Anda di halaman 1dari 21

PEMARKAHAN

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR PROGRAM

KAJIAN TINDAKAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK NO PHONE

MUHAMMAD AZRI SYAFIQ BIN D20172080289 011-27440306


AHMAD POUZI

PENSYARAH : DR. MUHD IBRAHIM BIN MUHAMAD DAMANHURI

KUMPULAN : AT13A

TARIKH : 31/12/2021
PENGHARGAAN

Assalamualaikum WBT. Syukur Alhamdulillah saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnianya, maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Latihan Mengajar
1 (LM1) dan Latihan Mengajar 2 (LM2) serta laporan kajian tindakan ini. Sememangnya
peluang yang diberikan kepada saya ini banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk
membina keyakinan dalam diri untuk mendidik murid - murid.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Sains


Tuanku Syed Putra terutama Pengetua SMSTSP, Pn. Julaila binti Yahya, Guru Kanan Sains
dan Matematik, Cik Wan Norjanatul Na’aimi binti Wan Ali, dan Guru mata pelajaran Kimia, Pn.
Nazlia Hani binti Ruslan. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses
latihan mengajar berlangsung. Tidak lupa juga kepada pensyarah Penyelia sepanjang latihan
mengajar, Dr. Wan Mohd Nuzul Hakimi bin W Salleh yang selalu membimbing saya
memantapkan lagi jiwa guru dalam diri saya. Tidak lupa juga kepada pensyarah kursus
KPR3012, Dr. Muhd Ibrahim bin Muhamad Damanhuri yang banyak memberi ilmu
pengetahuan tentang pengajaran di sekolah. Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan
- rakan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang membantu saya membuat refleksi berkaitan
pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya bantuan mereka, saya dapat
menyiapkannya dengan jayanya.

Dengan sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya


menyelesaikan Latihan Mengajar 1 (LM1) dan Latihan Mengajar 2 (LM2) beserta laporan
kajian tindakan ini dengan baik.

i
PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM MELIHAT PENGLIBATAN MURID
SEMASA SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR) BAGI MURID
TINGKATAN 4 CENDEKIA DALAM MATA PELAJARAN KIMIA

Oleh:

Muhammad Azri Syafiq bin Ahmad Pouzi


Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra

01000, Kangar,

Perlis.

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memupuk komunikasi dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam aktiviti yang berpusatkan murid kerana ingin melihat
penglibatan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada mata
pelajaran Kimia. Seramai 26 orang murid kelas 4 Cendekia daripada Sekolah Menengah
Sains Tuanku Syed Putra dan seorang guru pembimbing yang terlibat dalam kajian tindakan
ini. Kajian ini juga melihat keupayaan murid untuk melakukan pembentangan dan
“brainstorming” untuk memberi idea dan pendapat tersendiri. Melalui kaedah tersebut dilihat
sebagai satu cara untuk murid melakukan kerja secara berkumpulan dengan baik atau
menyiapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan. Kajian ini menggunakan pendekatan
pemerhatian oleh guru kerana ingin melihat tahap penglibatan atau keaktifan murid dan
perhatian murid dalam melakukan aktiviti di kelas. Teori yang digunakan adalah teori kaedah
pengajaran. Masalah yang dihadapi semasa PdPR ialah kurang memberi soalan KBAT dan
pengurusan masa dalam sesi PdPR. Selain itu, kajian ini juga menggunakan pendekatan
visual dan menggunakan gambar-gambar untuk menarik minat murid. Dalam gaya
pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan
dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami
arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid “visual” tidak
memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar
melalui pembacaan. Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika
mereka hendak mengingati sesuatu (Murdoch Teacher Center, 1984). Wujudnya penggunaan
multimedia interaktif ini, para murid secara langsunngnya melibatkan diri secara aktif dalam
sesi PdPR dan juga memberikan impak yang positif kepada warga sekolah.

ii
ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT
PENGHARGAAN i

ABSTRAK ii

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPR) LALU 1

2.0 FOKUS KAJIAN 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 2

3.1 OBJEKTIF AM 2

3.2 OBJEKTIF KHUSUS 2

4.0 KUMPULAN SASARAN 2

5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN 3

5.1 TINJAUAN MASALAH 3

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 4

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5

5.4 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN 6

5.5 REFLEKSI KAJIAN 11

6.0 CADANGAN KAJIAN 14

BIBLIOGRAFI 15

LAMPIRAN 16
1.0 REFLEKSI PDPR LALU

Semasa sesi PdPR sepanjang Latihan Mengajar 1 dan 2 (LM1 & LM2) di Sekolah Menengah
Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis, saya telah mengajar subjek Kimia bagi kelas 4
Cendekia yang mempunyai 26 orang murid. Murid-murid 4 Cendekia dijadikan sebagai sampel
kajian saya. Saya diberi masa selama 90 minit untuk melaksanakan setiap sesi PdPR sepanjang
LM1.

Berdasarkan PdPR yang dijalankan, murid mendengar setiap pengajaran yang guru
sampaikan dengan teliti dan menurut setiap arahan guru dengan baik. Murid juga seronok dengan
aktiviti maya yang guru sediakan iaitu Blooket, Quizziz, Mentimeter, Quizwhizzer dan sebagainya.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan berdasarkan PdPR yang dijalankan.
Antaranya ialah murid kurang memberi respon dengan pertanyaan guru ketika set aplikasi idea
dijalankan dan soal jawab yang hanya mampu dijawab oleh murid adalah ditahap rendah. Murid
juga kurang berkomunikasi di antara satu sama lain semasa aktiviti dijalankan. Hal ini
menyebabkan PdPR hanya dijalankan secara satu hala sahaja kerana tiada interaksi yang dapat
dilaksanakan. Tambahan pula, pertukaran idea dan pandangan sangat kurang sekali.

Saya telah membuat sorotan literature tentang faktor-faktor yang mengalakkan murid aktif
di dalam kelas. Kebanyakkan kajian yang dilakukan sebelum ini mengaitkan aktiviti berpusatkan
murid atau aktiviti abad ke-21 untuk mengalakkan murid aktif di dalam sesi pembelajaran dan
mengalakkan interaksi dan pembelajaran secara dua hala. Menurut Mohd Khairuddin (2017),
proses komunikasi boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan di mana pengetahuan, sikap dan
kemahiran yang disampaikan bertujuan untuk mendapatkan gerak balas yang dikehendaki.
Menurut Khalil Haji Johari (2017), komunikasi sering dianggap sebagai satu proses biasa yang
sentiasa berlaku dalam kehidupan manusia seharian. Menurut beliau juga, guru perlu bijak untuk
menyusun strategi agar suasana komunikasi antara guru dan murid dapat berlaku secara
harmonis, saling bantu-membantu, hormat menghormati supaya tidak timbul sebarang masalah
atau konflik.

Secara kesimpulannya, berdasarkan sorotan literature yang telah dilakukan didapati guru
hendaklah merancang strategi pdpc dengan baik untuk mengalakkan murid aktif misalnnya
dengan menjalankan aktiviti PdPR yang berpusatkan murid. Hal ini kerana aktiviti sebegini dapat
mengalakkan muridberfikir secara kreatif dan kritis seterusnya pembelajaran secara aktif akan
wujud di dalam kelas.

1
2.0 FOKUS KAJIAN
Setelah meneliti setiap permasalahan yang dihadapi, saya mendapati bahawa cara pengajaran
saya mempengaruhi penglibatan murid dalam sesi PdPR yang dijalankan. Oleh itu, setelah
memikirkan beberapa cadangan dan penambahbaikkan, saya telah membuat keputusan untuk
melibatkan murid dalam penggunaan multimedia interaktif seperti Powerpoint, aplikasi Canva
atau sewaktu dengannya sebagai medium semasa sesi PdPR tersebut. Multimedia interaksi ini
dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdPR.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik dan mewujudkan murid yang aktif serta dapat berkomunikasi dengan baik
semasa sesi PdPR.

3.2 Objektif Khusus


Kajian ini di jalankan bagi memenuhi objektif khusus iaitu:

1) Mengenalpasti strategi atau kaedah untuk guru menggalakkan murid lebih terlibat
dalam aktiviti semasa PdPR.

2) Mengenalpasti kecendurungan amalan pembelajaran murid tingkatan 4 Cendekia


untuk menjadi aktif.

3) Mempertingkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran Kimia.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilakukan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra yang terletak di Kangar
Perlis. Sasaran kajian terdiri daripada murid Tingkatan 4 Cendekia seramai 26 orang yang
terbahagi kepada 18 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.

2
5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Jadual 1 Kaedah Mengutip Data


Langkah
Cara Kumpulan
dan Tujuan
Penilaian Sasaran
Tarikh
Langkah 1 Meminta murid
secara rawak
26 orang
21 menjawab Untuk mengenalpasti apakah masalah
murid
September soalan yang utama yang dihadapi oleh murid.
4 Cendekia
2021 ditanya oleh
Guru.
Langkah 2 Kelas
dijalankan
26 orang Saya melaksanakan kelas secara luar
23 secara luar
murid talian menggunakan kaedah kuiz
September talian
4 Cendekia interaktif iaitu Blooket.com
2021 menggunakan
Blooket.com
a) 5 orang
murid a) Saya merujuk pada 5 orang murid
4 Cendekia yang tidak menjawab kuiz interaktif
Langkah 3 yang tidak yang diberi oleh Guru.
menjawab
28 kuiz b) Guru pembimbing saya iaitu Puan
Merujuk
September interaktif. Nazlia Hani, saya merujuk kepada
2021 beliau mengenai cara untuk
b) Guru meningkatkan penglibatan murid dalam
pembimbing kelas.
Puan Nazlia
Hani

3
5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Jadual 2 Analisis tinjauan masalah


Langkah
Cara Kumpulan
dan Tujuan
Penilaian Sasaran
Tarikh
Langkah 1 Meminta murid
secara rawak Seramai 3 orang murid mencuba untuk
26 orang
21 menjawab menjawab soalan yang ditanya oleh
murid
September soalan yang Guru manakala seramai 23 orang murid
4 Cendekia
2021 ditanya oleh tidak menunjukkan apa-apa reaksi.
Guru.
Langkah 2 Kelas
Berdasarkan kuiz interaktif yang diberi
dijalankan
26 orang oleh Guru, terdapat murid yang tidak
23 secara luar
murid turut serta untuk menjawab soalan kuiz
September talian
4 Cendekia tersebut. Jumlah murid yang menjawab
2021 menggunakan
seramai 11 orang sahaja.
Blooket.com
Saya berhubung dengan kelima-lima
murid tersebut melalui aplikasi telegram
a) 5 orang
dan mereka memberikan pelbagai
murid
sebab yang menunjukkan perassan
4 Cendekia
tidak minat dan tidak akan terlibat
Langkah 3 yang tidak
dalam aktiviti pembelajaran kimia.
menjawab
28 kuiz
Merujuk Saya bertanya kepadai guru
September interaktif.
pembimbing saya dan beliau
2021
menyatakan bahawa sewaktu sesi
b) Guru
PdPR, penglibatan para murid dalam
pembimbing
mata pelajaran kimia adalah kurang
Puan Nazlia
memuaskan kerana murid-murid
Hani
kurang responsif dan pasif.

4
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Tinjauan awal menunjukkan murid-murid kurang menunjukkan minat dalam mata
pelajaran kimia. Masalah yang dihadapi oleh murid berpunca daripada kesukaran
memahami konsep, kurang kecekapan dalam penulisan persamaan, kurang kemahiran
penyelesaian masalah dan melukis gambarajah untuk mewakili sesuatu radas dan
konsep (Masyuniza, 2015). Situasi pada zaman pandemik Covid-19 mengehadkan
pembelajaran dan pengajaran khususnya dalam PdPR yang saya jalankan yang
menunjukkan kelemahan dari kurangnya penglibatan murid-murid dalam PdPR. Oleh
sebab itu, bagi mengatasi masalah ini, saya telah melaksanakan satu aktiviti iaitu
pembentangan murid-murid kelas 4 Cendekia dengan menggunakan multimedia interaktif
seperti canva, powerpoint dan sebagainya bagi kajian ini:

1. Saya akan memberi arahan kepada murid-murid untuk hadir dalam kelas PdPr.
2. Selepas itu, saya akan membahagikan murid-murid kepada lapan kumpulan mengikut
bab dalam Buku Teks KSSM Kimia Tingkatan 4.
3. Seterusnya, saya akan menjelaskan aktiviti pembentangan yang murid-murid akan
lakukan dan menyatakan juga bahawa pembentangan ini akan menyumbang kepada
markah Penilain Bilik Darjah para murid.
4. Semua murid perlu hadir dan harus melaksanakan aktiviti ini.
5. Murid-murid perlu menyiapkan pembentangan ringkas mereka dalam tempoh masa
yang diberi.
6. Instrumen dan bahan-bahan yang digunakan adalah:

Jadual 3 Instrumen yang digunakan


Bil. Instrumen Penggunaan
Multimedia Interaktif yang murid untuk menyiapkan
1. Canva
bahan pembentangan.
Multimedia Interaktif yang murid untuk menyiapkan
2. Powerpoint
bahan pembentangan.
Aplikasi Google
3. Pelaksanaan sesi PdPR
Meet
Medium untuk berbincang dan menyalurkan tugasan dan
4. Aplikasi Telegram
maklumat.

5
5.4 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

5.4.1 Perlaksanaan aktiviti 1


Aktiviti 1 dijalankan semasa kelas PdPR. Saya menggunakan aplikasi Telegram
untuk memberikan dua kuiz latihan Bab 1 dan 2 yang menggunakan multimedia
interaktif Blooket sebagai medium. Murid-murid menjawab kuiz tersebut dalam
tempoh masa yang diberi.

PEMERHATIAN

Tarikh : 5 Oktober 2021


Tempat : Aplikasi Telegram
Masa : 2.30 petang hingga 4.00 petang

Peristiwa:
Saya meminta para murid untuk menyiapkan dua kuiz latihan Bab 1 dan 2
Tingkatan 4 Kimia yang telah saya sediakan. Pada awal kelas, saya
memberikan pautan kuiz berikut di telegram. Semasa kelas PdPR secara luar
talian, terdapat beberapa murid yang mempunyai masalah dalam mengakses
pautan berikut. Saya membantu murid-murid yang tidak boleh mengakses
pautan tersebut dengan cara mengemaskini tetapan kuiz tersebut. Selepas itu,
murid-murid terbabit dapat menjawab kuiz tersebut dengan baik.

Rajah 1.0 Telegram sebagai medium untuk menyalurkan maklumat dan tugasan.

6
Refleksi
Sepanjang aktiviti dilaksanakan, kebanyakan murid memberi maklum balas yang
positif tetapi terdapat sebahagian murid tidak dapat mengakses kuiz tersebut.
Setelah beberapa minit saya mengubah pengaturcaraan, murid-murid tersebut
dapat menjawab kuiz dengan jayanya. Kendatipun, seramai 9 murid yang tidak
melaksanakan kuiz. Seramai 17 orang murid dapat melaksanakan kuiz ini dengan
baik.

5.4.2 Perlaksanaan aktiviti 2


Aktiviti 2 dijalankan semasa kelas PdPR. Saya menggunakan slaid powerpoint
sepanjang kelas sebagai nota pada sesi pembelajaran tersebut. Saya juga
menunjukkan konten dan kreativiti nota yang saya hasilkan menggunakan
powerpoint. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam
memahami kimia dengan baik

PEMERHATIAN

Tarikh : 7 Oktober 2021


Tempat : Aplikasi Google Meet
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 pagi

Peristiwa:

Saya meminta murid-murid untuk masuk ke dalam aplikasi Google Meet


menggunakan pautan yang telah disediakan. Saya membincangkan kuiz atas
talian yang telah dilaksanakan oleh murid-murid pada sesi PdPR yang
sebelumnya. Saya juga menayangkan nota slaid powerpoint semasa
membincangkan jawapan kuiz tersebut. Tayangan nota berserta perbincangan
mampu memberi nilai tambah kepada murid iaitu dari segi kreativiti nota dan
juga kemahiran berfikir semasa perbincangan. Murid-murid dapat memberikan
respon yang baik semasa perbincangan jawapan.

7
Rajah 2.0 Pautan Google Meet yang diberikan oleh Guru

Refleksi
Berdasarkan PdPR yang dijalankan, murid lebih fokus dan tekun mendengar
pengajaran daripada guru. Selain itu, murid tidak mempunyai masalah dalam
bertanya dan menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Akhir sekali, murid dan
guru dapat mewujudkan suasana perbincangan yang sangat terkawal.

8
5.4.3 Perlaksanaan aktiviti 3
Bagi PdPR kali ini, saya menjalankan PdPR menggunakan Google Meet,
Telegram, Canva dan Powerpoint. Saya membahagikan kumpulan dalam aplikasi
Telegram dan murid-murid akan melaksanakan tugasan pembentangan mereka
menggunakan medium multimedia interaktif. Semua murid hadir dalam sesi PdPR.

PEMERHATIAN

Tarikh : 12 Oktober 2021


Tempat : Aplikasi Google Meet
Masa : 2.30 petang hingga 4.00 petang

Peristiwa:

Sesi PdPR yang dijalankan pada kali ini menunjukkan kehadiran yang penuh
iaitu 26 daripada 26 orang murid hadir. Saya menerangkan terlebih dahulu
pengajaran yang akan saya lakukan. Selepas itu, saya membahagikan murid-
murid kepada 8 kumpulan. Seterusnya, saya memberitahu murid-murid bahawa
selepas menghasilkan slaid infografik, mereka perlu membentangkan hasil kerja
mereka. Semua murid dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik.
Hasil tugasan murid-murid saya sertakan di lampiran.

9
Rajah 3.0 Pautan dan pembahagian kumpulan dalam Telegram

10
Refleksi
Sesi PdPR pada kali ini dijalankan dengan baik kerana menunjukkan kehadiran
yang penuh iaitu 26 orang murid 4 Cendekia. Murid-murid memberi respon yang
sangat positif dalam pelaksanaan tugasan yang diberi. Murid-murid dapat
membentang hasil kerja mereka dengan baik sekali.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

5.5.1 Kehadiran murid


Jadual 4.0 Jumlah kehadiran murid
Tarikh Jumlah kehadiran murid
21 September 2021
Khamis (8.30 pagi – 10.00 pagi)
11

(Tinjauan awal)
5 Oktober 2021
Selasa (2.30 petang – 4.00 petang)
17

(Aktiviti 1)
7 Oktober 2021
Khamis (8.30 pagi – 10.00 pagi)
15

(Aktiviti 2)
12 Oktober 2021
Selasa (2.30 petang – 4.00 petang)
26

(Aktiviti 3)

11
Chart Title
30

25

20

15

10

0
Bilangan Kehadiran Murid

21-Sep-21 (Khamis) 5-Oct-21 (Selasa) 7-Oct-21 (Khamis) 12-Oct-21 (Selasa)

Rajah 4.0 Graf bilangan kehadiran murid pada setiap aktiviti

Berdasarkan jadual 4.0, kehadiran sesi PdPR pada 21 September 2021 sehingga
12 Oktober 2021 menunjukkan peningkatan yang positif. PdPR yang dijalankan
pada 21 September 2021 dan 7 Oktober 2021 adalah hari khamis pada waktu 8.30
pagi sehingga 10.00 pagi manakala 5 Oktober 2021 dan 12 Oktober 2021 adalah
hari selasa pada waktu 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Bilangan murid yang
hadir pada PdPR hari selasa dan khamis menunjukkan perbezaan yang ketara.
Hal ini disebabkan oleh waktu PdPr tersebut yang dijalankan pada waktu pagi. Ini
menunjukkan bahawa para murid tidak bangun daripada tidur lagi. Murid-murid
menunjukkan tenaga yang luar biasa dalam sesi PdPR waktu petang iaitu pada
selasa petang. Waktu PdPR dijalankan juga memainkan peranan penting dalam
penglibatan murid dalam sesi PdPR.

12
5.5.2 Penilaian Lembaran Aktiviti
Jadual 5.0 Bilangan maklum balas murid

Aktiviti Maklum balas murid Kehadiran murid

Aktiviti 1 17 17

Aktiviti 2 13 15

Aktiviti 3 26 26

Penilaian Lembaran Aktiviti


30

25

20

15

10

0
Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3

Maklum balas diterima Kehadiran murid

Rajah 5.0 Penilaian lembaran aktiviti

Berdasarkan maklum balas murid, peningkatan yang positif dalam graf penilaian
lembaran aktiviti menunjukkan keterlibatan yang meningkat murid-murid.
Seterusnya, daripada maklum balas ini juga dapat dilihat bahawa murid-murid
sangat suka tugasan yang berbentuk hands on dan juga mereka tidak bosan
apabila melaksanakan tugasan tersebut.

13
5.5.3 Refleksi Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan Secara
Keseluruhan
Secara keseluruhan tindakan yang dilakukan adalah berjaya mencapai
peningkatan berbanding dengan situasi sebelum tindakan dilakukan. Peningkatan
ini telah menyedarkan saya dalam beberapa perkara untuk saya memperbaiki
kaedah dan pendekatan pengajaran yang saya lakukan. Antara perkara yang perlu
saya berikan perhatian terhadap peningkatan kendiri saya ialah tindakan saya
dalam memberi arahan yang jelas dalam aktiviti yang dijalankan mudah dilihat
membantu interaksi antara murid dan guru. Selain itu, aktiviti penyoalan adalah
salah satu cara untuk menilai sesuatu topik yang dikuasai oleh murid sebagai
salah sau cara untuk mengukur objektif yang ingin dicapai dalam pengajaran. Hal
ini akan membantu guru dalam memperbaiki segala kelemahan untuk
ditambahbaik pada masa akan datang. Saya perlu memperbanyakkan aktiviti yang
sebegini, untuk dilihat dan dinilai kemampuan murid dalam menerima maklumat
pembelajaran dan juga boleh dijadikan persaingan dalam sesi PdPR. Persaingan
antara murid dalam suatu permainan mampu menarik minat untuk lebih
melibatkan diri (Mese dan Ozcan, 2019). Murid juga perlu ditarik minat mereka
untuk belajar melalui pelabagi kaedah pengajaran yang membuatkan mereka
berminat dan saling bermanfaat kepada guru kerana memberi pandangan dan
cara terbaik dalam menyampaikan ilmu

6.0 CADANGAN KAJIAN


Cadangan untuk kajian seterusnya ialah berkaitan dengan penggunaan multimedia interaktif
dapat membantu murid memahami sesebuah topik di dalam kelas dan juga pengajaran koperatif
yang pelbagai. Multimedia interaktif merupakan suatu pendekatan pembelajaran dan pengajaran
yang perlu dikaji dengan lebih mendalam dan memperluaskan penggunaan multimedia interaktif
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, penambahbaikan dari segi aspek tugasan
boleh diperkemaskan lagi bagi sentiasa menarik minat dan penglibatan murid dalam PdPR.
Penglibatan 100% murid dalam pengajaran ini juga amat penting.

14
BIBLIOGRAFI
Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (2) Nov.: 22-
30.

Mese C.& Ozcan O. (2019). Effectiveness of gamification elements in blended Learning


environments, Turkish Online Journal of Distance Education -TOJDE July 2019 ISSN
1302-6488 Volume: 20 Number: 3 Article 9.

Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan... (PDF Download Available). Available from:
https://www.researchgate.net/publication/46480625_Teori_Berkaitan_Gaya_Pembelajar
an_Dan_Kaedah_Pengajaran

15
LAMPIRAN

Aktiviti 1

16
Aktiviti 3

17

Anda mungkin juga menyukai