Anda di halaman 1dari 15

1.

0 : PENDAHULUAN

Secara umumnya, laras bahasa adalah bermaksud penggunaan bahasa mengikut


pelbagai keadaan dan situasi dengan mengikut kesesuaian yang telah ditetapakn.
Bahasa boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu pengguna dan penggunaan. Maksud
kepada pengguna adalah orang yang menggunakan Bahasa yang mewujudkan dialek
contohnya adalah seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah, Sarawak dan sebagainya.
Manakala maksud penggunaan pula adalah kesesuaian jenis Bahasa yang diguna pakai
dalam sesuatu situasi. Aspek penggunaan Bahasa yang berbeza-beza inilah yang
melahirkan konsep laras. Contohnya kata-kata yang sering digunakan secara umum dan
semasa bergurau senda adalah berbeza dengan penggunaan kata-kata semasa
menyampaikan ucapan rasmi.

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa faktor-faktor sekitar seperti


keadaan dan tempat akan mengubah penggunaan laras Bahasa atau laras sosial.
Dialek daerah pula adalah penggunaan Bahasa yang berlainan disebabkan factor
geografi atau sesuatu daerah tersebut. Selain itu, laras Bahasa juga boleh ditafsirkan
atau didefinisikan sebagai cara dan gaya dalam penggunaan bahasa. Variasi yang
digunakan dan ada pada setiap penutur juga bermaksud sesuatu laras Bahasa.
Terdapat beberapa ciri laras Bahasa yang perlu diketahui. Antaranya adalah
perbendaharaan kata, susunan ayat, dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu
digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.

1
2.0: LARAS BAHASA

2.1: Definisi Laras Bahasa

Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa.Asmah


Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan
bahasa menurut bidang penggunaannya.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu


bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras
bahasa biasanya berubah-ubah mengikut situasi.

Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa


yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu.
Daripada suatu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama
untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa
mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di sekitar mereka.

2.2: Jenis Laras Bahasa

2.2.1: Laras Bahasa Umum

Laras bahasa umum merupakan laras bahasa yang biasa didengar dalam perbualan
sehari-hari.Laras bahasa ini mudah difahami oleh pengguna bahasa kerana ayat yang
digunakan amat ringkas dan bersahaja. (Dr.Nazariyah.Sani, 2016). Antara ciri laras
bahasa umum adalah mudah difahami, menggunakan penggunaan kata sendi nama,
menggunakan laras bahasa umum yang terbalik,contohnya adalah biarkan aku sendiri
dan yang terakhir adalah menggunakan ayat pendek dan ringkas.

2.2.2: Laras Bahasa Panggilan

Laras bahasa pangilan ialah cara panggilan atau sapaan melalui lisan atau bertulis
secara sopan menurut bahasa melayu (Dr.Nazariyah.Sani, 2016).Penutur juga kelihatan
lebih berbudi bahasa ketika bercakap dan terakhir laras bahasa panggilan juga perlu

2
digunakan berdasarkan pemilihan kata dan ungkapan bergantung kepada kedudukan
seseorang.Contohnya adalah panggilan pak digunakan untuk orang lelaki yang sebaya
denga ayah sendiri.

2.2.3: Laras Bahasa Agama

Laras bahasa agama ialah penggunaan ragam bahasa dalam lisan dan tulisan yang
berkaitan dengan keagamaan dari segi istilah dan diksi.Laras bahasa agama biasannya
menggunakan istilah agama yang dipengaruhi oleh struktur bahasa
arab( Dr.Nazariyah.Sani, 2016).

Laras bahasa agama mempunyai enam ciri-ciri yang khusus iaitu penggunaan
istilah bahasa arab, istilah agama yang khusus, mengandungi bentuk cerita kias, dan
ibarat, struktur ayat dipengaruhi oleh struktur bahasa arab, terdapat unsur bahasa klasik
dan yang terakhir adalah terdapat petikan Al- Quran ataupun hadis.

