa dengan peralatan tradisi.

2.2 Ekonomi Komersial


Selain menjalankan ekonomi bersifat sara diri, masyarakat Tanah Melayu juga tidak
ketinggalan dalam mengusahakan ekonomi yang bersifat komersial. Keadaan ini
mulai wujud akibat berlakunya lebihan hasil keluaran daripada kegiatan sara diri.
Lebihan ini pada awalnya menjadi bahan pertukaran dalam mendapatkan hasil yang
berbeza dari pihak lain. Misalnya, pertukaran ayam dengan beras boleh wujud jika
kedua-dua hasil ini mempunyai lebihan. Di era pra-kolonial negeri Perak, kedua-dua
jenis padi iaitu padi sawah ( wet rice) dan padi kering (dry rice) terdapat di tanam
oleh kaum tani. Padi basah yang ditanam dalam bentuk bendang didapati di lembah-
lembah sunagi dan padi kering pula diusahakan dalam bentuk ladang atau huma. 5
Tambahan, pengenalan kepada sistem pengairan seperti terusan dan empangan
yang diwujudkan pada abad ke-19 banyak membantu dalam mengairi kawasan
sawah padi.

Hal ini disebabkan penanaman padi memerlukan air yang banyak untuk
memastikan ia dapat mengeluarkan hasil yang banyak. Kegiatan pertanian yang
pesat di Perak membawa berlaku lebihan yang banyak dalam pengeluaran. Bagi
menangani masalah ini, masyarakat Tanah Melayu yang terlibat dengan kegiatan
pertanian padi mulai melakukan pertanian dagangan dengan menjual hasil lebihan
5
Ibid, hlm. 190
untuk mendapatkan sesuatu yang baru. Kemasukan kaum asing seperti Cina melalui
Sistem Kangcu telah membantu meningkatkan kepesatan perkembang ekonomi di
Tanah Melayu. Penglibatan dari mereka telah mempengaruhi perubahan yang ketara
dalam perkembangan ekonomi Tanah Melayu.

Selain pertanian dagangan, kegiatan melombong juga antara kegiatan yang


sangat penting dan mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang sangat ketara.
Sebelum masuknya pelombong Cina, masyarakat Melayu di Tanah Melayu sangat
aktif dalam mengusahakan kegiatan melombong. Perlombongan yang sangat popular
pada ketika itu ialah perlombongan bijih timah dan perlombongan emas yang
dilakukan secara mendulang. Setelah pelombong Cina datang ke Semenanjung
Tanah Melayu pada abad ke-19, masih ada orang Melayu yang mengerjakan
lombong-lombong mereka secara besar-besaran. 6 Hal ini demikian kerana
kemasukan buruh Cin atelah meningkatkan lagi skala pengeluaran hasil lombong
dengan menggunakan teknik dan cara yang lebih moden dan sesuai. Perkembangan
ini menyebabkan golongan Cina mulai mendominasi kegiatan melombong sehingga
kuasa asing berminat untuk berdagang dengan masyarakat di Tanah Melayu. Hasil
lombong banyak menarik minat kuasa asing seperti Belanda yang sanggup mengejar
Tanah Melayu semata-mata dalam usaha mendapatkan bekalan bijih timah yang
lebih dan mencukupi.

Kedatangan pedagang asing juga salah satu faktor yang membawa kepada
perubahan ekonomi Tanah Melayu. Interaksi yang wujud antara masyarakat
tempatan dengan pedagang asing mulai wujud yang menyebabkan hubungan
dagang juga terjalin secara tidak langsung. Kedatangan pelabur dan warga asing di
Tanah Melayu dilihat sebagai satu tanda penguasaan ekonomi di Tanah Melayu oleh
kuasa-kuasa asing.

Rujukan
(buku)

6
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, op. cit., hlm. 107
Kassim Thukiman & Hamidah Abdul Rahman. 2009. Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif, Teori
Dan Praktik. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

(jurnal)
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman, Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung
Tanah Melayu Dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial, International Journal
of the Malay World and Civilisation (IMAN) 3(2). Hlm 96-119

Mohammed Talib. 2004. Peranan Tanaman Padi dalam Pembangunan Pertanian di Malaysia: Analisis
Sejarah dan Kontemporari, Jati, 9(1). Hlm. 189-212

Anda mungkin juga menyukai