Anda di halaman 1dari 2

TERMA DAN SYARAT (T&S)

myTNB Giveaway

1. myTNB Giveaway ini terbuka kepada semua pengguna myTNB dengan akaun elektrik
kediaman bersambung.

2. Tempoh Giveaway:
● myTNB Giveaway ini akan diadakan bermula 16 September sehingga 31 Oktober
2021.
● Pemenang akan dihubungi melalui e-mel pada Jumaat, 19 November 2021.

3. Cara penyertaan:
● Buat bayaran penuh untuk mana-mana bil atau buat bayaran yang
dicadangkan bagi jumlah EPP.
ATAU
● Hantar servis permohonan yang berjaya melalui Portal myTNB, di mana
permohonan mestilah lengkap dengan dokumen yang diperlukan.
Permohonan yang tidak lengkap tidak layak untuk menyertai giveaway ini.
Servis permohonan yang yang terbuka bagi giveaway ini terhad kepada:
i. Bekalan elektrik baharu
ii. Naik taraf elektrik
iii. Pertukaran penyewa (nama atas akaun)
DAN
● Lengkapkan kata-kata menarik untuk media sosial bagi kempen #ilovemyTNB
tentang sebab anda suka menggunakan myTNB bagi melayakkan anda untuk
memenangi hadiah. “#ilovemyTNB kerana __________” dalam 15 patah
perkataan atau kurang. Pastikan perkongsian tersebut adalah ‘umum’ (public)
bagi membolehkan kami melihatnya.

4. Pemilihan pemenang:
● Pelanggan yang turut serta dan menghantar slogan di media social
menggunakan #ilovemyTNB akan dihubungi melalui direct message (DM) di
media sosial tersebut untuk mendapatkan nama pengguna atau username
myTNB mereka (alamat e-mel).
● Pemenang akan dihubungi melalui e-mel (e-mel yang digunakan untuk
pendaftaran myTNB), melalui pemberitahuan Aplikasi myTNB dan melalui
Portal myTNB.
● Terdapat 500 (lima ratus) pemenang bagi myTNB Giveaway ini.
● Para pemenang akan memenangi baucar Shopee yang bernilai RM100 dan
sah digunakan dalam tempoh selama 3 bulan. (Baucar Shopee hanya boleh
digunakan untuk 'Shopee Mall' dan 'Preferred' sahaja.)
● Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja.
● Para pemenang bertanggungjawab untuk memastikan e-mel mereka adalah
sah sepanjang tempoh giveaway untuk menerima sebarang komunikasi atau
pemberitahuan daripada penganjur.
● myTNB hanya akan menghubungi para pemenang sebanyak sekali (1) melalui
e-mel semasa tempoh panggilan. Semua pemenang dikehendaki untuk
memberi maklum balas kepada e-mel tersebut dengan memberi maklumat-
maklumat yang berikut dalam tempoh tujuh (7) hari selepas dihubungi oleh
myTNB:
(a) Nama Penuh (seperti di dalam kad pengenalan)
(b) Nombor Telefon
(c) Nombor Kad Pengenalan
(d) Alamat Rumah
● Sebarang kegagalan daripada pemenang untuk memberi maklum balas
kepada myTNB melalui e-mel atas sebarang sebab semasa tempoh yang
diberikan oleh myTNB akan menyebabkan kepada pembatalan secara
automatik dan pemenang tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap
myTNB. Dalam hal ini, myTNB boleh membatalkan pemenang sebelumnya
dan memilih pemenang yang baharu.

5. Setiap pelanggan myTNB berhak untuk menyertai myTNB Giveaway sebanyak sekali
tidak mengira bilangan transaksi atau permohonan yang dibuat. Tidak akan ada peluang
tambahan diberikan untuk transaksi atau permohonan yang berulang.

6. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan
dan/atau dibenarkan.

7. Pihak myTNB berhak untuk menyiarkan dan menggunakan nama para pemenang
sebagai bahan dengan tujuan pengiklanan, tanpa notis awal kepada pemenang dan
pemenang tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepemilikan atau hak cipta dalam
bentuk pampasan ke atas bahan tersebut.

8. Pihak myTNB berhak untuk menukar hadiah bergantung kepada kesesuaian dalam
pasaran dan syarat bagi perolehan.

9. Pekerja Tenaga Nasional Berhad dan semua anak syarikat termasuk pekerja kontrak,
pelatih, dan ahli keluarga terdekat, agensi pemasaran serta mana-mana pihak yang
terlibat secara langsung dalam menganjurkan, mempromosi atau menjalankan myTNB
Giveaway seperti yang dinyatakan oleh myTNB adalah tidak layak untuk menyertai dalam
peraduan myTNB Giveaway ini.

*Tertakluk kepada perubahan. Kami berhak untuk membuat perubahan ke atas item-item
dalam T&S ini mengikut kesesuaian demi memberi pengalaman yang lebih baik kepada
pelanggan kami.

Anda mungkin juga menyukai