Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran menulis

SP 3.6.2 Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik kepada perenggan dan
bahan prosa atau puisi kepada bahan ilustrasi menggunakan ayat yang gramatis.

Manfaat Hutan
SKEEMA JAWAPAN:
Gambar rajah menunjukkan manfaat hutan kepada semua hidupan di muka bumi ini.
Antara manfaat hutan adalah seperti menjadi kawasan tadahan hujan semula jadi. Hutan
berfungsi untuk menyerap air hujan seperti span. Selain itu, hutan juga penting untuk
habitat flora dan fauna. Hutan yang dipelihara akan menjadi khazanah dan tempat hidupan
liar serta perlindungan flora daripada mengalami kepupusan. Seterusnya, hutan juga boleh
menjadi salah satu sektor ekopelancongan. Malaysia mempunyai hutan hujan tropika dan
hutan paya bakau yang cantik dan sesuai untuk dijadikan pusat pelancongan bersifat
semula jadi.Oleh itu, kita mestilah menjaga kelestarian hutan demi kelangsungan hidup
semua hidupan.

(99 patah perkataan)

*perkataan yang dihitamkan menunjukkan isi tersirat

Anda mungkin juga menyukai