Anda di halaman 1dari 23

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI


KREATIF

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


(MLI 4014)

SISTEM KEHADIRAN PEKERJA

MUHAMMAD NIZAL BIN SENIN

(D20161074135)

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

(TEKNOLOGI MAKLUMAT) DENGAN KEPUJIAN

2019/2020
ii

PENGESAHAN PELAJAR DAN PEMERIKSA

PELAJAR

“Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………...
Nama Pelajar : ……………………………………..…………………………
No. Pendaftaran : …………………………
Tarikh : …………………………

PEMERIKSA

“Saya akui bahawa saya telah memeriksa laporan ini dan pada pandangan saya
laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti bagi memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah.”

Tandatangan : …………………………
Nama & Cop Jawatan :

Tarikh : …………………………

KOMEN/CADANGAN :
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
iii

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat

saya menyempurnakan Latihan Industri dengan lancarnya di Paradigma Education

Resources, Melaka.

Sekalung penghargaan ditujukan buat penyelia projek kajian ini iaitu Dr

Suliana binti Sulaiman kerana telah banyak memberi bimbingan, pandangan serta

teguran yang membina sepanjang menjalani latihan industri. Selain itu, tidak lupa juga

penghargaan ini ditujukan kepada Penyelia Latihan Industri iaitu En. Ahmad

Fahkrullah bin Abdullah yang banyak membantu saya dengan berkongsi ilmu dan

maklumat yang berguna sepanjang saya berada disini.

Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada rakan – rakan seperjuangan

kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama sepanjang menjalankan tugas.

Alhamdulillah dengan izin Allah swt kami dapat menjalani latihan industri dengan

jayanya.

Sekian, terima kasih.


iv

SENARAI KANDUNGAN

Muka Surat

PENGESAHAN PELAJAR DAN PEMERIKSA ii

PENGHARGAAN iii

KANDUNGAN ivv

SENARAI JADUAL vii

SENARAI RAJAH viiii

SENARAI SINGKATAN viiiii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Objektif latihan industri 1

1.3 Latar Belakang Organisasi 1

1.3.1 Pengenalan 1

1.3.2 Sejarah Penubuhan 3

1.3.3 Hala Tuju Organisasi 3

1.3.4 Carta organisasi 4

BAB 2 LAPORAN AKHIR 5

2.2 Tugasan Harian 5

2.5 Bahan/teknik/usaha/pengetahuan yang terlibat 8

2.6 Pengajaran baru yang diperolehi 9

2.7 Jadual tugasan 9

BAB 3 LAPORAN TUGAS KHUSUS 10

3.1 Pengenalan 10

3.2 Keperluan Projek 12


v

3.3 Pembangunan projek 13

3.4 Hasil dan rumusan tugasan khusus 13

BAB 4 KESIMPULAN 17

4.1 Kaitan hasil latihan industri dan pembelajaran kursus di UPSI 17

4.2 Cabaran dan penyelesaian 18

4.3 Kesimpulan 19

RUJUKAN 21

LAMPIRAN 22
vi

SENARAI JADUAL

No. Jadual Muka Surat

Jadual 1 : Senarai Tugasan 9

Jadual 2 : Carta Gantt 13


vii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka Surat

Rajah 1 : Carta Organisai Syarikat 4

Rajah 4.1 : Pengambilan Pelajar Latihan Industri 7

Rajah 4.2 : Pengambilan Pelajar Latihan Industri 7

Rajah 4.3 : Pengambilan Pelajar Latihan Industri 8

Rajah 5.1 : Antaramuka Hadapan Sistem Kehadiran Pekerja 13

Rajah 5.2 : Antaramuka Pendaftaran Pekerja Baharu 14

Rajah 5.3 : Antaramuka Time In 14

Rajah 5.4 : Antaramuka Time Out 15

Rajah 5.5 : Antaramuka Semakan Kehadiran Pekerja 15

Rajah 5.6 : Antaramuka Rekod Kehadiran Pekerja 16


viii

SENARAI SINGKATAN

PER Paradigma Education Resources

UIC Unifield International College

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris


BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Latihan industri ini diwajibkan kepada Pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi

Maklumat) dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai syarat

untuk mandapatkan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.

1.2 Objektif latihan industri

Latihan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada

pelajar tentang keadaan sebenar dalam skop Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

(Teknologi Maklumat) dengan Kepujian itu sendiri dan juga sebagai persediaan awal

bagi pelajar sebelum menempuhi ke alam pekerjaan. Latihan ini yang telah dijalankan

selama 8 minggu bersamaan 2 bulan yang bermula pada 10 Jun 2020 hingga 04 Ogos

2020.

1.3 Latar Belakang Organisasi

Paradigma Education Resources (PER) adalah jabatan pemasaran yang beroperasi di

Kompleks Wisma UMNO di Alor Gajah, Melaka. Ia juga merupakan anak syarikat di

bawah Unifield International College (UIC). Paradigma Education Resources (PER)

mempunyai tenaga kerja yang berkualiti dan aktif khususnya untuk membantu pelajar
2

yang gagal mendapatkan tawaran dari UPU atau melanjutkan pengajian Diploma.

Melalui kepemimpinan Encik Amirul Hakim Bin Zainuddin sebagai Timbalan

Pengarah Eksekutif, Paradigma Education Resources telah memenangi banyak

anugerah pegawai terbaik dan juga pencapaian tertinggi dalam pekerjaannya di

Melaka.

Paradigma Education Resources (PER) memainkan peranan penting kerana

mereka perlu memperkenalkan kursus yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil

Malaysia (SPM) yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam pengajian Diploma.

Oleh itu, mereka dapat membantu pelajar tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke

UIC di bawah program Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi

Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), dan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Dengan ini, pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran ke UIC yang terletak di

Pajam, Negeri Sembilan.

1.3.1 Pengenalan

Semasa di syarikat ini saya telah ditempatkan di bahagian pengurusan dan pemasaran.

Sepanjang saya berada di bahagian ini, saya berpeluang untuk mempelajari mengenai

cara pengurusan yang sebenar dalam sesebuah organisasi. Setiap perkara dan tugasan

yang diberikan serba sedikit dapat dikaitkan dengan bidang pengajian saya. Ia sangat

membantu saya memahami budaya kerja dalam sesebuah organisasi dan mengajar

saya erti pengurusan yang sebenar dalam alam pekerjaan.


3

1.3.2 Sejarah Penubuhan

UIC ditubuhkan pada 11 Julai 1997, yang sebelumnya dikenali sebagai 'Institusi

Yayasan Alor Gajah ’dan secara rasminya dinamakan sebagai ‘Kolej Teknologi

Yayasan Alor Gajah ’pada bulan Mei 11hb 2002. Ia juga dikenali sebagai KT-YAGA.

KT-YAGA telah diambil alih oleh KN Education Sdn.Bhd pada tahun 2009 yang

membawa perubahan besar dalam aspek pengurusan pendidikan dan dinamakan

semula sebagai ‘Unifield Technology College’.

Pada 11 Mac 2013, Unifield Technology College secara rasminya dinamakan

semula sebagai Unifield International College yang diluluskan oleh Kementerian

Pengajian Tinggi (KKM). Sebelumnya, UIC terletak di A'Famosa Resort, Alor Gajah,

tetapi kerana kemudahan yang tidak mencukupi dan semakin bertambah pelajar setiap

tahun, kampus terpaksa berpindah di Pajam, Negeri Sembilan.

1.3.3 Hala Tuju Organisasi

1. Misi

 Memberi peluang kepada pelajar dalam meningkatkan potensi mereka untuk

berjaya dalam pendidikan dan kemahiran praktikal.

2. Visi

 Untuk menjadi institusi yang berjaya dan wujudkan profesional yang cekap

bersama dengan wawasan negara.

3. Objektif

 Menyediakan program dan kemahiran akademik di peringkat sijil, diploma

dan ijazah untuk menghasilkan graduan yang terbaik untuk membuktikan visi

negara.
4

 Untuk memberi pengetahuan dan latihan yang lebih jitu dalam bidang

akademik, teknologi maklumat dan menguasai kemahiran.

 Untuk menghasilkan kekuatan utama industri yang berorientasi pada tahap

kemampuan tinggi.

1.3.4 Carta Organisasi

RAJAH 1 : Carta Organisasi Syarikat


BAB 2

LAPORAN AKHIR

2.1 Tugasan Harian

1) Membuat ‘sorting data’ pelajar lepasan SPM 2019

2) Membuat hebahan sesi temuduga menggunakan aplikasi ‘WhatsApp’

3) Melakar poster

2.2 Bahan/teknik/usaha/pengetahuan yang terlibat

Antara pengetahuan yang terlibat sepanjang latihan industri adalah perisian Microsoft

Excel. Dengan menggunakan perisian tersebut, saya dapat menyiapkan tugasan yang

diberi oleh majikan berkaitan skop kerja.

2.3 Pengajaran baru yang diperolehi

Apa yang saya perolehi sepanjang menjalankan latihan industri di syarikat ini adalah

cara berkomunikasi secara profesional. Seterusnya adalah tentang pengurusan masa

bagaimana mereka menguruskan masa.


6

2.4 Jadual tugasan

MASA TUGASAN KETERANGAN

Hanya sekali sepanjang Fasa suai kenal dengan  Dapat mengenali staf-
latihan industri pekerja senior. staf yang lain.
 Dapat mengeratkan
hubungan silaturahim
antara staf baharu dan
staf lama.
Mempelajari latar  Dapat mengetahui latar
belakang syarikat oleh belakang syarikat dan
pekerja senior. skop kerja.
 Didedahkan juga
tentang peraturan-
peraturan syarikat.
Diberi latihan oleh  Mempelajari cara
pekerja senior cara untuk ‘sorting data’
‘sorting data’. menggunakan Microsoft
Excel
Dua minggu sekali Membuat poster .  Perlu membuat poster
untuk pengambilan
pelajar latihan industri.
Membuat sesi temuduga.  Mempelajari cara untuk
menemuduga dan cara
untuk berkomunikasi
dengan baik.
Sepanjang latihan industri ‘Sorting data’.  Perlu menyusun data –
data pelajar
menggunakan Microsoft
Excel.
Menghubungi pelajar.  Perlu membuat hebahan
sesi temuduga
pengambilan akhir.
JADUAL 1 : Senarai Tugasan
7

BAB 3

LAPORAN TUGASAN KHUSUS

3.1 Pengenalan

1. Pernyataan masalah

Punca tercetusnya idea saya untuk melakukan Sistem Kehadiran Pekerja untuk

tugasan khas ini adalah kerana saya sering melihat kesukaran majikan dalam

mengambil kehadiran pekerja pada setiap hari. Ini menyebabkan terdapat

segelintir sikap pekerja yang mengambil kesempatan untuk hadir lewat ke pejabat.

2. Latar belakang projek

Sistem Kehadiran Pekerja yang dibangunkan dapat menyelesaikan pelbagai

masalah yang dihadapi, sama ada dihadapi oleh majikan ataupun staf. Antara

masalah yang ingin diselesaikan dengan pembangunan Sistem Kehadiran Pekerja

ini adalah termasuk mengetahui sebab ketidakhadiran pekerja ke pejabat.

3. Objektif projek

 Bagi memudahkan untuk menjana laporan kehadiran yang lebih kemas dan

sistematik sebagai sumber rujukan.


8

4. Batasan projek

Pelatih perlu menyiapkan projek khas iaitu Sistem Kehadiran Pekerja dalam masa

yang singkat.

3.2 Keperluan Projek

 Laptop
 Notepad++
 MySQL

3.3 Pembangunan Projek

Carta Gantt
AKTIVITI JUN JULAI
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
Membuat pengenalan dan pernyataan
masalah
Membuat objektif projek
Membuat sistem kehadiran pekerja
Menguji sistem
Laporan
JADUAL 2 : Carta Gantt
9

3.4 Hasil dan rumusan tugasan khusus

 Antaramuka hadapan Sistem Kehadiran Pekerja

RAJAH 5.1 : Antaramuka Hadapan Sistem Kehadiran Pekerja


10

 Antaramuka Pendaftaran Pekerja Baharu

RAJAH 5.2 : Antaramuka Pendaftaran Pekerja Baharu

 Antaramuka Time In

RAJAH 5.3 : Antaramuka Time In


11

 Antaramuka Time Out

RAJAH 5.4 : Antaramuka Time Out

 Antaramuka Semakan Kehadiran Pekerja

RAJAH 5.5 : Antaramuka Semakan Kehadiran Pekerja


12

 Antaramuka Rekod Kehadiran Pekerja

RAJAH 5.6 : Antaramuka Rekod Kehadiran Pekerja


13

BAB 4

KESIMPULAN

4.1 Kaitan hasil latihan industri dan pembelajaran kursus di UPSI

Pelatih diminta untuk membina poster bagi memasarkan pengambilan pelajar latihan

industri. Pelatih menggunakan kemahiran menggunakan Adobe Photoshop yang

dipelajari dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan (MMP3013) ketika di semester

1 pengajian.

Seterusnya, pelatih diminta untuk membuat hebahan pengambilan pelajar

latihan industri di Facebook. Pelatih memberikan cadangan menggunakan Facebook

Ads bagi membuat hebahan.


14

4.2 Cabaran dan penyelesaian

Cabaran
 Kesuntukan masa

Pelatih perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan masa yang

sangat terhad.

Penyelesaian

 Kesuntukan masa

Pelatih dan ahli kumpulan telah membahagikan tugasan dan dapat

menyiapkannya dalam masa yang singkat.

4.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, latihan industri yang dilaksanakan oleh pelajar semester tujuh

adalah amat berguna terutamanya bagi diri saya. Dengan adanya latihan industri, saya

berpeluang menggunakan kemahiran yang saya dapat di latihan industri untuk

kebaikan masa depan. Melalui latihan industri ini, saya dapat mengaplikasikan segala

ilmu teori yang saya pelajari sepanjang tempoh pengajian saya selama 8 semester

sebelum merasai alam pekerjaan sebenar.

Selama lapan minggu menjalani Latihan Industri di syarikat Paradigma

Education Resources ini banyak memberikan saya pengalaman, pengetahuan dan

pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi

telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi

kehidupan yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu

atau teori yang dipelajari.


15

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai