Anda di halaman 1dari 5

Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu

Frasa Sendi Nama


·         Binaan Frasa Sendi Nama
·         Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
·         Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum

Frasa sendi  nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang
utama  dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu
kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat.  Ini  membuktikan bahawa
kepentingan  elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa sendi nama sebagai
asas pembentukan predikat yang mempunyai pola  FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa
Sendi Nama).

Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir sebelum frasa nama
atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam perbincangan ini,
kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama  yang berkaitan dengan susunan
frasa dalam ayat . Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama  juga akan
dibincangkan dalam bab ini.

Binaan  Frasa Sendi Nama

Frasa sendi nama    ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh
bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa.  Frasa sendi
nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa
nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.
 (Nik Safiah Karim et.al,2008)

Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh
kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006).
Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari,
daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai,
dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada
kata bantu ragam atau kata bantu aspek.
Contoh :

 Kata Sendi Nama + Frasa Nama


            Frasa  dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama
dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi
nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.
Contoh:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di gimnasium
ke sekolah
dari pusat tuisyen
daripada aluminium
kepada Tuan Jana Khatib
untuk ibu
dengan kemewahan
sejak semalam
tentang klorofil
sampai siang
bagi ayah

  Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama


            Frasa  sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu
unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir 
tanpa kata nama arah.

Frasa Sendi Nama


Frasa Nama
Kata Sendi Nama Kata Nama Arah Frasa Nama

(i) di dalam takungan


(i) di - takungan
(ii) ke dalam kolam
(ii) ke - kolam
(iii) dari belakang pentas
(iii) dari - pentas

   Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)


Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa
nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh
digugurkan mengikut kesesuaian ayat.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Frasa Nama
Nama Kata Nama Arah Frasa Nama Keterangan
(i)   di atas pentas pada saat itu.
   di - pentas -
(ii)  ke luar garisan dengan bergaya
      ke - garisan -
(iii) dari bawah rumah dengan kayu
      dari - rumah -

       Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat


Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam
sesetengah ayat lain,  frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.

Predikat Frasa sendi Nama


Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek.
Contoh:
(1).  Ahmad ke sekolah setiap hari.
(2).  Kolam ikan di tepi taman.
(3).  Yushiro dari  bandar raya Tokyo.
(4).  Kerusi itu daripada kayu jati.
(5).  Hadiah ini untuk ibu Zarina.
(6).  Bahaman daripada keluarga seni.
      Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur
keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud 
predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan
ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan
rumus tatabahasa.
Contoh:
(i)  Keterangan bagi frasa kerja
Contoh:
  (7) Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)
  (8) Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa)
  (9) Marini  berehat di tepi pantai.(keterangan tempat)
(10).Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal)
(11).Sultan Mansur Syah hadir  dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan)
(12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan)
(13).Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)

(ii) Keterangan bagi frasa adjektif


Contoh :
(14) John   segak  seperti  model. (keterangan bandingan)
(15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal)
(16) Dia rabun pada waktu malam.  (keterangan masa)
(17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan)
(iii) Keterangan bagi frasa nama
Contoh:
(18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat)
(19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal)
(20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan)
(21)  Keris itu  diperbuat daripada besi. (keterangan sumber)  
(22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani  telah menarik perhatiannya. (keterangan
pembuat)

Penggunaan Kata Sendi Nama


             Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur
kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan
menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi.
Contoh:
(23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.
(24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya?
(25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.
(26) Nadia Chin Abdullah  bukan ke Australia tetapi ke Austria.
Dalam ayat (23), frasa sendi nama dengan kata hubung dari   boleh digugurkan
secara pilihan unsur kedua.
Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua  ialah:
(27) Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan.
(28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya?
(29) Tuan  Haji  Ali bekerja bukan di  kebun tetapi di pejabat peguam.
(30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria.
Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi
sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.
Contoh :
(31) Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek)
(32) Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi)
Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh
penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi.
Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan  melihat kedudukan dan fungsinya
dalam ayat. Pada asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan
keterangan dalam ayat. 

Anda mungkin juga menyukai