Anda di halaman 1dari 15

<DIPLOMA IN EARLY CHIDHOOD EDUCATION >

<SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2019 >

<MPU2312>

<KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN>

NO. MATRIKULASI : <991023085538001>


NO. KAD PENGNEALAN : <991023-08-5538>
NO. TELEFON : <018-8740231>
E-MEL : <kathirtaarshini@gmail.com>

PUSAT PEMBELAJARAN : <JOHOR LEARNING CENTRE>


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open
University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat
APENDIKS.

1
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

https://www.google.com/search?

q=maksud+kesihatan+rohani&oq=kesihatan+rohani&aqs=chrome.2.69i57j0l6.13983j0j8

&sourceid=chrome&ie=UTF-8

https://www.google.com/search?

q=pengenalan+kesihatan+individu+dan+negara&oq=p&aqs=chrome.1.69i59l3j69i57j69i

61j69i60l3.6938j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8

https://www.google.com/search?

q=Kesihatan+dan+kesejahteraan+rohani&oq=KESIHATA&aqs=chrome.2.69i59l4j69i57

j69i61j69i60l2.16225j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8

https://www.google.com/search?

q=kesimpulan+kesihatan+individu+dan+masyarakat&oq=KESI&aqs=chrome.2.69i59l4j

69i57j69i61j69i60l2.4621j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8

2
TASK 1 (SOALAN 1 )
1.0 PENGENALAN
Berdasarkan perbincangan tugasan ini, pengamalan kesihatan dan kesejahteraan pada
seorang individu, keluarga dan komuniti dapat memberikan kebahagiaan, kesihatan dan
kemakmuran dalam kehidupan harian mereka. Sebaliknya, kehidupan yang gembira
sukar dikecapi, begitu juga seseorang individu mungkin tidak dapat menikmati
kemakmuran jika tidak gembira atau kurang sihat. Dalam pengertian kesejahteraan pula,
merumuskan konsep kesejahteraan sebagai pendekatan yang proaktif dan pencegahan
yang direka bentuk untuk mencapai kesihatan fizikal serta fungsi sosial dan emosi yang
optimum. Ia boleh dilihat sebagai komitmen dalam batasan dan potensi peribadi ke arah
kesihatan yang optimum, tanpa semata-mata memberi tumpuan pada ketiadaan penyakit
sahaja. Konsep kesihatan dan kesejahteraan merupakan komponen penting dalam
kesejahteraan. Dimana untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan,
ciri-ciri gaya hidup yang sihat serta tanggungjawab peribadi perlulah dititik beratkan.
Kita dapat lihat, beberapa ciri gaya hidup yang sihat dan sebagai garis panduan bagi
seseorang individu iaitu makan diet yang seimbang dan berkhasiat, kekal berat badan
ideal, seringkali bersenam, mampu menangani tekanan, mampu menangani emosi yang
berlebihan, rehat dan tidur mencukupi, kekalkan keseimbangan yang baik dalam
pekerjaan dan aktiviti sosial, beribadah berdasarkan kepercayaan masing-masing, elak
merokok, minum alkohol serta penyalahgunaan dadah, menjalani pemeriksaan saringan
kesihatan untuk mengesan lebih awal ancaman kesihatan, utamakan keselamatan diri,
berusaha meningkatkan diri secara berterusan, berfikiran yang optimistik dan positif
dalam kehidupan harian serta amalan yang aktif dalam persekitaran yang sihat.

3
2.0 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN ( FIZIKAL )
Sememangnya kekuatan dan ketahanan otot bergantung pada kecergasan fizikal yang
baik. Aktiviti senaman amat penting untuk kecergasan fizikal. Selain itu, kecergasan
fizikal yang baik/ideal mempunyai ciri-ciri ketahanan kardiorespiratori yang baik,
kekuatan otot mencukupi yang dipertingkatkan, fleksibiliti dan komposisi tubuh
badan yang betul. Oleh itu, orang yang fizikalnya cergas akan dapat menjalankan
tuntutan biasa dan yang mencabar dalam kehidupan seharian dengan selamat dan
berkesan.Semasa bersenam sebahagian besar organ dalam badan dan otot seseorang
bergerak aktif dan menjadi kuat. Maka itu, otot yang baik penting dalam keupayaan
anggota badan bergerak dan bertindak untuk menjalankan aktiviti harian.
Ringkasnya, melalui senaman otot menjadi lebih kuat, badan menjadi sihat dan otak
menjadi cerdas. Jika seseorang individu, sebuah keluarga dan masyarakat
mengamalkan aktiviti senaman, tidak mustahil kekuatan otot dan tahap kesihatan
akan meningkat. Oleh itu, kesedaran tentang perlunya aktiviti senaman hendaklah
dipupuk. Contohnya seorang pekerja yang mempunyai otot kuat, badan yang sihat

4
dan cergas akan melaksanakan pekerjaannya dengan cerdas dan bertenaga.
Sebaliknya pekerja yang lemah lesu akan mengambil tempoh yang lama
melaksanakan sesuatu pekerjaan. Tahukah apabila mengambil bahagian dalam
program kercergasan, kualiti gaya hidup sihat dan sejahtera akan meningkatkan.
Oleh itu, program senaman perlu diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan fizikal
yang baik untuk menyokong pergerakan badan dalam kehidupan harian. Antara
aktiviti yang biasa dijalankan adalah berenang, berlari, berbasikal, senaman aerobik,
berjalan pantas, permainan kasut roda serta beberapa latihan berat badan akan
menghasilkan kecergasan fizikal. Tuntasnya, untuk mencapai kesejahteraan dalam
kehidupan, kesihatan memainkan peranan yang sangat besar. Kesihatan fizikal dan
mental perlu dititik beratkan kerana ia saling berhubung kait antara satu
sama lain. Kesihatan yang baik mampu melahirkan seorang individu yang produktif
dan berdaya saing yang sekaligus memberi impak positif kepada masyarakat serta
negara.
Bagaimanakah kita boleh mentakrifkan kecergasan fizikal?
“Kecergasan fizikal ditakrifkan sebagai keupayaan untuk memenuhi
tuntutan permintaan biasa dan yang luar biasa dalam kehidupan seharian
dengan selamat dan berkesan tanpa terlalu letih, dan masih mempunyai
tenaga untuk aktiviti riadah dan rekreasi”.

2.1 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN ( MENTAL )


Seseorang yang normal tidak semestinya mempunyai kesihatan mental yang baik
pada setiap masa. Tetapi pada masa yang sama mereka mampu untuk melakukan
aktiviti seperti biasa. Menekankan aspek perkembangan mental, emosi
dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan
dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental
dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan. Menjadi suatu kemestian untuk
individu menjaga kepentingan kesihatan mental. Antara kepentingan kesihatan
mental ialah, ia menjadi asas kepada kesejahteraan individu dan masyarakat

5
untuk berfungsi secara efektif. Bagi kepentingan ini, ia merujuk kepada kesihatan
mental yang menunjukkan satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang
individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan
dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada
masyarakat. Kesihatan mental merupakan ekspresi emosi dan
melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan untuk menyesuaikan diri dalam
pelbagai tekanan dan tuntutan hidup. Adalah penting bagi seseorang untuk
mengendalikan tekanan baik yang dapat menyeimbangkan kesihatan mental dan
keadaan sekeliling. Di samping itu, kesihatan mental menyebabkan seseorang
mampu mengharungi cabaran kehidupan secara berhemah. Seseorang
yang mempunyai kesihatan mental yang baik akan tahu untuk menghadapi
tekanan dengan baik. Untuk menangani tekanan, seseorang indivividu
boleh melakukan aktiviti seharian atau beriadah untuk mengurangkan
tekanan. Selain itu, dalam cabaran kehidupan, pastinya ia mudah menerima
kenyataan. Seseorang individu akan menggunakan keupayaan diri dalam
mengatasi cabaran yang kian mencabar pada masa kini. Ia juga kan membawa
kepada pemikiran yang positif. Hal ini akan menjerumus kepada kebaikan
yang mampu memberikan kesejahteraan kepada diri dan masyarakat.

2.2 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN ( ROHANI )


Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang
individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara
umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit
dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak
dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu
cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah
kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan
seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan
kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan
tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup
keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat

6
diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan
secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan
amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani
boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta
melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri
daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani
yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap.
Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek
rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa
seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana
dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang
individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau
mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat
mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin
antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari
ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular
dalam masyarakat kita.
Apakah yang boleh kita amalkan untuk meningkatkan kesejahteraan rohani
kita? Ada beberapa amalan yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan
kesejahteraan rohani anda, iaitu:
(a) Mempunyai set kepercayaan yang boleh membimbing;
(b) Menghormati kepercayaan dan nilai orang lain;
(c) Hidup dengan cara yang konsisten dengan prinsip anda;
(d) Meluangkan masa untuk berdoa dan meditasi;
(e) Menyedari makna yang lebih mendalam terhadap peristiwa harian; dan
(f) Meluangkan masa dengan alam semula jadi.

3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kesihatan mempengaruhi segala aktiviti harian dan juga gaya
hidup seseorang individu. Kesihatan yang merangkumi fizikal dan mental adalah
sangat berhubungkait dan memainkan peranan yang saling bergantung.

7
Sesungguhnya badan yang cergas akan menghasilkan minda yang cerdas. Dapat
kita lihat di Malaysia, masyarakatnya tidak berapa mengambil berat tentang
tahap kesihatan mereka. Kesedaran tentang kepentingan kesihatan seharusnya
dipertingkatkan agar kesihatan dilihat sebagai kunci utama dalam kejayaan
sekaligus melahirkan seorang individu yang berdaya saing dari perspektif fizikal
mahupun mental. Bukan sahaja kepentingan yang harus ditingkatkan, langkah untuk
mengatasi kesihatan juga perlu diambil agar pencegahan awal boleh dilakukan.
Apabila seseorang mengambil langkah awal, pastinya ia akan mengurangkan
risiko untuk menghidapi penyakit-penyakit yang kronik. Oleh yang
demikian, adalah menjadi tanggungjawab individu, masyarakat, komuniti dan
negara bersama-sama menggembleng usaha dalam mencapai kehidupan yang
sejahtera. Dalam pada itu, cara hidup sihat adalah kunci utama dalam
mendapat kesihatan yang baik. Kesimpulannya, kesihatan bukanlah perkara yang
rumit ataupun menjadi masalah jika penjagaannya dilakukan sejak usia muda lagi.

4.0 SOALAN 2
PENGENALAN
Takrif dan pengistilahan kesihatan dan kesejahteraan seringkali digunakan tetapi
sedarkah kita dimana ianya mempunyai makna yang sedikit berbeza. Kesihatan lebih
cenderung kepada penakrifan yang berkait rapat dengan perubatan dan menjelaskan
keadaan fizikal dan mental seseorang. Ia biasanya menanda araskan penyakit atau
keabnormalan. Manakala kesejahteraan pula diistilahkan sebagai proses keseluruhan
mengekalkan keadaan umum kesihatan yang baik. Kesejahteraan melibatkan
keputusan yang secara sedar pada seseorang individu, sedangkan kesihatan hanya
menggambarkan keadaan seseorang. Walaubagaimanapun dalam gabungan frasa
“kesihatan dan kesejahteraan” membawa pengertian konsep usaha bagi mendapatkan
kesihatan keseluruhan yang mengandungi komponen mental, fizikal, sosial dan
emosi. Dalam pelbagai konteks, istilah ini sering digunakan bagi bertujuan untuk
menggalakkan gaya hidup yang lebih baik kepada setiap keluarga.Justeru itu, dalam
mengarah kepada gaya hidup yang sihat, setiap keluarga haruslah merancang dan
bergerak bagi melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat dalam kehidupan seharian.

8
4.1 INDIVIDU
Kesihatan dan kesejahteraan ialah, untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan
kesejahteraan seorang individu, terdapat tiga sifat tanggungjawab dalam peribadi perlu
dititikberatkan iaitu mengambil tindakan mengekalkan kesihatan yang optimum,
mengambil berat terhadap terhadap kesihatan dan kebajikan orang lain serta kesedaran
terhadap kesihatan dan membuat keputusan mengenai kesihatan. Secara menyeluruh,
pengamalan gaya kehidupan yang sihat dan sejahtera memberi enam manfaat yang
komprehensif seperti peningkatan kecekapan kardiovaskular atau jantung dan saluran
darah, peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan otot, peningkatan kawalan
kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri, peningkatan pengurusan tekanan dan
pandangan dalam kehidupan, peningkatan hubungan interpersonal serta penurunan kes
kematian dan morbiditi akibat penyakit dan lain-lain.

4.2 KESAN ( INDIVIDU )


Kesihatan yang sejahtera amat penting dalam kehidupan. Adalah menjadi
tanggungjawab individu untuk mengetahui akan kepentingan kesihatan fizikal dan
mental. Hal ini bertujuan menjadikan ia sebagai panduan dalam penjagaan
kesihatan

4.3 STRATEGIK ( INDIVIDU )


Strategi pelaksanaan berikut mempunyai kesan yang diingini pada sekurang-kurangnya
satu hasil dengan kepastian bukti yang sederhana atau tinggi dan tiada kepastian bukti
yang sederhana atau tinggi tentang kesan yang tidak diingini.Selain itu, Perjumpaan
pendidikan, Latihan pemakanan pekerja kesihatan., Jangkauan pendidikan (vs. tanpa
intervensi), Pemudahcara amalan, Pendapat pemimpin tempatan ,Audit dan maklum
balas, Intervensi yang disesuaikan (vs. tanpa intervensi). Strategi yang disasarkan kepada
pekerja penjagaan kesihatan untuk jenis masalah tertentu , Latihan penjagaan kesihatan
latihan menjadi lebih berpusatkan kepada pesakit dalam perundingan klinikal.Seterusnya,
penggunaan kit kelahiran. Pendidikan doktor dan pendidikan pesakit untuk

9
mengurangkan antibiotik yang menetapkan dalam pengaturan penjagaan ambulatory dan
latihan penjagaan kecemasan neonatal dalam perkhidmatan.

5.0 NEGARA
Kesihatan dan kesejahteraan ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada negara. Dalam meniti arus kemodenan yang
berteraskan sains dan teknologi matlamat, factor kesihatan masyarakat pada hari ini
berada pada tahap yang membimbangkan pihak berkuasa terutamanya Kementerian
Kesihatan Malaysia. Masalah wabak penyakit semakin menular dalam kalangan
masyarakat tahap mengira usia. Mengikut statisik yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia pada tahun 2015, angka pesakit yang menghadapi masalah
kesihatan telah meningkat sebanyak 200,000 orang jika dibandingkan dengan
bilangan pesakit pada tahun dahulu. Senario yang menggemparkan ini haruslah
ditangani dari akar umbi sebelum nasi menjadi bubur.

5.1 KESAN ( NEGARA)


Pertama sekali, salah satu kesan kesihatan dan kesjahteraan termasuklah tumbesaran
yang seimbang. Dalam kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan
yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun
makanan segera.Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan
makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau
sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik
seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kecing manis yang merupakan antara punca
kematian tinggi di Negara kita. Maka, tumbesaran yang seimbang ditentukan oleh
pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang mengandungi ketujuh-tujuh kelas
makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral,
lemak, air serta serat.

5.2 STRATEGIK ( NEGARA )


Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan
satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada

10
dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti
kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bagi manusia, dengan
kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu.
Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman
subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya
daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk
merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau
luaran yang boleh menggangu kesihatannya. Dari segi pemakanan pula,masyarakat perlu
menjaga pemakanan sesama mereka demi penjagaan kesihatan. Masyarakat di negara ini,
boleh dikatakan terlalu mewah dengan segala jenis makanan. Pelbagai jenis juadah
makanan yang dimakan oleh setiap orang saban hari kadangkala mengundang pelbagai
jenis penyakit yang jelas berbahaya. Namun begitu, masyarakat masih memandang
rendah terhadap hal ini. Juadah yang dimakan selalunya mengandungi bahan yang boleh
menjejaskan kesihatan tubuh badan mereka sendiri. Lantaran itu, masyarakat hendaklah
memilih makanan yang berkhasiat agar dapat membendung daripada masalah ini.
Tambahan lagi, individu itu sendiri hendaklah pandai memilih makanan mengikut amalan
piramid makanan agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.Selain itu,ahli
masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang
sihat. Akhir kata, seluruh ahli keluarga haruslah selalu bersenam demi menjaga kesihatan
dan pada yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.

6.0 KESIMPULAN
Pada kesimpulannya, kesihatan dan sejahtera amat penting kepada semua lapisan
masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, gaya
hidup sihat dan sejahtera hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Kita semua perlulah
memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Gaya hidup yang
tidak sihat akan mendatangkan impak yang negatif kepada kesihatan kita. Oleh itu,
kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan. Dengan ini,
kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat mulai sekarang. Kesihatan dan
kesejahteraan dapat membantu dalam mencegah jangkitan penyakit. Seseorang yang

11
mengamalkan gaya hidup yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri
dan juga persekitaraannya. Dengan mengutamakan kebersihan, maka kita dapat
menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga
dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga
kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong
dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan
peribadi seseorang. Langkah-langkah ini penting supaya setiap individu dapat
mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek pemakanan dan penjagaan kebersihan.

TASK 2
1.0 SOALAN 1 ( BINA JURNAL )
Pada pendapat saya, Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara
mendadak pada zaman sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan
berlebihan terutama makanan manis. Makanan yang tinggi kandungan gula dan
berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah.
Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan
dirembeskan untuk menstabilkan paras gula. Lama-kelamaan, paras gula ini akan
menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan
sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat
badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.
Bila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya dengan
susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar. Maksud obesiti di sini
adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan
sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Hakikatnya, obesiti
atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat elakkan. Ianya
berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit malahan
kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa obesiti
adalah salah satu penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia.
Obesiti ada kaitan dengan nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan iaitu
kalori. Seorang lelaki yang aktif memerlukan sekurang-kurang 2500 kalori setiap
hari untuk kekal sihat dan cergas manakala seorang wanita memerlukan 2000

12
kalori setiap hari. Nilai kalori ini boleh mempengaruhi berat badan seseorang.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, kurangkan kalori makanan dan
bersenam untuk membakar kalori. Sekiranya mahu tambah berat badan,
tambahkan kalori makanan dan buat senaman berat. Tetapi masalah berlaku
apabila kebanyakan orang gemar makan berlebihan dan jarang melakukan
senaman. Tabiat ini akan menyebabkan badan cepat naik dan boleh menjadi
obesiti sekiranya tidak dibendung. Orang yang ada berat berlebihan ini memang
suka makan walaupun perut tidak lapar. Mereka juga pasif dan sanggup duduk
berjam-jam tanpa melakukan kerja-kerja berat. Akhirnya, kalori di dalam
makanan yang tidak digunakan ditukarkan kepada lemak dan disimpan di
bahagian-bahagian badan seperti perut, pinggang dan lengan. Aspek kesihatan
disebabkan obesiti adalah kesan yang paling ketara kerana lebihan lemak di dalam
badan pesakit. Orang yang obes akan mudah menghidap serangan jantung enam
kali lebih tinggi berbanding orang yang kurus. Kajian pada tahun 2007 yang
diterbitkan di dalam Archives of Internal Medicine mendapati orang yang ada
berat badan berlebihan berisiko menghidap penyakit jantung sebanyak 32%
manakala peratus mendapat sakit jantung bagi orang yang mengalami obesiti
adalah 81%.Kebarangkalian untuk mendapat penyakit angin ahmar juga tinggi
bagi penghidap obesiti. Laporan pada tahun 2010 yang diterbitkan di dalam jurnal
Stroke mendedahkan bahawa peratusan bagi orang yang obes untuk menghidap
angin ahmar meningkat sebanyak 64%.Masalah kencing manis sememangnya
berkait rapat dengan obesiti. Hampir 90% orang yang obes akan menghidap
diabetes jenis 2 yang sememangnya mengancam nyawa. Sekiranya tidak dirawat
dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata boleh
menjadi buta dan kudung kedua-dua belah kaki.Menurut pakar, obesiti menjadi
punca penyakit kanser hingga menyebabkan kematian. Kajian daripada American
Cancer Society yang diterbitkan di dalam jurnal The New England Journal of
Medicine mendapati 14% kes kematian pesakit kanser lelaki dan 20% kes
kematian pesakit kanser wanita adalah disebabkan oleh obesiti.Obesiti juga
mempengaruhi kesihatan mental pesakit terutamanya yang berkaitan dengan
kemurungan.

13
(2,992 Patah perkataan )

14

Anda mungkin juga menyukai