Anda di halaman 1dari 3

Yang saya hormati barisan Pengarah dan director syarikat Megah Holding entertainment Sdn. Bhd.

,
semua timbalan-timbalan Pengarah, semua ketua jabatan, penolong-penolong ketua jabatan dan
semua yang hadir pada pagi ini. Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya WILSON, selaku Head
Department bagi program Malam ku Indah, Megah Holding Entertainment cawangan Sarawak ingin
membentangkan satu usul atau cadangan dalam membantu mereka yang terkesan akibat
pelaksanaan PKP di masa pandemic Covid-19 ini.

Sebelum saya meneruskan pembentangan saya, saya ingin mengajak Tuan Puan untuk melihat
statistic berikut.

Seperti yang anda lihat, ini merupakan satu kajian yang dijalankan oleh kerajaan U.S. Walaupun
kajian dijalankan di U.S., namun ini boleh menggambar negara kita Malaysia juga. Terdapat
peningkatan dalam jumlah penduduk di U.S menghadapi anxiety and depressive disorder. Saya
percaya pandemik Covid-19 juga menyebabkan penduduk-penduduk negara kita mengalami tekanan
hidup yang menyebabkan peningkatan jumlah yang menghadapi kebimbingan dan kemurungan
seperti di U.S.
Menurut Mental health in Asia: The numbers menyatakan bahawa masalah mental merupakan
masalah kesihatan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung.

****

Tuan/Puan yang saya hormati,

Merujuk kepada data dan juga artikel yang telah saya paparkan tadi, maka saya dan team saya
merancang untuk melaksanakan sesi kaunseling secara “live” melalui siaran radio kita. Kenapa
kaunseling?? Mungkin tuan puan semua tertanya-tanya kenapa kaunseling? Merujuk kepada kajian
yang dijalankan oleh …..

****

Slot kaunseling ini akan keudara pada hari selasa dan khamis dari pukul 9.00 hingga 10.00 malam.
Slot ini akan dikendalikan oleh saya sendiri selaku moderator/DJ. Setiap slot ini akan ada jemputan
khas iaitu kaunselor-kaunselor yang berdaftar dan juga pakar psikologi yang ada di sekitar kawasan
kita. Saya telah menghubungi Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS) dan juga Hospital
Sentosa Kuching berkaitan cadangan program ini. Mereka menyokong penuh cadangan ini malah
mencadangkan beberapa pegawai-pegawai mereka yang sesuai dijemput dalam program ini dari
negeri-negeri lain. Dan apa yang sangat menarik di sini, pakar-pakar kaunseling dan doctor-doktor
psikiatri ini tidak meminta sebarang bayaran untuk khidmat bakti yang mereka berikan. Maksudnya
di sini mereka memberikan perkhidmatan ini secara percuma.

Betul.. Mungkin ada dikalangan tuan puan beranggapan ini sesuatu yang biasa dan telah
dilaksanakan oleh syarikat-syarikat radio yang lain seperti Sinar FM. Namun kaedah syarikat ini lebih
kepada memberikan perkongsian berdasarkan tajuk yang diberikan. Untuk syarikat kita, kita akan
laksanakan sesi ini dengan 2 kaedah utama dan 1 kaedah alternatif.

Bagi kaedah Pertama, team saya akan cuba membawa mana-mana individu yang sudi untuk
bersemuka dalam konti dan ditemuramah secara live dan terus diberikan kaunseling dan sokongan
oleh kaunselor atau psikiatri semasa siaran berlangsung. Bagaimana individu ini dikenalpasti adalah
melalui email atau whatsapp yang dihantar. Team saya akan memilih email dan whatsapp yang
sesuai berdasarkan lokaliti individu tersebut dan masalah yang mereka hadapi. Kenapa lokaliti
menjadi keutamaan sebab seperti yang kita ketahui Sarawak adalah negeri yang besar dan banyak
bahagian-bahagian yang agak jauh dari Kuching. Maka kita akan memilih individu-individu yang
berdekatan sahaja yang boleh hadir ke konti kita.

Seterusnya team saya akan cuba menghubungi individu-individu ini terlebih dahulu untuk
mendapatkan persetujuan mereka. Namum jika individu-individu ini tidak setuju untuk bersemuka
dalam konti maka kaedah ke-2 akan kita gunakan iaitu dengan menghubungi mereka semasa siaran
ini berlangsung. Namun ini juga memerlukan persetujuan mereka. Maka, jika idividu ini juga tidak
bersetuju maka kaedah ke -3 akan digunakan iaitu email dan whatsapp mereka hanya akan
dibacakan sahaja untuk di jawab terus oleh pakar-pakar kita nanti.

Sepanjang siaran ini juga, pendengar-pendengar akan diberikan peluang dan kebebasan untuk
menghubungi kita untuk berkongsi cabaran dan masalah yang mereka hadapi atau berkongsi
pengalaman-pengalaman bagaimana mereka menghadapi cabaran dan masalah mereka. Sesi ini
sentiasa dibuka setiap kali siaran ini.

Maka beginilah serba sedikit kaedah yang kita akan gunakan untuk siaran ini.

Mengapa kaedah ini digunakan?

Pertama; mungkin ada dikalangan inidividu yang terkesan ini malu dan segan untuk expose diri
mereka kepada orang ramai. Maka kaedah ini sangat sesuai untuk golongan ini. Mereka boleh
merahsiakan nama dan juga identiti mereka bila bersiaran. Dan off course team kami secara
professional akan memastikan identiti mereka tidak akan terbongkar.

Kedua, kaedah ini boleh menjangkau ke seluruh pelusuk negeri baik dari bandaraya, bandar, luar
bandar dan pedalaman. Asalkan ada talian internet maka semua boleh terlibat. Tidak kira peringkat
umur. Semua boleh.

Dan ketiga tidak memerlukan peruntukan kewangan yang banyak.

Maka, saya selaku ketua department untuk siaran Malam Ku Indah ini sangat mengalu-alukan
cadangan dan pandangan tuan puan berkaitan usul saya ini. Dan saya juga sangat berharap usul dan
cadangan ini akan diterima dan dipersetujui oleh tuan puan. Melihat kepada data-data yang telah
saya tayangkan pada awal pembentangan saya tadi, adalah sangat wajar syarikat kita mengambil
bahagian dalam menangani peningkatan masalah mental di Malaysia lebih-lebih lagi di fasa pasca
covid-19 ini. Sekali lagi, saya memohon jasa baik tuan puan untuk mempertimbangkan cadangan
team saya ini. Akhir kata, jika ada penerangan saya kurang jelas, dan kata-kata yang tidak sesuai dan
kasar, saya mohon maaf atas kekurangan saya itu.

So, itu sahaja dari saya. Terima kasih atas perhatian semua. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai