Anda di halaman 1dari 9

SJK(TAMIL) LABIS

PENTAKSIRAN SETARA STANDARD


BAHASA MELAYU TAHUN 2

NAMA: TARIKH:
BAHAGIAN A (20 markah)

1. Di manakah _______________ tinggal?


A kami
B kamu
C saya
D itu

2. Akmal menyapu __________________ kering di halaman rumah.


A daun-daun
B kereta-kereta
C cermin-cermin
D baju-baju

Gambar 1

3. Pada waktu rehat, murid-murid makan di _____________

A perpustakaan
B kantin
C kelas
D padang

4. _______________kah Siva tidak hadir ke sekolah semalam?

A Apa
B Mengapa
C Bagaimana
D Siapa

5.

Gambar 2

Zul lari lintang-pukang apabila dikejar anjing yang ______________ itu.

A garang
B comel
C liar
D manja

6.

Gambar 3

Encik Fikri _______________ sepasang kasut bola kepada Isyraf sempena


hari lahir Isyraf.

A menyambut
B memegang
C menghadiahkan
D membeli

7. Awak suka makan durian _______________ rambutan?


A atau
B dan
C lalu
D kerana

8. Buaya dikenali sebagai _______________ dalam cerita binatang.

A Sang Kancil
B Sang Belang
C Sang Bedal
D Sang Gajah

Gambar 3

9. Setiap hujung minggu, banyak orang pergi berkelah di ________________


A Pantai Batu Hitam
B Muzium Negara
C Masjid Negara
D Zoo Negara

Gambar 4

10. Amzar makan dua ________________ roti semasa sarapan.


A keping
B papan
C buku
D buah
11. Abang menerima dua _______________ surat panggilan temuduga daripada
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

A pucuk
B keping
C batang
D biji

12. “ Kamu tinggal di _______________ ?” tanya Mei Lin kepada budak itu.

A apa
B mana
C siapa
D bila

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

Gambar 5

13. Ahmad dan ayahnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
setelah tiga hari _______________ di Pulau Langkawi.
A cangkul angin
B ambil angin
C makan angin
D minum angin

Gambar 6
14. Pak Mat membawa _______________nya bermain di taman permainan.
A buah hati
B anak buah
C buah tangan
D buah kaki

15. Adik menangis _______________ lampinnya basah.

A dan
B lalu
C kerana
D tetapi

16. _______________, indah sungguh pemandangan di Pulau Sentosa!

A Aduhai
B Aduh
C Wah
D Hai
17. _______________, sakitnya kakiku ini!

A Eh
B Aduh
C Amboi
D Wah

18.

Gambar 7

Kucing itu makan ikan di …… meja.


A bawah
B atas
C sebelah
D belakang

19.

Gambar 8
Adik makan dua ____________________ epal.

A. buah
B. biji
C. batang
D. bakul

20. Kita hendaklah berpakaian _________________ ke sekolah.


A. cantik
B. basah
C. kemas
D kotor

Bahagian B

Soalan 21 hingga Soalan 25 (10 markah)

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang


berikutnya. Bulatkan pada jawapan sama ada A, B atau C.

Alya sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.


Tiba-tiba sebuah lori berhenti di hadapan rumahnya. Lori itu
sarat dengan barang-barang. Ada beberapa orang sedang
menurunkan barang-barang itu.

Alya sekeluarga pun berjumpa dengan jiran baru itu.


Mereka bersalaman dan memperkenalkan diri kepada jiran
baru itu. Nama jiran baru Alya ialah Encik Kumar dan Puan
Kamala. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu David
dan Jayanti.

Ayah Alya dan beberapa orang jiran yang lain


membantu Encik Kumar mengangkat barang-barang. Ibu
Alya pula membantu Puan Kamala mengemas barang-
barang. Alya juga membantu anak-anak Encik Kumar
mengemas barang-barang mereka. Encik Kumar sekeluarga
mengucapkan terima kasih atas bantuan jiran-jirannya itu.

21. Siapakah jiran baru Alya?

A Encik Kumar sekeluarga


B Puan Kamala
C David

22. Apakah yang sedang dilakukan oleh Aya semasa jiran


barunya tiba?

A Memetik bunga.
B Menanam bunga.
C Menyiram pokok bunga.

23. Berapa orangkah ahli keluarga Encik Kumar?

A Dua orang
B Empat orang
C Enam orang

24. Perkataan sarat dalam petikan bermaksud

A melebihi
B penuh
C sesak
25. Pilih tajuk yang sesuai bagi petikan di atas.
A Membantu Jiran
B Jiran-jiran
C Jiran Baru

Bina ayat menggunakan perkataan yang diberi. (10 markah)


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (10 markah)

Keluarga saya

Anda mungkin juga menyukai