` 2.2.4: Laras Agama Teknikal

Laras Bahasa teknikal bermakna semua jenis teks dalam semua jenis bidang kepakaran
sama ada bidang sains tulen,teknologi,sains pengurusan dan bidang kepakaran
lain.Laras teknikal digunakan oleh seseorang pakar untuk berkomunikasi dengan pakar
lain dalam bidang yang sama. ( Dr.Nazariyah.Sani, 2016).

Terdapat empat ciri-ciri untuk mengenalpasti laras bahasa teknikal ini. Pertama
adalah mengandungi ilustrasi, menggunakan istilah khusus dalam bidang
tertentu.Seterusnya adalah, struktur ayat yang terdiri daripada subjek dan prediket.Akhir
sekali adalah mengandungi ayat yang menfdefinisikan makna yang tertentu

3
3.0: TEKS PENGACARAAN MAJLIS RASMI YANG DIHADIRI

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh                    : 5 September 2017


Hari : Selasa
Masa                     : 2.00 petang
Tempat                  : Dewan Besar Nik Mohd Mohyideen Musa

Bil Masa/MC Cue/Panduan Teks Pengacara Majlis


1. 2.00 Ketibaan para Mengumumkan ketibaan
petang jemputan
Yang Dihormati
Dr Mohamad Husin bin Mohamad Yusof
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

Serta para tetamu jemputan


Masuk ke dewan

Hadirin dipersilakan untuk duduk

2. 2.05 Salutasi Bismillahirrahmanirrahim


petang Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,Salam
Sehati Jiwa

1.Yang Berbahagia Dr Mohamad Husin bin


Mohamad Yusof
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

2. Yang Berusaha Tuan Rosli bin Abdullah


Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

3. Yang Berusaha Encik Tarmizi bin Salleh


Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ipg
Kampus Pendidikan Islam.

4. Yang Dihormati,Muhammad Ifwat Sharipuddin


Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Sesi 2018/2019.

4
Yang dihormati
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-Ketua Unit,
Pensyarah-pensyarah kanan,
Para pensyarah,
Serta para pelajar sekalian.
3. 2.10 petang Kata-kata aluan
pengacara majlis Irama beralun gendang dipalu;
Langkah diayun berpasang-pasangan;
56 tahun telah berlalu;
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Dari Dewan Besar Nik Mohd Mohyideen Musa,


majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan
puan-puan ke Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.

4. 2.15 petang Bacaan doa Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memberkati majlis pada pagi ini dipersilakan


Ustaz Dr. Nasri Bin Abdullah untuk mengetuai
bacaan doa,Pada yang bukan Islam sama-samalah
berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Amin-amin ya rabbal’alamin. Majlis mengucapkan


terima kasih

5. 2.30 petang Ucapan Alu-aluan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Yang Berusaha Encik Tarmizi bin Salleh


Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ipg
Kampus Pendidikan Islam

Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.


Dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu


tadi.

5
6. 3.00 petang Ucapan Perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat,
Dr Mohamad Husin bin Mohamad Yusuf, Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Islam untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Penutup Bulan
Kemerdekaan.Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
……………………

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang


Berhormat, Dr Mohamad Husin bin Mohamad Yusuf
atas ucapan perasmian penutup itu tadi dan
setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi hadir
memeriahkan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.
7. 3.20 petang Majlis penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya
hadiah menjemput dan Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan
Pengarah IPG Kampus Pendidikan
Islam. mengiringi yang berbahagia , Dr Mohamad
Husin bin Mohamad Yusuf, Pengarah IPG Kampus
Pendidikan Islam untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Dr


Mohamad Husin bin Mohamad Yusuf kerana telah
sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput


yang berusaha Tuan Rosli bin Abdullah bagi
menyampaikan cenderamata kepada Dr Mohamad
Husin bin Mohamad Yusuf di atas kesudian
merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

8. 3.45 petang Ucapan Terima kasih diucapkan kepada Dr Mohamad Husin


Penghargaan MC bin Mohamad Yusuf di atas kesudian merasmikan
Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.
9. 4.00 petang Ucapan Penutup Hadirin yang dihormati Allah sekalian, sebelum
mengakhiri majlis kita pada petang ini, marilah kita
Bersama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu
IPGM sebagai simbolik kecintaan kita kepada
profesion keguruan dengan penuh bersemangat.

6
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi.

Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi,maka


berakhirlah majlis kita pada hari ini.Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin
kerana sudi hadir ke majlis ini.Majlis juga memohon
maaf atas kekurangan majlis.
.
10. 4.10 petang Pengumuman Majlis dengan ini mempersilakan
Meninggalkan Majlis
Yang dihormati
Dr Mohamad Husin bin Mohamad Yusof
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

Serta para tetamu jemputan untuk meninggalkan


majlis, dipersilakan.

7
4.0: ATUR CARA PENTADBIRAN

MASA TEMPAT ATUR CARA AKTIVITI TINDAKAN


1.30 petang Dewan Persediaan Memastikan semua  JK Kawalan
Muhyidin Terakhir pelajar telah masuk ke pelajar
Musa Sebelum dalam dewan dan - Imad
Perasmian mengambil tempat - Tuan Faris
penutup masing
Mengagihkan roti dan  JK Makanan
air mineral kepada - Qayyum
setiap pelajar - Ikhwan

1.50 petang Dewan Nik Persediaan JK Protokol/Sambutan  JK


Muhyidin Menyambut perlu berada di depan Sambutan
Musa Tetamu pintu masuk dewan Dan Protokol
Jemputan pada jam 1.50 petang. - Fadhil
AJK dari Jk Protokol - Hisyam
perlu juga berada di
tempat duduk
(kerusi )  untuk
memastikan tetamu
mendapat tempat
duduk di tempat yang
sepatutnya
2.00 petang Hadapan Ketibaan Dif- Senarai tetamu  JK
Pentas Dif Jemputan jemputan. Sambutan
Protokol dan Dan Protokol
sambutan telah
bersedia untuk
sambut tetamu.
Perlu mengiringi
tetamu ke tempat
duduk yang
ditentukan
2.10 petang Atas Pentas Ucapan Aluan Pengacara Majlis  Pengacara
Pengerusi memulakan Majlis Majlis
Majlis Penutup Bulan - Khidhir
Kemerdekaan dengan - Dini
serangkap pantun.
Mengalukan
kehadiran VVIP dan

8
hadirin mengikut
susunan nama dan
jawatan yang betul.
Mengucapkan
selamat datang dan
terima kasih.
Menyatakan objektif
2.15 petang Atas Pentas Bacaan Doa Memastikan pembaca  Urus setia
doa naik ke pentas. - Amal
- Izzat

2.30 petang Rostrum Ucapan Aluan Yang Berusaha Encik  Pengacara


Tarmizi bin Salleh Majlis
diiring naik ke pentas  JK Protokol
untuk menyampaikan Dan
ucapan beliau. Sambutan

3.00 petang Rostrum Ucapan Selesai ucapan  Pengacara


Perasmian aluan,pengacara Majlis
mempersilakan  JK Protokol
perasmi untuk Dan
menyampaikan Sambutan
ucapan perasmian
penutupan.
JK Protokol
/sambutan bersedia
menjemput perasmi
untuk ke rostrum
diiringi- muzik (jika
ada)

3.30 petang Atas Pentas Penyampaian Pengacara  Pengacara


Hadiah dan mempersilakan Majlis
Sijil pengarah diiringi oleh
timbalan pengarah  JK
untuk menyampaikan Sambutan
sijil dan hadiah.
Dan Protokal
 JK Hadiah
Dan

9
Cenderamat
a
- Afiq fahmi
- Syafiqah
 JK
Perasmian
- Syifa’
- fatin
 JK Kamera
- Syadaus
4.10 petang Bilik VVIP Jamuan Pengacara majlis  Pengacara
mempersilakan dif-dif Majlis
jemputan ke bilik VVIP
untuk menikmati  JK
hidangan Sambutan
Dan Protokal
 JK Jamuan
 Jurukamera

10
5.0: PERBINCANGAN LARAS BAHASA DALAM TEKS PENGACARA MAJLIS
DAN ATUR ACARA PENTADBIRAN

5.1: Perbincangan Laras Bahasa Dari Aspek Teks Pengacara Majlis

5.1.1 Laras Bahasa Umum

Laras ini menggunakan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atau
konteks khusus. Ia biasanya digunakan dalam perbualan harian. Laras biasa tidak
menggunakan istilah atau pola yang khusus.

