Anda di halaman 1dari 1

1) Maqam al-Sika (‫السيكا‬ ‫)مقام‬

Maqam ini berasal daripada dua perkataan iaitu Sih (‫ )سيه‬yang bermakna tiga dan Kah (‫ )كاه‬yang

bermakna maqam menjadikan makna kedua-dua perkataan tersebut sebagai maqam tiga. Maqam ini

juga dikenali dengan maqam al-Ushaq. Ia sangat istimewa kerana mampu menusuk ke dalam qalbu

dan membuka mata hati untuk meneliti hukum-hakam ayat al-Quran dan pengajaran-pengajarannya.

Ciri-ciri maqam al-Sika:

i. Perjalanannya yang sedikit lambat dan perlahan-lahan.

ii. Bersulamkan gerakan burdah-burdah yang aktif dan menawan.

iii. Mempunyai furuk yang banyak seperti:

a. Al-Hijam (‫)اهلزام‬.

b. Al-Baladi (‫)البلدي‬.

c. Rahah al-Arwah (‫األرواح‬ ‫)راحة‬.

d. Al-Bastinkar (‫)البستنكار‬.

e. Al-Musta’ar (‫)املستعار‬.

Sheikh al-Mansyawi, Sheikh Khalid al-Qahtani dan Sheikh Musafa Ismail banyak menggunakan

maqam ini di dalam bacaan murattal masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai