Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Jalan College, 93200 Kuching.


______________________________________________________________
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP)
AMBILAN JUN 2018
______________________________________________________________
KEUPAYAAN KEWANGAN (KKWK 3013)
______________________________________________________________
PROJEK INDIVIDU : PORTFOLIO KEWANGAN

NAMA GURU PELATIH MARK EVANZEL MAHANI


ANGKA GILIRAN 2017042340098
NO. KAD PENGENALAN 980129-13-6491
KUMPULAN BAHASA INGGERIS (SK 2)

KOD & NAMA KURSUS : KKWK 3013 (KEUPAYAAN KEWANGAN)

NAMA PENSYARAH : DR. WEE KIM TECK/ DR. LU CHUNG CHIN

TARIKH SERAHAN : 24 DISEMBER 2021

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah.


Tugasan 2 KKWK3013: Portfolio Kewangan
1.0 Pengenalan
Kebebasan dari segi kewangan merupakan salah satu perkara yang ingin dicapai
oleh manusia sejak dari dulu lagi. Untuk mencapai kebebasan kewangan, manusia telah
mencuba pelbagai perkara agar dapat mencapai kebebasan kewangan yang diimpikan
sejak sekian lama. Antaranya ialah bekerja, berniaga, melabur dan sebagainya. Portfolio
kewangan dibuat sebagai garis panduan dan rancangan pengurusan kewangan
seseorang individu atau sesuatu syarikat agar pengurusan kewangan menjadi lancar dan
tidak berlaku pembaziran atau penyelewengan wang dari aspek tertentu seperti tabiat
berbelanja yang tidak terkawal. Portfolio kewangan juga bertujuan untuk mengawal aliran
kewangan seseorang atau sesuatu syarikat. Pengurusan dan perancangan adalah
sesuatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang
berkaitan dengan harta atau kewangan. (Sumaiyah,2015). Portfolio kewangan juga
membantu kita untuk menentukan pelaburan yang terbaik untuk kita berdasarkan
pendapatan dan kemampuan kita bagi mengurangkan risiko pelaburan dan
meminimumkan kerugian semasa pelaburan. Menurut Kamus Dewan (2005), pelaburan
bermaksud ‘wang yang dilaburkan dalam sesuatu perniagaan.’ Pada masa kini, terdapat
banyak pelaburan yang terdapat di dunia. Kita hendaklah bijak untuk memilih pelaburan
apa yang sesuai untuk kita bagi mengelakkan kerugian dan daripada ditipu.
Pelaburan adalah salah satu keperluan pada masa kini kerana pelaburan mampu
meningkatkan kebolehan kewangan sedia ada, melawan kesan inflasi, dan persiapan
untuk masa depan. Pelaburan juga membolehkan kita untuk menggunakan duit untuk
menjana lebih banyak duit sekiranya kita melabur dengan bijak. Dengan kata lain, kita
boleh menjadikan pelaburan sebagai pendapatan sampingan tanpa mengganggu
pendapatan utama. Salah satu cabaran kita pada waktu wabak Covid-19 ini adalah inflasi
kerana ekonomi negara terjejas akibat kesan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang telah pada Mac tahun lalu. Negara kita turut terjejas dan ramai
rakyat yang terkesan kerana wabak tersebut. Inflasi adalah fenomena di mana duit kita
meningkat tetapi kuasa membeli kita menurun. (Henry, 2002). Kita mempunyai duit yang
banyak namun kita masih tidak lagi mampu membeli barangan kerana nilai duit kita
menurun dan harga barangan pula meningkat.
Kita juga akan mampu meringankan beban yang ditanggung sekiranya kita
melabur kerana kita mempunyai simpanan dan tidak hanya bergantung kepada
pendapatan utama kita iaitu gaji. Tabiat menyimpan dan melabur wang adalah sesuatu
yang perlu diamalkan terutamanya oleh golongan muda bagi mengelakkan diri daripada
terjebak dalam masalah hutang dan kebankrapan. Menurut Zaimah (2010), perancangan
kewangan merupakan satu proses yang dinamik yang memerlukan pemantauan dan
penilaian yang berterusan, supaya kedudukan kewangan dapat dikawal dengan tepat.
Jones dan Pendlebury (2000), pula mentakrifkan perancangan kewangan sebagai
mengelakkan diri daripada meminjam daripada orang lain.

2.0 Latar Belakang Peribadi


Portfolio ini adalah berdasarkan latar belakang saya sendiri iaitu daripada
pendapatan saya setelah saya mula bekerja kelak. Saya akan bekerja sebagai guru pada
umur dua puluh lima tahun kelak dengan gaji permulaan sebanyak RM2,289.73 dengan
kenaikan tahunan sebanyak RM225.

3.0 Objektif Pelaburan


Objektif utama pelaburan saya terbahagi kepada dua iaitu jangka pendek dan
jangka panjang. Bagi objektif jangka pendek, saya ingin memastikan saya mampu
menyimpan sekurang-kurangnya 15% daripada gaji saya dan mempunyai simpanan
kecemasan sekurang-kurangnya untuk enam bulan. Untuk objektif jangka panjang pula,
saya ingin mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan aset seperti rumah dan
kereta, menanggung perbelanjaan keluarga dan bebas daripada hutang serta
mempunyai pendapatan yang pasif bagi mencapai tujuan utama iaitu mendapat
kebebasan kewangan.
4.0 Anggaran Pendapatan Tahunan
Pertama sekali, saya akan mengira jumlah anggaran pendapatan tahunan saya
apabila mula bekerja kelak. Jadual 1 di bawah adalah anggaran jumlah pendapatan saya
apabila saya mula bekerja kelak.

Perkara Jumlah (RM)

Gaji Pokok (2,289.73 X 12) 27,476.76

Elaun Khidmat Awam (RM225 X 12) 2,700

Elaun Rumah (RM300 X 12) 3,600

Bantuan Sara Hidup (RM250 X12) 3,000

Jumlah 36,776.76
Jadual 1
5.0 Anggaran Perbelanjaan Tahunan
Kemudian, saya akan mengira jumlah anggaran perbelanjaan tahunan.
Perbelanjaan terbahagi kepada dua, iaitu perbelanjaan tetap dan perbelanjaan budi
bicara. Perbelanjaan tetap merujuk kepada perbelanjaan untuk keperluan diri dan tidak
dapat dielakkan manakala perbelanjaan budi bicara pula merujuk kepada aliran wang
kepada kehendak diri dan atas menunaikan tanggungjawab seseorang individu kepada
ahli keluarga. Sila rujuk Jadual 2 dan Jadual 3 untuk anggaran perbelanjaan tahunan.

Perbelanjaan tetap

Perkara Jumlah (RM)

Pinjaman Motosikal (349 X 12) 4,188

Insuran Motosikal 250

Cukai Jalan 20

Insuran Sendiri (150 X 12) 1,800

Lesen Memandu 30

Caruman Perkeso 250

Makanan & Minuman (400 X 12) 4,800

Bil Telefon Bimbit (50 X 12) 600

Petrol (100 X 12) 1,200

Utiliti Rumah (50 X 12) 600

Barang Kegunaan Peribadi (50 X 12) 600

Jumlah 14,338
Jadual 2
Perbelanjaan Budi Bicara

Perkara Jumlah

Perubatan (50 X12) 600

Pakaian (100 X 12) 1,200

Hiburan (100X12) 1,200

Peralatan Rumah 200

Wang Kepada Ibu Bapa (400 X 12) 4,800

Simpanan Peribadi Dan Kecemasan 4,128


(344 X 12)

Jumlah 12,128
Jadual 3
Wang Lebih = Pendapatan - Perbelanjaan Tetap - Perbelanjaan Budi Bicara
= RM36,776.76 - RM14,338 -RM12,128
= RM 10,310.76
Saya masih ada RM10,310.76 yang masih belum digunakan. Oleh itu, saya
bercadang untuk menggunakan wang tersebut untuk menjana lebih banyak wang agar
dapat mencapai matlamat jangka panjang saya, iaitu untuk membeli aset seperti tanah,
rumah dan kereta serta bebas dari hutang.

6.0 Pilihan Pelaburan


Berdasarkan trenda kewangan semasa, terdapat tiga jenis pelaburan yang telah
saya pilih berdasarkan kemampuan saya dan mampu untuk menjana keuntungan dalam
jangka masa yang panjang. Tiga jenis pelaburan tersebut adalah pelaburan di bank,
pelaburan dengan produk-produk PNB seperti ASB, ASN2, ASD dan sebagainya serta
pelaburan emas.
6.1 Pelaburan Bank
Kebaikan membuat pelaburan bank adalah pelaburan bank mempunyai risiko
yang rendah. Kita tidak akan terdedah dengan risiko yang tinggi sekiranya kita membuat
pelaburan bank kerana bank mempunyai pelan yang kukuh dan mempunyai aliran wang
yang stabil. Selain itu, pelaburan bank juga mempunyai tahap kecairan yang rendah iaitu
kita tidak akan mengalami kesukaran yang sukar untuk mendapat wang pelaburan kita.
Pelaburan bank juga terbuka kepada semua. Dalam kata lain, seseorang yang baru
berjinak-jinak dalam pelaburan juga boleh mencuba untuk melabur dengan bank tanpa
melalui banyak proses dan memerlukan ilmu pelaburan yang tinggi. Kelemahan bank
adalah pulangan yang agak rendah dan pihak bank menetapkan tempoh wang matang
yang agak lama. Kita tidak akan dapat mengeluarkan wang yang kita labur di bank
sehingga tempoh yang ditetapkan ataupun kita akan mengalami kerugian.
Bank yang telah saya pilih adalah Arab Malaysian Bank (Ambank) dan membuat
simpanan tetap (Fixed Deposit). Tiada risiko pelaburan semasa melabur di bank ini
kerana duit premium adalah terjamin. Pulangan pula stabil dengan kadar faedah seperti
yang tertera di bawah. Pelaburan ini adalah di mana saya akan melaburkan sejumlah duit
ke dalam simpanan tetap yang saya tidak boleh sentuh untuk tempoh yang ditetapkan
oleh pihak bank. (AmBank, n.d).

Bulan Faedah Kompound Tahunan (%)

1 3.15

2 3.15

3 3.20

4 3.25

5 3.25

6 3.30

7 3.30

8 3.30
9 3.30

10 3.30

11 3.30

12 3.35

15 3.25

18 3.25

21 3.25

24 3.30

36 3.35

48 3.40

60 3.40
Jadual 4

6.2 Pelaburan Saham Amanah


Terdapat lima jenis amanah saham di pasaran iaitu, amanah saham kerajaan,
dana ekuiti/saham, dana sekuriti pendapatan tetap, dana seimbang dan dana modal
terjamin. (ASNB, n.d.). Risiko pelaburan adalah bergantung kepada jenis amanah saham
yang telah dipilih. Secara am, risiko yang rendah akan membawa kepada pulangan yang
rendah manakala risiko yang tinggi akan membawa kepada pulangan yang tinggi.
Amanah saham juga dikenali sebagai unit amanah ataupun unit trust. Ianya merupakan
sebuah tabung dana yang mengumpulkan kesemua wang individu ataupun syarikat.
Wang terkumpul tersebut kemudiannya akan dilaburkan ke pasaran saham untuk
mendapatkan keuntungan. Wang tersebut akan diuruskan oleh pengurus dana
profesional seperti bank-bank pelaburan.

6.3 Pelaburan Emas


Emas boleh memberi perlindungan terhadap inflasi dan kerana sumber emas yang
terhad, ianya juga akan kekal bernilai. Sekiranya nilai mata wang naik turun pada masa
hadapan dan sumber emas semakin sukar untuk didapati, nilai emas mungkin akan
meningkat.
Tapi ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih untuk
membeli emas. Salah satu ialah keselamatan apabila menyimpan emas di dalam
kediaman. Kedua, ia juga mungkin mengambil masa untuk mencairkan atau menunaikan
pelaburan emas ke dalam wang tunai. Emas yang disimpan juga tidak menjana apa-apa
faedah atau dividen. Namun, kerana kemajuan teknologi, pelaburan emas tidak perlu
dilakukan secara fizikal, namun secara atas talian tanpa memerlukan emas fizikal.
Sebagai contoh, melalui akaun e-Gold Investment CIMB (e-GIA). Akaun emas mampu
milik ini membolehkan kita untuk membuat pelaburan emas dengan ketulenan 99.9% dan
tidak seperti emas fizikal, kita tak perlu risau tentang jaminan keselamatan kerana akaun
ini merupakan akaun atas talian. Kita juga boleh membeli dan menjual emas dengan
senang menggunakan CIMB Clicks. (CIMB, 2021).

7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, saya telah mengetahui terdapat banyak jenis pelaburan yang
berbeza. Semua jenis pelaburan ini berbeza dari pelbagai segi dan ialah sesuai untuk
orang yang berbeza. Secara amnya, saya mendapati bahawa pelaburan yang
mempunyai potensi keuntungan yang paling banyak adalah pelaburan yang mempunyai
potensi kerugian yang paling banyak juga. Dengan itu, kita sebagai pelabur perlu
membuat keputusan yang bijak untuk memilih pelaburan yang paling sesuai untuk diri
kita kerana keputusan yang salah akan memberikan kesan negatif kepada kita pada
masa hadapan.
Rujukan
ambank interest rate. AmBank. (n.d.). Retrieved December 16, 2021, from
https://www.ambank.com.my/eng/
Cimb. (2021, July 23). Panduan pelaburan emas untuk pelabur muda. CIMB. Retrieved
December 16, 2021, from
https://www.cimb.com.my/bm/personal/life-goals/investment/a-beginners-guide-
to-in
vesting-in-gold.html
Henry, P. B. (2002). The net present value of stabilizing inflation. Charles A. Dice Center
f
or Research in Financial Economics, Fisher College of Business, Ohio State
University.
Jones, R. and Pendlebury, M. (2000). public sector accounting. Fifth Edition. Essex:
Pearson Education Limited

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan.

Sumaiyah Mat Desa. (2015). Pengurusan kewangan. University of Malaya : PTS


Publications & Distributors Sdn Bhd.
The official Facebook account for ASNB's promotional activities. Amanah Saham
Nasional Berhad (ASNB). (n.d.). Retrieved December 16, 2021, from
https://www.asnb.com.my/asnbv2_0index.php
Zaimah, R. (2010). Pengaruh pengetahuan, tingkah laku dan pembuatan keputusan
kewangan ke atas kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.
Tesis Doktor Falsafah : Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai