Anda di halaman 1dari 1

1) Maqam al-Jiharkah (‫اجلهاركاه‬ ‫)مقام‬

Maqam ini berasal daripada Parsi. Ia adalah maqam al-`ajam ( ‫العجم‬ ‫ )مقام‬dan bukan maqam Arab (‫حلن‬

‫)الع رب‬. Walaubagaimanapun, para qari Hijazi menggunakannya di dalam bacaan mereka kerana

keistimewaan maqam tersebut yang amat sesuai dengan al-Quran. Ia tidak termasuk di dalam

kumpulan lagu-lagu al-`ajam ( ‫العجم‬ ‫ )حلن‬yang jelas, dilarang di dalam hadis-hadis atau nas-nas para

ulama. Orang barat menamakan maqam ini sebagai Majeur.

Ciri-ciri maqam ini ialah:

i. Dikenali dengan maqam raja-raja dan pembesar-pembesar berikutan keagungan, kekuatan dan

ketinggiannya.

ii. Iramanya yang lembut, mendayu-dayu, pujukan dan rayuan.

iii. Amat dan amat sesuai untuk mengibaratkan permohonan, rintihan, pujukan dan pengharapan.

Maqam ini kemudiannya dipopularkan oleh qari-qari Mesir dengan gubahan dan alunan yang lebih

tersusun dan pelbagai.Maqam ini juga biasa digunakan untuk tawshih, qasidah dan ibtihalah serta

dilagukan pada takbir hari raya di Nusantara.

Anda mungkin juga menyukai