Anda di halaman 1dari 1

1) Maqam Rast (‫الرست‬ ‫)مقام‬

Rast adalah perkataan Parsi yang membawa makna istiqamah ( ‫املستقيم‬ ،‫ )اإلستقامة‬iaitu lurus dan tidak

bengkok. Maqam ini amat istimewa dengan penampilan yang nampak hebat, mewah, tetap, lincah

dan membangkitkan semangat. Ia amat sesuai untuk ayat-ayat yang menceritakan kisah-kisah umat

terdahulu, kegembiraan, perintah dan larangan.

Ciri-ciri maqam Rast:

i. Maqam orang Arab yang asli.

ii. Digelar ‫املقامات‬ ‫( ملك‬raja maqamat).

iii. Biasa dibaca dengan suara yang tinggi dan disudahi dengan penurunan suara secara mendadak.

iv. Mempunyai furuk yang banyak dan yang masyhur ialah:

a. Al-Suzanak (‫)السوزناك‬.

b. Al-Nayruz (‫)النريوز‬.

c. Al-Mahur (‫)املاهور‬. Sebahagian pakar suara berpendapat al-Mahur adalah peringkat suara di

dalam maqam al-Rast yang paling tinggi.

Qari-qari seperti Sheikh Mustafa Ismail, Abd Basit, Taha al-Fashni, Shahat Anwar dan lain-lain tidak

pernah meninggalkan maqam yang hebat ini di dalam bacaan mujawwad mereka. Demikian juga

dengan imam-imam yang terkemuka seperti al-Hudhayki, al-Sudais dan al-Muhaysini yang memilih

maqam ini untuk mengalunkan bacaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai