Anda di halaman 1dari 3

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Etiket: peraturan-peraturan atau sopan santun kehidupan harian yg diterima oleh masyarakat.

Jenis majlis rasmi:

1. Majlis penuh istiadat: pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran.


2. Majlis rasmi dan formal: ada PM, ada menteri.
3. Majlis rasmi tapi tidak formal: tidak banyak patuhi protokol, tidak terlalu ketat.
4. Majlis tidak rasmi tapi formal: dianjur oleh pihak swasta yang perlukan protokol.

Aspek-aspek pengurusan pelbagai majlis rasmi atau formal.

1. Jawatankuasa
- Bentuk jawatankuasa
- Agih tugasan kepada ahli
2. Tempat majlis
- Selamat
- Lengkap kemudahan
3. Penyediaan senarai jemputan
- Kena hubungi, susun ikut protokol.
- Tetamu kehormat datang akhir.
- Bagi makluman awal kepada tetamu lain, ikut waktu yang ditetapkan oleh penganjur.
- Berdasarkan kepada atur cara majlis.
4. Atur cara majlis
- Sangat penting
- Susunan lengkap
- Mesti jelas
- Teks ucapan: ikut QUE, mesti jelas.
- Majlis petang tamat sebelum majlis
- Buat pembahagian masa [jangkaan]
5. Kesesuaian pakaian dalam majlis
6. Jemputan
7. Pemilihan menu
8. Susunan keutamaan
- Ikut keutamaan
- Susunan mesti betul ikut taraf dalam protokol
9. Panggilan hormat
10. Susunan tempat duduk
11. Pengacaraan majlis
12. Penyediaan atur cara pentadbiran
- Kena detail
13. Peranan penyambut tetamu & LO (License officer)
- LO: ada dalam majlis-majlis besar, fungsi sebagai confirm dengan agensi [contact orang]
- Dapatkan nombor telefon, pastikan kehadiran
- Jemput tetamu, iringi tetamu, kena berada berdekatan dengan tetamu [hotel – di hadapan
bilik tetamu]
- Bertindak untuk luar majlis
14. Raptai
- Kena buat raptai untuk persediaan
- Gambaran awal majlis yang hendak dijalankan
15. Nilai-nilai Islam
- Buat majlis selepada waktu solat
- Jumaat – buat sebelum solat Jumaat.
- Ada bacaan doa.
16. Post-mortem
- Perbincangan akhir selepas majlis
- Tengok kekuatan dan kelemahan yang boleh diperbaiki dan ditingkatkan.

CENDERAMATA:
- Surat Pekeliling Am Bil. 7/1984 tidak galakkan pemberian cenderamata.
- Boleh disampaikan dalam majlis atau bilik minuman dengan tertib.

BACK DROP
- Back drop guna bahasa Melayu.
- Bahasa Inggeris untuk MAJLIS ANTARABANGSA sahaja
- Darjah kebesaran tidak dicatat di back drop.

ROSTRUM
- Rostrum guna tiga (VVIP, Doa, MC)
- Elakkan daripada meletakkan jambangan bunga di atas rostrum

BILIK MENUNGGU

- Memudahkan penyelarasan dengan penyediaan dewan


- Memperkenal dif-dif yang akan duduk di atas pentas
- Memberi sedikit taklimat jika perlu
- Rehat seketika sebelum memulakan majlis
BUKU CENDERAMATA

- Ada kata alu-aluan

PENULISAN KAD JEMPUTAN

- Nama majlis
- Penganjur
- Logo agensi
- Tempat majlis
- Nama jemputan
- Tarikh
- Masa
- Panduan pakaian
- Nama panduan telefon rujukan
- Atur cara
- Kad jawatan
- Pelan lokasi

Nota Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum.

 Sesuai untuk dijadikan senarai semak sebelum menjalankan apa-apa majlis.


 Bagi pelajar PISMP Semester Satu, panduan ini amat membantu dalam penyediaan atau
penganjuran majlis minum petang.
 Nota ini disampaikan oleh Pegawai Protokol sendiri.

PERINGATAN

Anda dibenarkan memuat turun nota ini.

Kemudian, anda hendaklah menyebarkan dan berkongsilah dengan rakan-rakan anda.

Jangan bakhil dengan ilmu, tetapi biarlah kita tamak dengan ilmu.

©HAK CIPTA TERPLIHARA PISMP AMBILAN JANUARI 2011 UNIT J3

BAHASA MELAYU/PENDIDIKAN JASMANI/PERSURATAN DAN KESENIAN MELAYU

IPG KAMPUS IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

Anda mungkin juga menyukai