Anda di halaman 1dari 1

1.

Berikan definisi dan huraian akauntabiliti dan intergriti

Akauntabiliti dedifinisikan sebagai sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap


sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan atau justifikasi yang
diperlukan. Ini bermakna akauntabiliti ini merujuk kepada individu atau tindakan yang bakal
kita laksanakan. Tanggungjawab di sini bermaksud menjalankan tugas-tugas yang
diarahkan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, dapat disimpulkan
bahawa akauntabiliti bermaksud menjalankan tugas yang diarahkan dengan baik serta
dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak yang tertentu.

Integriti ada dua bahagian iaitu integriti individu dan integriti organisasi. Integriti individu 
merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan kualiti ini
berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.
Ini bermakna, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan
undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum.
Integriti organisasi pula tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam
pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika
berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga
menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

2. Jelaskan "core bussines" guru.


Core business seorang guru adalah untuk mengajar murid.  Setiap golongan yang bekerja di
bawah kerajaan ataupun swasta mempunyai masa untuk bertemu pelanggan, memberi
perkhidmatan yang sewajarnya. Jadi pelanggan utama seorang guru adalah murid.

Anda mungkin juga menyukai