Antara contoh yang terdapat dalam teks menggunakan laras bahasa umum ialah
“Hadirin dipersilakan duduk”.Ayat tersebut merupakan satu ayat yang pendek dan
ringkas yang menggugurkan penggunaan kata sendi nama iaitu untuk.Ayat yang ringkas
tersebut menyebabkan para pendengar lebih mudah memahami arahan yang diberikan.
Ia juga merupakan laras bahasa umum yang formal kerana digunakan dalam majlis
rasmi.

5.1.2 Laras Bahasa Agama

Laras bahasa agama ialah penggunaan ragam bahasa dalam lisan dan tulisan yang
berkaitan dengan keagamaan dari segi istilah dan diksi.Laras bahasa agama biasannya
menggunakan istilah agama yang dipengaruhi oleh struktur bahasa
arab( Dr.Nazariyah.Sani, 2016)

Contoh laras bahasa agama yang terdapat di dalam teks tersebut ialah
“Bismillahirrahmanirrahim”.Kalimah “Bismillahirrahmanirrahim” membawa maksud
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Kalimah ini
merupakan ayat yang diambil daripada surah pertama dari Al Quran.

Seterusnya,perkataan “Assalamualaikum w.b.t”.Kalimah ini biasanya digunakan


sebagai pembuka bicara kepada orang Islam dalam pergaulan yang bermaksud
mendoakan kesejahateraan orang yang mendengar.Kalimah ini merupakan istilah Arab
yang diMelayukan.

11
5.1.3 Laras Bahasa Panggilan

Laras bahasa pangilan ialah cara panggilan atau sapaan melalui lisan atau
bertulis secara sopan menurut bahasa melayu (Dr.Nazariyah.Sani, 2016)

Dalam teks pengacaraan tersebut laras bahasa panggilan yang digunakan


antaranya ialah Ustaz Dr. Nasri Bin Abdullah.Penggunaan nama panggilan ustaz di
hadapan menunjukkan penghormatan yang tinggi diberikan kepada seseorang yang
belajar ilmu agama manakala penggunaan nama panggilan Dr. merupakan sanjungan
yang diberikan kepada seseorang yang mendapat pengiktirafan doktor falsafah atas
kecermelangan seseorang dalam pendidikan sehingga mencapai peringkat yang
tertinggi.

Selain itu di dalam teks tersebut turut menggunakan panggilan Encik, tuan- tuan
dan puan- puan bagi membahasakan diri penonton dan pendengar. Hal ini kerana ia
merupakan sebuah majlis rasmi dan formal.Oleh kerana merupakan majlis rasmi,
penggunaan kata ganti nama tersebut perlulah digunakan bagi menunjukkan rasa
hormat dan kelihatan lebih berbudi bahasa.

5.2: Perbincangan Laras Bahasa Dari Aspek Atur Acara Pentadbiran

5.2.1 Laras Bahasa Panggilan

Laras bahasa panggilan digunakan ketika atau semasa ingin memanggil, menyapa dan
salutasi seseorang (Dr Nazariyah Sani, 2016).Berdasarkan atur cara pentadbiran di
atas,terdapat penggunaan laras panggilan yang menggunakan panggilan “Yang
Berusaha” yang dinisbahkan kepada Encik Tarmizi bin Salleh selaku Ketua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Ipg Kampus Pendidikan Islam.Penggunaan panggilan
tersebut adalah gelaran sebagai tanda hormat kepada Ketua Jabatan HEP yang
mempunyai pangkat yang tinggi dalam organisasi pentadbiran.

5.2.2 Laras Bahasa Agama

Laras bahasa agama yang dapat diambil berdasarkan teks atur cara pentadbiran di atas
adalah perkataan “doa”.Doa merupakan istilah bahasa arab yang sering digunakan
dalam kehidupan seharian.Doa bermaksud menyeru atau meminta pertolongan.

