Anda di halaman 1dari 8

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam

negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara,


membersihdan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu
pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Datuk Seri Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang
boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang


mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga
penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan
sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara
membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah
penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan.
Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka  diami
adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul
perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha
memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan
lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa
batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah
‘mati’.    

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan
Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya
semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau
Jabatan Alam  Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke
tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi
setahun  kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai
dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar
meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran
teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak
diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002
bertambah baik setahun kemudian.  

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak
ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai
dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya
rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan
daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang
menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi
sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran
membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan
rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai.
Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini
pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai
saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai
masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi
itulah segala usaha untuk memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran
demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah lagi. Perasaan cinta akan
sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah
lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha
kebersihan alam sekitar. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan
kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya terus bersih.

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah


kotoran dan sisa pengilangan atau ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak
bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan oleh Jabatan
Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila
pencemaran didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah
hanya dikenakan kompaun yang tidak seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut
menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan kilang yang secara
berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian
ini pernah diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya
boleh dipulihkan menjadi bersih agar ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-
bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan menggunakan sungai
terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman
dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa
pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.
Contoh Karangan : Pencemaran Sungai
Jun 30, 2007 — mindabahasa

Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi
pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan  mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu,
belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri
Azmi Khalid  melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan
banyak sungai kita.

Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang


mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga
penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan
sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai
dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai
dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar
mereka  diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan
menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa
pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap
beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.    

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran,   Datuk Keizrul Abdullah,
kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah
sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke
tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun  kemudian hanya tinggal
58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah
sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun,  jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk
tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang
menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.  

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan
memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal
ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai.
Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan
kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak,
berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau  diperhatikan kawasan
perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai.
Ramai ketika itu  menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis.  Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan
misalnya sudah tidak lagi  menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap
sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

Selagi tahap kesedaran terhadap kebersihan sungai tidak dapat diwujudkan, selagi itulah segala usaha untuk
memulihkan sungai tidak akan berkesan. Kesedaran demikian ini seharusnya dipupuk daripada bangku sekolah
lagi. Perasaan cinta akan sungai dan prihatin terhadap persekitaran alam didedahkan kepada murid di sekolah lagi
supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar. Media juga boleh
memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang  ramai terhadap pentingnya sungai dipelihara supaya
terus bersih.

Demikian juga walaupun ada pelbagai peraturan dan undang-undang mencegah kotoran dan sisa pengilangan atau
ternakan dibuang ke sungai, kegiatan tidak bertanggungjawab ini tetap diteruskan.  Pemantauan dan pencegahan
oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan perlu ditingkatkan. Lazimnya,  apabila pencemaran
didedahkan media, barulah mereka bertindak. Bahkan kadangkala pesalah hanya dikenakan kompaun yang tidak
seberapa sehingga tidak wujud perasaan takut menghadapi tindakan. Walaupun ada peruntukan membolehkan
kilang yang secara berterusan membuang sisa dan sisa toksik ditutup, apakah tindakan drastik demikian ini pernah
diambil? Sebenarnya kalau ada kemahuan, sungai-sungai ini sememangnya boleh dipulihkan menjadi bersih agar
ikan akan dapat membiak kembali dan berbagai-bagai kegiatan riadah dan pelancongan boleh dilaksanakan
menggunakan sungai terbabit.

Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada keazaman dan dengan perangan rapi
dan dapat pula dilaksanakan dengan betul tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat
dipulihkan.

PENCEMARAN SUNGAI
NOORAZLINA BTE BOLHASSAN – 6A1
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

1.Pengenalan.
Air meliputi 70% daripada bumi dan memainkan peranan yang amat penting
dalam kehidupan kita.Semua benda hidup bergantung kepada air untuk pelbagai
kegunaan seperti minuman,memasak,bertani dan sebagainya.Pencemaran air
didefinisikan sebagai sebarang kemasukan bahan asing ke dalam air yang
menyebabkan perubahan fizikal dan kimia seterusnya mengancam kehidupan
benda hidup.

2.Sebab berlaku
a)pembuangan sampah yang tidak bersistematik.
· Sikap yang tidak bertanggungjawab pihak industri dan penternak terutamanya
yang terletak berdekatan sungai.
· Air kotor yang tercemar dibenarkan mengalir ke sungai-sungai yang
berhampiran menyebabkan sungai turut tercemar.
· Sampah sarap,sisa buangan domestik daripada kawasan perumahan.

b)kumbahan premis perumahan dan perniagaan yang masih menggunakan


teknologi lapuk.
· Sistem usang ini tidak lagi berkesan merawat kumbahan yang menjadi punca
utama pencemaran sungai di negara ini.
· Pelepasan sisa-sisa dari kilang tidak serius berbanding kumbahan dari premis
kediaman dan perniagaan.
· Membangkitkan rasa resah kepada seluruh rakyat Malaysia.

c)Berpunca dari kelodak,pembangunan dan pelepasan sisa kumbahan.


· Penggunaan air mentah tidak berkualiti lebih membawa mudarat kepada
manusia.
· Pembuangan najis binatang yang tidak bersistematik.
· Menunjukkan masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam
memahami pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar.

d)Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi


· Membawa perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi
menampung keperluan kegaitan ekonomi.
· Mendedahkan sungai kepada pelbagai tanah yang kadangkala tidak dapat
ditanggung oleh sungai.
· Mempelbagaikan bahan asing ke dalam sungai.

2.Kesan-kesan.
a)membawa kesan negatif kepada kesihatan manusia.
Pengumpulan bahan-bahan asing dalam badan manusia secara perlahan-lahan
sehingga mencapai tahap bahaya dan hanya disedari apabila terlalu kronik.
Pengumpulan bahan logam berat toksik dalam badan kerana kerap memakan ikan
yang ditangkap dalam sungai yang telah dicemari.
Menurunkan tahap ketahanan antibodi manusia.

b)Membazirkan wang untuk pemulihan


· Kos perawatan yang tinggi dan secara tidak langsung kos tersebut dibayar oleh
pengguna melalui caj penggunaan air.
· Ditanggung oleh masyarakat itu sendiri kerana kecuiaan mereka terhadap alam
sekitar.
· menjayakan pemulihan kualiti sungai memerlukan program kesedaran alam
yang tinggi kosnya.

c)Menjejaskan semua hidupan air


· pencemaran sungai yang merbahaya sehingga boleh menyebabkan berlakunya
kematian,serangan penyakit,kecacatan genetik dan masalah pembiakan.
· Mengganggu kestabilan rantaian makanan bagi hidupan sungai.
· Berlakunya kepupusan haiwan akuatik yang semakin berleluasa.

d)Menjejaskan kualiti air.


· Bahan kimia tidak organik seperti sebatian plumbum yang bertoksik terus
mencemarkan kebersihan sungai.
· Bahan pejal menyebabkan keindahan sungai tercemar.
· Proses memulihkan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.

3.Langkah mengatasi.
a)Penubuhan sebuah yayasan atau kelab pencinta sungai perlu dimulakan.
· Mengambilkira ramai pakar dan perunding dalam alam sekitar berminat memberi
sumbangan secara sukarela.
· Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengembleng tenaga
dan sumber yang ada untuk tujuan berkenaan.
· Memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang
pemuliharaan dan pemulihan sungai.

b)Menggubal undang-undang yang melarang sesiapa daripada melakukan


kegiatan yang boleh mencemarkan sungai.
· Terlalu banyak pencemaran yang berlaku di kawasan bandar,kawasan
perumahan dan kawasan perindustrian.
· Aktiviti pengilangan mesti meningkatkan pemantauan untuk mencegah
pencemaran sungai.
· Undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan sungai harus
diperketatkan untuk mengurangkan benda-benda asing yang mencemari sungai
kita.

c)Mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan bahan sisa-
sisa bersepadu.
· Melalui sistem tersebut,air akan dirawat mengikut piawaian yang telah
ditetapkan oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke dalam sungai.
· Mengenakan hukuman penjara dan menanggung kos pembersihan dan
pemuliharaan sungai tersebut.
· Mengadakan langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang mencemarkan
sungai.

d)Melalui program pendidikan ,latihan dan maklumat alam sekitar.


· Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan
pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab
masing-masing dalam masyarakat.
· Setiap aktiviti yang dilakukan oleh individu akan memberi kesan yang
menyeluruh terhadap diri sendiri dan masyarakat.
· Menerapkan ilmu yang telah dipelajari semasa program untuk dilaksanakan
dalam kehidupan seharian.

Kesan-kesan pencemaran sungai


Pencemaran sungai masih kerap berlaku meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untk
membendungnya. Salah satu usaha tersebut telah menyedarkan masyarakat
tentang kesan yang timbul akibat daripada pencemaran sungai.

Pendahuluan :
Berita-berita yang berkaitan dengan pencemaran sungai sering terpapar di dada
akhbar atau dilaporkan media elektronik. Masalah yang melandai negara kita ini
semakin serius. Dalam hal ini, siapakah yang harus ditudung jari, pihak masyarakat
atau pihak kerajaan? Persoalannya, pencemaran sungai bukan sahaja mendatangkan
kesan-kesan negatif kepada individu bahkan juga menjejaskan imej negara secara
tidak langsung.

Isi 1 : hidupan akuatik akan pupus


Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dari kilang-
kilang, dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan
hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati. Jika pencemaran sungai
tersebut berlarutan, bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi
juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada
hidupan air akan terancam.
Isi 2 : tersumbat – banjir
Isi 3 : tidak boleh diminum
Isi 4 : menjejaskan keindahan persekitaran

Penutup :
Air merupakan salah satu keperluan asas yang penting dalam kehidupan. Apabila air
tercemar, kehidupan kita akan dilanda pelbagai masalah dan kualiti hidup kita akan
terjejas. Hakikat ini harus disedari oleh setiap anggota masyarakat. Oleh itu, marilah
kita bersama-sama memikul tanggungjawab memantau dan mengelakkan pencemaran
sungai daripada berlaku.

Anda mungkin juga menyukai