Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BARANGAN PDPC UNTUK KEGUNAAN MURID


PANITIA SEJARAH TAHUN 2021

1.0 Pendahuluan

Sejarah merupakan subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
bermula pada tahun 2013. Justeru itu, adalah menjadi kewajipan Panitia Sejarah sekolah ini
untuk bersikap proaktif dan melakukan langkah yang sewajarnya agar sasaran lulus 100%
dalam subjek ini tercapai pada peringkat SPM. Oleh itu, dalam merangka seterusnya
melaksana program mahupun aktiviti yang menjurus ke arah tercapainya sasaran tersebut,
Panitia Sejarah sekolah ini sememangnya memerlukan bahan bantu mengajar dan
kelengkapan yang cukup.

Berdasarkan keperluan tersebut, maka, Panitia Sejarah telah merancang pembelian


beberapa barangan yang diyakini berupaya menjadi alat bantu yang berkesan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran seterusnya menjadi wahana mewujudkan kelas Sejarah yang
bernuansa menarik dan berkesan demi melahirkan murid yang minat dan cakna akan sejarah
tanah air dan dunia.

2.0 Objektif

a) Mewujudkan koleksi buku kerja dalam simpanan Panitia Sejarah yang lengkap dan
terkini mengikut silibus KSSM.
b) Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah melalui wahana alat bantu
yang dibeli.
c) Meningkatkan keberkesanan pdpc mata pelajaran Sejarah sejajar dengan konsep
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) seperti penggunakaan kaedah ‘GALLERY WALK’,
‘SIFU’ dan ‘LENG-AT’.
d) Memudahkan cetakan modul-modul pembelajaran seperti Modul Zamrud JPN Sabah
untuk diedarkan kepada murid menggunakan mesin pencetak milik Panitia Sejarah yang
telah didaftarkan dalam aset sekolah.

3.0 Sasaran
642 orang murid SMK Perempuan Likas

1
4.0 Anggaran Perbelanjaan

4.1 Perbelanjaan

Bil Butiran Kuantiti Harga seunit Jumlah (RM)


(RM)
1 Praktis Topikal PT3 Sejarah 45 6.80 337.50
Ting.1
2 Praktis Topikal PT3 Sejarah 45 6.80 337.50
Ting.2
3 Praktis Topikal PT3 Sejarah 45 6.80 337.50
Ting.3
4 Ink Printer Hp46 : Black 3 58.00 174.00
1186.50
JUMLAH

4.2 Peruntukan

Peruntukan dari sekolah (Panitia Sejarah) : RM 1186.50


5.0 Penutup

Adalah diharapkan dengan adanya pembelian barangan ini, akan membantu dan menjadi
wahana yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah di sekolah ini
sama ada dalam peperiksaan dalaman mahupun peperiksaan awam. Diharap semua cadangan
yang disertakan dalam kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak tuan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(EN. MOHAMAD ZAHID AWANG JAIB) (PN. AERLIZA MOHD RADZI)


Ketua Panitia Sejarah Ketua Bidang Kemanusiaan
SMK Perempuan Likas SMK Perempuan Likas

Diluluskan oleh,

(PN. RAFIDAH BINTI KARAMAN)


Pengetua
SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu

Anda mungkin juga menyukai