12
Doa merupakan penghubung antara umat Islam dengan Allah S.W.T.Perkataan doa
merujuk kepada keagamaan kerana tujuan berdoa adalah untuk memohon hajat atau
memohon keberkatan daripada tuhan. Laras Agama digunakan untuk menerangkan
apa-apa tajuk bagi tujuan keagamaan tertentu.

5.2.3 Laras Bahasa Teknikal

Laras bahasa teknikal ini memberi makna semua jenis teks dalam semua jenis bidang
kepakaran sama ada bidang sains, teknologi dan lain-lain.Laras teknikal diguna pakai
oleh seseorang pakar untuk berkomunikasi dengan pakar yang lan.

Antara contoh laras bahasa teknikal yang digunakan di dalam atur acara pentadbiran di
atas adalah Imad dan Tuan Faris di mana kudua-duanya merupakan ajk kawalan pelajar
yang berperanan menjaga pergerakan supaya lebih tersusun dan tidak menganggu
kelancaran majlis.Laras bahasa teknikal ini penting bagi memastikan kelancaran
sesuatu majlis dan ia juga mengandungi ayat yang mendefinisikan makna yang
tertentu.Contohnya setiap atur cara yang dijalankan mempunyai ajk tindakan yang
mempunyai tugasan yang khusus bagu membantu kelancaran majlis tersebut.

13
4.0: PENUTUP

Laras bahasa merupakan suatu yang amat penting dalam kehidupan seharian kita.
Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju
mundurnya sesuatu bangsa. Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu
sebelum dan selepas merdeka, sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah
mengalami perkembangan yang pesat. Bidang pengungkapan bahasa Melayu
bertambah dengan banyaknya yang dahulunya diperkatakan dalam bahasa-bahasa lain
khususnya bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu menjadi bahasa
rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.

Oleh itu,kita Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras
bahasa Melayu. Malah hendaklah tahu membezakan antara laras tersebut dan
mengaplikasikannya dalam teks pengacaraan majlis dan atur cara pentadbiran
terutamanya kepada para siswadidik yang akan menjadi guru pada masa akan datang.

14
PENGHARGAAN

Alhamdulilah, saya ingin merafakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya, saya telah menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran GBM 1103 Bahasa
Melayu Kontekstual dalam masa yang telah ditetapkan. Tanpa rahmat dan petunjuk dari-Nya
sudah tentul saya tidak dapat menyelesaikan masalah dan cabaran yang telah melanda semasa
proses menyiapkan kerja kursus sedang dijalankan.

Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Cik
Noorzihan Binti Adnan selaku pensyarah bagi subjek GBM 1103 Bahasa Melayu Kontekstual
kerana telah bertungkus-lumus membimbing, membantu, memberi maklumat dan juga panduan
dari setiap aspek tugasan. Tidak lupa juga kepada Ketua Jabatan Pengajian Melayu DR.
Jeyagobi A/L Dhamodarem dan barisan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu dalam
memberikan tunjuk ajar kepada kami. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada
mereka, saya tidak mungkin dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik serta berkualiti.

Seterusnya, dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada unit Pusat Sumber Al-Ghazali Kampus Pendidikan Islam
kerana telah menyediakan pelbagai sumber berilmiah yang boleh saya dijadikan sebagai bahan
rujukan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga saya khususkan
kepada Puan Zaleha binti Abdul Hamid, selaku ketua unit pusat sumber serta pegawai-pegawai
yang bertugas di Pusat Sumber al-Ghazali.

Selain itu, saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih ini kepada rakan-rakan
sekelas saya iaitu PPISMP 2.04 kerana sering berkongsi pendapat serta komen yang bernas dan
tidak jemu dalam memberikan tunjuk ajar agar menjadikan kerja kursus saya ini lebih berkualiti Di
samping itu, ucapan penghargaan ini turut ditujukan khas kepada ibu dan ayah saya kerana telah
memberikan sokongan moral, dorongan dan semangat kepada saya semasa saya dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih kerana
sudi menyumbangkan masa serta tenaga untuk membantu saya. Sesungguhnya, jasa kalian
semua amatlah dihargai.

15

Anda mungkin juga menyukai