Anda di halaman 1dari 3

ANAK AUTISME, APA YANG PERLU KITA BUAT ?

Sebelum kita tahu apa yang perlu buat dengan anak autisme, kita kena faham dahulu tentang
autisme ini. Autisme adalah Autism spectrum disorder (ASD) atau yang lebih sering disebut
autisme merupakan gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi perkembangan
bahasa dan kemampuan seorang anak untuk berkomunikasi, berinteraksi, serta berperilaku.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA AUTISME Adalah

● Faktor keturunan. Orang tua yang mengidap autisme berisiko memiliki anak dengan
kelainan yang sama.
● Faktor Pengaruh gangguan lainnya, seperti sindrom Down, distrofi otot,
neurofibromatosis, lumpuh otak (cerebral palsy) serta sindrom Rett. dan
● faktor Kelahiran prematur, khususnya bayi yang lahir pada masa kehamilan 26 minggu
atau kurang.
Faktor diatas mempunyai Risiko untuk mendapat anak autisme nii tinggi la, walau
bagaimanapun, semua benda nii akan terjadi dengan izin Allah maka kita perlu percaya kepada
Allah kerana dia lah tempat untuk memohon pertolongan dan bantuan.

GEJALA YANG TERJADI SEBELUM AUTISME


Terdapat dua kategori iaitu
● kategori pertama ialah autisem dari segi interaksi sosial dan berkomunikasi, maksudnya
gejala yang pertama nii meliputi masalah kepekaan terhadap lingkungan sosial dan
gangguan penggunaan bahasa verbal ataupun nonverbal. Sebagai contoh ciri anak
autisme nii tidak akan merespon bila kita sebut namanya, kalau anak normal ia akan
merespon bila disebut. Dan ada juga anak autisme nii tidak merespon emosi, kerana
apabila orang sekelilingnya tersenyum, kemungkinan anak autisme nii untuk senyuman
rendah kerana dia tidak pandai bergaul.
● Kategori yang kedua pula ialah autisme dari segi pemikiran, minat dan tingkah laku yang
berulang kali, sebagai contoh gerakan berulang, iaitu mengetuk-ngetuk sesuatu perkara
berulang kali.
Gejala autisme ini dapat dikenal pasti sebelum seseorang kanak-kanak itu berusia tiga tahun.
Kebiasaannya, autisme tidak dapat dikesan oleh ibu bapa sehinggalah mereka mendapati
bahawa anak mereka masih belum dapat bertutur.
Kanak-kanak yang menghidap autisme kelihatan seperti kanak-kanak normal tetapi mereka
berlainan dari segi tingkah laku dan mengalami pola perkembangan yang berbeza.

Namun begitu, kanak-kanak autisme juga mempunyai kelebihan tersendiri. Kebanyakannya


menonjol dalam bidang matematik, kemahiran mekanikal dan seni muzik. Antara individu yang
berjaya dan menjadi orang ternama walaupun menghidap autisme ialah Albert Einstein, Bela
Bartok dan Bill Gates.
Walau bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak autisme akan menunjukkan tanda-tanda ini.
Terdapat juga yang menunjukkan kelakuan berlainan daripada yang biasa dilakukan oleh
kanak-kanak autisme yang lain. Hal ini sama seperti kanak-kanak normal yang mempunyai
perwatakan yang berbeza-beza pada setiap individu.

CARA MENDIDIK ANAK AUTISME

Anak istimewa memerlukan lebih banyak perhatian dan penjagaan oleh ibu bapa. Selain
memberikan rawatan dari segi perubatan, mereka juga perlu dihantar ke sekolah seperti
kanak-kanak seusia mereka.
Kanak-kanak autisme haruslah dihantar ke sekolah khas seelok-eloknya ketika mereka masih
kecil. Kebanyakan mereka akan mengalami masalah terencat akal, namun dengan pendidikan
yang sempurna sejak kecil, mereka mampu memiliki kehidupan yang baik dan mungkin akan
lebih berjaya daripada individu yang normal.
Selain itu, rawatan terapi juga dapat membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan
lebih baik. Tetapi rawatan terapi hendaklah disyorkan dan dikendalikan oleh pakar.
Itu di hospital, jika di rumah, ibu bapa sendiri boleh melakukan rawatan ini seperti terapi
kelakuan dan terapi pelukan. Terapi ini dapat mengeratkan lagi hubungan fizikal dan emosi di
antara anak dan ibu bapa.
Paling penting ialah sokongan moral daripada ahli keluarga. Adanya sokongan ini, mereka akan
dapat berdikari dan mampu untuk menguruskan diri sendiri apabila dewasa kelak tanpa perlu
bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga yang lain.
Kanak-kanak autisme perlu dikesan awal agar kita dapat memberikannya latihan awal supaya
potensi mereka terserlah dan dapat ditingkatkan hingga ke tahap yang maksimum.
CARA UNTUK MENDIDIK ANAK AUTISME ADALAH DENGAN CARA MEMBUAT RUTIN
HARIAN

Anak autisme lebih selesa mengikut rutin. Contohnya mandi dulu atau makan dulu, pakai baju
dulu atau seluar dulu dan sebagainya.
Ini mungkin nampak remeh kepada kita, tetapi ianya amat penting untuk anak autisme. Jika
sesuatu rutin sudah dijalankan, anak autisme tidak dapat membayangkan rutin yang lain. Oleh
itu, jangan menukar rutin secara tiba-tiba kerana ia boleh menyebabkan mereka merasa tidak
selesa dan menunjukkan tingkah laku yang sukar difahami.
Kedua, kita perlu kenali keadaan-keadaan yang boleh mencetuskan emosi mereka. Sebagai
contoh Ibu bapa hendaklah memerhatikan apakah sebab-sebab yang boleh membawa kepada
anak-anak autisme mereka marah secara tiba-tiba.
Adalah penting juga untuk ibu bapa kenal pasti, apakah situasi yang memberi ketenangan
kepada anak-anak ini. Apabila punca sudah dikenal pasti, anda boleh menjana suasana asuhan
yang lebih terpelihara untuk anak syurga anda.
Sokongan padu dari ahli-ahli keluarga lain juga diperlukan supaya mereka faham cara
menangani anak autisme.

AKHIR SEKALI, KENAPA PENTINGNYA MEMAHAMI ANAK AUTISME

Hal ini kerana ada juga anak autisme yang memaparkan sifat peramah dan penyayang secara
berlebihan sehingga menerpa dan menyentuh orang yang tidak dikenali. Keadaan ini boleh
membawa salah sangka dan menyebabkan anak autisme berasa lebih tertekan. Di sinilah
kempen kesedaran autisme memainkan peranan di kalangan masyarakat.
Dari spektrum yang lain pula, ada anak autisme yang mampu faham dan difahami. Malah,
mereka juga mampu menjaga diri sendiri. Anak autisme dalam spektrum ini berpeluang meraih
pekerjaan dan berdikari apabila dewasa nanti.
Jika anda syak anak anda autistik, hubungi pakar kanak-kanak dengan segera. Pengesanan
awal serta langkah-langkah intervensi boleh memberi pencerahan tentang autisme. Ini bukan
sahaja membantu kanak-kanak tersebut, ia turut membantu ibu bapa mengasuh anak syurga
mereka dengan lebih cekap dan selamat.

Kenapa saya menceritakan tentang AUTISME nii, kerana arwah mak saudara saya yang
meninggal dua hari yang lalu adalah merupakan anak autisme sejak kecil lagi, dan dia
meninggal pada umur 80 tahun, dan banyak lah peristiwa pahit yang diharungi oleh nya,
kehilangan dia membuat saya dan keluarga sedih lah sbb dia seorang sangat baik dan
penyabar, mungkin tuhan lebih menyayangi dia dan kita yang tinggal kat dunia nii kembali
kepada tuhan dan cepat bertaubat, sbb kita tidak tahu ajal dan maut kita akan sampai bila, jadi
marilah sama-sama kita beristighfar kepada Allah SWT dan sedekahkan Al-Fatihah kepada
mak Saudara saya.

Sekian daripada saya.

Anda mungkin juga menyukai