Pengenalan
Konsep
Merupakan pengeluaran yang dihasilkan untuk kegunaan sendiri dan terdapat juga
sebilangan kecil masyarakat Tanah Melayu terlibat dengan aktiviti komersial yang dihasilkan
untuk tujuan perdagangan.
Melibatkan kegiatan ekonomi sara diri pertanian yang merupakan kegiatan utama
masyarakat Melayu tradisional.
Pertukaran barang bagi mendapatkan barang-barang keperluan lain juga wujud sekiranya
berlaku lebihan.
Ekonomi sara diri terdiri daripada pertanian, perikanan, berburu, ternakan, memungut hasil
hutan dan pertukangan.
Ciri-ciri ekonomi sara diri adalah seperti berikut:
Ciri-ciri Pernyataan
Tiada Berskala kecil dan tidak memerlukan pengkhususan kerja
pengkhususan Semua lapisan umur terlibat sama dalam menjalankan kegiatan
kerja ekonomi sara diri
Pembahagian kerja adalah berdasarkan jantina dan umur
Peralatan Menggunakan peralatan berteknologi rendah yang memerlukan
tradisional tenaga manusia yang lebih (cangkul, bajak dan sebagainya)
Melibatkan tenaga haiwan seperti membajak menggunakan tenaga
kerbau
Penggunaan alat juga dipengaruhi kegiatan dan petempatan
Kegiatan Bergantung kepada tempat tinggal
berdasarkan Pertanian dan mengutip hasil hutan -pedalaman
petempatan Menangkap ikan -pesisir pantai
Ekonomi Komersial
Aktiviti ekonomi yang berasaskan pada lebihan pengeluaran hasil kegiatan sara diri
Merupakan pengeluaran yang lebih besar skalanya berbanding dengan ekonomi bersifat
sara diri dan hasil yang dikeluarkan itu akan dieksport dan dijual kepada pedagang bagi
mendapatkan keuntungan
Sebelum kedatangan penjajah, penduduk Tanah Melayu telah menjalankan kegiatan sistem
ekonomi komersial yang berasaskan hasil pertanian dagangan.
Perlombongan juga giat dijalankan walaupun ianya hanya secara kecil-kecilan namun ia suda
memberi perbezaaan besar dengan ekonomi bersifat sara diri.
Kedua-dua aktiviti ini telah mendorong kepada kemasukan imigran luar bagi memudahkan
lagi menjalankan kegiatan ekonomi komersial.
Sistem Kangchu yang diperkenalkan pada awal abad ke 19 oleh Temenggung Ibrahim dan
dimajukan oleh Sultan Abu Bakar di Johor telah membawa kepada kemasukan imigran luar
seperti Cina dan India untuk bekerja di Tanah Melayu
Perkembangan ini telah merancakkan lagi kegiatan ekonomi komersial di Tanah Melayu
sehingga hasil yang diperoleh menarik minat pelabur asing untuk menanam modal di Tanah
Melayu.
Perlombongan bijih timah menjadi tumpuan utama di Tanah Melayu kerana kekayaan hasil
buminya yang tidak dapat dinafikan lagi oleh orang luar.
Kegiatan melombong yang utama ialah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Ciri-ciri ekonomi komersial
Ciri-ciri Pernyataan
Skala pengeluaran Hasil lebihan yang banyak mendorong kepada pengeluaran yang
yang tinggi tinggi
Permintaan yang kian bertambah
Teknologi tinggi Menggunakan alat-alat yang lebih sesuai dan mudah dikendalikan
Kegiatan ekonomi lebih mudah dijalankan dengan bantuan
teknologi hasil perkembangan bijih timah
Tenaga buruh yang Kemasukan imigran Cina dan India telah membantu merancakkan
banyak lagi kegiatan ekonomi
Hasil lebih cepat dikeluarkan dengan adanya bantuan tenaga
buruh yang banyak dan berkemahiran
Penggunaan mata Menggunakan logam berharga yang terhasil daripada emas, perak
wang dan tembaga sebagai pertukaran hasil ekonomi
Wujud interaksi Kepesatan kegiatan ekonomi komersial menarik minat pedagang
dengan orang asing luar untuk berdagang
Pelabur luar tertarik untuk menanam modal
Rujukan:
Bee, O. J. (1968). Bumi, Penduduk dan Ekonomi di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Musa, M. (2005). Sejarah & Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940. Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab Rahman bin Daud et. al. (2009). Pembangunan Ekonomi dalam Hubungan Etnik. Hubungan Etnik
di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik, hlm. 185-198