Anda di halaman 1dari 1

1) Maqam al-Bayyati (‫البيات‬ ‫)مقام‬

Ia bermakna tempat keluar. Ini bersesuaian kerana kebiasaanya setiap bacaan akan bermula dengan

lagu tersebut dan dengannya juga bacaan ditamatkan. Ia suatu maqam yang boleh memikat hati

pembaca dan pendengar serta membolehkan seseorang memikirkan ayat-ayat Allah Swt dan makna-

makna yang terkandung di dalamnya.

Ciri-ciri maqam al-Bayyati:

i. Terkenal sebagai ‫( أبو املقامات‬bapa kepada semua maqam).

ii. Memberikan kekhusyukan dan sifat kehambaan kepada pembacanya.

iii. Pada asalnya ia adalah maqam yang menggambarkan kegembiraan tetapi terdapat unsur-unsur

kesedihan pada furuk-furuknya.

iv. Mempunyai furuk yang banyak dan yang masyhur ialah:

a. Al-Shuri (‫)الشوري‬.

b. Al-Lami (‫)الالمي‬.

c. Al-Husayni (‫)احلسيين‬.

d. Muhayyar (‫)حمري‬.

e. Al-Nawa (‫)النوا‬.

Anda mungkin juga menyukai